Dilema Lelaki Pemendam

Hmmm? Lelaki pemendam rasa? Apa kes? Lelaki yang dianggap ego tetapi ada yang pemendam? Haruskah? Oh, mengapa  cerita lelaki pemendam ni. Tidak cool la. Hodoh tul lelaki memendam rasa ni. Selalunya, perempuan yang lebih banyak memendam perasaan mereka. Well, tidak dinafikan, tidak semua lelaki yang jenis pantang ditegur terus mahu marah-marah. Biarpun hakikatnya, nampak sangat seolah-olah lelaki ini lemah. Ya, memang lemah, hanya kerana mereka tidak menyuarakan rasa hati mereka. Pengecut, penakut, menahan perasaan yang hanya menyakitkan hati mereka.

Fuh, konfom kalau orang hanya tengok muka depan bab ni, terutama lelaki, opkoz hot woo. Kontrolbesi tul. Ya ka kontrolbesi? Susah aku mahu wat entri yang serius, tapi, toray2 la, sal apa yang anda baca selepas ini, adalah apa yang ku lihat, serta benda yang ada dalam diri. Ya, aku tergolong dalam lelaki memendam rasa. Semestinya tidak dinafikan, terlalu perit untuk ditahan rasa-rasa yang kurang menyenangkan. Tetapi entri ini bukanlah menceritakan diriku sepenuhnya, ini juga berdasarkan pembacaan dan keadaan sekelilingku. Semestinya anda di luar sana juga pernah bersama jenis sebegini rupa. Mungkin ada dikalangan lelaki yang membaca entri ini pun turut bersetuju, atau mungkin tidak semua sedemikian rupa. Biasalah, rambut kaler pink, hati kaler jambu, eh? Apa kaitan?

Ceritera lelaki pemendam, selalu mereka dikaitkan dengan pendiam. Hakikatnya, lelaki pendiam selalunya memendam, tetapi, lelaki memendam tidak semestinya pendiam. Lelaki pendiam, memang jelas, boleh nampak dari kelakuan mereka, banyak berdiam diri, dan selalu mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. tetapi, lelaki pemendam, mereka kadang-kadang boleh nampak seperti tidak ada masalah pada mereka, tetapi, pada tuhan sahaja dia tidak dapat menipu. Siapa lagi perit? Opkoz, jenis pemendam yang bukan pendiam lagi perit, sebab dia berusaha sehabis baik menyembunyikan perasaannya itu. Bagi yang pendiam, dia sudah boleh membiasakan diri dlam keadaan sebegitu rupa. Perit memang terasa, tetapi sakit lebih kepada mereka yang pemendam tegar.

Apa yang selalu dilihat pada mereka, opkoz, mereka tidak akan memberitahu apa yang belegar di minda dan hati mereka. Tidak kiralah masalah ka, sakit hati ka, suka seseorang ka, yang penting, bagi dirinya, cukuplah hanya dia yang tahu. Adakah mereka akan meluahkan dengan orang apa yang mereka rasa? Ya, tetapi, hanya pada orang yang dipercayai mereka, yang mereka rapat, kira geng keras la woo, yang boleh faham mereka kan, sedangkan dengan awek sendiri pun belum tentu mereka akan beritahu, biarpun perempuan insan yang sukar difahami, namun, jika ketemu lelaki jenis pemendam, perempuan akan rasa pasangan mereka begini begitu, hakikatnya, itu hanya benda yang mereka nampak, bukan yang tersirat.

Adakah lelaki pemendam ini sensitif? Yup, memang, tetapi mereka berlainan dengan lelaki yang jenis sensitif berdarah panas, mereka sensitif berdarah sejuk. Uuh, macam reptilia la pula, ahakz. Dan semestinya, mereka jenis yang boleh mengalirkan air mata, ingat, “boleh”, bukan “mudah”. Persoalannya, mengapa mereka mengalirkan air mata? Faktanya, lelaki ini tidak mengalirkan air mata kerana masalahnya, kerana sakitnya hatinya, kerana tekanan perasaan, tetapi, kepada siapa, itulah yang selalu wat mereka keluar air mata. Contohnya, pada keluarga mereka, pasangannya atau kawannya. Selalunya jarang pada kawan, tetapi, pasangan dan keluarga memang berlaku. Jika ada ahli keluarganya susah dan mengharapkan bantuannya sedangkan dia sendiri tidak dapat membantu, pasti dia akan bersedih mengenangkan ahli keluarganya itu. Mungkin ada yang membangkang, “kenapa saya pemendam tetapi tidak juga mengalirkan air mata?”, well, sebabnya, air mata itu selalunya hanya keluar kepada insan yang benar-benar dia rapat, dan benar-benar dia sayang.

Semestinya ada kesan terhadap insan-insan sedemikian, jika mengikut saintifik, lelaki yang suka memendam perasaan, berisiko untuk mendapat kanser. Benda ni aku terdengar di radio, tapi, bila difikirkan balik, ada logiknya, sebab, benda yang dipendam itu adalah benda yang negatif, dan perasaan yang negatif ini mengeluarkan toksin-toksin dalam badan. Mereka juga terdedah kepada tekanan perasaan melampau, dan bila di satu tahap yang tidak tertahan, konfom meletup, ready-ready jak kepada sesuatu yang tidak disangka. Samada masuk hospital, atau meninggal terus, whoaa~. Memungkinkan mereka menjadi gila juga, effect dari letupan la tu. Sebab itu lah, orang gila jangan diejek-ejek, dihina-hina, mereka berdiam sebab memendam, jika sudah meletup, na, wa tak bersalah, sudah dipesan awal-awal.

Kesimpulannya, wa tak boleh cakap apa2. Mungkin yang lain ada pendapat mereka sendiri. Mereka yang ada tempat meluah, ok lah. Anyway, perhatian ya, lelaki cakap sal problem, jika mereka meminta bantuan. Kalau perempuan, asal jumpa ada problem, asal jumpa ada problem asal ada problem jak jumpa. Bukan saya cakap, Dr Fadzilah Kamsah yang cakap, hehe. Yang penting, benda negatif salurkanlah di tempat yang betul. Tak salah meluah, tetapi luah lah pada orang yang anda percaya, jangan jaja cerita anda merata tempat meminta simpati, Or8?

Cap Kaki : Sepemendam wa pun, ok saja~

Ini juga ceriteranya

  • Gerenti Beres!Gerenti Beres! Weehuu ~ Apa yang beres woo? Entri ni beres? Kerjaku beres? Ka beres pilihan bernas? Eh, itu beras, har3x~ Time wat entri sal "Award Dan Award Lagi" and "Anna Birthday GA", aku buka […]
  • Pisahkan Marah Dengan BenciPisahkan Marah Dengan Benci "Jangan nak wat ceritalah, mulut tu jaga baik-baik" "Aku dah banyak bersabar dengan kau, kalau bukan sebab kau kawan aku, dah lama biru mata kau tu, lantak kau lah" Kemarahan dan […]
  • Mahermania – Antara Pro Dan KontraMahermania – Antara Pro Dan Kontra Everytime, you feel like you cannot go on You feel so lost, That you’re so alone All you is see is night, And darkness all around You feel so helpless, You can’t see which way to […]
  • Awas! Cemburu Buta Itu…Awas! Cemburu Buta Itu… Oh Yeah ~ Time wa menanti untuk menepati masa balik waktu pejabat, wa pun menjalankan aktiviti surfing di Pulau Sipadan. Eh? Bukan, di internet, ahakz. Apapapun, tiada kaitan dengan […]
  • Sotong Dimakan Mak Nyah Yang GaySotong Dimakan Mak Nyah Yang Gay Weehuu ~ Pernah nampak tak macam mana sotong kena makan dengan mak nyah? Atau pernah nampak mak nyah yang tidak gay? Yezza ~ Kalau anda tak pernah nampak, kita abaikan saja, sebab saya pun […]

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Rahsia Emas Terbongkar

Profil


Seorang penjawat awam muslim yang menjadikan dunia bloging medium berkomunikasi di dunia maya. Berasal dari negeri di bawah bayu, Sabah dan merupakan blogger separuh masa.

Trackbacks

  1. […] Pesanan Imam Syafie Dilema Lelaki Pemendam Telinga ~ Anda Ingin Pekak? Gerenti Beres Bagusnya Timun ~ Tapi.. Jangan […]

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: