
Weehuu, perlawanan terakhir Piala Dunia tahun 2010 sebelum 2014 kita menerjah Brazil. Edisi kali ini menemukan pasukan yang belum lagi memenangi Piala berprestij ini. Kedua-dua pasukan menunjukkan permainan memberansangkan untuk menewaskan lawan masing-masing pada peringkat separuh akhir. Buat Jerman dan Uruguay, tiada entri buat anda kali ini. Tumpuan semestinya buat dua pasukan Eropah yang mana kedua-dua pasukan juga hanya sekali memenangi Piala Eropah dengan Sepanyol menjulangnya 2 tahun lalu tatkala Belanda yang diterajui Ruud Gullit menjulangnya pada tahun 1988. Jom terjah satu demi satu kekuatan bagi kedua-dua pasukan ini:
Penjaga Gol
Iker Casillas dan Maarten Stekelenburg, dua nama yang punya reputasi berbeza. Casillas, seperti yang diketahui, bersama dengan kelab yang gah di dunia, Real Madrid dan merupakan penjaga gol yang disegani dunia. Manakala Maarten pula mencipta nama di Ajax dan hanya berpeluang menjadi penjaga gol Numba 1 Belanda setelah Edwin Van Der Sar mengumumkan persaraannya dari arena antarabangsa. Setakat ini, Casillas hanya mencatatkan dua kali bolos, yakni semasa perlawanan kumpulan menentang Swiss dan juga Chile. Selepas itu tidak lagi mencatat bolos pada perlawanan peringkat kalah mati. Aksi cemerlang sepanjang kejohanan memungkinkan beliau memenangi penjaga gol terbaik kejohanan. Stekelenburg pula melepaskan 4 gol, tetapi kehebatannya masih terserlah dengan aksi hero menyelamatkan gawang daripada lebih banyak dibolosi. Tanpanya, sukar bagi Belanda untuk sampai ke tahap ini. Tetapi yang membimbangkan ketika ini, kecederaan yang dialami beliau selepas perlawanan menentang Uruguay. Belanda harus bersedia krisis buruk dalam kejohanan yang memasuki peringkat akhir. Apapapun, persembahan kedua-dua penjaga gol ini harus dipuji dan layak untuk pentas final Piala Dunia di Afrika Selatan.
Pertahanan
Jika penjaga gol merupakan last man standing, tanpa pertahanan kental, hero terakhir juga tidak mampu melakukan apa2. Bagi Sepanyol, apa lagi yang boleh diharapkan barisan pertahanan berkelas dunia seperti Sergio Ramos, Gerard Pique dan juga kapten pasukan, Carles Puyol. Serangan balas pihak lawan sukar dilakukan kerana mereka dapat membaca permainan yang ditunjukkan oleh pihak lawan. Kekentalan benteng Sepanyol ditambah aksi memberansangkan penjaga gol mereka nyata meresahkan bahagian serangan pasukan Belanda. Bagi Belanda pula, mereka harus meningkatkan lagi mutu pertahanan mereka jika ingin menyekat Sepanyol dari menjaringkan gol. Apa yang ditonjolkan dari 2 perlawanan terakhir mereka, begitu mudah buat Robinho dan Maxi Pereira menghukum kealpaan pertahanan Belanda. Jika benar Stekelenburg tidak dapat beraksi pada pentas akhir ini, sesuatu harus dibuktikan buat pertahanan yang diterajui Van Bronckhorst, kapten pasukan Belanda untuk membantu penjaga gol kedua mereka.
Midfield
“Battle of Midfield” menunjukkan kualiti pemain tengah yang ada pada kedua-dua pasukan. Xavi dan Iniesta, penggerak permainan pasukan Sepanyol, dibantu oleh Xabi Alonso, seperti yang ditunjukkan ketika menentang Jerman, merupakan inspirasi serangan pasukan Sepanyol. Belanda pula memiliki Wesley Sneijder, Arjen Robben, Dirk Kuyt, Van Bommel dan De Jong, pemangkin bahagian tengah pasukan mereka. Yang penting, siapa menguasai bahagian tengah, merekalah team yang paling bergaya. Tekanan dirasai kedua-dua barisan midfield pasukan kerana mereka sedar, lawan masing2 mempunyai kualiti midfield yang bertaraf dunia. Namun, jika dibandingkan perlawanan sebelum ini, pasti Sepanyol mempunyai hantaran yang lebih kemas dan tersusun berbanding Belanda.
Serangan
David Villa, penjaring gol terbanyak kejohanan setakat ini. Dari 7 gol pasukan Sepanyol, 5 dijaringkan oleh beliau. Gandingan yang diharapkan, Torres pula gagal menterjemahkan permainannya kepada gol. Baru pulih dari kecederaan ketika bersama skuad Piala Dunia, nyata memberi impak persembahan ayam tambatan Livepool ini. Del Bosque membuat pertaruhan berani apabila meletakkan Torres di bangku simpanan semasa menentang Jerman. Mungkin mencatatkan gol ketika menentang Jerman tetapi jika bukan kerana sikap pentingkan diri Pedro, sudah tentu gol tersebut merupakan pembakar semangat bagi Torres. Kini sandaran terarah kepada Villa, untuk merobek gawang Belanda. Bagi pasukan Belanda pula, Van Persie yang diletakkan penyerang tunggal, hanya mampu menjaringkan satu gol setakat ini. Kebanyakkan gol datang dari barisan midfield Belanda, terutama Sneijder, pemacu pasukan untuk menjaringkan gol. Amat mengecewakan, Van Persie seharusnya meningkatkan permainannya untuk memastikan Piala Dunia milik Belanda.
Dari apa yang dilihat, Sepanyol memiliki kelebihan besar berbanding Belanda. Tetapi, seperti kata Hasbullah Awang, bola itu bulat, apa2 boleh berlaku. Kedua-dua pasukan merupakan pasukan berkualiti, tetapi mental penentu untuk menjadikan permainan mereka berada ditahap terbaik semasa perlawanan akhir. Pasukan manakah yang akan mengikut jejak langkah Brazil, Itali, Jerman, Uruguay, Argentina, Perancis dan England? Adakah ramalan Paul the Octopus yang memilih Sepanyol atau Burung Singapore yang memilih Belanda? Tengok sendiri jak la ya, perlawanan wajib tengok, yezza!
Cap Kaki : Aku ramal Sepanyol juara tapi sokong Belanda, Har3x~

Comments
Powered by Facebook Comments