Oh Yeah ~ Mahu dekat seminggu tidak update, ouch, padahal, sekarang santai, duduk dekat rumah saja, cecuti Malaysia la katakan, har3x~ Yang belum cuti, relax-relax, santaikan diri anda, sebab selalunya makin dekat cuti tu, semakin ramai orang santai (Jangan ikut cakap aku, har3x~). Kali ini entri nak cakap sal laman web sosial yang makin lama makin up,opkoz facebook. Sampai dengan aku sekali wajib tengok ni benda, har3x~ Dan macam-macam jugalah feelnya di dalam tu. Kalau di Friendster dulu, memang kes-kes terpencil kalau ada penyalahgunaan social network ni. Lum campur Tagged, Myspace, dan sewaktu dengannya (Kes lupa, ahakz). Yang penting, benda ni dah jadi media untuk melahirkan sesuatu tanpa batasan, ish3x~
Macam-macam sudah kes Facebook ni, berjela-jela sudah blog-blog lain cerita tentang Facebook yang disalahguna ni. Macam wa, wa pun cite sal Salleh Gregor Samsa. Itu baru satu yang ketahuan, belum sebilangan yang lain yang secara terang-terangan di kalangan facebookers yang lain. Terbaru setakat ini, budak perempuan Katy Lim Li Lian. Belum lagi kes sal hina negeri, hina kaum. Yang aku tahu, Katy punya kes sudah dilaporkan pihak polis, bagaimana kes yang lain? Yang membangkitkan sentimen yang tidak sepatutnya?
Penyalahgunaan lain yang ketara, opkoz biznez. Ala, takkanlah biznez tak boleh? Boleh, tapi ni biznez kebanyakkan orang cakap baik punya. Saya tak cakap baik, ni biznez teruk punya. Biznez apa? Biznez body. Biznez apa? Biznez body. Biznez apa? Biznez body. Biznez apa? Eh, cukuplah, ni bukan iklan burung murai, hehe. Siapa nak, boleh kontek sekian-sekian. Hebat tul biznez ni. Yang aku tak sanggup sal biznez ni, err.. ada kat tempat bro Mario. Biznez jual body juga, tapi, nyah version, har3x~ Aku tak boleh nak hairan napa banyak jantan-jantan mengaku jantan cari nyah, sal dunia akhir zaman, hoho. Lum lagi kes jual body, tapi, hakikatnya menipu. Sia-sia jak bank in duit dalam akaun minah tu, last-last, bubyecycle. Barulah rasa penangan dunia, ahakz.
Anyway, benda ni yang paling common dalam penyalahgunaan facebook. Silap-silap, kita sendiri pun ada buat, mungkin saya pun termasuk juga, mungkin lah, har3x~ Apa yang kita salahguna? Takkan main guna-guna dekat orang? Hoho, hakikatnya, adalah bab mencarut, mencaci, mengumpat orang, memaki orang, mengaibkan orang dan sewaktu dengannya. So? kesimpulannya? Siapa yang harus dipersalahkan? Saja jak letak salah siapa, korang pikir2lah sendiri, har3x~ Renung-renungkan dan selamat beramal.
Cap Kaki : Raya sudah dekat, persiapan korang macam mana?
Comments
Powered by Facebook Comments


Whoa!!1st time dgr psl org jual body kat fb.
clumsyfara recently posted..Duapuluhsen
[Reply]
aretikz Reply:
September 7th, 2010 at 4:09 pm
Dah banyak ni cik fara.. Cuma kebanyakkan orang tak perasan jak.. hehe..
[Reply]
dulu2 saya ada akaun pesbuk kemudian saya rimas, saya deletdkan saja. tak larat nak layan blog dan pesbuk sekaligus…
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
1. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.
2. Semoga segala doa, ibadah dan taubat kita dimakbulkan-Nya dan semoga berbahagia dunia akhirat.
3. Terima kasih sudi menjalin silaturrahim yang sungguh bermakna & berkongsi pengalaman yang sungguh berharga.
4. Berhati-hati di jalanraya
piewahid recently posted..untuk yang tersayang
[Reply]
aretikz Reply:
September 7th, 2010 at 4:16 pm
Saya wat akan facebook sal cari kawan2 skola.. hehe.. Saya pun ndak ucap Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Dan Batin..
[Reply]
fesbuk macam tak berapa menarik lah. suka blogging lagi. hehe.
gadis comel recently posted..MOOD RAYA DI KABURI DENGAN HAWAIIAN NIGHT
[Reply]
aretikz Reply:
September 7th, 2010 at 5:06 pm
hehe.. saya dua2 layan.. cuma jarang2 update status fb.. hehe..
[Reply]