Preview World Cup Suku Akhir

Iyo, assalammualaikum dan salam sejahtera.. yezza.. World cup edisi 2010 ini sudah memasuki era suku akhir.. Tekanan makin bertambah, bukan sahaja pada pasukan, malahan peminat juga merasakannya.. Yang pasti, tiada elemen kejutan dalam pusingan ke-2 kali ini.. Kontrobesi-kontrobesi juga tidak terlepas dari mendapat perhatian umum.. Gol Tevez yang nyata offside semasa menentang Mexico dan juga gol Lampard yang tidak disahkan walhal telah melepasi garisan gol.. Isu ini menimbulkan perdebatan mengenai teknologi penggunaan video oleh Fifa.. Namun, keputusan adalah muktamad, sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.. Lupakan yang telah pergi, teruskan hidup anda dengan yang masih ada.. uish.. macam simbol Death Vader ayatku ni.. Har3x~ Apapapun, jom kita lihat preview pusingan Suku Akhir Piala Dunia ini:

Uruguay Vs Ghana

Perlawanan low profile berbanding perlawanan-perlawanan lain pada peringkat Suku Akhir .. Ghana pastinya ingin mencipta sejarah sebagai negara Afrika pertama yang layak ke peringkat Separuh Akhir setelah gagal diterjemah oleh pasukan-pasukan Afrika yang lain sebelum ini.. Buat pertama kalinya juga mereka berjaya menterjemah gol dari permainan terbuka setelah penalti menjadi sandaran untuk layak ke pusingan ke-2 buat pasukan Black Elephant.. Namun wira sebenar mereka adalah Kingson, penjaga gol yang banyak menyelamatkan percubaan ke arah gol mereka.. Tanpa kualiti dari Kingson, pasukan Ghana pasti berputih mata untuk sampai ke peringkat ini.. Ketangkasan Kingson pasti diuji oleh gandingan Luiz suarez dan Diego Forlan.. Kedua-dua mereka merupakan harapan untuk merobek gawang pasukan dari Afrika tersebut.. 5 dari 6 gol Uruguay merupakan sumbangan dari kedua-dua penyerang yang berada dalam kelas tersendiri.. John Mensah & co harus mengawal kedua-dua pemain ini jika mahu mematikan serangan yang diketuai oleh Diego Forlan sendiri.. Dan Uruguay seharusnya memantapkan pertahanan mereka jika tidak mahu bolos gol mudah seperti yang mereka lakukan ketika menentang Korea Selatan..

Ramalan Gue : Pasukan latin ini lebih berkemampuan untuk ke peringkat seterusnya berdasarkan persembahan mereka ketika ini.. Yang penting gandingan Forlan dan Suarez tidak berjaya dikekang oleh pertahanan Ghana yang diketuai oleh John Mensah itu..

Argentina Vs Jerman

Perlawanan wajib tonton.. Kedua-dua pasukan merupakan favret untuk menjuarai piala berprestij ini.. Jika dinilai dari segi persembahan sememangnya diakui Argentina lebih menampakkan bisanya berbanding gergasi eropah, Jerman.. Lionel Messi sekali lagi ancaman paling besar bagi pasukan Jerman, biarpun hakikatnya Messi belum lagi meledakkan gol.. Tetapi harus dilihat bahawa bukan gol yang menjadi ukuran, tetapi sejauh mana impaknya terhadap pasukan.. Dan itulah yang ditunjukkan beliau apabila mengucar-ngacirkan pertahanan pihak lawan yang pastinya menimbulkan resah buat Joachim Low, jurulatih Jerman yang harus mencongak taktik menyekat pemain lincah ini.. Apatah lagi barisan serangan berkualiti dimiliki Argentina.. Tevez dan Higuain semestinya harapan Argentina mencari gol, disamping peranan Angel Di Maria dan Mario Bolatti yang mengeksploitasikan bahagian sayap Argentina.. Akan tetapi, ini merupakan perlawanan besar pertama Argentina kerana mereka berhadapan dengan lawan mudah dari peringkat kumpulan lagi.. Disini peranan bagi setiap pemain Argentina untuk menyerap tekanan dan menguatkan mentaliti mereka.. Berbanding lawan mereka, Jerman, semangat mereka makin meningkat dengan kejayaan menumbangkan pasukan England dengan jaringan yang besar.. Sememangnya permainan Jerman kemas, teratur dan menarik.. Klose dan Podolski menjadi sandaran untuk merobek gawang Argentina.. Tetapi tumpuan lebih kepada pemain muda Bayern Munich, Thomas Mueller dan Mesut Ozil.. Gerakan yang dihasilkan dari mereka merupakan ancaman kepada pihak lawan.. Seharusnya Argentina perlu mengawal kedua-dua pemain ini atau bahagian midfield permainan akan dikuasai oleh Jerman..

Ramalan Gue : Sukar untuk diperkatakan, tetapi bagiku Jerman merupakan pilihan mengatasi Argentina.. Apapapun, sila bangun pagi untuk lihat sendiri kehandalan dua pasukan ini beraksi.. Harap-harap mainan mereka terbaik dari ladang..

Brazil Vs Belanda

Satu lagi perlawanan wajib tonton.. Jaguh samba ini sememangnya pilihan untuk menjuarai Piala Dunia.. Persembahan yang menyakinkan menentang Chile menunjukkan kualiti skuad kendalian Dunga ini.. Nyata Kaka sekali lagi merupakan tunjang utama skuad Brazil apabila menunjukkan permainan berkualiti ketika menentang Chile.. Luis Fabiano juga menunjukkan permainan cemerlangnya dengan menjaringkan gol kedua Brazil serta gol ketiga peribadinya sepanjang kejohanan.. Biarpun kubu pasukan Brazil turut diancam bahaya, ketangkasan penjaga gol Brazil menafikan peluang bagi Chile sekurang-kurangnya mendapat gol saguhati untuk pasukan mereka.. Skuad Brazil nyata menunjukkan pada dunia ketika ini mereka merupakan skuad yang paling layak menjulang Piala Dunia.. Tetapi Belanda bukanlah lawan yang mudah diperbudakkan oleh Brazil.. The Oranje juga mempunyai tonik mengapa mereka dilabel sebagai pilihan kejohanan kali ini.. Keserasian permainan sesama mereka dan strategi serangan balas yang menimbulkan panik pada pasukan lawan.. Kembalinya Arjen Robben dalam skuad utama Belanda nyata menguatkan lagi skuad yang sedia ada sepertimana yang ditunjukkan ketika menentang Slovakia.. Gol yang menarik dari Robben setelah menerima hantaran jauh dari Sneijder sebelum menggelecek dua pertahanan dan melepaskan rembatan leret dari luar kotak penalti nyata menceritakan kebangkitan Robben setelah mengalami kecederaan sebelum ini.. Apapapun, tiga serangkai ini, Kuyt, Sneijder dan Robben dengan Van Persie diletakkan sebagai pemusnah mampu menimbulkan rasa gerun pihak lawan.. Yang pasti, pasukan mana yang menguasai bahagian tengah, pasukan itulah yang akan memenangi permainan tersebut..

Ramalan Gue : Brazil? Memang sukar untuk mengenepikan mereka dari menjadi pilihan.. Juara dunia 5 kali ini memang dijangka menerima tentangan sengit dari Belanda tetapi kemenangan hampir pasti memihak kepada mereka..

Paraguay Vs Sepanyol

Satu lagi pasukan Amerika Selatan yang layak ke saingan suku akhir setelah menamatkan impian gergasi Asia di pusingan ke-2.. Pasukan yang dikendalikan oleh jurulatih kelahiran Argentina, Gerardo Martino akan bertemu satu lagi gergasi, tetapi versi eropah, yakni Sepanyol.. Buat pertama kalinya pasukan Paraguay berjaya menjejakkan kaki ke peringkat Suku Akhir dan pasti ranjau mereka lebih sukar apabila bertemu Juara Eropah 2008.. Jika mereka masih mempamerkan permainan seperti menentang Jepun, hampir pasti mereka hanya sekadar berada kelompok 8 terbaik kejohanan 2010 ini.. Martino perlu mencari formula bagi mengembalikan rentak pasukan kendaliannya setelah menunjukkan persembahan hambar pada perlawanan menentang Jepun.. Hanya sesekali sahaja Paraguay membuat penjaga gol Jepun beraksi dan selebihnya hanya perlu mengambil bola dengan tangan yang terbuka.. Serangan Paraguay yang diketuai oleh Santa Cruz hanya mencatatkan 3 gol sepanjang kempen mereka yang menyaksikan pasukan Paraguay mempunyai jaringan paling sedikit berbanding kelompok pasukan 8 terakhir.. Yang pastinya, mereka perlu berusaha menyekat penjaring terbanyak Sepanyol pada Piala Dunia kali ini, David Villa dari terus mencetak namamya sebagai penjaring.. Sepanyol sememangnya menarik nafas lega kerana berjaya bangkit dari igauan kekalahan ketika menentang Switzerland dan pemain mereka kini lebih bersedia untuk mencapai peringkat yang lebih tinggi lagi.. Namun mereka tidak boleh memandang enteng terhadap Paraguay yang begitu gersang untuk menjaringkan gol.. Pertahanan Sepanyol seharusnya berwaspada tetapi telahpun menunjukkan peningkatan ketika permainan menentang Portugal berbanding ketika ditunjukkan semasa peringkat kumpulan.. Dengan Xabi Alonso kembali pulih dari kecederaan menambahkan lagi opsyen bagi Sepanyol.. Cuma Torres tidak seperti yang diharapkan untuk menyinar kerana masih belum lagi menemui jaring gol pasukan lawan.. Sudah tentu Torres ingin membuktikan sesuatu ketika menentang pasukan Amerika Latin ini..

Ramalan Gue : Semestinya Sepanyol.. Paraguay tidak menunjukkan permainan menyakinkan untuk menewaskan juara eropah ini.. melainkan mereka menemui rentak permainan yang dicari tetapi belum tentu mampu menumbangkan Sepanyol andai gergasi eropah itu turut bermain dengan kualiti yang selalu mereka tunjukkan..

Weehuu, panjang lebar yo.. Sekali lagi dikatakan, semua hanya ramalan, bukan macam Nujum Pak Belalang, konfom dapat teka baik punya yo.. Teruskan usaha anda menonton perlawanan-perlawanan Piala Dunia terutama sekali perlawanan wajib tonton.. Rugi jika terlepas, melenkan anda bukan kaki bola, har3x~ Brrrr..


WriTe WhaT I WanT  ~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe


Ini juga ceriteranya
  • Yang Terbaik Vs Yang Terburuk – Piala Dunia 2010
  • Preview Perlawanan Akhir Piala Dunia – Sepanyol Vs Belanda
  • Malaysia Boleh Juara Piala Dunia?
  • Preview Dan Analisa Separuh Akhir Piala Dunia
  • Preview World Cup Pusingan Ke-2

Comments

Powered by Facebook Comments

About aretikz

~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe
This entry was posted in Ceritera Bola and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: