Tenang dan santai, itu yang ku rasakan hari ini. Main game pun dah boring, sekarang waktu untuk baca bahan-bahan berilmiah. Ku hempaskan diri ke katil, uhuk2, terbatuk terus. Baru selembar ku buka, tiba-tiba…
“Arrrggghhhhh ~ Tidakkkkk.” Siapa lagi berteriak ni? Bikin kacau mood aku nak baca buku jak. Baru jak nak menghayati buku “Tips-tips Kebahagiaan Rumah Tangga.”
“Bala, bala, bala!!!” Lantas aku keluar bilik, nak tengok siapa yang berteriak, suara macam aku cam, tapi tak ingat dimana. Keluar jak aku, terus terkesima, biar betul apa yang ku nampak?
Read the rest of this entry »
Tags: Hadis Muslim, Hukum membaca zodiak, ramalan zodiak, sembahyang tak diterima, zodiak dalam islam
Izzah tergamam, otaknya berfikir ligat, dimanakah dia sebenarnya tatkala ini. Suatu tempat yang cukup asing baginya. Lampu lip lap lip lap, macam hari raya pula, walhal sekarang Gong Xi Fat Choy. Takkanlah bapa tirinya membawa dia ke sini hanya untuk mendapatkan angpow? Bayar sewa rumah kot?
“Hutang lu, gua kira settle.” kata lelaki A (Bukan nama sebenar) kepada bapa tiri Izzah. Bapa tiri Izzah tersenyum puas, lantas direnung muka Izzah.
“Kali ni kau duduk dengan dorang, kerja dengan dorang. Kerja dia senang saja, tak payah pakai Facebook, tapi pakai body, kah kah kah.” Ketawa yang mendangkalkan. Izzah seperti dapat menangkap apa yang dikatakan oleh bapa tirinya, cuma menjadi persoalannya, apa kaitan Facebook dengan body?
Izzah tersedar dari lamunannya setelah bapa tirinya telah keluar dari bangunan lip lap lip lap tersebut. Dalam keadaan hujan dia cuba berlari mendapatkan bapa tirinya. Namun terlewat, bapa tirinya telah menaiki teksi terlebih dahulu, dan Izzah menangis keseorangan dalam hujan.
“Ahh ~ kalaulah bapa naik teksi tunai, mesti senang dia nak bayar hutang dia.” gumam Izzah dalam sedih.
Tatkala suasana pilu tersebut, tiba-tiba Read the rest of this entry »
Tags: Download Ombak Rindu, Lirik Ombak Rindu, Novel Ombak Rindu, Ombak Rindu, Ombak Rindu 2, Ong Bak 4, Tony Jaa
Heboh Fb, heboh Youtube, lawak, kelakar, geli, muntah, tak sanggup nak tengok, semua rencah dalam satu video mengenai seorang perempuan yang kemaruk bercinta telah upload video yang ditujukan kepada kekasihnya. Ouh ~ Dia menjadi bahan dalam facebook, twitter dan segalanya.
Tidak dinafikan, memang dia salah. Upload video yang tidak sepatutnya. Kerana sedar kesilapannya, maka dia telah memadam kembali video tersebut.
“Ingat senang-senang boleh terlepas? Tak mungkin, siapa suruh upload video? Kan dah kena, padan muka, tapi memang kelakarlah, lawak, tapi sedih juga tengok dia, apatah lagi kesian.”
Maaf, saya tak mungkin katakan seperti ayat diatas kepada perempuan tersebut. Tapi lebih kepada sesiapa yang menyebarkannya. Belum lagi video parody yang dibuat sebagai bahan lawak.
Tahukah kamu, Read the rest of this entry »
Tags: jangan mengaibkan orang, video dari kekasih kepada kekasih, video dari kekasih kepada kekasih (parody), Video lawak dari kekasih kepada kekasih, video parody
Umum telah mengetahui cerita personaliti Tv, Wardina Safiyyah telah ditimpa musibah yang besar apabila rumah beliau telah dimasuki perompak. Aku tahu melalui official page beliau mengenai kejadian tersebut. Dramatik sungguh saat itu, menyebabkan aku terkenang saat kejadian menimpaku jua.

Jauh beza cerita aku dengan Wardina. Bila dia cerita balik saat-saat mencemaskan itu, pergh ~ memang penuh emosi yang mendalam. Terfikir tentang anak-anak, apatah lagi suami tercinta, celaru woo.
Saat kalut tu, yang aku respek suami dia, saat selimut yang digunakan oleh Wardina untuk bersembunyi, secara tegas suaminya berkata :
“Jangan sentuh dia, dia tak ada tudung!!”
Read the rest of this entry »
Tags: cerita perompak, cerita wardina kena rompak, perompak membunuh, wardina safiyyah kena rompak, wardina safiyyah official page

Tak lama lagi keluar duit baru, banyak orang puji cantik. Nilai dia pun cantik, kalau orang bagi kat kita, hehe. Sudah namanya duit, macam-macam yang boleh dibuat. Beli Ps3, Xbox 360, Samsung Galaxy, barang-barang hantaran, eh?
Tapi dengan duit juga banyak keajaiban berlaku. Biarpun nilainya kecil, tapi keajaibannya cukup besar. 8 Dirham, nilainya kecil, tapi bermakna.
Alkisahnya :
Read the rest of this entry »
Tags: cara berbelanja, cerita para sahabat, cerita Rasulullah, harga 8 dirham, pinjaman mudah bank, wang kertas baru

Nampak banner kat atas tu? Nampak tajuk tu? Ni segmen yang ngetop sempena penghujung 2011 dan start pada pembukaan 2012 yang mana kita berpeluang meningkatkan taraf hidup blog kita dalam penilaian cik Alexa.
Penganjurnya Kak Diana, yang terkenal dengan senyum-senyum itu. Maka aku pun rasa senyum-senyum sebab macam baca berita pula lagaknya ~ woha ~
Segmen ni bertujuan untuk mereview blog yang akan join segmen ni melalui Alexa. Secara tidak langsung, rangking kita boleh diperbaiki dan boleh meningkat dengan sebaiknya. Macam blog aku, baik-baik ranking tinggi dah jadi rendah gara-gara kurang update. Sekarang baru terkial-kial menaikkan balik ranking Alexa ni.
Oleh itu, siapa nak join, bolehlah terjah blog kak diana tu sebelum (atau pada?) 1 Januari 2012. Senang-senang, klik banner tu untuk info dan syarat selanjutnya. Boleh juga kenal-kenal dengan blog-blog comel yang tak dikenali sebelum ni, yes!!
SCemanoti : Rilexla tiada kaitan dengan Alexa!
Tags: alexa.com, diana senyum-senyum, ranking alexa, segmen