Awasi Keracunan Makanan!

Weehuu ~ Setelah berkurun meninggalkan blog, baru dapat terjah wa punya dashboard. Hanya menjalankan edisi berenang di jalan raya pada blog anda semua kerana tuntutan pekerjaan. Itupun di cyber cafe, hoho. Overtime plus outstation, semestinya pulangan baik punya di awal bulan september nanti, yezza. Income raya gitu, ahakz. Well, tatkala meninggalkan blog ini seketika cuma, diri ini menghadiri Pertandingan Kantin Terbersih Peringkat Negeri Sabah 2010. Tahniah kepada Sk Pekan Kudat II, semoga kantin anda terus cemerlang, wah, ada dari sekolah tu yang baca ni blog ka pula? Ahakz. Anyway, apa kaitan dengan entri ini? Besar kaitannya, kenapa? Sebab dari sekolah lah, risiko keracunan makanan sebenarnya tinggi. Tidak kiralah samada di kantin sekolah, restoran2, warung2 atau di rumah sendiri, risiko tetap ada. Apakah sebenarnya faktor secara umum keracunan berlaku? Jom terjah ~

Faktor Persekitaran ~ Ini memang tidak dinafikanlah, persekitaran restoran yang kotor pasti mengundang pelbagai makhluk-makhluk yang comel untuk datang bertandang. Siapakah makhluk comel? Hello Kitty? Mashimaro? Giant cite Doraemon? Nop, ni lagi comel. Lalats, Tickus, Leappas dan sewaktu dengannya. Inilah antara makhluk yang datang membawa pelbagai jenis mikroorganisma yang menyebabkan implikasi kepada makanan dan seterusnya anda rasa impak yang amat comel gitu, har3x

Faktor Pengendali Makanan ~ Yang ini sukar untuk anda kenal pasti melainkan anda begitu memerhatikan pelayan-pelayan yang mengambil makanan. Kalau pelayan dia mantap, opkoz kena lihat, biarpun hakikat mantap bukan dari segi servis, har3x~ Namun, di sebalik tabirnya memang sukar untuk dipastikan sejauh mana pengendali makanan menjaga diri mereka dari segi kebersihan. Manalah tahu ada yang luka sebelum ini tetap juga masak, adalah yang jadi Raja Bersiung kelahiran baru, har3x~ Belum lagi korek hidung, gigit kuku, tangan tidak basuh selepas pergi tandas, dan macam-macam jenis perkara lagi yang anda janganlah fikirkan.

Faktor Makanan ~ Makanan? Whats wrong with the food? Ini pun benda penting yang harus anda lihat. Manalah tahu, makanan tu sudah basi ka, mungkin makanan tu tercampur benda tidak sepatutnya ka, siapa tahu, kan? Ini komplikasi dari makanan itu sendiri, bukan dari faktor-faktor lain yang meng”effect”kan makanan tersebut. Ini mungkin faktor yang kecil, tetapi harus diambil perhatian juga.

Faktor Diri Sendiri ~ Ouch, sendiri punya diri seharusnya cuba lihat sebelum menuding kesalahan orang lain. Adakah tangan anda telah dibasuh sebelum makan? Sememangnya tangan merupakan anggota penting yang boleh menyebabkan anda sendiri sakit. Beringat sebelum kena, seharusnya tangan anda harus dibasuh sebelum makan.

Anyway, ada lagi faktor lain yang membolehkan keracunan makanan ini terjadi. Dan yang pasti, keracunan makanan boleh dipecahkan lagi kepada beberapa jenis penyakit. Yang penting, anda seharusnya peka dengan faktor-faktor utama di atas kerana faktor tersebutlah yang mengundang permasalahan tersebut. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Cap Kaki ~ Makan jangan lupa baca doa


WriTe WhaT I WanT  ~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe


Ini juga ceriteranya
  • Bagusnya Timun ~ Tapi…
  • Cerita Panas Artis Bertudung!
  • Kebiasaan Wanita Pakai Tudung… Tapi…
  • Sorry Seems To Be The Hardest Word
  • Hilang Syarat Kerana Paksaan

Comments

Powered by Facebook Comments

About aretikz

~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe
This entry was posted in Ceritera Kesihatan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: