Merdeka ~ Tak Akan Menyerah Kalah

Weehuu ~ Saat detik laungan merdeka menjadi simbolik bebasnya negara dari penjajahan. Stadium Merdeka menjadi saksi laungan merdeka bergema bukan sahaja dari Tunku Abdul Rahman, tetapi lautan manusia yang tidak terkira banyaknya. Air mata tanda terharu setelah sekian lama ditampuk pemerintahan pelbagai era. Bermula dari Portugis, beralih Belanda, sebelum British menguasai, dan rejim Jepun yang seketika menapak sebelum Padang Bandar Hilir Melaka menjadi saksi pada 20 Februari 1956, berkenaan pengumuman kemerdekaan pada tarikh keramat 31 Ogos 1957. Jelas sekali terpancar wajah kegembiraan, tidak kira lelaki mahupun wanita, yang tua mahupun yang muda, apatah lagi si kecil yang tidak megetahui apa-apa, turut sama merasai laungan kemerdekaan biarpun belum tiba masanya.

Cuma gimik permainan kata, cuma sekadar mengisi cerita, hakikatnya, tajuk tak sama, langsung tak kena. Fuh, ini barulah, trip ayat-ayat cinta. Padahal, hampeh, har3x~ Saja jak bagi awal2 ayat tu flashback sejarah lalu. Dari sejarah kita belajar semua perkara. Termasuklah pengalaman hidup kita, bagaimana kita tempuh, yang buruk kita ambil iktibar, yang baik kita jadikan satu pemangkin untuk maju kehadapan. Kita belajar macam-macam perkara yang terdahulu, dan kita tidak boleh abaikan benda yang berlaku dulu. Jika yang baik pasti indah, yang buruk? Mesti ramai yang tidak ingin mengingatinya lagi.

Dari pengalaman buruklah kita belajar untuk survive, jangan menyerah kalah, biarpun pahit macam mana pun. Biarlah sengsara, asal kita tetap dimuka bumi dengan bermaruah. Jangan ditambah yang buruk menjadi teruk, itu hanya membuatkan hidup anda menjadi beruk. Ingatlah, ujian sentiasa akan datang kepada kita, tidak kira dalam bentuk apapun, kesakitan, kepahitan, malah kesenangan dan kemanisan juga merupakan satu dugaan didalam menghadapi hidup penuh cabaran. Sebelum ayatku ini bertambah merapu, saya tinggalkan anda satu kisah, yang diceritakan oleh senior saya sendiri semasa di sekolah menengah.

Kisah ini bermula di sebuah sekolah menengah berasrama, ketika semua pelajar sekolah berada di dalam surau, melakukan aktiviti harian ketika Maghrib hingga ke waktu Isyak. Seperti biasa, terdapat beberapa orang pelajar senior hanya berada di dalam bilik, melakukan aktiviti masing-masing. Dan aktiviti yang biasa dilakukan, adalah merokok. Mereka merokok di dalam bilik, sama sekali melanggar peraturan sekolah. Dan saat itu juga, baru mereka menyedari, bahawa warden menjalankan spot check setiap bilik. Lantas mereka menguncikan diri dalam bilik, berdiam diri dan mengharap warden hanya berlalu begitu sahaja. Tapi, sangkaan mereka meleset, kerana warden itu tercium bau rokok. Maka beliau lantas cuba masuk kedalam bilik itu, tetapi gagal. Bilik itu telah berkunci. Maka menjeritlah warden dari luar “Siapa dalam tu, cepat keluar”. Senyap. Sekali lagi warden tersebut menjerit sambil mengetuk-ngetuk pintu tersebut, “Woi, cepat buka pintu ni, bukan saya tak tahu ada orang di dalam”. Masih lagi senyap. Dalam keadaan marah, warden pun berterusan menghentak-hentak pintu bilik tersebut. Dan disitulah baru kedengaran suara salah seorang dari mereka berkata “Kami orang-orang melayu tidak akan menyerah kalah!” Erk?

Cap Kaki : Fahami erti tidak menyerah kalah dengan sebenarnya~


WriTe WhaT I WanT  ~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe


Ini juga ceriteranya
  • PenPal Not PayPal
  • Bila Mata Jadi Berat
  • Detik Cemas Exam
  • Kisah Alam Misteri Diriku
  • Setiap Gambar Ada Ceritanya, Hatta Potret Monalisa Sekalipun

Comments

Powered by Facebook Comments

About aretikz

~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe
This entry was posted in Ceritera Pendapat and tagged , , . Bookmark the permalink.

9 Responses to Merdeka ~ Tak Akan Menyerah Kalah

  1. Cik Eija says:

    Sot!!…haha… cm sy tau jak tu d mna kejadian tu berlaku..

    [Reply]

    aretikz Reply:

    haha.. ko perna dengar juga kan? har3x~

    [Reply]

  2. Mah@mahu says:

    Jom sertai kempen 1 Blog 1 Bendera sempena semangat kemerdekaan negara yg akan kita sambut bulan ini..
    Mah@mahu recently posted..Kempen 1 Blog 1 Bendera – Kempen

    [Reply]

  3. anis says:

    uinaaaa… hahaha.. sy pun ndak mau menyerah kalah juga nie!
    anis recently posted..Buat Insan Yang Disayangi

    [Reply]

    aretikz Reply:

    haha.. yezza.. nda mahu menyerah kalah juga ni.. ahakz..

    [Reply]

  4. keen~ says:

    ha3~ konsep dah betol.. tp apply kt tmpt yg slh.. adesss.. =.=’
    keen~ recently posted..- I want to deny that statement- but it is true -

    [Reply]

    aretikz Reply:

    hehe.. itulah konsep yang dinamakan, ekonomi rumah tangga.. ahakz.. apa ketan? hehe..

    [Reply]

  5. keen~ says:

    ketannya adalah dgn ketam.. ha3~ ^_^

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Ketuk Ketampi boleh ada kaitan? Ahakz..

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: