Kartun Jepun Sepanjang Zaman Di Malaysia

Yezza ~ Hari yang cerah untuk jiwa yang sepi, gaga~ Sepi ka pula? Wowo, absolutely tidak, sesaja jak ambil tajuk lagu dari peterporn peterpan ni, hehe. Kartun oh kartun, semestinya ramai insan yang amat meminati komik-komik Jepun, tidak kira berapa umurnya pun, tetap cool membacanya. Tidak kurang yang mendownload anime Jepun, dan tidak ketinggalan menyaksikannya di kaca televisyen.

Aku? Opkoz la minat, kalau tidak minat, tidak diriku berani untuk menimbulkan entri sedemikian rupa. Apakah maksudku kartun Jepun sepanjang zaman di Malaysia? Oh, aku pun tidak tahu mengapa aku letak entri begitu hendaknya, ahakz.

Anyway, secara halusnya, benda yang ingin disampaikan adalah kartun Jepun mana yang membuat impak di Malaysia. Well, ini sekadar pendapatku dari zaman tuaku hinggalah zaman muda ini, apakah kartun Jepun yang nyata membuat seluruh Malaysia terutama golongan kanak-kanak hingga remaja ter”effect” dengan begitu dahsyat sekali. Dan sekali lagi, jom skodeng ~

Naruto

Naruto, opkoz ramai minat gila dengan kartun ni. Cerita budak musang yang makin lama makin ke kemuncaknya. Mungkin masih lama lagi, tapi ada tanda-tanda cerita ini hampir ke penghujungnya. Well, impak yang dibuat oleh kartun ini nyata amat memberansangkan apatah lagi bagi golongan remaja.

Impak yang dilakukan hingga mengembalikan sinar kartun Jepun dan seterusnya turut sama meng”up”kan komik sebaris dengannya seperti Bleach dan One Piece. Watak yang menjadi kegilaan terutama wanita adalah Sasuke dan juga Kakashi.

Dash! Yonkuro

Dash Yankuro? Mungkin tidaklah terkenal sangat, tapi apa impaknya? Bukan alang-alang, siap ada pertandingan lagi. Inilah kartun mengenai lumba kereta, yang kereta macam F1 tu. Aku pun ada juga beli, sampai dua, tapi aku ingat satu jak, kereta Cannon Ball, milik si gemuk atas tu.

Banyak juga kawan-kawanku time zaman tua-tua dulu membeli mainan ni. Lepas tu macam biasalah, time rehat bukan masa makan, tapi masa berlumba kereta, ahakz. Dari kartun ini juga timbul kartun lain di Malaysia beteraskan konsep permainan seperti Beyblade, dan macam-macam lagilah, aku pun lupa suda, hehe.

Yugi-Oh!

Ini lagi satu kartun Jepun yang menjadi realiti game. Kenapa diri ini mengasingkannya dari Dash! Yonkuro? Sebab gaya permainan yang dibawa adalah berlainan. Ceritanya bermula seorang budak bernama Yugi yang berjaya menyelesaikan puzzle ribuan tahun. Selepas itu, dia mendapat abiliti yang hebat untuk bermain segala macam jenis permainan tetapi dengan menjadi Yugi yang lagi satu, yakni Yugi yang terbit dari puzzle penuh misteri itu.

Biarpun pada mulanya banyak jenis permainan yang ditonjolkan, akhirnya statik kepada satu permainan sahaja, yakni permainan kad. Yezza, itulah impak sebenarnya, apabila permainan kad yang menjadi popular berdasarkan komik ini. Kad yang macam mana? Wowo ~

Yezza, thats what i mean it, the Yugi-oh cards. Eh, ter”speaking” pula, ahakz. Biarpun aku baca komiknya, main ni benda, oh, langsung tak reti, try-try main pun, pening doh. Trimas kepada kawanku yang sudi mengajar aku main ni barang, keh keh keh.

Satria Baja Hitam

Satria Baja Hitam, biarpun hakikat namanya Kamen Rider. Tahu-tahu jak la, bila kena translate jadi melayu, macam-macam keluar, tendangan padu maut la, nama motorsikal jadi Belalang Tempur, apapapun, tetap gempak.

Memang wat diriku pandai ponteng sekolah gara-gara mahu menonton benda ini. Si jejaka Satria Baja Hitam ni bersaing dengan Mr. Gaban masa tu, tapi wa tetap minat dengan Mr Satria Baja Hitam dengan Belalang Tempurnya itu, ahakz.

Ultraman

Oh woo, Fire ~ Trademark Ultraman yang tidak mungkin dilupakan. Dari dulu hingga kini, Ultraman maintain ditayangkan di kaca Tv. Watak hero mempertahankan bumi dari serangan raksasa durjana dengan jurus firenya, trademark lampu berkelip-kelip tatkala ingin menamatkan riwayat musuh, dan semestinya, bantuan jet-jet pejuang ala-ala stealth yang menembak tanpa ada effect langsung, itulah rutin Ultraman yang kita kenal, ahakz.

Namun, kanak-kanak tetap suka tengok hero besar ini. Well, aku tidak juga seberapa melihat ni, kecuali Ultraman versi orang putih tu memang satu-satunya cerita yang aku menten tengok sampai habis. Apapapun, Ultraman memang rock fire!

Pokemon

Pika pika ~ Watak comel haiwan ini yang menimbulkan fenomena seketika di kalangan si kecil Malaysia. Adaptasi dari kebanyakkan haiwan di dunia, ditambah perlawanan diantara haiwan-haiwan yang unik, bukan sahaja membuat budak-budak suka menonton ceritanya, malah pikachu digunakan untuk menjadi trademark bersaing dengan super model yang hebat, siapa lagi kalau bukan “Hello Kitty”.

Kartun ini terkenal di Malaysia melalui movie pertamanya, sebelum inisiatif dari stesen Tv swasta menayangkan ceritera animenya. Dan pesaingnya? Opkos Digimon, dan bermacam-macam jenis mon lagi di belakang tetapi tiada kaitan dengan filem Mimpi Moon.

Crayon Shin Chan

Sayalah action kamen ~ Si budak nakal Shin chan merupakan contoh yang tidak baik kepada kanak-kanak seantereo dunia. Kemunculannya mendapat tentangan hebat di Jepun, tempat lahirnya si Shin chan. Tetapi wataknya yang nyata mencuit hati majoriti yang melihat telatahnya sememangnya menghiburkan. Terpulang kepada mentaliti ibu bapa bagaimana mengawal anak mereka samada membiarkan anak mereka menonton rancangan ini or melarangnya.

Apapapun, Shin chan tetap sempoi, biarpun Hagemaru cuba mencelah dengan perangai peliknya, apatah lagi dituruti oleh Fukuchan dan Asarichan, har3x~

Dragon Ball

Sebenarnya, Dragon Ball ada 7 biji semuanya. Dari kecil hingga dewasa, Son Goku tidak pernah menghampakan. Idea Akira Toriyama yang gila-gila ini nyata mencipta impak, bukan sahaja di Malaysia, malah di serata dunia. Malah, cerita ini dibawa ke layar perak, biarpun hakikatnya, filem itu tidak seberapa memberansangkan.

Dragon Ball pasti dikenang komik hebat abad lalu kerana sehingga sekarang, bukunya dicetak berulang kali. Apatah lagi semasa ditayangkan di Tv 2, budak-budak asmara asrama sepertiku ini, setiap sabtu ahad, jam 9.30 pagi, memang tayangan wajib tonton woo.

Doraemon

Tajikupta, ang ang ang ~ Ini otai Dragon Ball. Dari zaman aku belum lahir, sehingga sekarang, walaupun hakikatnya pelukis komik ini telah pun berada di alam lain, tetap kartun ini hidup dengan bermacam-macam alatan yang keluar.

Berpuluh-puluh filem sudah dihasilkan, beratus-ratus episod sudah ditayangkan, entah berapa kali sudah, kartun ini ditayang kembali di Malaysia. Inilah kartun jepun bagiku paling sangat yang teramat power-mower effectnya terhadap Malaysia.

Biarpun watak Doraemon itu tidaklah sehebat Pikachu mahupun Hello Kitty, tetapi masih boleh dikategori wanted list kanak-kanak mahupun gadis-gadis di Malaysia. Serius, Doraemon memang waka waka, gaga~

******************************

Tidak dapat dinafikan, kartun-kartun luar Malaysia melakukan impak yang amat besar di tanah air kita sendiri. Sampai bilakah kita menanti kartun di Malaysia membuat impak seperti itu? Hanya Kampung Boy yang mampu kita banggakan setakat ini. Mungkin ada kartun Malaysia lain yang hebat, tapi sampai bila terkesima tanpa keluar dari kepompong? Wah, apakah ayatku ini sebenarnya? har3x~ Anyway, kartun merupakan media yang hebat dalam menyampaikan sesuatu mesej, yezza ~ Bubyecycle ~

Cap Kaki : Aku terer lukis kartun juga, kartun lidi ~

Ini juga ceriteranya

  • Bengangnya Memandu Di BandarBengangnya Memandu Di Bandar Ouh ~ Bandar oh bandar, tidak sah kalau tidak pergi ke bandar. Tapi dirimu bandar amat memberi stress kepada pemandu-pemandu jalan raya samada yang bertauliah, atau yang baru tadika bawa kereta...
  • Facebook : Salah Guna, Salah Siapa?Facebook : Salah Guna, Salah Siapa? Oh Yeah ~ Mahu dekat seminggu tidak update, ouch, padahal, sekarang santai, duduk dekat rumah saja, cecuti Malaysia la katakan, har3x~ Yang belum cuti, relax-relax, santaikan diri anda, sebab s...
  • “EsperLay”“EsperLay” Esperlay? Apa tu? Adakah sejenis makanan? Laman web? Gadget? Filem? Ouh2. Tidak2. Eh, sot tul aku menjawab persoalan ini, har3x~ Ni lagi ceritera mengarut tetapi amat menginsafkan diriku apabila me...
  • Merdeka ~ Tak Akan Menyerah KalahMerdeka ~ Tak Akan Menyerah Kalah Weehuu ~ Saat detik laungan merdeka menjadi simbolik bebasnya negara dari penjajahan. Stadium Merdeka menjadi saksi laungan merdeka bergema bukan sahaja dari Tunku Abdul Rahman, tetapi lautan m...
  • Gadis Seksi Dan 8 Tokoh WanitaGadis Seksi Dan 8 Tokoh Wanita Salam a'laik. Kebizian yang melanda menyebabkan entri tidak ter"update" apatah lagi membalas ngensotan korang ditempatku ini. Soru bebanyak, semuanya kerana taklimat yang sekejap di Kota Kinabalu...

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Profil


Seorang penjawat awam muslim yang menjadikan dunia bloging medium berkomunikasi di dunia maya. Berasal dari negeri di bawah bayu, Sabah dan merupakan blogger separuh masa.

Comments

  1. kartuN yugi Oh memang best tengok.suka tengok lawan-lawan kad nih..
    titan recently posted..Komisen ke 5 dari Paid-to-Promotenet

  2. aku cukup minat tgk dragon ball. dari bebudak sampai dah jadi bapak budak. sampai satu masa bini aku tak bagi tgk katun tu. alasan nya akan pengaruh minda anak aku…ahhhhh. ada gak curi tgk bila anak aku tak de. tp aku cukup puas sebab aku dapat tgk episut akhir cita ni.

  3. Wakaka…
    Naruto best…
    Tak sabar nak tunggu endingnye~

  4. aku rindu Dash! Yonkuro!!!!!!!!!

  5. i watched ALL the anime that u wrote above~!
    naruto: i like shikamaru – the lazy-mazy genius ninja..
    dash yankuro- i like shinkuro – the baby-cry,rich,handsome kid w his shooting star~!
    yugi-oh- i like joey (jonouchi)
    satria baja hitam – no matter what version kamen rider these days, sy tetap sokong black rider RX – kotaro-san~!
    ultraman – Ultraman Ace paling best~!
    pokemon – em, not too fond of this anime but it’s NICE~!
    Shin Chan – EPIC~!
    Dragon Ball – anime/buku komik DB adalah 1 mata pelajaran wajib saya di sekolah. i scored 100% each year. haha! hafal setiap scene cite ni.plus lagu tema anime ni.. i love BEZITA and his son, TRUNKS~!
    doraemon – masuk kelab jepun masa sek menengah – end up kena nyanyi koir lagu DORAEMON~! haha!

  6. layan Dash, Pokemon,Kamen Rider, Doremon n paling best, Ultraman!!
    wanita bertudung hitam recently posted..Gemuk je Huduh, Kurus je Cantik..Ye ke?

  7. SSatria baja hitam paling best zaman sy,siap beli sweater putih lagi masa tu
    Razlan recently posted..Contoh Resume Penolong Pegawai Tadbir

Trackbacks

  1. [...] satu hari, aku ni minat benda kereta-kereta Dash! Yonkuro ni. Kawan-kawan aku hampir semua ada. Masa rehat, bukan pergi makan, pergi lumba kereta. Kegilaan [...]

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: