Gaga ~ Semalam memang hangat, perlawanan pemanas badan menjelang edisi baru Epl diantara Chelsea dan Man Utd merebut kejuaraan Community Shield. Tahniah kepada Man Utd kerana dengan jayanya menumbangkan ghairah Chelsea untuk menjulang perisai komuniti edisi 2010 ini. Jaringan dari Antonio Valencia, Javier Hernandez dan Dimitar Berbatov sudah cukup membenam Chelsea biarpun Salomon Kalou dapat menerjah gawang gol Man Utd. Penguasaan padang seperti yang dilihat adalah milik Chelsea tetapi, Man Utd yang bijak mengambil kesempatan yang ada berbanding lawannya itu. Apakah penyebab Chelsea kalah? Mengapa Man Utd menang? Jom terjun ~
Penjaga Gol
Chelsea ~ Hilario? Ouch, memang menyakitkan. Tiada penjaga gol lain ka selain dia? Hakikatnya, dia jarang dikerah melakukan aksi menyelamat untuk Chelsea. Mungkin 2 gol sebelum itu bukan salahnya, tetapi gol ketiga cukup menjelaskan mengapa Chelsea seharusnya mencari penjaga gol kedua yang berkualiti selepas Cech. Sememangnya sukar melihat penjaga gol ke-2 adalah penjaga gol berkualiti, tetapi sekurang-kurangnya memberi aksi mantap tatkala diperlukan.
Man Utd ~ Van Der Sar? Oh, tidak dinafikan dia penjaga gol terbaik selepas legenda Man Utd, Peter Schmeichel. Aksinya begitu cemerlang ketika menafikan tandukan Ivanovic serta beberapa percubaan dari pemain Chelsea yang lain. Mungkin tidak bernasib baik melepaskan gol untuk Kalou, tetapi persembahan penjaga gol veteren ini seharusnya dipuji.
Pertahanan
Chelsea ~ Sememangnya pertahanan Chelsea bermain di bawah tahap sebenar. Hakikatnya Fereira dengan Ivanovic bermain lebih baik berbanding John Terry dan Ashley Cole. Barisan Man Utd memperkotak-katikkan kelembapan john Terry dan pertahanan serba tidak menjadi dari Ashley Cole. Mungkinkah era John Terry bakal jatuh dan hati Ashley Cole lebih tertarik kepada Real Madrid?
Man Utd ~ Barisan tanpa Rio Ferdinand sememangnya tetap kental bertahan biarpun mungkin terdapat beberapa kesilapan yang dilakukan yang menghadirkan peluang buat Chelsea, namun, tunjangnya Vidic, selaku kapten pada perlawanan itu menjelaskan kualiti pertahanan mereka. Fabio bernasib baik kerana terlepas dari memberi penalti kepada Chelsea setelah menjatuhkan Essien, namun apapapun, pertahanan Man Utd berjaya mengekang penyerang Chelsea.
Midfield
Chelsea ~ Apa terjadi kepada barisan tengah Chelsea? Hantaran2 yang dilakukan sekadar berlegar sesama mereka. Kurangnya melakukan hantaran berbahaya kedalam kubu lawan, melainkan hantaran lintang sahaja berjaya masuk ke ruang penalti Man Utd. Kreativiti gagal dijelmakan oleh penjanaan kuasa tengah Chelsea dan hanya Essien sahaja yang beraksi begitu baik berbanding rakan sepasukannya yang lain.
Man Utd ~ Permainan yang diterapkan Man Utd serangan balas dengan hantaran jauh merupakan taktik yang berjaya membuat pertahanan Chelsea seperti diperbudakkan. Tunjang visi Man Utd adalah Paul Scholes, yang banyak membuat hantaran berbahaya dengan mengeksploitasi kelembapan pertahanan Chelsea untuk bertahan seperti mana yang dilakukan dengan hantaran kepada Rooney dan seterusnya Valencia menyudahkannya. Malah, Valencia juga merupakan pemain yang turut menyumbangkan satu bantuan gol lagi selain hantaran bijak Nani untuk disudahkan oleh Berbatov.
Serangan
Chelsea ~ Satu gol dari Kalou, itupun menyudahkan setelah Van Der Sar menepis percubaan Sturidge. Selebihnya, percubaan meliar selain kekentalan Van Der Sar menjadi punca ketumpulan jentera serangan Chelsea. Sukar menembusi kotak penalti Man Utd, selain Anelka tampak lebih kebelakang, melainkan ketika Drogba dimasukkan, barulah jentera serangan mereka bernafas kembali. Seharusnya Ancelotti perlukan seorang penyerang muda berkualiti serta bertenaga dari terlalu mengharapkan Drogba dan Anelka yang semakin ke penghujung karier mereka.
Man Utd ~ Jentera serangan dari Man Utd sememangnya berfungsi dengan baik dengan ledakan dari “tendangan tanduk” Javier Hernandez serta “Chipmunk” dari Berbatov. Selain itu Rooney juga memberi gol kepada Valencia untuk gol pendahuluan Man Utd. Yang menariknya ialah penampilan sulung dalam perlawanan kompetitif dari Hernandez, yang pasti dilihat sebagai prospek terhangat musim Epl kali ini.
Demikian ceritera bola kita kali ini. Chelsea kini telah tewas 4 kali berturut-turut termasuk perlawanan persahabatan mereka sebelum ini. Man Utd menarik nafas lega kerana perlawanan ini juga penting sebagai kelebihan awal terhadap pasukannya mengharungi satu musim yang penuh cabaran dan petanda amaran bagi pesaing kejuaraan yang lain. Apapapun, sokonglah team anda ketika tirai bola sepak eropah hampir memulakan edisi mereka ~
Cap Kaki ~ Terjah Epl 14hb Ogos, tetapi terawih lagi utama
Ini juga ceriteranya
Comments
Powered by Facebook Comments







wagh…. chelsea… sedey2.. walau mcm mana pown tetap menyokong chelsea..
farass recently posted..semalam
xpa.. teruskan usaha wahai chelsea, hehe..
ketiadaan perancang Ballack dan keeper terbaik Peter, mgkn agak mencacatkan rentak chelsea di musim ini. Apapun baru di awal musim. MU tetap gah walaupun player2 yg tidak sehebat Man city…terus melaporkn tentang liga2 eropah ini…
izryn recently posted..Award Friendship Dari Mira
Rasanya Ballack bukan pemain yang menjadi peranan utama seperti musim lepas.. tetapi pengalamannya amat dirasai juga.. Mungkin ketibaan Ramires boleh menjadi pengganti kepada Ballack.. Yang penting kualiti dan sefahaman, semua bergantung kepada jurulatih mereka mcm mna merencanakan pemainnya mengikut taktik diberikan.. InsyaAllah, selagi termampu
Macam Shebby Singh la pula, ahakz..
Aku merupakan peminat tegar dan kipas susah mati Man Utd..Hati ku tak pernah berubah dan aku tahu sejauh mana tahap mereka bermain.Setiap kekalahan mereka bukan pembunuh semangat mereka.Mereka sentiasa tenang dan faham sebagai seorang pemain untuk kelab terhebat sepanjang zaman nie.
Man Utd lahir dan bangkit dari kesedihan yang tak pernah dialami oleh kelab lain.Mereka sentiasa melahirkan bintang dan bukan mengumpul bintang seperti Chelsea sedangkan Chelsea ‘wujud’ kerana suntikan kewangan yang besar..Sejarah sentiasa membuktikan kebenaran dan kehebatan sesuatu kelab itu..tanpa mentaliti yang cukup kuat,kelab itu biar dilonggokan dengan pemain yang berstatus bintang sekalipun tetap gagal memenuhi ruang kabinet mereka dengan trophy.
Man Utd bukan lar kelab bermusim tapi kelab yang sentiasa berada dalam posisi yang cukup dibanggakan..Terlalu banyak taktikal dan strategi diterapkan dari bilangan jurulatih yang silih ganti akan meyebabkan kelab tersebut sentiasa menyesesuaikan dengan peranan jurulatih.Lihat lar siapa Jurulatih man Utd?berapa orang yang pernah membimbing Man Utd sejak peristiwa Munich?Aku tak pernah lihat begitu besar kepercayaan yang diberikan oleh peminat2 kepada satu2 kelab sebagaimana yang mereka tunjukan kepada Sir Alex Ferguson,bangsa Scottish.
“UNITED IS NOT ARROGANT JUST BETTER”
si biskut recently posted..Si Penulis Hantu
yezza, longgokan pemain bintang tidak menjamin apa2 melainkan kebijaksanaan pengurus merencana kelab tersebut. Mungkin pemain berkualiti amat diperlukan, tetapi jika sistem pemain tersebut tidak cun, memang jadi macam Kaka di Real atau Ibrahimovic di Barca. Belum lagi sebilangan pemain di Man City. Contoh terbaik Tottenham, apapapun, semangat Man Utd, good luck yo
hermmm… melihat aksi semalam aku rasa, peluang untuk Liverpool bersaing masih ada…hermmmm
rabun recently posted..ANTARA YANG PASTI DAN TIDAK
mudah-mudahan, hehe.. kita tgk season dia mcm mna~
x mo sdh sy bca sgla crtera ko ni..bt skit hti sy jaaaaaaa…..jgn ko ktuk lbh2 chelsea,struk mna pon sy ttp minat team sy ni tauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu..
Har3x~ Uikz seha, bila masa aku kutuk? aku cakap berdasarkan aku lihat bah.. kalau Man Utd pun kalah, memang terbalik tajuk aku tu.. hehe.. Sabar lah yek.. jgn ko bom opis ni.. terpksa amek cuti awal nnti.. gaga~