Ramadhan ~ Pasti Kan Ku Ingati

Ku Meniti Awan Yang Kelabu

Ku Tempuhi Lorong Yang Berliku

Mencari Sinar Yang Menerangi

Kegelapanku

Yezza, starting-starting terus nyanyi, macam sedap pula suara, ahakz. Syawal sudah menjelma tiba, Ramadhan kini berlalu akhirnya. Kalau nak eksen sikit, rasa macam sedih jak Ramadhan ni habis. tapi, itulah hakikatnya. Betul-betul ku rasakan Ramadhan kali ini cukup bermakna buatku. Sebelum ni, aku rasa biasa jak, tiada effect langsung. Tapi kali ni, memang kaw-kaw tul Ramadhan buatku. Banyak tul dugaan sebelum dan semasa menghadapi Ramadhan ini, syukur aku cakap, kalau bukan sal Ramadhan, aku masih downtown sampai sekarang.

Sayu la pula awal-awal ni, tapi hakikat memang begitu, harap-harap Ramadhan kali ini dapat memuhasabahkan diriku more n more. Sadis woo, beberapa hari sebelum Ramadhan, wa jadi single, perit memang tidak dapat di cakap la, tipu la kalau sekarang masih ok, tapi, sekurang-kurangnya, Alhamdulillah, kira reda la sudah, biarpun ada bebekas tu. Lagipun perpisahan dengan My Inspiration ni adalah untuk mencari keredhaannya kan. Wa pun sanggup tunggu, kalau ada jodoh, syukurlah nak. Doa-doakan lah yek, semoga ada jodohku dengan dia. Kalau tiada, tuhan mungkin ada perancangan yang lebih baik lagi, kan?

Masa era down tu, wa kena demam panas lagi. Kick demam panasnya, bukan apa, 2 kali kena demam panas tu dalam masa yang singkat. Mula-mula hari Selasa, redha sikit hari Rabu, sembuh hari Khamis, sekali, timbul balik hari Sabtu, lagi bertambah kuat dari sebelumnya. Kalaulah dicabutkan nyawa masa tu, takut juga aku, bekalan lum cukup lagi, huhu. Lum campur sakit dada, bengkak leher dan lain-lain. Degil juga aku masa tu, tidak pergi hospital, malas kan, haha. Masa kena demam panas, sanggup juga pergi terawih, sekali, hilang la pula selipar putih aku, haiya. Ada nilai sentimental selipar tu, kejam sungguh pencuri tu, haha. Dugaan2.

Tapi tu la, ujian kan, orang lain lagi besar ujiannya dari kita. Tekad, redha dan tabah jak lah. Paling kurang, ada juga hikmahnya. Sebab semuanya tu datang darinya, jadi, kesimpulannya, kita kembali kepadanya. Inilah, masa susah baru datang dengannya, masa senang, semua rutin jak tu. Syukurlah, Ramadhan kali ni aku dapat improve diri aku. Dan menjadikan aku dari degil kepada lembut sikit hati tu. Degil rupanya aku ni, haha. Best jugalah, dapat aku turunkan berat badan sebanyak 7 kg, weehuu. Bukannya aku ni kategori gemuk, tapi dulu berisi memang ketara, sekarang memang kempis sikit badan, hehe. Tapi tidaklah sebisa macam zaman sekolah menengah, kurusnya, susah mo cakap. Apapapun, mungkin sal down jugala kurang aku mo makan, haha.

Ramadhan ini pasti aku ingat, mengajar aku menjadi lebih tabah, doa-doakan lah aku yek, manatahu doa anda berkat kan? Semoga aku ada jodoh dengan si dia itu. Aku pun tidak tahu, dia baca blog aku lagi ka tidak, ahakz. Mungkin ada, tapi jarang. Apapapun, korang janganlah rasa lain yek baca ni, har3x~ Aku berdoa semoga Ramadhan kali ini bukannya sekadar puasa cuma, hanya kerugian sahaja jika ianya hanya menahan lapar dan minum. Kepada semua rakan-rakan pembaca, rakan-rakan blogger, ini adalah post terakhir bulan Ramadhan tahu ini, masa raya memang jarang sudah korang nampak blogngensot, blogaerobik, sal aku pulang beraya di kampung area Kuala Penyu pada hari raya pertama, sana memang line memang tiada. Tapi selepas pulang, wa terjah korang balik yek.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Maaf Zahir Dan Batin

Kepada semua rakan-rakan pembaca, rakan-rakan blogger dan sesiapa sahaja

Kiranya segala post, komen, chat menyinggung hati anda

saya minta maaf kerana tiada terniat pun mengeruhkan keadaan

Peace No War

Enjoy our kemenangan


WriTe WhaT I WanT  ~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe


Ini juga ceriteranya
  • 100th – Ceriteraku Menjelang Post Ke-100
  • Tagged : Laman Sosial Yang…..
  • Sesat Di Kampung Sendiri
  • Entri Lepas Mc
  • Kalau Sudah Gila Bola

Comments

Powered by Facebook Comments

About aretikz

~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe
This entry was posted in Ceritera Diriku and tagged , , . Bookmark the permalink.

4 Responses to Ramadhan ~ Pasti Kan Ku Ingati

  1. cik asrar says:

    alhamdulillah jika kita merasa ramadhan itu menyempurnakan dan lebih baik dr ramadhan yg sebelumnya kan?

    salam ziarah (:

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Yup.. Syukur.. hehe..
    Anyway.. Thanx 4 ziarah :)

    [Reply]

  2. keen~ says:

    hacecece~ jiwangz plak.. moga2 jodoh korang pnjg ye.. amin~ ^_^
    btw, slmt hari raya.. maaf klu ade komen yg menyakitkn ati.. 0-0 ye.. ^_^
    keen~ recently posted..-ke mana ku pergi pasti bumi Negeri Sembilan juga yang ku jejaki – -

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Uhuk2.. xjiwang la.. hehe.. banyak benda suda di belajar dari benda ni.. maybe ada kelainan pada entri akan datang.. cewah.. serius bangat deh.. haha..
    Selamat hari raya juga.. Dun wury, xda komen menyakitkan hati.. semuanya ok.. i like.. hehe.. 0-0 juga.. hehe..

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: