Weehuu ~ Ayat 1st tu lain macam jak. Awal juga tulis sal raya kan? Semangat juga, ahakz. Bukan apa, kira nak tulis Ramadhan pun, memang entri ni lagi berkait rapat dengan raya, Ramadhan sipi-sipi jak, ahakz. Dan yang pasti, asal raya memang ada kaitan dengan cuti, asal raya nak cuti, asal cuti nak raya. Anda yang kerja sudah apply cuti ka? Atau macam tiada harapan nak cuti lama2? Dun wury, raya opkoz cuti punya. Tapi memang tidak sah kalau tak cuti lama-lama. Selalunya perayaan inilah masa nak ambil cuti panjang. Kalau hari lain, betapa payahnya nak ambil sampai seminggu cuti.
Kalau budak sekolah, cuti dah memang ditetapkan oleh kementerian pendidikan. Nak cuti panjang pun, ikut sekolah tu juga. Tengok pengetua dia macam mana. Rasa-rasa nak buat hari ganti, panjanglah cuti raya tu lagi. Kadang-kadang budak-budak sekolah ni tidak pandai mo bersyukur. Sudahlah cuti lama-lama, nak pergi kelas ganti pun merungut. Sal beta pun sama juga dulu, har3x~ Yang best guru sekolah jugalah, cuti ikut budak sekolah, pastu boleh apply cuti sendiri, ahakz.
Itu budak sekolah, yang Kolej? Universiti? Memang pihak pentadbiran dorang yang set bila pelajar-pelajar start cuti. Kalau pentadbiran yang baik dari ladang, memang cuti dah set awal, boleh pelajar-pelajar ni urus tiket itu ini. Yang dapat pentadbiran last minit, prepare pun last minit lah. Tapi tidak semua yang balik cuti, yang duduk jauh, beraya di perantauan lah jawabnya, isk3x~
Yang kerja? Masing-masing berebut nak cuti, sebabnya, bukan semua boleh cuti ikut sesuka hati. Semua nak main ganti-ganti. Nak cuti panjang, terpaksa ikut giliran. Siapa yang baru kerja, rasain di buli, dapat cuti sikit, har3x~ Yang berkeluarga selalunya priority utama dapat cuti, bergantung juga pengaturan bosnya macam mana.
Gua? Yezza, cuti panjang wa dapat. Biarpun belum sampai setahun kerja, Alhamdulillah, dengan mudah wa boleh apply cuti. Panjang macam mana tu wei?
Oh yeah, start dari 4hb sampai la detik 19hb. Setengah bulan tu woo. Poyo juga nak tunjuk cuti, padahal orang lain pun sama juga. Silap-silap lagi panjang, har3x~ Apapapun, yang best wa rasa, pas balik cuti, 23hb tu payday woo. Konfom sabtu depannya turun berpoyo-poyo membayar hutang, ahakz. Yang penting aku cuti sememangnya banyak benda nak buat. Bukan sesuka-suki mahu cuti. Rugi cuti tu kalau diguna sewenang-wenangnya. Nak kumpul banyak-banyak cuti, sekarang ni pun tinggal berbelas-belas lagi. Apapapun, selamat bercuti 4 you all.
Cap Kaki : Gunakanlah cuti anda sebaiknya.
Comments
Powered by Facebook Comments



yeah~ slmt hari raya~
duit raya mana??
ha3~ *wat2 tatau malu* ^_^
keen~ recently posted..- I want to deny that statement- but it is true -
[Reply]
aretikz Reply:
August 28th, 2010 at 5:27 pm
ahakz.. selamat hari raya edisi awal.. duit raya? tunggu raya.. kalau bagi sekarang.. duit puasa.. ahakz..
[Reply]