Ramadhan ~ Tips Puasa di Bulan Ramadhan

Oh Yeah ~ Ahlan wasahlan ya Ramadhan. Bulan Ramadhan menjelma kini, berpuasa sebulan tuntutan melengkapkan rukun islam kita. Sedar tak sedar, kita kini menghampiri hari raya. Eh? Awal juga cakap raya, har3x~ Lupakan raya, Ramadhan dulu wei, bulan untuk umat islam sekalian. Tatkala ini keberkatan makin bertambah-tambah, pahala berganda-ganda diberi. Tinggal kita lagi mencari keredhaanNya. Diri ini bukanlah sehebat mana, cuma boleh kongsikan serba sedikit tips ketika melalui bulan Ramadhan. Mungkin ramai sudah menulis mengenainya, apapapun, layanzz, gaga~

1. Melambatkan sahur. Well, ini tuntutan sunnah, tapi janganlah makan terlalu banyak ketika bersahur. Nanti Subuh jadi berat, lagi-lagi kes yang tidur pas sahur, konfom terlepas Subuh. Sebab itulah seeloknya makan dekat-dekat Subuh. Mungkin setengah jam sebelum Subuh macam tu ka. Seafdhalnya jarak waktu sahur dan subuh adalah dalam bacaan ayat Al-Quran 50 ayat Al-Quran sepertimana dalam hadis riwayat Muslim :

Daripada Zaid bin Sabit r.a. katanya: “Kami pernah bersahur bersama-sama Rasulullah s.a.w. Selepas itu kami berdiri untuk menunaikan solat subuh, kamipun bertanya kepada baginda: “Berapa jarak sebenar di antara kedua-dua itu? (di antara makan sahur dengan sembahyang subuh)”. Baginda pun menjawab: “sekira-kira cukup membaca lima puluh ayat”.

Kalau nak tahu berapa minit dalam 50 ayat, anda baca ayat Al-Quran 50 ayat dengan tajwid yang betul, jangan trip2 baca cepat and then jangan lupa catat masa, gaga~ Paling kurang, dapat juga pahalakan?

2. Or8, lepas waktu sahur, ni part time berpuasa. Kalau dah tahap sakit nak tahan puasa macam cacing kepanasan, janganlah segan nak menyegarkan badan anda. Segar badan dengan apa? Minum? Iya, minum, tapi time berbuka, har3x~ Opkozlah mandi, ish3x~

3. Ini kebiasaan orang masa puasa, yakni TIDUR. Bukan tidak boleh tidur, tapi berpada-padalah, yakni, tidur cukuplah sekadar rehat, bukan nak bangun terus dah dekat nak berbuka. Why? Sebabnya, ini hanya melemaskan diri anda biarpun bukan di dalam laut atau sungai. Bila lemas, memang jadi lemah. Hakikatnya, badan anda akan menjadi lebih cergas ketika berpuasa, mungkin bukan di awal puasa, ketika diri cuba membiasakannya. Tetapi bila sudah lama berpuasa, memang antibodi jadi tinggi, err, maksud gue, antibodi puasa, hehe. Tapi kalau dari awal Ramadhan sampai akhir balik2 tidur, ouch, budak tadika tumbuk pun boleh tumbang, gaga~

4. Ini masa dekat berbuka puasa, Bazaar time, yezza. Sememangnya nafsu akan membuak-buak untuk ambil sahaja semua makanan yang anda. Tidak terkecuali aku, har3x~ Berpada-padalah dalam berbelanja, dan selalunya yang paling banyak orang beli, kuih-muih lah. Kalau rasa2nya kuih2 tersebut ingin dimakan semua, senang saja, mixkan kuih tu, kalau seringgit 3, pastikan 3 itu adalah kuih yang berlainan. Jika dipraktikkan, insyaAllah jadi kebiasaan, dari membazir?

5. Sediakanlah makanan berbuka dengan lebih awal. Kenapa? Ini tips baik punya untuk budak2 study. Pas siap makanan tu, pergilah mandi, and then bacalah al-quran dalam masa menunggu waktu berbuka. Paling tidak pun, waktu inilah masa yang tenang untuk anda study secara solo. Trylah, mesti baik punya, hoho.

6. Part baik punya, buka puasa. Sudah tahu lapar, makanlah, bersegera berbuka puasa, gaga~ Tapi, mulakanlah dengan? Kurma? Minum air suam? Buah-buahan manis? Tidak, salah. Jangan sama sekali! Kontrolbesi ni, sedangkan itu sunnah. Memanglah, mulakanlah dengan Bismillah, baca doa buka puasa, ish3x~ Makan jangan banyak, cukuplah menghadirkan tenaga, sebab Maghrib tu menanti. Pas solat Maghrib, kalau rasa-rasa masih hip-hop tu perut, makanlah, tapi ingat, Isyak dan Terawih lagi. Yang penting, bersederhanalah dalam makan. Kalau ada insan ingin diet, baik wat macam ni, gaga~

Weehuu, itu serba sedikit yang dapat diri ini kongsikan kepada anda semua. Mungkin ada lagi yang pakar boleh tunjukkan tips baik punya pada anda, jadi pandai2lah search di Google atau Yahoo, gaga~ Banyak lagi fadhilat dalam bulan Ramadhan ini. Apapapun, tingkatkan ibadah anda, rugi woo kalau disia-siakan. Daa~~

Cap Kaki : Secara rasminya di entri ini, wa ucapkan, selamat menghadapi bulan Ramadhan dengan sebaiknya~


WriTe WhaT I WanT  ~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe


Ini juga ceriteranya
  • Ramadhan ~ Anda Boleh Berdosa Mengutuk Salleh Gregor Samsa
  • Ramadhan ~ Salleh Gregor Samsa Dah Meninggal?
  • Ramadhan ~ Berbuka dengan Minuman Ringan? Awas!
  • Ramadhan ~ Bukan Sekadar Puasa
  • Cerita Panas Artis Bertudung!

Comments

Powered by Facebook Comments

About aretikz

~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe
This entry was posted in Ceritera Ilmiah and tagged , , , . Bookmark the permalink.

8 Responses to Ramadhan ~ Tips Puasa di Bulan Ramadhan

  1. gnesop.com says:

    selamat menyambut Ramadhan dan berpuasa..:)
    gnesop.com recently posted..Percutian ke Johor bahagian 3

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Selamat menyambut Ramadhan dan berpuasa juga :)

    [Reply]

  2. diraja22 says:

    sama2 lah kita mengimarahkan bulan ramadhan dengan amalan..

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Yup, itulah yang terbaik :)

    [Reply]

  3. dark_half says:

    good tips. first time baca ttg jarak waktu melambatkan bersahur.thnks

    salam ramadhan & selamat berpuasa
    dark_half recently posted..9 Kalau Aku Bendul Kau Apa Bangang!

    [Reply]

    aretikz Reply:

    saya pun baru jumpa juga tu.. hehe.. anyway salam ramadhan juga pada anda :)

    [Reply]

  4. Omma says:

    Bagus infornya…slamat puasa juga…
    Omma recently posted..SAHUR PERTAMA DI KEM

    [Reply]

    aretikz Reply:

    thanx omma :)

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: