Yezza, kini World Cup telah masuk pusingan ke-2.. Banyak kejutan dan kontrobesi yang berlaku sepanjang perlawanan di peringkat kumpulan berlangsung.. Bola Jabulani yang dikritik hebat, selain dari bunyi Vuvuzela yang membingitkan suasana mewarnai edisi kali ini.. Kuasa-kuasa besar pula kebanyakannya bergelut melepasi ranjau peringkat kumpulan malah ada yang terpaksa berkemas pulang melupakan title gergasi mereka.. World Cup edisi 2010 juga merupakan pentas negara-negara yang dilabel bukan tumpuan untuk membuka mata dunia akan kehebatan mereka meskipun tidak layak ke pusingan seterusnya seperti yang ditonjolkan oleh New Zealand, Slovenia dan pasukan tuan rumah Afrika Selatan.. Demikian juga peningkatan pasukan asia seperti Korea Selatan dan Jepun juga amat memberansangkan terutama kejayaan mereka layak buat pertama kalinya ke pusingan ke-2 setelah melakukannya di tempat sendiri pada tahun 2002. Apapapun, entri kali ini adalah preview dan ramalan saya mengenai pasukan mana yang akan layak ke suku akhir Piala Dunia 2010 di bumi Afrika Selatan ini. Pasukan mana yang diramal ke peringkat seterusnya? Check it out :
Uruguay Vs Korea Selatan
Juara edisi pertama World Cup, Uruguay menunjukkan persembahan yang menyakinkan dengan tidak tewas dalam sebarang perlawanan peringkat kumpulan.. apath lagi belum pernah bolos dalam kesemua perlawanan tersebut.. Pastinya akan meningkatkan rasa gerun Korea Selatan untuk cuba melangkah sekurang-kurangnya peringkat suku akhir dan jika boleh semestinya menyamai pencapaian di tempat sendiri atau lebih lagi.. Apa yang pasti, peledak Uruguay, Diego Forlan Dan Luiz Suarez pastinya menjadi sandaran Uruguay bagi menamatkan impian besar Taegu Warriors ini.. Tetapi perlu berhati-hati dengan tidak memberi sepakan percuma sewenang-wenangnya kepada jaguh asia ini kerana nyata 3 gol yang dihasilkan dari Korea hasil dari sepakan percuma..
Ramalan gue = Opkoz Uruguay.. biarpun diriku mengharap pasukan asia menang.. harap-harap ada keajaiban la Korea.. aja-aja fighting..
Argentina Vs Mexico
Pertembungan yang menarik juga.. Argentina yang pada mulanya struggle di peringkat kelayakan, menunjukkan impak yang menakjubkan pada peringkat kumpulan World Cup edisi 2010 ini.. Menjaringkan gol pada setiap perlawanan selain banyak mengancam gawang pihak lawan, nyata Mexico ada sebab mengapa pertahanan mereka perlu diperkukuhkan.. Lionel Messi seharusnya disekat, kerana setiap pergerakannya itu telah menghuru-harakan pihak lawan.. Cuma setakat ini belum bernasib baik menjaringkan gol lagi pada kejohanan kali ini.. Mexico pula seharusnya menunjukkan mentaliti seperti mana menumbangkan finalis 2006, Perancis jika ingin menyelamatkan Maradona dari berlari keliling bandar dalam keadaan bogel jika Argentina memenangi edisi World Cup 2010 ini..
Ramalan Gue = Pasukan dari Amerika Latin ini memang pilihan gue.. Kuat ni yo..
USA Vs Ghana
London Donovan, hero USA.. Tanpa gol minit akhir darinya ketika menentang Algeria.. Slovenia pasti mendabik dada layak ke pusingan ke-2 biarpun tewas kepada England.. Pertembungan dengan Ghana merupakan perlawanan yang seimbang tetapi Ghana tidaklah bergelut seperti yang ditonjolkan oleh USA.. Cuma setakat ini, Ghana belum lagi menjaringkan gol dari permainan terbuka.. Dua gol dalam kemenangan menentang Serbia dan ketika seri dengan pasukan trip Asia, Australia semuanya hasil dari sepakan penalti dari Asamoah Gyan.. Tidak dinafikan pasukan Ghana menjadi pasukan yang berbeza selepas kecederaan bintang utama mereka, Essien.. Biarpun USA bergelut, tetapi gaya permainan mereka amatlah menyakinkan berbanding yang ditonjolkan oleh pasukan Black Elephant ini.. Tapi jika USA menunjukkan permainan semasa menentang pasukan Slovenia, konfom pasukan Ghana tersenyum sinis melihatnya..
Ramalan Gue = USA, selagi dorang tunjuk mainan seperti menentang Algeria.. Kalo tidak, salah USA la, bukan salah gue.. har3x~
Jerman Vs England
“Saya ingin bertemu Jerman” kata-kata dari bintang England, Wayne Rooney.. Mungkin sal tu kali England menunjukkan persembahan hambar dan hampir di ambang penyingkiran sebelum Defoe menyelamatkan maruah pasukan Three Lions ini dengan menjaringkan gol kemenangan ke atas Slovenia.. Biarpun bergaya di pusingan kelayakan, tetapi.. nyata England tidak menonjol seperti mana yang ditunjukkan pada peringkat kumpulan.. Jerman pula memulakan langkah dengan meyakinkan apabila membelasah Australia pada perlawanan pembukaan mereka.. tapi momentum itu tidak berjaya diteruskan apabila tewas di tangan Serbia 1-0.. Kemenangan menentang Ghana menjamin kedudukan teratas dan seterusnya berdepan dengan pesaing mereka sejak dari dulu lagi.. yakni England..
Ramalan Gue = Soru 4 England, permainan anda belum cukup bagiku untuk menewaskan Jerman.. Jerman get my vote…
Paraguay Vs Jepun
Oh yeah.. Blue Samurai semangnya pasukan asia yang lebih menyerlah berbanding jiran tetangga mereka Korea Selatan untuk edisi kali ini.. Tapi nyata ranjau yang sukar berdepan pasukan Amerika Latin yang turut mencipta impak dalam kejohanan kali ini.. Berjaya mengikat “Bekas” juara dunia, kemudian mengalahkan pasukan Slovakia sudah cukup untuk Paraguay layak ke pusingan seterusnya dengan hanya perlu seri dengan pasukan yang meningkat naik, New Zealand.. Nyata persembahan mereka menjelaskan betapa layaknya menjadi juara kumpulan.. tetapi Jepun bukanlah pasukan yang mudah untuk ditewaskan.. lihat sahaja nasib Cameroon dan yang perit pastinya Denmark apabila tunduk kepada matahari terbit ini.. Belanda pun mengharap tuah bola kontrolbesi “Jabulani” untuk menewaskan pasukan Asia ini.. Jika Jepun beraksi pada tahap yang sama atau lebih dari menewaskan Denmark.. Menewaskan Paraguay bukanlah sesuatu yang mustahil..
Ramalan Gue = Paraguay punya peluang melangkah ke pusingan seterusnya.. tapi Jepun bukan pasukan yang mudah diratah dengan sewenangnya..
Belanda Vs Slovakia
Satu lagi pasukan pilihan untuk menjulang kejuaraan berprestij ini.. The Oranje.. Barisan yang mempunyai pemain-pemain midfield yang berkualiti.. Tetapi selalunya bermain dibawah kemampuan mereka setelah melangkah dari peringkat kumpulan.. Mereka seharusnya harus berhati-hati dan tidak leka apabila berhadapan dengan pasukan yang mencipta kejutan, Slovakia.. Sememangnya diakui aku amat sakit hati melihat kekalahan pasukan favretku yakni Itali.. tapi itula hakikatnya.. Itali tahun ni memang soi.. Permainan Slovakia memang tersusun dan Belanda harus berwaspada dengan ayam tambatan Slovenia, Vittek yang begitu menyerlah membantu Slovakia mengembangkan sayap ke pusingan ke-2..
Ramalan Gue = Belanda pasti mencapai kemenangan.. Tetap jika mereka mengambil mudah pasukan kerdil ini.. Nasib mereka seperti Itali..
Brazil Vs Chile
Pertembungan diantara dua jaguh Amerika Selatan.. Dalam pusingan kelayakan juga, kedua-dua pasukan mengisi slot pertama dan kedua kumpulan.. Manakala pertemuan sesama mereka pula menyaksikan kehebatan Canarinho yang mudah meratah La Roja dengan mencatatkan kemenangan mudah 3:0 dan 4:2 di gelanggang sendiri dan gelanggang lawan.. Apapapun, itu hanyalah ceritera lama, kerana setiap perlawanan adalah berbeza.. Tetapi di atas kertas Brazil tetap pasukan pilihan.. Biarpun bergelut menewaskan pasukan kerdil Korea Utara, tetapi berjaya mencatatkan kemenangan selesa ke atas Ivory Coast dan kurang bernasib baik kerana sekadar seri dengan Portugal..Chile pula melakar kemenangan ke atas Honduras dan juga Swiss sebelum tewas kepada juara Eropah, Sepanyol.. Mencatatkan jaringan sepanjang perlawanan, tapi tidak pernah melepasi angka 1 gol..
Ramalan Gue : Brazil.. Persembahan menyakinkan mereka mampu mengatasi Chile yang kurang menyerlah ketika berhadapan skuad elit..
Sepanyol Vs Portugal
Satu lagi pertembungan menarik diantara dua jaguh eropah.. Biarpun Sepanyol tewas mengejut pada perlawanan pembukaan mereka.. Tapi itu tidak menghalang untuk bangkit mencatat dua kemenangan berturut-turut dan sekaligus menjadi juara kumpulan H.. Serangan yang amat berbahaya, tetapi perlu berdepan dengan kekentalan benteng pasukan Portugal yang langsung tidak mencatatkan bolos setakat ini.. Mencatatkan 7 gol, tapi hanya ketika membelasah pasukan kerdil Korea Utara..
Ramalan Gue : Perlawanan besar ini bagiku milik Portugal.. Sepanyol tidak hilang bisanya, tetapi Portugal lebih menonjol dari Sepanyol ketika ini..
Apapapun.. Itu semua hanya ramalan.. Kalah menang lumrah perlawanan.. Yang penting, kita enjoy tengok dorang main.. susulan dari entri ini.. semestinya perlawanan suku akhir nanti.. Jom Coca-cola.. Brrrr..

Comments
Powered by Facebook Comments