Gambar dari google, diambil oleh Richard I Anson
Peewiit ~ Tinggal beberapa hari lagi nak merdeka. Cuma rasanya kurang meriah pula. Mungkin kerana kebanyakkan kita menumpukan kepada bulan Ramadhan. Alhamdulillah kalau macam tu, hehe. Tapi, masih boleh kita meraikannya lagi, tapi sesuaikan dengan bulan yang mulia ini. Bukan susah pun, buat ibadat banyak-banyak, lepas tu berdoalah, minta negara kita sentiasa dilimpahi rahmat dijauhkan segala perkara yang menjahanamkan negara. Yezza, rilex-rilex lok, entri kali ni ringan punya, sudah 53 tahun negara kita merdeka, mesti ada perubahan mengenai segala macam jenis perkara yang berkaitan kemerdekaan. Apakah itu? Layan ~
Dulu ~ Laungan merdeka bergema di seluruh stadium.
Kini ~ Laungan teriakan menyeru nama artis kesayangan di stadium.
Dulu ~ Gembira dapat membebaskan diri dari penjajah barat.
Kini ~ Gembira dapat menunjukkan budaya barat.
Dulu ~ Laungan merdeka sambil berpeluk kegembiraan sesama rakan sejenis.
Kini ~ Laungan merdeka sambil berpeluk keghairahan sesama rakan berlainan jenis.
Dulu ~ Anak diangkat, dijulang, lambang pemangkin masa depan.
Kini ~ Anak dibuang, dihumban, lambang merosakkan maruah ibu bapa yang belum nikah.
Dulu ~ Kenderaan wira diarak sepanjang jalan.
Kini ~ Penunggang berlagak wira beraksi di sepanjang jalan.
Dulu ~ “Merdeka itu kita inginkan, marilah kita keluar untuk berjuang”, puisi kemerdekaan.
Kini ~ “Dirimu yang kuinginkan, marilah kita keluar untuk berkasih”, (Via Nokia 3310i)
Dulu ~ “Mak, takkan ku kisahkan harta, malahan juga nyawa, asal perjuangan berjaya akhirnya”
Kini ~ “Mak, mak tak bagi duit memang mati mak lepas ni”
Dulu ~ Datuk, orang-orang kita sudah bersedia untuk berjuang, datuk.
Kini ~ Datuk, gadis-gadis kita sudah bersedia untuk beraksi, datuk.
Dulu ~ “Ya Allah, berikanlah pelepasan negara kami dari penjajahan.”
Kini ~ “Ya Allah pak, berilah kami lepas, kami cuma duduk berdua sahaja, kami tidak buat apa-apa.”
Yezza, bukan semua orang macam ni. Hanya sebilangan masyarakat sahaja. Semoga Ramadhan yang menjelma pada hari ulangtahun kemerdekaan membawa seribu makna buat kita. Santai-santai lok, jangan ada benci yek, gaga~
Cap Kaki ~ Dulu ~ Aku suka merdeka sal cuti sekolah. Kini ~ Aku suka merdeka sal cuti kerja, har3x~
Comments
Powered by Facebook Comments


yeahhhh~ itu dia.. tepat sekali~ gimme five.. ^_^
history will repeat if u didn’t remember it.. skrg ni kita blom merdeka lg.. kita masih dijajah dgn hegemoni @ pemikiran barat.. bilakah semua ini akan berakhir?? T____T
keen~ recently posted..- I want to deny that statement- but it is true -
[Reply]
aretikz Reply:
August 25th, 2010 at 5:04 am
or8.. gimme five too.. eh jap.. bukan muhrim.. xbole.. haha..
uuh.. skit lagi mahu tanya apa tu hegemoni.. mcm hagemaru pula.. hehe..
Tidak pernah berakhir.. berakhir hanya bila kiamat jak nanti.. huhu..
[Reply]
2 la pasal.. bukn muhrim.. lupa plak~ cancel la blek klu cam2.. ha3~ ^_^
adesss.. apa da.. hagemaru plak dia pk.. ni mesti minat tngok cite tu.. smpai terbawa-bawa ke alam maya.. hohoho~ =.=’
keen~ recently posted..- I want to deny that statement- but it is true -
[Reply]
aretikz Reply:
August 25th, 2010 at 7:41 am
Bole kalau mahu Gimme 5.. Tp, faham2 jak la.. haha..
Oh, adik saya yang selalu tengok tu.. Saya tak tengok.. Tonton ja.. hohoho..
[Reply]
yahhhhh!!! i loike your post…
anis recently posted..Diari Ramadhan Saya Epsd 4 – My Lovely Dino
[Reply]
aretikz Reply:
August 25th, 2010 at 3:47 pm
thanx anis
[Reply]
sy lak 1st time rs meriah, 1st time sambut dgn bebudak.. siap mimpi kena kejor bendera sbb terlampau taksub hias kelas..huhuhu
lovehuntersss recently posted..Tadaaaaa! READY 2 COMPETE!!! Owh!Owh!
[Reply]
aretikz Reply:
August 25th, 2010 at 9:30 pm
hehe.. memg selalu hias kelas dulu.. semangat kan..
[Reply]
nice sharing.. thx
gnesop.com recently posted..Pandu berhemah dapat diskaun tol
[Reply]
aretikz Reply:
August 26th, 2010 at 4:53 am
ur welkem bro
[Reply]
Wow!! Great Article!!
Wis Chain recently posted..Akhirnya Jadi Juga Templatenya
[Reply]
aretikz Reply:
August 27th, 2010 at 7:35 am
thanx
[Reply]
sokong tu…zaman dah berubah….dunia semakin uzur…
bluepinkiey recently posted..BBQ di Bagan Lalang
[Reply]
aretikz Reply:
August 28th, 2010 at 3:00 pm
yezza.. dan tidak lama lg.. yang uzur……….
[Reply]