“EsperLay”

Esperlay? Apa tu? Adakah sejenis makanan? Laman web? Gadget? Filem? Ouh2. Tidak2. Eh, sot tul aku menjawab persoalan ini, har3x~ Ni lagi ceritera mengarut tetapi amat menginsafkan diriku apabila mengenangkannya kembali. Menginsafkan pula ka? Maybe untuk aku la, untuk korang, aku tak mampu berkata apa2, gaga~ Ini cerita tatkala diri ini baru sahaja menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia atau secara ringkasnya STPM. Opkoz kebiasaan setelah selesai bertarung exam besar ni, kebanyakkan mereka akan mencari kerja, dan salah seorangnya konfom aku, gaga~ Time Sijil Pelajaran Malaysia ato nama pendeknya SPM berlalu, diriku hanya melakukan kerja amal di rumah kerana tiada pula mengambil diri ini bekerja. Namun, Alhamdulillah, zaman STPM nyata membawa berkat, sal disitulah pengalaman pertamaku bekerja, dan spesifik tempatnya – supermarket.

Best woo kerja sebagai sales assistant, fuh, nama macam canggih, padahal, kira macam bellboy di hotel juga kerjanya. Tukang punggah barang, display barang dan kerja2 berat sewaktu dengannya. Alkisah pada suatu hari, sedang ku leka meletakkan harga pada megi2 yang akan dipamerkan untuk dijual, tetiba aku didatangi seorang lelaki, mata merah, bau pun lain macam. “Bos, mana itu esperlay?”, adidih, bos lagi tu, bangga sikit la, har3x~ tapi, yang ku konfius, apa barang esperlay? Jenama baru? Tapi apa barang kalau jenama baru?

“Esperlay?”, aku pula bertanya balik, “Apa jenis barang tu?”, apa punya sales assistant, semua barang pun belum hafal pula. “Esperlay la, esperlay” Aku tanya apa barang, dia cakap balik nama benda tu pula. Aku apa lagi, men teka2 jak la, “Itu Perilis (jenama rokok) ka? Ada depan kaunter tu”, kataku sambil tunjuk senyuman manis ni. Yang aku tak suka dengan lelaki ni, bau dia, lain macam. 1st time aku cium bau tu. “Bukan, esperlay la, bukan rokok”, Aduh, bukan ka pula? Apa lagi perkataan yang dekat2 ya? Hmm, perilis pun bukan, esperlay juga disebut.

“Nespray ka?” Terpacul juga word2 yang lebih kurang baik punya. “Ya ya, itulah. Dimana tu esperlay?”, Mengiyakan, tapi esperlay juga dicakap. ” Dihujung blok sana”, kataku sambil menunjuk tempat yang tidak kelihatan. Ping, perhatian kepada yang kira2 nak bekerja jadi orang2 supermarket, jangan ikut gaya tersebut, sila bawa orang yang bertanya ke tempat barangan tersebut. Kan elok untuk reputasi sendiri juga. Ceh, baru mengajar konon, kalau gadis, memang siap dibawa pusing2 jauh lagi biarpun tempat tu depan mata kali, har3x~

“Boleh tunjuk tu tempat ka?”, Akhirnya aku sendiri bawa lelaki tu tempat “esperlay” berada, sudah orang minta bawa, bawa jak la. Tapi pelik tul lelaki ni, jalan macam tidak betul jak, apa kes? Peduli la, settle dulu apa dia mahu, boleh sambung kerjaku balik. “Ini dia nespray tu”, kataku setelah tiba ke destinasinya, fuh, macam jauh konon pakai destinansi, gaga~ Namun, seakan-akan tidak percaya, dia ambil tin susu tepung Nespray tu, dia tengok betul2 tulisan. Lepas tu, tetiba dia cakap “Esperlay ka ni?”, Ha? Betul2 namanya esperlay ka pula dia minta ni? Yarabi, ada ku tetak kepala dia ni. Nasib ni bukan tatapan 18sg, kalau tidak, konfom ada parental link aku letak sini, gaga~

“Susu kan? Susu Nespray? Atau Perilis?”, aku cuba meminta kepastian. “Ya ya, susu, susu esperlay, ini ka?”, Aduh, esperlay, adakah wujud dirimu itu? “Ini la tu, susu nespray, bukan susu esperlay”, “Ooh, yaka? Ok2”, dan dia berlalu pergi, berjalan terhuyung-hayang. Aku terpana seketika, dan kemudian menyambung kerjaku kembali. Setelah sekian lama aku bekerja disana, barulah ku mengerti, erti misteri lelaki yang meminta esperlay itu. Rupanya lelaki itu MABUK! Sumpah, 1st time aku tengok gaya orang mabuk. Selalu aku tengok pun, dalam Tv, kalau real, sudah tertiarap, knock-out. Patutlah bau lain macam, jalan tidak betul, palau orang sarawak cakap. Well, inilah kalau budak asmara asrama terlepas ke dunia luar, har3x~ Bisa betul kalau orang mabuk. Minta dijauhi dari segala benda maksiat yang membawa dosa dan kerugian kepada kita. Seperti yang sememangnya kita tahu – Arak merupakan ibu kepada segala maksiat. Har3x~ Tazkirah la pula jadinya. Anyway, pastikan anda pasti dengan nama susu tepung dengan pastinya!

Cap Kaki : Telah wat research Esperlay, dan opkoz sejak entri ini ditulis belum ada jenama susu tepung bertitle esperlay.. Har3x~

Ini juga ceriteranya

  • Hello World!Hello World! Yezza, Alhamdulillah, akhirnya diri ini membuka blog.. Sekian lama hanya sekadar membaca cuma, kini baru tergerak untuk menulis di alam maya.. uuh.. alam maya.. seram ku dengar.. lum […]
  • Oh KedaiOh Kedai Masa : Beberapa tahun yang lalu Tempat : Pasaraya Milimewa Keningau, Keningau, Sabah Dulu lepas STPM, aku sebenarnya nak belajar memandu dulu, kemudian baru kerja. Tapi mak aku tak […]
  • Kartun Jepun Sepanjang Zaman Di MalaysiaKartun Jepun Sepanjang Zaman Di Malaysia Yezza ~ Hari yang cerah untuk jiwa yang sepi, gaga~ Sepi ka pula? Wowo, absolutely tidak, sesaja jak ambil tajuk lagu dari peterporn peterpan ni, hehe. Kartun oh kartun, semestinya ramai […]
  • Ramadhan ~ Aku Nak Buat Sehabis BaikRamadhan ~ Aku Nak Buat Sehabis Baik Weehuu ~ Ramadhan oh Ramadhan. Dirimu datang tepat pada masanya. Tatkala diri ini banyak tul benda menyerabutkan, apatah lagi memeritkan, seolah-olah ada hikmah semuanya berlaku […]
  • Jangan Memperkecilkan Pekan Yang KecilJangan Memperkecilkan Pekan Yang Kecil "Mohd Firdaus Bin Sahmain, Beluran." Mendengar nama disebut, satu kelegaan setelah menanti selama 6 bulan untuk penempatan kerja. Tapi, Beluran? Yarabi, tidak pernah terbayang akan […]

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Profil


Seorang penjawat awam muslim yang menjadikan dunia bloging medium berkomunikasi di dunia maya. Berasal dari negeri di bawah bayu, Sabah dan merupakan blogger separuh masa.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: