Edisi Raya ~ Jika Haiwan Sambut Raya

Merdeka! Merdeka! Meraya! Eh? Ahakz, apa yang aku merapu ni, hoho. Yezza, tinggal beberapa hari detik raya. Sayu weih tinggalkan Ramadhan ni, fuh, ayat trip lagi, ahakz. Macam mana persiapan raya anda? Ada baik punya? Atau simple-mimple jak? Bersyukurlah mana yang termampu, tidak payah excited lebih-lebih sebenarnya, sebab setiap kali raya, konfom benda sama juga dibuat. Hanya pada peralihan kehidupan sahaja yang ada kelainan sikit. Peralihan kehidupan? Macam mana tu? Well, macam orang bujang baru nikah, macam orang baru dapat anak konfom persiapan lain sikit, kan? Tapi, kalau haiwan yang sambut raya macam mana yek? Ini list yang mungkin dalam otak aku, boleh pakai ka list ni? har3x~ Layan~

Ayam : Rasanya ajal aku tak lama lagi. Baik aku taubat sebelum terlambat, huhu.

……………………………………………………………………………………………………………

Lembu : Kenapa manusia ni bagi banyak-banyak rumput, mentang-mentang sok raya, ingat aku xposa ka? Ka ada samting ni?

……………………………………………………………………………………………………………

Kucing : Anjing, sempena raya ni, aku nak minta maaf la atas persengketaan kita selama ni.

Anjing : Ya, aku pun begitu juga. Marilah kita bersalam sempena raya ni.

Kucing : Salam? No way, najis berat ko tau tak.

Anjing : Kurang ajar kau, berani ko hina aku, ko memang nak kena ni.

Adengan seterusnya tidak dapat disiarkan, harap maaf.

……………………………………………………………………………………………………………

Kambing : Part ni aku paling malas, asal raya, awal pagi nak mandi, huhu.

……………………………………………………………………………………………………………

Itik : Berapa kali aku nak cakap? Aku bunyi kuek kuek, bukan kueh kueh, ingat muka aku jual kuih raya ka?

……………………………………………………………………………………………………………

Buaya : Nyet, ko ni asal raya kuih pisang juga ko hidang, tiada kuih lain ka?

Monyet : Pandai cakap orang, mata ko tu, jangan pandai pandang-pandang anak dara aku, dasar buaya betul.

……………………………………………………………………………………………………………

Kura-kura : Assalammualaikum, saya datang nak beraya.

Tuan Rumah : Waalaikumsalam, ko gila ka apa? Raya dah dua bulan habis.

…………………………………………………………………………………………………………..

Babi : Baik lagi aku tengok Tv Toshiba dekat rumah, banyak lagi rancangan best, nak pegi beraya pun, jangan harap aku dapat masuk rumah. Nak tunggu orang beraya pun, jangan harap ada yang datang. Hina sangatkah aku?

…………………………………………………………………………………………………………..

Gajah : Setiap kali raya, tiada yang sanggup nak jahit baju, sedih ku wei.

…………………………………………………………………………………………………………..

Ular : Katak, Tikus, cepatlah datang beraya kat rumah aku, aku dah tak sabar dah ni, shhhh.

……………………………………………………………………………………………………………

Singa Jantan : Raya ni nak wat fesyen rambut apa yek? Ala-ala korea mungkin mantap kali. Macam Lee Min Ho gitu, wah.

……………………………………………………………………………………………………………

Agak-agak memang macam ni ka raya haiwan-haiwan ya? Kalau dorang datang raya tempat korang, korang boleh terima tak? Kalau singa yang datang, serender aku wei, lagi-lagi kalau babi dengan anjing, sengsara aku mahu samak rumah, har3x~ Apapapun, balik raya nanti elok-elok, seperti mana kata iklan Tv, ingatlah orang yang tersayang, yezza.

Cap Kaki : Bila lah aku mahu shopping raya ni, har3x~

Ini juga ceriteranya

  • 9 Ditahan Sambut Aidilfitri Awal9 Ditahan Sambut Aidilfitri Awal "KANGAR: Sembilan anggota Jamiah Al-Zikri Awwalun, termasuk lima sekeluarga, ditahan selepas dikesan menyambut Aidilfitri awal di sebuah surau yang menjadi markas pergerakan kumpulan itu di Seria...
  • Edisi Raya ~ Na, Bila Lagi?Edisi Raya ~ Na, Bila Lagi? Situasi 1 Makcik A : Aikz Daus, belum lagi kau beli kereta? Aku : Lum lagi makcik, bagi cukup dulu deposit kereta, baru angkat satu (sambil tersenyum-senyum) Makcik A : Selalunya kalau mac...
  • Tips Jimat Yang Orang Biasa BuatTips Jimat Yang Orang Biasa Buat Berita buruk buat yang kerja Goverment, minggu depan dah gaji. Eh? Napa berita buruk? Sal nak tunggu gaji seterusnya memang bisa. So, masa ni orang nak berjimat cermat kan? Kalau nak tahu tips ji...
  • Bonus Sempena Raya!Bonus Sempena Raya! CUEPACS dah confirm! Kerajaan jadi bagi bonus hari raya kepada semua kakitangan awam pada 25 Ogos 2010 sebanyak Rm 2000 kepada kumpulan sokongan dan Rm 1500 untuk kumpulan profesional. Pekelili...
  • Ceritera Doktor Yang?Ceritera Doktor Yang? Kisah 1 Di sebuah rumah orang kaya, anak mereka mengalami sakit yang teruk. Orang kaya itu menelefon doktor peribadi mereka untuk segera merawat anak kesayangannya. Doktor tiba dan terus masuk k...

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Profil


Seorang penjawat awam muslim yang menjadikan dunia bloging medium berkomunikasi di dunia maya. Berasal dari negeri di bawah bayu, Sabah dan merupakan blogger separuh masa.

Comments

  1. muahahaha…ske kalau monyet datang rumah.. jimat duit nak buat kek pisang..
    mira_nas recently posted..Dahla gemuk!!! sempit!!!

  2. sy nk bear dtg beraya.. bleh peluk2.. ha3~ ^_^
    keen~ recently posted..- saya bangga jadi anak TERENGGANU ha3 -

  3. hehe…cik tom nak kura2 yg cumil datang raya umah…mesti cute…xmo gajah sebab besar..abis ranap rumah..haha
    cik tom recently posted..Blog Renovation

  4. huhuhu..
    blom laigi benda lain beraya cam jalan raya ker, balai raya ker..hantu raya ker..
    gnesop.com recently posted..Tarikh lihat anak bulan Syawal 8 September

  5. Hehe.. kalo benda lain beraya.. Konfom.. Raya orang pasang guard.. hehe..

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: