Piala Dunia 2010 Afrika Selatan telahpun melabuhkan tirainya dengan kemenangan cukup bermakna buat Sepanyol apabila menewaskan Belanda denngan jaringan 1-0. Gol dari Iniesta sudah cukup meranapkan harapan Belanda untuk menjulang piala berprestij ini setelah 2 kali mencuba dalam perlawanan akhir sebelum ini. Apapapun, tahniah wat Sepanyol, sememangnya pasukan pilihan dari awal hingga ke akhir biarpun tewas mengejut pada perlawanan pembukaan mereka. Kini, yang tinggal hanya kenangan, dan pastinya, ada benda yang baik dan ada yang buruk berlaku tidak kira sama ada berkaitan dengan pasukan atau suasana Piala Dunia itu sendiri. Jom layan, apa 7 yang terbaik dan 7 yang terburuk edisi Piala Dunia kali ini :
Yang Terbaik
7. Vuvuzela
Mengapa aku cakap Vuvuzela? Apa kejadahnya trompet plastik ini menerjah ruang ke tujuh edisi baik punya? Sebabnya, kena kutuk macam mana bising pun benda ni, tetap juga jalan, tidak kena ban. Malah, refree pun berlatih dengan suasana bunyi hampeh tanpa irama ni. Cuma makin ke Final makin kurang pula bunyinya. Apapapun, inilah benda terbaik dari Afrika tunjuk dekat dunia macam mana mereka menguasai stadium.
6. Skuad Muda Jerman
Berbanding Jerman tahun 2006 dengan tahun 2010, yang ni memang terbaik wok. Skuad muda yang cemerlang, merupakan pasukan yang mencatatkan gol paling banyak dalam kejohanan. Tidak bernasib baik ketika menentang Serbia apatah lagi Juara dunia, Sepanyol, tetapi gaya persembahan mereka harus dipuji seolah-olah berpengalaman beraksi di kejohanan yang besar.
5. Diego Forlan & Uruguay
Pemenang pemain terbaik sepanjang kejohanan ataupun anugerah Golden Ball, Diego Forlan, nyata membuka mata kebanyakkan pemerhati terhadap penyerang dari Uruguay ini. Sememangnya anugerah bagi beliau setelah keluar dari kelab gergasi Manchester United. Bersama-sama skuad Uruguay mencatatkan kedudukan terbaik semenjak tahun 1970, sememangnya Forlan dan Uruguay telah melakukan yang terbaik dari ladang untuk generasi mereka buat masa ini.
Pada mulanya tidak dikenali ketika diserapkan skuad Jerman setelah beraksi dengan cemerlang untuk kelab Bayern Munich. Tetapi kini, beliau gah dalam kemunculan pertamanya di Piala Dunia apabila menggondol anugerah Kasut Emas dan Pemain Muda Terbaik Kejohanan. Selain mencatatkan gol terbanyak, beliau juga mencatatkan bantuan jaringan terbanyak sepanjang kejohanan. Bakal menjadi pemain berkelas dunia setanding dengan Messi dan C.R0naldo.
3. Penduduk Afrika
Penduduk Afrika? Kenapa? Tanpa mereka, suasana Piala Dunia akan menjadi seperti tahun 2006, dimana terdapat ruang kosong dalam stadium pada perlawanan low profil. Tapi itu tidak berlaku di kejohanan kali ini, low profil atau tidak, suasana stadium tidak sebegitu sunyi dengan sokongan dari para penyokong, hatta bukan team mereka sendiri bermain. Bayangkan semasa Korea Selatan vs Greece, lagi banyak orang afrika rasanya berbanding dua2 team punya penyokong. You memang terbaik la dude, thumb up!
2. Iker Casillas & Sepanyol
Golden gloves sememangnya layak diberi kepada kapten pasukan Sepanyol ini yang bertindak cemerlang dari membiarkan gawangnya dibolosi oleh pihak lawan. 2 gol sahaja yang dilepaskan oleh beliau, seterusnya pada perlawanan peringkat kalah mati, nyata tidak membenarkan pasukan lawan cuba menerjah jaring yang diamanahkan kepadanya itu. Kredit untuk pasukan Sepanyol keseluruhannya kerana mempamerkan aksi sebagai status pilihan dan menepati ramalan ramai untuk menjuarai Piala Dunia yang pertama buat mereka. Biarpun tewas pada perlawanan pembukaan, tetapi, itu memberi hikmah kepada pasukan Sepanyol untuk terus melangkah lebih jauh lagi dan memenangi kejohanan yang penuh berprestij.
1. Paul the Octopus
Weehuu, kenapa dia menjadi tempat pertama dari list? Sebab, dialah juara dengan meneka dengan tepat perlawanan yang dia kena suruh ramal. Kalo dia pun jadi penjudi tegar, konfom kaya raya suda haiwan ni. Tapi, buat umat islam, berjudi adalah haram, dan mempercayai kuasa sotong berbanding kuasa tuhan akan memesongkan akidah anda. Apapapun, sotong memang hebat! Yang terbaik dari ladang yo!
Itu yang terbaik, terburuk? Terjah lok~
Yang Terburuk
7. Brazil dan konco-konconya
Brazil? Ok apa, last 8 gitu. Apasal terburuk? Hanya menjelmakan persembahan terbaik ketika menentang Chile, selain dari itu, biarpun menewaskan Ivory Coast 3-1, tetap dikritik oleh sesetengah pihak terhadap corak permainan Brazil yang agak defensif, dan tidak mengamalkan permainan Joga Bonito seperti yang dituntut. Ala, peduli apa kata orang, yang penting menang! Persepsi ini nyata bertentangan dengan sebab apa pasukan Brazil diminati ramai, yakni permainan yang ditonjolkan mereka. Apatah lagi ketika tewas dengan Belanda, sebenarnya bukan satu kejutan, tetapi memang tidak hairan ditewaskan. Skuad sebelumnya lebih baik berbanding ketika ini.
6. England & Rooney
Oh England! Bergaya di pusingan kelayakan, tetapi mengecewakan ketika kejohanan. Pemain sensasi yang disebut untuk merebut kasut emas, Wayne Rooney, hanya mampu dapat telur emas. Tatkala seluruh dunia mengatakan jika gol Lampard ketika menentang Jerman dikira masuk, pasti akan jadi episod permainan yang berbeza, hakikatnya, Jerman lebih menunjukkan permainan yang lebih menonjol berbanding England. Memerlukan Defoe menyelamatkan maruah dengan jaringan tunggal ketika menentang Slovenia, selebihnya, adalah aksi hambar tatkala gah menjadi juara kumpulan kelayakan.
5. Burung Nuri Singapore
Joke of the World Cup. Ramalan si Burung Nuri bernama Mani. Entah dari mana tetiba muncul, dan cuba menjadi popular seperti Paul da Octopus. Meneka dengan tepat, itupun bersetuju dengan seterunya si sotong, ketika match Jerman dan Uruguay, seterusnya, seolah-olah, ada aura seperti Paul. Tetapi, yang menarik, memilih Belanda menang World Cup. Mungkin tekaannya betul jika Robben berjaya menewaskan Casillas, namun, mungkin aura burung ni tidaklah sekuat aura si sotong, yang membolehkan Nuri ini menjadi popular, popular untuk wat Sup Burung Nuri, har3x~
4. Itali & Perancis
Weehuu, ni memang layak masuk list. Bukan sahaja menjadi pasukan bernama besar tidak lepas peringkat kumpulan, tetapi title Finalis Piala Dunia 2006 menyaksikan keterukan pasukan yang bertarung pada perlawanan akhir edisi Jerman 2006. Yang menambah perit, merupakan pasukan tercorot bagi kumpulan masing2. Bagi Perancis pula, yang memburukkan keadaan ialah suasana bilik persalinan sehingga Anelka dihantar pulang dan sebilangan pemain membuat protes dengan tidak turun untuk latihan.
3. Messi, C. Ronaldo & Torres
Mengapa nama besar ini yang ditonjolkan? Mengapa mereka masuk list yang terburuk? Mungkin Torres layak dalam senarai ini, bagaimana pula Messi? Apapapun, ketiga-tiga pemain ini merupakan bintang Piala Dunia 2010 yang diharap menonjolkan kualiti yang ada seperti mereka lakukan pada kelab mereka.Messi, biarpun bermain baik, tetapi badi gol gagal dipecahkan. Dan seperti yang diakui oleh Tevez sendiri, mereka tidak bermain sebagai satu pasukan. Tumpuan selalu terarah kepada Messi, dan apabila beliau mengucar-kacirkan lawan, rakan sepasukannya mengharap dia menjaringkan gol untuk mereka. Begitu juga Ronaldo, rekod jaringan bersama Manchester United dan impak kehadiran di Real Madrid turut gagal membantu pasukannya, Portugal. Apabila beliau dikawal ketat, seluruh pasukan Portugal berusaha mencari rentak tanpanya. Torres biarpun membantu Sepanyol menjadi juara, tetapi persembahannya amat mengecewakan. Keputusan Del Bosque sememangnya berbaloi apabila tidak menurunkan beliau dalam kesebelasan utama kerana rentak Sepanyol menjadi lebih baik tanpa kehadiran Torres.
2. Pasukan Afrika
Pertama kalinya bumi afrika menjadi medan pertandingan berpengaruh dunia. Akan tetapi, kesemua negara Afrika kecuali Ghana, gagal menunjukkan belang di benua sendiri. Ketika Ghana, wakil tunggal afrika ke Suku Akhir, namun, pasukan lain hanya wujud untuk melengkapkan jadual perlawanan. Seharusnya mereka mempamerkan persembahan menyakinkan di hadapan penyokong negara afrika tetapi mereka tidak melakukan seperti yang diharapkan. Mungkin juga ini badi ramalan Pele yang meramal negara Afrika memenangi Piala Dunia di bumi sendiri?
1. Jabulani
Yezza, bola kontrovesi abad ini. Dikritik hebat oleh kebanyakkan pemain2 yang beraksi di Piala Dunia, malah, menjadi punca kepada kesilapan kebanyakkan penjaga gol seperti yang berlaku kepada penjaga gol England dan Algeria. Selain itu, amat jarang sepakan percuma yang baik berjaya dilakukan oleh kebanyakkan pakar sepakan percuma seperti C. Ronaldo. Hanya 3 pasukan yang berjaya menjaringkan gol dari sepakan percuma, iaitu Jepun, Korea Selatan dan Uruguay. Semoga pada Piala Dunia 2014 bola yang digunakan tidak lagi mencetuskan kontrovesi kerana dikhuatiri, pasukan2 yang kalah akan menyalahkan bola atas kekalahan mereka.
Har3x~ Inilah senarai 7 yang terbaik dan 7 yang terburuk pilihan ku. Anda pula? Masing2 semestinya ada pendapat tersendiri, yang penting? Lu fikirla sendiri, Gaga~ Adios Afrika 2010~
Cap Kaki : Barang baik tak payah tidur lewat, wat buruk muka pergi kerja sal ngantuk.. Har3x~
Comments
Powered by Facebook Comments


different people will see different thing.
every people have their opinion.
for sure, there are thing that some opinion are same although it’s not 100% same.
thumbs ups..
[Reply]
aretikz Reply:
July 13th, 2010 at 9:43 am
Yezza, thanx dude..
[Reply]
burung nuri pun nak nyibuk nak feymes macam sotong paul hahaahaha.. skang da jadi burung panggang kot..
[Reply]
aretikz Reply:
July 13th, 2010 at 9:41 am
Itu la.. last minit tetiba muncul.. kalau dari awal xpa juga.. sedap tu brung panggang.. har3x~
[Reply]
dah la teka salah burung tu..haha
MyToha recently posted..FIFA World Cup 2010 – 3rd Place Uruguay vs Germany
[Reply]
aretikz Reply:
July 13th, 2010 at 11:54 am
mainan burung kan.. hehe..
[Reply]