Weehuu ~ Layout gue bertukar, mengikut irama biru dan putih. Saja jak tukar, ambil angin perubahan. Wat entri ni pun, angin masuk dalam badan, sejuk rasanya, demam terus. Well, yang penting, wa mahu siapkan draft yang lama tertunggak ini gara-gara ke”bz-mz”an kerja serta kesihatan yang kurang mengizinkan. Mengapa tajuk sebegini rupa? Siapa Salleh Gregor Samsa? Yezza, memang ramai yang telah mengetahuinya. Semuanya hanya kerana laman web sosial bernama Facebook ~
(Klik gambar untuk membesarkan mata anda)
Memang mamat ni patut dikutuk pun, jadi apa masalahnya? Kenapa? Besar permasalahannya. Bukan semua yang ada kena mengena dengan tajuk ini. Hanya sebilangan yang melampiaskan kata amarah mereka dengan carutan yang kasar, (Ada ka carutan lembut? Har3x~) seperti “***k *o*”, “S** ** A **t**”", serta bermacam-macam lagi perkataan mencarut yang lain. Bukankah lebih kurang sahaja dengan mamat ni yang berkata “Kepada Yang Berpuasa ; F*** Y** O**”. Berapa banyak dikalangan kita suka berkata ayat propaganda barat? Mungkin saya tidak memahami keadaan orang suka marah-marah ni, sebab saya bukan jenis pemarah, kalau sakit hati memang menyindir jak selalu, ahakz.
Kan banyak benda molek kita cakap berbanding keji cacimaki ni. Mengucap dua kalimah syahadah ka, istigfarkah, dari memaki? Saya pun rasa tercabar apabila mamat ni cakap macam tu. Kalau ada depan mata, opkoz saya suruh dia minta maaf pada seluruh muslimin dan muslimat. Masih degil memang kena Wing Chun la, itupun mahu ada polis juga guard gue, har3x~ Kalau berdasarkan pembacaan mengenai kes ini, saya boleh kategorikan mamat ni sudah tidak berpegang kepada ajaran agama, dalam erti kata lain, sesat. Atau lebih bisa, murtad, kerana yang ditulisi itu dari dalam hatinya yang mana anda boleh baca sendiri apa yang ingin dilakukan.
Berbalik kepada tajuk di atas, anda tahu sendiri jika kita gagal mengawal lidah kita. Lidah dengan hati merupakan dua benda yang perlu dijaga dengan baik. Sekurang-kurangnya kita berdoalah mamat ni mendapat hidayah dariNya, tidak rugi kita mendoakannya, malah dapat pahala, berbanding memaki habis-habisan, dosa yang anda dapat. Marah itu perlu, tetapi secara berpada. Orang yang paling kuat bukanlah dari segi tenaganya, tetapi bagaimana seseorang itu menahan amarahnya. Apapapun, mana yang baik adalah dariNya, yang buruk semua dari saya. Tegur jika saya salah, wah, ter”emo” seketika, ahakz.
Cap Kaki : “Cepat ucap astafighrullahal’adzim”, lirik lagu Taubat, Wali Band.
Comments
Powered by Facebook Comments

tu la pasal.. klu mencarut pon, lebih kurang sama nan mrk.. camne org kafir nk respect Islam, klu org Islam sendiri kurang budi bahasa?? xnmpk di mana keindahan Islam 2 klu camni.. huk3~
keen~ recently posted..- syukur- Alhamdulillah -
[Reply]
aretikz Reply:
August 21st, 2010 at 9:47 pm
betul3x~ segala macam kontrobesi hanya akan berlalu bagaikan angin tanpa diambil iktibar sal memaki menjadi tradisi kan..
[Reply]
well.. memang kita marah bila cakap camtu.. tapi word kita kena jaga gak..
jangan kita dan dia sesama dapat dosa..
kre kita sama juga dengan dia..
mira_nas recently posted..Step by step- tutorial commentluv di blogspot
[Reply]
aretikz Reply:
August 21st, 2010 at 10:26 pm
Yup.. sebab itu.. kemarahan harus disalurkan dengan penuh hikmah
[Reply]
nasip sy x memaki..ngeheheheh
nunui joe recently posted..gerangan siapakah
[Reply]
aretikz Reply:
August 21st, 2010 at 10:54 pm
nek motor kawasaki? har3x~
[Reply]
saya budak yang baik , jadi tak maki-maki
touya recently posted..Wajarkah anak luar nikah diterima dalam masyarakat
[Reply]
aretikz Reply:
August 22nd, 2010 at 5:04 pm
hehe.. luffy memang budak baik.. haha..
[Reply]
x emo nya. mmg sesiapa pun yg “muslim” will have a same feeling about this.
tidak salah untuk bercakap,tapi bercakap tu biarla berpada-pada dan berlandaskan
ilmu.
sekurang-kurang nya hormatla.
hehehe. ~luffy memang budak baik~
[Reply]
aretikz Reply:
August 22nd, 2010 at 5:48 pm
yezza.. seharusnya bercakap biar berpada.. tp statement lastmu tu jua lai, memang onepiece tegar.. ahakz..
[Reply]
Salam..pandai jugak si budak #@!# 2,nk kutuk islam mase bulan puase..nampak sangat diri x matang..kite xpayah nk susahkan diri pi cakap bukan2 kat budak @$#@ 2..Tuhan maha Adil..kat dunia lagi akan dilaknat.
zaer recently posted..Budak kecik minum Arak
[Reply]
aretikz Reply:
August 23rd, 2010 at 8:38 am
Yup.. kita berdoa semoga dia mendapat hidayah
[Reply]
Astarafirullah’halazim.
Kami di sini terdengar cerita, dan telah melihat sendiri gambar yang membuktikan yang Salleh telah dibantai, dan dari cerita yang kami dengar, dia telah pun kembali.
Inikah sebenarnya, dakwah yang kalian cuba sampaikan? Saya dan rakan-rakan yang segelintir besarnya pernah mengaji di salah sebuah institusi pendidikan Islam terbesar dan terkenal di dunia, sememangnya kesal dengan apa yang berlaku.
Kami di sini, pernah menghubunginya sebaik isu ini terbangkit dan kami boleh katakan bahawa mereka yang mengatakan Salleh ini tak menjawab mesej-mesej mereka adalah tipu. Kerana kebanyakkan kami di sini, menerima balasannya. Dan sesungguhnya, dia dengan hormat sekali, menjawab segala persoalan yang kami ajukan. Dia juga ada memberikan pendapatnya sendiri.
Kali terakhir kami mendengar berita dan khabar darinya adalah sebelum dia berangkat ke salah satu madrasah yang kami cadangkan padanya kerana kami tahu, hal ini hanya boleh dibincangkan oleh orang-orang yang waras, dan bukannya di blog seperti ini.
Sebagai seorang saudara Muslim, saya juga percaya kepada Allah s.w.t dan saya percaya akan Nabi Muhammad s.a.w dan kitab yang diturunkanNya. Dan, sesungguhnya untuk kami di sini Salleh hanyalah seorang manusia, yang mencari akan kebenaran tentang sesuatu.
Tetapi, kalian (terutamanya, yang pertama sekali mengambil salinan kata-katanya) adalah sebenarnya orang dan golongan yang menghina Islam.
Hal ini tidak perlu digembar-gemburkan di mana-mana. Cukuplah sekadar kita menasihatinya secara baik. Pada awalnya, dia tak menutup blog dan akaun FB nya tetapi, bila terlalu ramai yang datang menyerang dengan ayat-ayat bodoh, dia mengambil keputusan untuk menutupnya. Dan, dia ada fowardkan kepada kami kebanyakkan mesej yang diterimanya itu.
Jujur, kami di sini sangat kecewa dengan tindakan kebanyakkan kalian yang menggunakan nama Islam untuk menjadi seperti hero. Sedangkan, ini adalah urusan antara dia dan Allah. Bukan tugas kita untuk menjatuhkan hukuman kepadanya.
Sebelum pemergiannya ke Madrasah, dia ada menghantar pesanan kepada saya, dan beberapa rakan yang lain dan memberitahu bahawa jika benar Islam itu, dia sendiri tak akan malu untuk mengucapkan kalimah Syahadah. Alhamdulilah kerana dia sudah pun berniat. Tetapi, apa cara yang kami gunakan? Adakah kami terus menghentamnya di blog-blog dan menuduh yang macam-macam mengenainya?
Salleh cuma inginkan kebenaran. Dia tak mahu menganuti sesuatu yang takj difahaminya. Dan, sesungguhnya bukan dia yang menghina Islam. Dia hanyalah manusia yang sedang belajar tetapi, kalian yang kebanyakkan. Kerana kalian dengan senang sekali mengajak orang lain untuk membuat umpatan tentang dirinya, tentang ibu bapanya. Dan kalian dengan jelas sekali adalah menghina imej Islam.
Pada pendapat saya, lebih baik kiranya kita memahami Islam itu sendiri sebelum kita mengamalkannya, bukan? Kerana bila kita mengenalinya dengan jelas, maka kita akan sedar tentang realitinya.
Bagi saya, saya setuju dengan Salleh yang ingin belajar. Dia bukanlah penganut yang membuta-tuli mengaku dirinya Islam tetapi, di dalam masa yang sama melakukan dosa-dosa yang mungkin lebih teruk dari Salleh.
Sedih kami mendengarkan berita tentang pemergiannya. Jika benar, maka kalian telah menyedarkan kepada ramai manusia bahawa kalian bukanlah berdakwah sebenarnya. tetapi, hanyalah melepaskan ego.
Saya mengharapkan yang saudara Salleh sempat mengucapkan kalimah Syahadah.
mohd_irfan77@yahoo.com
[Reply]
aretikz Reply:
August 30th, 2010 at 10:13 pm
Kepada saudara Irfan, terima kasih kerana menjadi pengomen terpanjang di blog ini.. Biarpun saya tahu anda cuma copy paste komen anda ini dan turut diletakkan di blog lain. Sebelum anda mengcopy paste komen anda.. Terlebih dahulu, sila baca entri tersebut. Janganlah hanya kerana ada nama Salleh Gregor Samsa, anda terus meletakkan komen sebegitu rupa.. Bukannya saya melatah, tetapi, sesuaikan komen anda dengan entri tersebut.. Saya bukanlah ingin menjadi hero terhadap islam, tetapi rasanya entri saya ini menyeru insan untuk menghentikan caci-maki terhadap Salleh Gregor Samsa. Saya juga tertarik dengan komen anda, ada betulnya juga, tetapi, ada juga yang perlu kita muhasabah diri. Islam itu mudah, untuk memahaminya bukanlah dengan melahirkan pemikiran sebegitu rupa. Yang penting inisiatifnya itu jika benar ke madrasah amatlah dipuji. Dan saya juga mendoakan agar beliau dikurniakan hidayah. Dan jika benar dia telah pergi, saya juga berharap dia sempat mengucap kembali kalimah syahadah, keluar dari kelompok pemikiran free thinker.. Amin..
[Reply]