Monthly Archives: June 2010

Preview World Cup Suku Akhir

Iyo, assalammualaikum dan salam sejahtera.. yezza.. World cup edisi 2010 ini sudah memasuki era suku akhir.. Tekanan makin bertambah, bukan sahaja pada pasukan, malahan peminat juga merasakannya.. Yang pasti, tiada elemen kejutan dalam pusingan ke-2 kali ini.. Kontrobesi-kontrobesi juga tidak terlepas dari mendapat perhatian umum.. Gol Tevez yang nyata offside semasa menentang Mexico dan juga gol Lampard yang tidak disahkan walhal telah melepasi garisan gol.. Continue reading

Posted in Ceritera Bola | Tagged , | Leave a comment

10 PESANAN IMAM SYAFIE

SEBELUM IMAM SYAFIE WAFAT, BELIAU SEMPAT BERPESAN KEPADA MURIDNYA SERTA UMAT ISLAM UMUMNYA. BERIKUT ADALAH KANDUNGAN WASIAT TERSEBUT :

1. Hak kepada diri iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada
2. Hak kepada malaikat maut iaitu mengqadakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta pada Allah Continue reading

Posted in Ceritera Agama | Tagged , , , | 1 Comment

Puaka Tengah Malam

“Aduh, buat hal lagi keta ni.. sudahla tengah malam lagi.. jalan pun sunyi” Rungut Zana. Kepalanya hanya menggeleng-geleng melihat keretanya tersadai di jalan yang dikelilingi hutan tebal. Seram sejuk melihat dirinya berseorangan di hutan yang gelap yang hanya diterangi cahaya lampu dari keretanya. Hujan mula turun membasahi dirinya. “Aduh, hujan lagi, macam mana ni” keluh Zana seakan-akan ingin menangis. Tiba-tiba, Zana terlihat cahaya lampu samar-samar menuju ke arahnya. Hujan makin lebat. Zana ingin masuk ke dalam kereta, tetapi memandangkan sesuatu menuju ke arahnya menyebabkan dia mematikan niatnya itu. “Syukurlah ada orang juga melalui jalan ini” bisiknya sendiri. Semakin lama cahaya lampu itu semakin jelas. Sebuah kereta begerak perlahan-lahan mendekatinya. “Gelap” itulah yang Zana katakan kerana sukar melihat siapakah di dalam kereta itu. Perlahan-lahan tingkap kereta diturunkan. Serentak dengan itu, Boom, cahaya petir diiringi bunyi guruh yang kuat memecahkan keheningan malam tersebut. “Aahhh” teriak Zana terkejut. Amatlah seram tatkala melihat seorang lelaki tua yang berparut hodoh itu menampakkan dirinya. Continue reading

Posted in Ceritera Mengarut | Tagged , | Leave a comment

Preview World Cup Pusingan Ke-2

Yezza, kini World Cup telah masuk pusingan ke-2.. Banyak kejutan dan kontrobesi yang berlaku sepanjang perlawanan di peringkat kumpulan berlangsung.. Bola Jabulani yang dikritik hebat, selain dari bunyi Vuvuzela yang membingitkan suasana mewarnai edisi kali ini.. Kuasa-kuasa besar pula kebanyakannya bergelut melepasi ranjau peringkat kumpulan malah ada yang terpaksa berkemas pulang melupakan title gergasi mereka.. World Cup edisi 2010 juga merupakan pentas negara-negara yang dilabel bukan tumpuan untuk membuka mata dunia akan kehebatan mereka meskipun tidak layak ke pusingan seterusnya seperti yang ditonjolkan oleh New Zealand, Slovenia dan pasukan tuan rumah Afrika Selatan.. Demikian juga peningkatan pasukan asia seperti Korea Selatan dan Jepun juga amat memberansangkan terutama kejayaan mereka layak buat pertama kalinya ke pusingan ke-2 setelah melakukannya di tempat sendiri pada tahun 2002. Apapapun, entri kali ini adalah preview dan ramalan saya mengenai pasukan mana yang akan layak ke suku akhir Piala Dunia 2010 di bumi Afrika Selatan ini. Pasukan mana yang diramal ke peringkat seterusnya? Check it out : Continue reading

Posted in Ceritera Bola | Tagged , | Leave a comment

Hello World!

Yezza, Alhamdulillah, akhirnya diri ini membuka blog.. Sekian lama hanya sekadar membaca cuma, kini baru tergerak untuk menulis di alam maya.. uuh.. alam maya.. seram ku dengar.. lum kahwin lagi.. bekalan lum banyak lagi.. har3x~ Apapapun, semua yang ditulis sekadar cetusan rasa.. idea yang dari kepalaku tahap merapu ini akan dipersembahkan untuk tatapan semua.. tapi tidaklah perapuan itu meleret-leret ntah apa-apa jak.. mungkin ada jua.. hehe.. kalo ada yang xdak kena.. cakap jak.. Continue reading

Posted in Ceritera Diriku | Tagged , | 4 Comments