Weehuu ~ Sadis betul mahu tulis 20 team ni. Apapapun, semangat bolaku tetap membara, tapi Ramadhan mengatasi segalanya, cewah, har3x~Kita teruskan edisi terjah Epl yang telah dicoretkan pada part 1 sebelum ini. Adakah pasukan seterusnya pasukan yang hangat? kenapa mereka diletakkan part 2? Adakah pasukan sebelumnya lemah? Hakikatnya, pasukan ini mengikut susunan abjad, har3x~ Tiada kaitan pasukan itu kuat atau tidak, ahakz. Apapapun, jika anda belumterjah edisi part 1, sila klik di sini. Dan, kita teruskan edisi terjah seterusnya, layanz~
Manchester City
Oh Yeah, Real Madrid England, inilah Manchester City. Sokongan kewangan yang kuat dari keluarga diraja arab seolah-olah coklat mencurah di ladang gandum dan puff, its became a koko crunch. Skuad yang dilimpahi barisan bintang ini pasti menimbulkan Phd, yakni perasaan hasad dengki bagi pasukan-pasukan yang lain. Namun, mampukah barisan bintang ini membayar kembali kepercayaan yang diletakkan oleh jutawan arab itu? Tugas berat buat Mancini untuk membuatkan pasukan yang dilimpahi nama besar ini untuk bermain satu unit pasukan. Pembelian musim panas ini menyaksikan Yaya Toure menyertai abangnya, Kolo Toure, disertai Jerome Boateng, David Silva, Aleksandar Kolarov, Mario Balotelli, dan cuma satu nama sahaja yang tidak dikenali, Alex Henshall dari Swindon Town.
Musim lepas cemerlang berada di tempat ke-5, dan persediaan pra-musim amat penting buat mereka. Tetapi, apa yang diharapkan tidak menjadi, kekalahan dua perlawanan pertama, sebelum seri dengan Club America dari Mexico, dan seterusnya tewas lagi kepada Inter Milan dan Borussia Dortmund. Kemenangan menentang Valencia yang menaikkan semangat mereka mengharungi perlawanan pertama menentang Tottenham.
Tahap Pasukan : Mesti berada di kedudukan 4 teratas, jika diukur setiap pemain dalam pasukan. Tetapi, semestinya itu tugas yang sukar. Mungkin mencabar untuk kedudukan eropah, tetapi untuk 4 teratas, sukar rasanya.
Manchester United
Pasukan yang semestinya pencabar utama Chelsea untuk merampas kembali takhta Epl. Tidak banyak pembelian yang dilakukan oleh sir Alex dengan hanya melakukan 3 perpindahan masuk sahaja, dan seperti yang dapat dilihat dengan jelas, pemain antarabangsa Mexico, Javier Hernandez telah menunjukkan mengapa Man Utd berbaloi mendapatkannya. Gol debut pelik dalam perlawanan kompetitif menentang Chelsea dalam Piala Komuniti belum boleh menjelaskan keseluruhan permainannya. Terkenal dengan kepantasan, mudah untuk beliau menyesuaikan diri di Epl ini. Pembelian lain selain dari Hernandez ialah Bebe dan Chris Smalling.
Sememangnya kemenangan menentang Chelsea memberi amaran bahawa Man Utd merupakan pilihan untuk memenangi kejuaraan ke-19 mereka. Biarpun tewas kepada Kansas City Wizards dan C.D. Guadalajara dalam jelajah Amerika, tetapi kemenangan menentang pilihan Ireland serta musuh liga, Chelsea merupakan pembakar semangat buat anak didik Sir Alex ini.
Tahap Pasukan : Tidak ada apa yang boleh dikatakan, sememangnya pilihan menjuarai liga. Mungkin tidak mampu berbelanja seperti jiran setempat mereka Man City, tetapi dengan produk akademi yang berkualiti serta pengalaman dari otai Man Utd, semestinya pencabar utama merebut kejuaraan Epl.
Newcastle United
Hanya setahun beraksi di Liga Kejohanan, kemudian bangkit dari semua permasalahan ketika masih berstatus Epl dulu. Adakah mereka mampu mengekalkan status Epl mereka semestinya masih menjadi persoalan. Kebanyakkan pemain mereka masih kekal bersama Newcastle di Liga Kejohanan dan kini mempunyai misi untuk memadamkan kritikan terhadap mereka selama ini. Dengan pengalaman rekrut baru iaitu Sol Campbell dijadikan sandaran, Newcastle juga berjaya mendapatkan pemain bernilai tinggi secara percuma, Dan Gosling. Pembelian seterusnya ialah James Perch dari Nottingham Forest.
Persediaan pra-musim mereka kurang memberangsangkan buat The Toons. Biarpun mencatat kemenangan pada perlawanan pertama mereka, tetapi gagal mencatatkan sebarang kemenangan selepas itu. Hanya mampu seri dengan PSV Eindhoven dan Deportivo, serta tewas kepada Norwich City dan Glasgow Rangers. Dan selepas ini, mereka berdepan perlawanan cukup getir, menentang Man Utd di Old Trafford.
Tahap Pasukan : Biarpun masih terdapat sebilangan pemain berkualiti setia dengan Newcastle, tetapi, mereka jugalah yang membawa kejatuhan Newcastle. Secara logiknya, mereka akan bertarung untuk mengelakkan penyingkiran divisyen.
Stoke City
Tony Pulis setakat ini berjaya mengekalkan Stoke di Epl. Dengan berteraskan permainan fizikal dan terus, sememangnya Stoke pasukan yang berbahaya. Cuma yang meresahkan Pulis adalah jentera serangan mereka, yang nyata kurang mencatat gol berbanding pasukan lain musim lalu. Oleh sebab inilah, beliau mencatatkan rekod perpindahan kelab, dengan membeli penyerang Sunderland, Kenwyne Jones. Jones menjadi sandaran untuk mencatatkan gol buat pasukannya. Selain Jones, Pulis turut merekrut penjaga gol Carlo Nash dari Everton dan pemain muda berprospek tinggi, Florent Cuvelier.
Stoke hanya tewas sekali sahaja dalam perlawanan pra-musim, dengan kekalahan kepada Derby Country. Selebihnya, mencatat kemenangan ke atas Nantwich Town, Newcastle Town, Albion Rovers (Newport), Burnley, Bristol Rovers dan Prestatyn Town. Semestinya mereka berharap untuk membawa prestasi pra-musim diterjemahkan ke Epl.
Tahap Pasukan : Mungkin satu musim yang baik buat anak didk Tony Pulis, mereka memang bermain baik, dan tidak mustahil terus kekal di Epl.
Sunderland
Steve Bruce semestinya hairan dengan prestasi skuad mereka musim lalu, bermula dengan baik sehinggalah dikatakan mampu bersaing merebut tempat ke Eropah. Namun, itu hanya sementara sehingga mereka hampir bersaing mengelakkan penyingkiran divisyen sebelum mengakhirinya dengan tempat ke-13. Steve Bruce merupakan pengurus paling sibuk menguruskan perpindahan dalam meningkatkan lagi skuad yang sedia ada. Selain meminjam Danny Welbeck dari Man Utd dan Nedum Onouha dari Man City, Bruce juga merekrut Marcos Angeleri dari Estudiantes, pertahanan Titus Bramble dari Wigan Athletic, pemain tengah Mesir Ahmed Al-Muhammadi dipinjam dari ENPPI, penjaga gol kelahiran Belgium, Simon Mignolet dari Sint-Truiden, serta pemain Piala Dunia Paraguay, Cristian Riveros dari Cruz Azul.
Persediaan pra-musim yang baik, dengan mencatatkan 3 kemenangan, 2 seri tetapi tewas kepada pasukan luar England iaitu Benfica dan 1899 Hoffenheim. Sesuatu yang perlu dicari oleh Steve Bruce ialah konsistensi, yang membuat pasukannya terumbang-ambing seketika musim lalu.
Tahap Pasukan : Kesungguhan Steve Bruce dalam memantapkan skuadnya jelas terlihat melalui pembelian yang dilakukan. Apa yang diharapkan ialah Darren Bent masih meneruskan sentuhannya dalam menjaringkan gol. Bersaing dalam kelompok pertengahan liga.
Tottenham Hotspur
Harry Redknapp, semestinya berbangga dengan pencapaian yang telah dilakukannya ketika ini. Memecahkan kelompok Big 4, dan beraksi di kejohanan berprestij iaitu Liga Juara-Juara Eropah. Merupakan pakej kejutan musim lalu, mereka perlu mengekalkan konsistensi jika ingin kekal dikelompok 4 teratas. Setakat ini hanya melakukan satu pembelian, dengan membawa masuk pemain tengah Brazil, Sandro dari Internacional. Gagal membawa Joe Cole yang menyertai Liverpool, turut frust dalam cubaan membeli pemain West Ham, Scott Parker.
Tottenham melalui pra-musim dengan begitu positif, mencatat 4 kemenangan, termasuk memenangi Piala Eusobio dengan menewaskan Benfica, serta 2 seri dan hanya mencatatkan kekalahan sekali iaitu kepada Villareal. Sekurang-kurangnya Tottenham boleh bersaing di kejohanan eropah, dengan skuad yang ada ketika ini.
Tahap Pasukan : Sepanjang kendalian Harry Redknapp, banyak peningkatan yang telah dilakukannya. Kemungkinan besar boleh mengimpikan kejuaraan liga.
West Bromwich Albion
WBA, nama singkatan buat pasukan ini. Dalam 5 musim terakhir, WBA tidak putus-putus naik turun dari Epl. Dan setiap kali naik, sememangnya mereka bergelut untuk kekal di Epl. Roberto di Matteo punya tugas berat menghapuskan badi tersebut. Untuk mencapai misi itu, beliau telah merekrut 5 muka baru. Dengan membawa masuk secara percuma Pablo Ibanez dan Steven Reid, beliau juga melakukan pelaburan dengan membeli Nicky Shorey dari Aston Villa, Boaz Myhill dari Hull City serta Gabriel Tamas dari Auxerre.
Pra-musim yang baik buat WBA, dengan menang 3 perlawanan pertama sebelum tewas kepada Doncaster Rovers. Selepas itu mencatatkan seri 1-1 masing-masing kepada Coventry City dan Osasuna. Persediaan mereka boleh dianggap baik ketika mereka sedar, kesukaran bertemu dengan juara bertahan Chelsea pada perlawanan pertama mereka.
Tahap Pasukan : Mungkin masih belum mampu melepaskan badi, tetap bersaing untuk mengelakkan penyingkiran divisyen.
West Ham United
West Ham memulakan musim ini dengan pengurus baru, pemilik baru dan azam baru untuk sekurang-kurangnya bersaing di pertengahan liga setelah hampir-hampir tesingkir daripada Epl. Avram Grant, pengurus kelahiran Israel ini, bertindak cemerlang membawa Portsmouth musim lalu ke perlawanan akhir Piala FA. Beliau setakat ini telah merekrut Tal Ben Haim secara pinjaman, Pertahanan New Zealand, Winston Reid dari Midtjylland, Penyerang kelahiran Perancis, Frederic Piquionne, Penyerang Mexico, Pablo Barrera dari Pumas, serta Thomas Hitzlsperger dari Lazio.
Persediaan pra-musim berjalan lancar buat The Hammers, dengan mencatatkan 5 kemenangan dan 1 seri dalam 6 perlawanan persahabatan mereka. Semestinya ini meningkatkan moral mereka yang pada musim lalu bersaing untuk keluar dari kelompok tersingkir dari liga.
Tahap Pasukan : West Ham tampak seperti kuat bagi musim ini. Persaingan di pertengahan liga adalah sesuatu yang realistik buat mereka.
Wigan Athletic
Seperti West Ham, Wigan turut bernasib baik terlepas dari penyingkiran liga. Sesuatu perlu dibuktikan oleh Martinez selain daripada mengharapkan peningkatan dari pertahanan mereka kerana mencatatkan bolos paling banyak berbanding pasukan lain musim lalu. Antara rekrut baru Martinez ketika ini, Pertahanan Belanda Ronnie Stam dari Twente, James McArthur dari Hamilton, membawa penjaga gol Oman secara pinjaman dari Bolton, Ali Al-Habsi, Mauro Boselli penyerang dari Estudiantes, serta pertahanan Paraguay, Antolin Alcaraz secara percuma dari Brugge.
Pemain muda menjadi sandaran buat Martinez dalam menghidupkan peluang berjaya di Epl, dengan persediaan pra-musim mereka bercampur baur. Tewas 3-1 di tempat sendiri kepada Real Zaragoza dan seri 1-1 kepada Oldham Athletic sebelum cemerlang menewaskan Dundee United 3-1 dimana Boselli menjaringkan dua gol sebelum membantu Victor Moses menjaringkan gol ke-3.
Tahap Pasukan : Berusaha untuk mengelakkan penyingkiran divisyen, dan jika pertahanan mereka masih goyah, penyingkiran divisyen kemungkinan boleh berlaku.
Wolverhampton Wanderes
Juga merupakan pakej kejutan musim lalu, Mick McCharthy mempunyai tugas berat bagi menyamai pencapaian musim lalu atau lebih lagi. Tiada yang menyangka Wolves akan kekal di kelompok Epl, tetapi anak didik McCharty telah membuktikan mereka layak untuk kekal. Pengurus Wolves ini juga aktif di musim perpindahan, dengan merekrut beberapa pemain lagi. Beliau membawa masuk Stephen Hunt dan Steven Mouyokolo dari Hull City, penyerang Scotland, Steven Fletcher dari Burnley, serta pertahanan Belgium Jelle van Damme dari Anderlecht. Mick McCharthy berpuas hati dengan pembelian beliau setakat ini, dan pasti mengharapkan ada pertambahan baru lagi bagi menguatkan skuad beliau.
Permulaan perlahan ketika persediaan pra-musim, dengan mengalami kekalahan 2-1 kepada Reading dan 3-1 kepada Leeds United. Wolves bangkit selepas itu dengan menewaskan Hearts dengan jaringan 2-0. Kemenangan keatas kelab Sepanyol, Athletic Bilbao nyata menaikkan semangat mereka untuk persaingan Epl.
Tahap Pasukan : Wolves tampak kuat berbanding musim sebelumnya, tetapi tetap berada dikelompok bahaya untuk tersingkir dari Epl. Kebijaksanaan percaturan Mick McCharthy diperlukan untuk memastikan Wolves kekal.
Yezza, tamat part 2. Sekarang masnya untuk kita enjoy musim Epl dengan relaxnya. Drama Epl tidak akan berakhir, kemungkinan berlaku kejutan boleh terjadi seperti musim lalu. Apapapun, majulah sukan untuk diri anda sendiri, gaga. Adios.
Cap Kaki : Terawih 1st, baru Epl, cewah, har3x~
Comments
Powered by Facebook Comments












aigooo~ xminat bola la.. huk3~ sorry~
keen~ recently posted..- saya nak jadi isteri kedua- aci tak – -
[Reply]
aretikz Reply:
August 15th, 2010 at 3:52 pm
hehe.. its okay
[Reply]
wow fanatik bola ni..sama la xminat jugak…bila abes epl nih??
cik tom recently posted..Pesta Mandi DARAH!!!
[Reply]
aretikz Reply:
August 16th, 2010 at 6:22 pm
hehe.. memang kepala bola juga skit.. kira bulat dari tomato.. hehe.. bulan 5 tahun depan baru abis.. hehe..
[Reply]