Ramadhan ~ Tidak, Itu Bukan Tebuan

Weehuu ~ Ramadhan kini hampir menjengah edisi pertengahan. Alhamdulillah, diri ini masih berpeluang meneruskan kehidupan di bulan yang mulia ini. Napa tetiba timbul entri sal tebuan ni? Well, ceritera ini berlaku semasa malam 7 Ramadhan, yakni semalam semasa entri ini dipublishkan. Masa tu aku tengah tunggu iqamat sembahyang Isyak. Memang kira anytime iqamat lah tu. Time tengah khusyuk fikiranku melayang entah ke mana (Ni la tidak amek kesempatan menambah pahala banyak2, dun try dis at masjid, har3x~), tiba-tiba, ada seorang jemaah ni menyapu belakang aku. Bukan guna penyapu k, guna tangan jak, guna jari pun boleh, ala2 rejoice. Kalau dia guna penyapu, opkoz, aku sapu dia balik, ahakz. Ingatkan kenapa, rupanya ada serangga hinggap di baju aku.

Tapi tu lah, disapu pun makhluk kecil tu termaju ke pangkuan aku. cubalah sapu ke tepi ka. Namun, demi menghargai apa yang dia lakukan, aku ucap terima kasih jugalah, tapi dalam hati, har3x~ Berbalik kepada si kecil itu, aku pun lastik2 lah serangga itu supaya tidak bermanja dipangkuan aku. Bukan apa, aku tengok macam tebuan jak ni, jenis kecil punyalah, nanti bisa aku terawih dengan keadaan kaki yang bengkak-mengkak. Terbuang jugalah si “tebuan” ini dari bermanja di pangkuanku. Terbuang bukan jauh pun, depan mata aku juga. Tapi, bila ku tenung-tenung kembali, lo, bukan tebuan rupanya. Maka niat aku bila part iqamat (Sebab ada aura2 mahu iqamat suda), aku amek dan bebaskan dia melalui tingkap.

Kejadian tersebut rupanya menarik perhatian sebilangan jemaah yang berada disitu. Sedang aku leka melihat makhluk ciptaan tuhan yang comel kecik itu, tiba-tiba, ada seorang hamba Allah datang dan melihat si kecil itu. Lantas aku dapat memahami isi hatinya, dia ingin membunuh makhluk itu. Dengan suara yang lembut sambil tersenyum maka aku pun berkata “itu bukan tebuan”, tapi itulah, sudah namanya suara lembut, tidak didengari langsung ni, dan dalam sekelip mata, diangkat sejadah tu, dilastik si makhluk kecil yang masih pening-pening “lalat” ke dalam sejadah, dan puff, its became a koko crunch. Ouch, simpatinya aku dengan makhluk kecil itu. Cubalah dari awal aku bebaskan dia, ini mo tunggu lagi. Serba salah aku terus, huhu. Kepada si comel itu, maafkan aku!

Cap Kaki : Selipar putih ku yang bergaya juga hilang pada malam itu, tidaaakkkk!!~~


WriTe WhaT I WanT  ~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe


Ini juga ceriteranya
  • Ramadhan ~ Aku Nak Buat Sehabis Baik
  • Bukan Girlfriend, Tapi Isteri (EGBB)
  • 100th – Ceriteraku Menjelang Post Ke-100
  • Tagged : Laman Sosial Yang…..
  • Sesat Di Kampung Sendiri

Comments

Powered by Facebook Comments

About aretikz

~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe
This entry was posted in Ceritera Diriku and tagged , . Bookmark the permalink.

9 Responses to Ramadhan ~ Tidak, Itu Bukan Tebuan

  1. tim92 says:

    hehe..sabar la ye.. laen kali bertindak awl.. jgn tengok je.. ;D
    tim92 recently posted..CAPPUCCINO CUPCAKES

    [Reply]

    aretikz Reply:

    itula.. penuh penyesalan ni.. hehe..

    [Reply]

  2. tim92 says:

    bersyukurlah kita berada di malaysia dan tak ditimpa malang seperti mereka.. ;D
    tim92 recently posted..CAPPUCCINO CUPCAKES

    [Reply]

  3. dahtu ape?
    NadyaSyakila90 recently posted..Blog Tutorial yang bez! tQ

    [Reply]

    aretikz Reply:

    ntahla.. spesis serangga lain kot.. hehe.. sal memang warna lebih kurang.. cuma saiz yang berbeza.. dan ekor dia tidak ada sengat..

    [Reply]

  4. buaya says:

    salam ziarah…

    dijemput menjadi follower sy k………
    buaya recently posted..Kisah Benar -Godaan Anak Sendiri

    [Reply]

  5. nasikputeh says:

    mujur tak masuk dalam kain..
    nasikputeh recently posted..Tarikh hari ni setahun yang lepas

    [Reply]

    aretikz Reply:

    masa tu saya pakai seluar.. hehe..

    [Reply]

  6. rabun says:

    cerita sedih uhhhh…salam ziarah….

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: