Yezza ~ Tinggal beberapa hari lagi kita akan meninggalkan Ramadhan yang mulia untuk menjengah bulan Syawal. Sudah pasti salah satu benda utama yang difikirkan adalah kepulangan raya yang dinanti oleh keluarga. Tergerak jari jemariku menaip entri ini setelah mendapat ilham ketika berbuka puasa sambil menonton televisyen. Disebalik melihat dokumentari mengenai Palestin menerusi slot Jejak Rasul di Tv 3, melihat Singgah Sahur lagi menarik hati gua tatkala itu. Bukan sebab bab makan, biarpun itu faveret aku juga sebenarnya, har3x~ Tapi bulan posa ni kurang makan pula aku, ahakz. Apapapun, kali ini slot Singgah Sahur yang ditaja oleh Super Power memaparkan kehidupan warga tua di rumah kebajikan. Simpati wei tengok tu, yang mana kebanyakkan mereka diabaikan oleh anak-anak mereka sendiri. Ditambah lagi lagu Aisyah, Syurga di telapak kaki ibu, perggh, tambah lagi sadis. Aku nak hairan pun tidak boleh, sebab sekarang ni dunia akhir zaman, ibu bapa dah jadi macam hamba.
Mengapa faktor ini terjadi? Yang selalu kita dengar, sebab harta, paling tidak balas dendam gara-gara masa kecil selalu kena pukul penerajang, ada juga yang kes malas nak jaga ibu bapa, bizi-mizi la katakan. Saya tahu, semua pembaca blog ni orang-orang yang baik punya, yang terbaik dari ladang la. Cuma apa yang saya nak kupas tajuk ni adalah dari diri kita sendiri. Why? Wah, speaking gitu, ahakz. Cuba kita baca dulu satu kisah yang saya dengar semasa menonton rancangan Anjakan Paradigma Bersama Dato Fadzilah Kamsah. Maybe ada yang pernah dengar, kalau ada salah, sila tegur yek, kadang-kadang, ingatan wa bukan kuat sangat, ahakz. Paling kurang jalan cerita tu ingat.
Cerita ini tentang seorang makcik yang hidup sorang jak di rumah. Ada juga 3 orang anak, semuanya lelaki. Memang susah perih menjadi ibu membesarkan dan melihat kejayaan anak-anaknya, sudah cukup buatnya. Tapi itulah, kalau sudah namanya anak akhir zaman, ibunya langsung tidak dipedulikan. Hingga satu ketika, si ibu ini dimasukkan hospital kerana sakit. Sakitnya itu sampai kena tahan di wad. Macam biasa, jangankan hari biasa pun tidak jenguk, lagilah untuk melihat si ibu yang sakit di hospital langsung tidak dipeduli. Setelah sekian lama duduk dalam wad, tetarik hati seorang nurse untuk membantu si ibu itu menghubungi anaknya. Bukan apa, dia hairan, kenapa sepanjang terlantar di wad, langsung tidak diambil peduli. Ada juga dia bertanya, samada makcik itu punya anak atau tidak. Secara jujurnnya, dia menjawab ada, tetapi menegah dari nurse itu menghubungi anaknya.
Hairan juga nurse tersebut, kenapa makcik itu tidak mahu beliau mengontek anak-anak makcik tu. Setelah makin hari makin lama duduk stay dalam wad, nurse itu cuba memujuk makcik itu untuk membiarkan dia menghubungi anaknya. Akhirnya makcik itu beralah, tetapi meletakkan syarat, dengan memberitahu anaknya, jika mereka menjaganya dalam tempoh masa ditetapkan, tanah dikampung akan diberikan kepada mereka. Biarpun merasa pelik dengan syarat itu, nurse tersebut tetap melaksanakan amanah yang diberi. Lantaran mendengar janji ibu mereka, ketiga-tiga anak pun datang menjenguk ibunya. Dan kemudian, setelah dibenarkan pihak hospital, mereka pun membawa ibu mereka balik.
Selepas itu, sekali lagi makcik tersebut dimasukkan ke dalam hospital. Dan seperti kebiasaan sebelumnya, anaknya wat dek jak, seolah-olah, habis jak tempoh, selesai tugas. Macam perjanjian kontrak pula. Si Nurse macam biasa lah, mahu kontek anak-anak makcik tersebut, tapi kali ini makcik tersebut memang tidak mahu. Nurse pun tanyalah, kenapa makcik itu tidak mahu anaknya dipanggil, kan itu darah dagingnya sendiri. Rupanya, selama ini, makcik itu pun sama seperti anak-anaknya kini, dulu makcik itu terlalu tumpukan hal nya, sehingga ibunya sendiri diabaikan.
Sadiskan? Benda yang kita buat, secara otomatik boleh dibalas balik. Macam mana dengan kita tatkala ini? Adakah kita betul-betul caring dengan parents kita? Sentiasa kita ingin tahu perkembangan mereka? Atau hanya menanti mereka yang kol kita? Atau menghubungi jika meminta bantuan? Teringat iklan Petronas, itu betul-betul wat sayu eh hati lelaki gua. Yang mana? Yang ini ~
Yang penting dari kita, jagalah ibu bapa dengan sebaiknya. Kelak bila sudah jadi ibu bapa, macam mana kita buat, itulah anak kita ikut. Seperti yang dikatakan Dr Fadzillah Kamsah, apa yang dicakapkan kepada anak-anak selalunya tidak seberapa meresap kedalam mereka, tetapi, anak-anak selalunya mengikuti apa yang mereka lihat yang kita buat. Biarpun belum ada anak, apatah lagi gua yang masih single, har3x~ Yang penting, kita buat sebaiknya, untuk ibu bapa kita. Apapapun, jom layan, lagu raya yang baik punya dari Hujan dan Raihan, best siot ~
Cap Kaki : “Duhai apakah gerangan budi balasan, bagi insan, melahirkan membesarkan” Lirik lagu Syurga Di Telapak Kaki Ibu by Aisyah.
Bagi insan melahirkan, membesarkan
Comments
Powered by Facebook Comments

bumi itu bulat..
skjp di atas.. skjp di bwh..
cam2 gak la amaln kita..
klu kita wat jht, akan dibalas dgn kejahatan juga di masa hdpn.. dan begitulah sebaliknya.. ^_^
keen~ recently posted..- it is not very easy- my dear but never give up -
[Reply]
aretikz Reply:
August 29th, 2010 at 9:46 pm
Bukan sfera ka? hehe.. Betul2.. What u did, u get back..
[Reply]
sedih la tgk iklan petronas tu..
takut jg klu2 kt pn jd camtu.. harap xberlaku la.. amin..
jue recently posted..Aku benci kat kaum tu
[Reply]
aretikz Reply:
August 30th, 2010 at 2:39 pm
Amin.. Semoga dijauhkan dari segala perkara yang tidak elok.. hehe..
[Reply]
well… you’ll get back what you do.. that’s the principle
mira_nas recently posted..Dahla gemuk!!! sempit!!!
[Reply]
aretikz Reply:
August 31st, 2010 at 6:48 pm
yup.. dats da fact.. hehe..
[Reply]