Ramadhan ~ Bukan Sekadar Puasa

Yezza ~ Alhamdulillah, inilah post yang pertama tatkala Ramadhan yang pertama ditempuhi. Huaargh, wat entri pun lapar woo. Cis, tak sedar diri betul aku ni, ingat makan jak. Baru sehari berpuasa, apa kes ni? Ish3x~ Apapapun, puasa kita kena ikhlas, bukan sebab orang puasa, kita pun ikut puasa.

Anyway, entri ini merupakan entri yang tiada jaminan untuk anda tidak terasa, dan sesiapa yang tidak terasa, alhamdulillah, anda memang hebat. Kepada yang terasa, semestinya hanya sekadar pesanan, kerana pesanan sesama kita dituntut oleh nabi, saling ingat-mengingati, dan aku terasa ingin meluahkan coretan dari kontek lens mengenai apakah Ramadhan masa kini. Uish, serius bunyinya, amat menyeramkan, jeng3x~

Hakikat Ramadhan moden ini, dapat ditakrifkan pada pemikiran mereka hanya sekadar berpuasa semata-mata. Percaya atau tidak, puasa berjalan, solatnya tidak. Ini bukan solat terawih, itu aku konfom boleh pandai kantoi juga, hehe. Solat fardhu yang menjadi kewajipan kepada seluruh umat islam sekalian. Apalah makna jika berpuasa tanpa melakukan ibadat wajib. Dari pagi hingga ke petang, tidur jak, subuh pun lepas. Zohor di abaikan, Asar masa rehat, Maghrib khas untuk makan. Isyaknya letih makan, ish3x~ Sandi jua eh, ahakz.

Beralih dari bab solat, yang ini memang kebiasaan khas buat pengguna laman web sosial. Post Facebook, Tagged dan macam-macam lagi memang hebat mengucapkan selamat berpuasa, semangat lagi cakap “Aku harap puasa full tahun ini”. Namun, yang diri ini hanya menggeleng kepala, bukan apa, bagus ada niat macam tu, kalau yang perempuan kena “Bendera Jepun”, apa boleh wat kan. Tapi selepas itu, ada suda post yang mencaci-maki, mengutuk orang, dan sewaktu dengannya. Rasanya lidah mereka ni memang dorang jaga sehabis baik, so, bagi memastikan lidah terjaga dengan baik, biarlah Fb yang dapat dosa. Elokkan?

Oh, part ni pantang kena tegur kali. Bab tutup aurat. Bangga seh puasa, siap baca doa berbuka puasa lagi time berbuka dekat restoran. Cantik woo gadis tu, memang ciri-ciri idaman ni, siap boleh baca doa lagi tu buka puasa, alhamdulillah, selesai urusan berbuka puasanya. Hakikat! Aurat tidak dijaga dengan baik. “Tolong sikit, saya pakai tudung juga ya” well, tudung bukan melambangkan menutup aurat. Aurat perempuan ni menyeluruh. Yang lelakinya, puasa bukan nak lemah-lemah, badan harus cergas. Yezza, i like, tapi bersukan biar berpada, lutut tetap nampak bro, aurat lelaki bukan sampai paha jak, ahakz.

Yang ni lagi mantap, oh romantiknya, sweet couple, berbuka puasa sama-sama. Si abang pimpin baca doa yek, umpama bakal suami mithali lagaknya. Perempuan ikut jak, seperti isteri yang patuh kepada suami. Namun, semua itu ada “umpama” dan “seperti” sahaja. Silap-silap, sebelum buka puasa, jalan-jalan dulu, sambil berpegang tangan. Bergurau-senda, ketawa-ketawa, mesra gitu. Well, sedangkan suami isteri pun kena jaga batas, inikan pula yang belum nikah. Selalunya agenda lepas buka puasa, berjalan-jalan melihat alam lagi. Jangankan terawih, Maghrib dengan Isyak opkoz hilang. Biasalah, pegawai Jais kan pergi beribadah, mana ada masa tangkap orang, kan?

Anyway, ini sekadar renungan kita bersama. Bulan ini bulan kita menambah keberkatan, bukan kerosakan. Disinilah segala syaitan tidak diberi kebebasan untuk membisik nafsu, dan jika akal kita mampu berfikir dengan baik, mudah sahaja nafsu menjadi tanah jajahan akal. Apapapun, sama-samalah kita mengimarahkan bulan yang penuh keberkatan ini. Well, Ramadhan bukan sekadar puasa sahaja, hehe.

Cap Kaki : Ramadhan, bulan yang suci, teet teeet~


WriTe WhaT I WanT  ~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe


Ini juga ceriteranya
  • Ramadhan ~ Salleh Gregor Samsa Dah Meninggal?
  • Ramadhan ~ Anda Boleh Berdosa Mengutuk Salleh Gregor Samsa
  • Ramadhan ~ Tips Puasa di Bulan Ramadhan
  • Ramadhan ~ Sahur, Dirimu Bakal Berpuasa
  • Ramadhan ~ Berbuka dengan Minuman Ringan? Awas!

Comments

Powered by Facebook Comments

About aretikz

~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe
This entry was posted in Ceritera Ilmiah and tagged , , . Bookmark the permalink.

15 Responses to Ramadhan ~ Bukan Sekadar Puasa

  1. diraja22 says:

    sama2 lah mempertingkatkan amalan di bulan yg mulia ini..
    diraja22 recently posted..MURKA DIKAITKAN POLITIK

    [Reply]

    aretikz Reply:

    betul3x~

    [Reply]

  2. keen~ says:

    ha3~ memang pedas dowh~ mujur ngah puasa.. klu x, mmg ada yg termakan cili.. ^_^
    keen~ recently posted..- RInDuNya denGan suaSaNa taRbiYYah kaT SMAAASZA – -

    [Reply]

    aretikz Reply:

    hehe.. nnti berbuka adalah tu mkan cili.. hehe..

    [Reply]

  3. piewahid says:

    salam.
    bagus blog ni. moga beroleh keampunan dan taqwa.
    jom follow! :)

    [Reply]

    aretikz Reply:

    thanx.. amin.. smoga kita semua mndapat berkat darinya pada bulan mulia ini :)

    [Reply]

  4. ira_ishiko says:

    sokong!!! betul tuu…… jauhi perkara sebegitu.. even bukan bulan pose pun ye ~

    [Reply]

    aretikz Reply:

    betul3x~ xsemestinya bulan puasa juga.. bulan2 lain pun kena kawal tingkah laku juga.. hehe..

    [Reply]

  5. haaa..kan dah kene ceramah puase2 nih…hehehe..nice one!
    hentakbelipat recently posted..Perangai Pelik Bab 13- Cermin

    [Reply]

    aretikz Reply:

    haha.. lum tahap ceramah lg tu.. anyway thanx.. :)

    [Reply]

  6. dark_half says:

    macam penah observe je benda2 camni
    bagus ingat-mengingati sesama kita
    dark_half recently posted..9 Kalau Aku Bendul Kau Apa Bangang!

    [Reply]

    aretikz Reply:

    yup.. peringatan untuk diri ini jua.. hehe..

    [Reply]

  7. keen~ says:

    TERBAIKKKKKKKK!! ada unsur2 pedas la aretikz..

    btw, sila perhatikan keen kt dlm fb tu ye.. klu ada yg mmpu “menguruskan pahal pose”, tegurlah.. kdg2, bila dh excited sgt, lupa semuanya.. huhu~ T_T
    keen~ recently posted...: shot!! 2000 followers!! :.

    [Reply]

  8. deeya says:

    ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna .. agar dapat ku lalui dengan sempurna . suke lagu nie . hehe ~

    selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh keikhlasan ye atik ! =)
    deeya recently posted..Doktor Neurologi Menemui Keajaiban Allah

    [Reply]

  9. godek2 terbekenan gambar kat sini :)

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: