Sikap Wanita Yang Disukai Lelaki

Gaga~ Entri yang baik punya. Para wanita sekalian, lihat dan pandanglah, apakah sikap wanita yang menjadi idaman para lelaki. Ini yang selalunya la, bukan yang perlu ada. Setiap lela ki pun ada pendapat masing2 apa yang dia mahu pada wanita idamannya. Tetapi, mustahil ada lelaki tidak mahu sikap wanita impiannya, seperti yang tertera di bawah. So, para wanita sekalian, apa yang penting? Kerjasama, eh, silap tag line. Anyway, mungkin ini boleh menjadi panduan, tidak kira para wanita ato pun pria2 kesepian. Apapapun, zas, jom layan :

Keibuan

Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan yakni lemah lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika tengah2 stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Nanti jadi kes buang anak lagi sal mahu tonjolkan sifat keibuan kunu. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2.

Keanak-anakkan

Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Sudah tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah malah lebih senang. Lelaki mana tidak senang jika terhibur dengan gaya wanita yang manja mengharapkan perhatian, bukan manja yang gedik, hoho~

Penuh Pengertian

Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yg kasar atau menuduh bukan2 dan membuat keputusan terus-menerus tanpa berfikir sebaliknya cuba mengerti dan berbincang dengan penuh hikmah pokok pangkal persoalannya.

Menghargai

Wanita yang tahu menghargai lelaki merupakan wanita idaman setiap lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki pula suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga biarpun hakikat hanya untuk mata si wanita itu sahaja, gaga~.

Menjaga Penampilan

Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia  mudah senyum,  meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

Pandai berbicara

Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik yang disukai berbeza, tetapi wanita tersebut dapat mengimbanginya dengan baik. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan memberi pendapat yang bernas. Dia juga dapat menjadi pendengar yang baik, serta bijak mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang menarik. Selain itu, lelaki mudah tertarik dengan wanita yang pandai bergurau dan pandai berjenaka serta dapat menerima juga jenaka lelaki dan berfikiran terbuka.

Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri

Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

Menghormati Diri Sendiri

Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yang dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

Simpati dan prihatin

Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Sifat ini juga menyerlahkan lagi kewanitaannya dan bagi lelaki2 yang melihatnya pasti sejuk hatinya.

Pasti banyak lagi sikap-sikap wanita yang disukai oleh lelaki. Ini cuma sebahagian sahaja. Seperti yang utama lah kononnya, hehe. Anyway, ini bukan berdasarkan sikap yang disukai oleh gue, yang penting, memang kebanyakkan lelaki mengingini sikap sebegini rupa. So, para wanita? Well, well wishing well, anda tahu selebihnya tentang dirimu, gaga~

Cap Kaki : Sikap wanita yang aku suka? Semestinya pada pasangan gue. Tapi, siapakah pula? Har3x~

Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak
berbual. Walau topik perbualan yg disukai elaki berbeza dgn topik
kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya.
Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi
respon dan pendapat yg baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yg baik,
serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih
menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai
berjenaka serta boleh menerima jenakalelaki dgn baik dan berfikiran
terbuka.


WriTe WhaT I WanT  ~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe


Ini juga ceriteranya
  • Kenapa Asyik-Asyik Perempuan Yang Kena?

Comments

Powered by Facebook Comments

About aretikz

~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe
This entry was posted in Jodohku Jodohmu Jua and tagged , , . Bookmark the permalink.

23 Responses to Sikap Wanita Yang Disukai Lelaki

  1. aretikz says:

    apa yang ditahu? =p

    [Reply]

  2. bARdbOO says:

    thx for d info.. -)

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Sharing is good :)

    [Reply]

  3. ked says:

    erm,,ni tips wanita solehah ni :D
    HEHE

    cuba ni wujud lagikah lelaki baik kat dunia ni
    ked recently posted..wujud lagikah lelaki baik kat dunia ni

    [Reply]

    aretikz Reply:

    hehe.. sememangnya wanita solehah dicari oleh kebnyakan lelaki :)

    [Reply]

  4. nui says:

    oo gituh ka plk,,,lalala~~

    [Reply]

    aretikz Reply:

    haha.. ko mo mcm mna nui?

    [Reply]

  5. amrirani says:

    Wanita di cari itu putih
    wanita di cari itu bersih
    namun bukan putih bersih diri
    putih bersih hati berkenan di nurani

    p/s : pembetulan…..

    [Reply]

  6. meera says:

    rase mcm ade sikit2 ciri2 nihh :) meera recently posted..lelaki &amp perempuan

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Syukur, hehe.. Untung sepa dapat awak, hehe..

    [Reply]

  7. kaxzmilah says:

    thnx coz sharing~
    bez! minta izin 2k share d belog sya bole?

    [Reply]

  8. aretikz says:

    hehe.. opkoz.. banyak dah share benda ni even sebelum saya.. anyway.. blog kita apa ya? sorycoz awak tak etak blog awak.. just emel jak.. hehe..

    [Reply]

    kaxzmilah Reply:

    maafla.. jarang berbelog d sbb kn diri yg mengalami kebizian~
    muahahahahahahahaha~ ayat klasik.. :-) kaxzmilah recently posted..xde tajuk untuk entri kali ne

    [Reply]

  9. aretikz says:

    uuh. bizi-mizi.. its ok.. selagi ada masa.. teruskan usaha.. hehe..

    [Reply]

    kaxzmilah Reply:

    like!
    kaxzmilah recently posted..raya kali ne xdapat ku rasa kan sepenuh nya

    [Reply]

  10. rizuanismail says:

    wow..bagus info..tp i dh lepas..hmm do no la kalo apply lagi 3 approve ke tak. lalala..hehe
    rizuanismail recently posted..Sokong Kempen Block blog porno-lucah Malaysia

    [Reply]

    aretikz Reply:

    haha.. bgus juga kalo approve tu.. hehe.. tp msti ada ciri2 tu pda yg 1 jua tu kan? hehe..

    [Reply]

  11. ZRn says:

    Ihihi…aku adakah ya ciri² yg disebut tu? sob²
    Ndapa…yg penting….
    Be positive, try to be the best…. Mesti dapat yg the best jg…

    Yeeha!! :D

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Hehe.. xtau lai.. ada kali tu.. hehe..
    Yup.. InsyaAllah.. kita dapat yang terbaik ^^

    [Reply]

  12. mimo91 says:

    thnx for the info!

    ade iras2 laa..i appreciate that!

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Ur welkem.. hehe..

    waaahh ~ bagus2.. ahakz..

    [Reply]

  13. HA287 says:

    InsyaAllah..bakal ketemu dgn wanita solehah yg diimpikan..pa yg penting encik author mestilah jadi yg soleh dulu..

    gud job.^^

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: