Ouh, sedar tak sedar, Piala Dunia telah hampir ke kemuncaknya, Dont cry for me Argentina, Farewell Brazil, dua pasukan pilihan tersungkur pada lawan masing2. Apatah lagi peminat Brazil, tidak menjangka kebangkitan penuh dramatik Belanda pada separuh masa kedua dengan Wesley Sneijder menjadi hero kebangkitan tersebut. Terima kasih Felipe Melo, senyuman peminat pasukan Belanda kepada pemain tengah Brazil itu. Namun Brazil seharusnya bersyukur, kekalahan mereka tidaklah seteruk Argentina, seperti diperbudakkan oleh Jerman yang nyata tajam dibahagian serangan, berbanding lawan yang lebih menguasai perlawanan. Sekurang-kurangnya Jerman dapat juga mencegah Maradona dari melakukan perbuatan tidak bermoral, jika Argentina menjuarai Piala Dunia. Uruguay dan Sepanyol, dua lagi pasukan yang layak ke Separuh Akhir, melengkapkan perlawanan Suku Akhir yang penuh dramatik. termasuk ramalan si sotong, yang begitu tepat untuk pasukan kebangsaannya, Jerman. Apapapun, perlawanan Separuh Akhir akan bermula, kita lihat prebiu seterusnya, yezza..
Belanda Vs Uruguay
The Oranje mencatatkan satu kemenangan yang menyebabkan berjuta-juta penjudi mengalami kerugian yang teruk, manakala penjudi yang sebaliknya yang mungkin kurang dari separuh, mengaut keuntungan berlipat ganda. Siapa sangka Belanda mampu menumbangkan jaguh latin yang menjuarai Piala Konfederasi di tempat yang sama? Apapapun, Belanda seharusnya mengucapkan terima kasih kepada Felipe Melo, kerana menghadiahkan gol kepada Belanda disamping menyukarkan lagi Brazil untuk bangkit tatkala ketinggalan ketika itu apabila dilayangkan kad merah setelah memijak Arjen Robben. Belum tewas semenjak perlawanan persahabatan menentang Australia pada September 2008, nyata Belanda merupakan pasukan yang tidak patut dipandang enteng. Cuma yang membimbangkan adalah bahagian serangan pasukan Belanda. Setakat ini penyerang sejati Belanda hanya mampu menggegarkan dua gol sahaja dan selebihnya sumbangan dari kawasan tengah mereka. Van Persie diharap mampu meledak lebih banyak gol berbanding satu ketika ini. Uruguay pula tampil buat pertama kalinya dalam perlawanan Separuh Akhir semenjak tahun 1970. Namun mereka tampil dengan skuad yang dilanda kecederaan dan digantung perlawanan. Suarez dengan tangan tuhan versi baru merupakan pemain besar Uruguay yang tidak dapat beraksi disamping kapten pasukan Diego Lugano diragui tahap kecergasan kerana kecederaan semasa menentang Ghana. Mereka berharap dapat melakukan kejutan sepertimana lawan mereka ini mencipta kejutan menewaskan Brazil. Semuanya terletak dibahu Forlan, untuk mengemudi pasukannya bagi melangkah perlawanan Akhir Piala Dunia buat kali ke-3 dalam sejarah mereka.
Ramalan Gue : Belanda mampu melangkah ke perlawanan akhir kerana mempunyai kelebihan dari segi fizikal dan mental. Uruguay mampu mencipta kejutan, tetapi, amat sukar jika hanya Forlan yang menjadi sandaran mereka.
Jerman Vs Sepanyol
Weehuu, satu perlawanan yang amat hot gitu. Jerman melangkah ke perlawanan Separuh Akhir dengan reputasi selaku pasukan p
aling banyak menjaringkan gol pada Piala Dunia kali ini. 13 gol dari 5 perlawanan menunjukkan betapa jentera serangan Jerman amat menggerunkan. Miroslav Klose, merupakan penyerang prolifik yang menjadi sandaran Jerman merobek gawang Sepanyol. Kemungkinan Piala Dunia terakhir buat Klose, sesuatu harus dibuktikan buatnya untuk mencatat detik manis selain membantu Jerman memenangi Piala Dunia, termasuklah memintas penjaring terbanyak sepanjang kejohanan, Ronaldo dengan hanya 1 gol dibelakang pemain legenda Brazil ini. Cuma Jerman berdepan dengan Juara Eropah ini tanpa Mueller, pemain muda yang cukup menyerlah kerana mengutip kad kuning pada perlawanan sebelumnya. Berbanding Sepanyol, tunjang mereka yang merupakan kapten Arsenal, Fabregas juga diragui untuk menjadi kesebelasan utama kerana kecederaan. Malah, Torres juga gagal menepati ramalan untuk meledak gol seperti diharapkan. David Villa, beliaulah yang banyak membantu Sepanyol hingga ke peringkat ini. Semestinya pertahanan Jerman berdepan tugas berat merantai pemain Barcelona dari terus menjaringkan gol. Kedua-dua pasukan mempunyai pertahanan kental kerana masing-masing hanya melepaskan dua gol sepanjang kejohanan. Perlawanan wajib tonton, so, jangan lepaskan.
Ramalan gue : “Ini bukan ulangan final Euro 2008″, kata Klose, menegaskan bahawa perlawanan kali ini berbeza, dan Jerman pasti akan menjadi pemenang diantara mereka. Sepanyol semestinya pasukan pilihan, tetapi, Jerman bukan calang lawan. Vote for Jerman.
Well, perlawanan makin ke kemuncak, jam 2.30 pagi waktu Malaysia, semua bangun awal, ato tak tidur langsung, yang penting, kerja tetap kerja yo. Prestasi biar maintain, semoga pasukan yang anda sokong berjaya melangkah ke perlawanan akhir.

Comments
Powered by Facebook Comments