Syurgamu Ramadhan, Tamat Dengan Tip Top

Fuh ~ Tamat akhirnya ceritera ini. Sungguh, dari epid 1st aku tengok, sampai epid akhir betul-betul wat jiwaku lelaki jadi kaw-kaw juga. Memang tip top la ni, lagi baik ku layan berbanding aku layan drama Lagenda Budak Setan. Lagu tema dia pun memang sesuai sesangat. Ayat-ayat dalam setiap kata-kata mereka pun power-power, gaya lakonan yang ditampilkan memang mantop. Lagi-lagi part bebudak tu, gaya lakonan dorang memang menunjukkan kematangan mereka. Eh? Ada yang tidak tengok cite ni ka? Ouch, rugi-rugi. Cek out dulu sinopsisnya, gaga~

Sinopsisnya mengisahkan Datuk Halimatun (Elly Suriati) yang memutuskan hubungan dengan anaknya, Marlia (Eira Syazira) kerana anaknya itu lari dari rumah mengikuti lelaki lain dan tidak menuruti permintaan Halimah untuk mengahwini pilihan hati ibunya itu. Ibunya bersumpah untuk tidak lagi memperdulikan anaknya itu. Itu kisah ketika 16 tahun lalu. Dikala esoknya Ramadhan menjelma, Marlia dan suaminya Budi (Shahar Yac’cob), pergi ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan Halimah. Marlia sempat berpesan kepada anak sulungnya, Suzana (Nurul Elfira Loy), untuk menjaga adik-adiknya Amin (Nabil Zulkifli), Musa (Daniel El-Arash) dan Mira (Dhania) sepanjang mereka pergi ke Kuala Lumpur. Dan itulah pesanan terakhir Marlia, kerana selepas itu, dia dan suaminya telah ditimpa kemalangan ngeri yang mengorbankan nyawa mereka. Halimatun yang mengetahui kejadian ini, tetap keras hatinya untuk tidak memperdulikan hal tersebut biarpun jauh di sudut hatinya, begitu kesal dengan apa yang terjadi. Hanya Yassin (Ungku Ismail Aziz), adik Marlia yang prihatin kepada nasib anak buahnya itu. Dia lantas membawa  Suzana dan adik-adiknya tinggal di Kuala Lumpur. Kedatangan mereka tidak disenangi oleh Mak Su mereka sendiri iaitu Aishah (Zarina) dan Halimatun sendiri tidak mengendahkan cucunya lantaran egonya itu. Konflik juga tercetus diantara Yassin dan isterinya Aishah kerana Yassin tidak pernah memperdulikan Aishah lantaran cintanya terhadap Adura tidak pernah padam. Mereka dijodohkan atas pilihan Halimatun sendiri. Ini menambah benci Aishah kepada anak buahnya kerana Yassin lebih mementingkan mereka berbanding dirinya. Adakah Suzana dan adik-adiknya berjaya membuka hati neneknya itu? Bolehkah Aishah menerima mereka? Mampukah Yassin menerima Aishah sebagai isterinya?

Weehuu, sinopsis pakai ayat sendiri woo. Cuma aku masih tertanya-tanya, siapa yang melakonkan watak Adura tu? Ada sesiapa yang tahu? Ayu mukanya bila dia pakai tudung, ahakz. Tapi memang drama ni wat aku terinsaf juga. Part yang aku betul-betul sentap, masa Halimatun nasihatkan Yassin tentang Aishah. Ayat dia tu, memang aku pernah cakap dengan seseorang, uhuk2. Cuma keadaan yang berlainan dan tidak sejibik la, hehe. Apa ayatnya?

Yassin: “No one can ever stop me to loving Adura mum, even Aisyah, even You, even Anyone, Even..”

Halimah: “Even Allah? Kau sedar tak apa kau cakap tu Yassin? Cinta kau kepada Adura, yang kau agung-agungkan itu, yang kau bangga-banggakan itu, hanya pinjaman dari Allah. Bila-bila masa Allah boleh tarik perasaan cinta kau itu Yassin”

Lebih kurang macam gitulah ayatnya. Kick wei, insaf gua seketika, wah, tetiba mood lain pula, ahakz. Masuk part Adura bagi kad jemputan kahwin dengan Yassin pun, ada juga ayat-ayat power, tapi macam manalah aku boleh lupa, har3x~ Yang penting Adura bila pakai tudung memang ayu, wah, lain difikiran, ahakz. Cuma, Adura tu sepa wei, hoho. Aku pelakon Malaysia memang tidak seberapa kenal, yang aku tahu pun sal memang watak dia diterangkan, kalau tidak, mana mungkin aku tahu, gaga~ Banyak lagi scene2 sebelum epid last yang tip top juga, cuma aku tak lah nangis, aku cuma rasa terharu jak, hoho. Lagu dia memang cun lah, sesuai betul dengan cerita ni. Tajuknya Akan Ku Jumpa, nyanyian Azfar. Penuh mendalam liriknya. Mahu lagu tu? Special untuk anda, klik sini. Yang penting, cerita ni sudah tamat, aku boleh cakap, aku lagi layan benda ni dari tengok cerita Epilog Syurga Cinta. Tahniah kepada Shahrulezad Mohameddin, karya anda memang hebat.

Cap Kaki : “Please Be Patient Atik, There Always Will Be Next Time”


WriTe WhaT I WanT  ~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe


Ini juga ceriteranya
  • Azam Yang Tak Tercapai Akalmu!
  • Nescafe 3 In 1 : 5 Sandakan, BPM Hari Ini Dan Terima Kasih
  • Entri Dalam Entri
  • Sotong Dimakan Mak Nyah Yang Gay
  • Nescafe 3 In 1 : Shoutbox Terlampau, Rm 30 Dan Sekuntum Mawar

Comments

Powered by Facebook Comments

About aretikz

~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe
This entry was posted in Ceritera Semasa and tagged , , . Bookmark the permalink.

21 Responses to Syurgamu Ramadhan, Tamat Dengan Tip Top

  1. Sabun says:

    fuhh,
    padat jugak ayat tu ek….
    Sabun recently posted..Hari Raya

    [Reply]

    aretikz Reply:

    hehe.. sudah ukur tu ayat.. sal tu kepadatan nampak sesangat.. ahakz..

    [Reply]

  2. ahtool says:

    adura tu pernah belakon dlm crita awan dania 2,pegang watak tomboy. n dalam iklan enchantuer n fair n lovely dgan juliana evans
    ahtool recently posted..Escaping from fasting

    [Reply]

    aretikz Reply:

    wah.. rupanya.. tidak pula perasan.. hehe.. thanx 4 da in4.. hehe..

    [Reply]

  3. kayun says:

    ohh..hehhh..x perasan plak kt tv ada siar cerita ni..huk3(ktinggln zmn kot)
    ~~slmt hari raya..

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Slot samarinda.. Jam 10.30 malam.. ada juga tayang time sahur kalau xclap.. hehe..
    Selamat hari raya juga.. hehe..

    [Reply]

  4. kakngah says:

    aku lebih rela layan ular emas dr epilog syurga cinta…

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Haha.. Ular emas pun ok.. Epilog Syurga Cinta memula jak rasa ok.. last2.. boring.. huhu..

    [Reply]

  5. amy says:

    kalau x silap .
    adura 2 adik natasha hudson :)
    maap la law slh info .
    heheh .

    [Reply]

  6. amy says:

    waaaa .
    salah2 .
    bukan adik natasha hudson .

    [Reply]

    aretikz Reply:

    hehe.. its ok.. mungkin adik orang lain kali.. hehe..

    [Reply]

  7. Eman says:

    uwaaaa, cte ni mmg besh gilooo! menitik air mata tgk drama ni. lgu dia pun terbaik dr ladang ah. paling ketara tgk lakonan Zarina, mantoppp! HUHU, 5 BINTANG!

    [Reply]

  8. aretikz says:

    Yup.. Zarina bawa wataknya dengan bek.. memang orang pun geram tengok dia.. hehe..

    [Reply]

  9. aretikz says:

    Wah.. rupanya.. thanx 4 da info.. patutla ukanya ada lain skit.. muda lagi rupanya.. hehe..

    [Reply]

    kaxzmilah Reply:

    wc~ sharing is caring kn? :-)

    [Reply]

  10. aretikz says:

    yezza.. sharing blog pun caring juga tu.. hehe..

    [Reply]

    kaxzmilah Reply:

    bila nak update belog? nak baca entri terbaru dri belog awak~
    kaxzmilah recently posted..xde tajuk untuk entri kali ne

    [Reply]

  11. aretikz says:

    hehe.. insyaAllah dalam masa terdekat.. ni reply komen pun sebelum ni di KK.. sekarang tengah reply komenmu baru jak sampai di rumah.. hehe..

    [Reply]

  12. cik tom says:

    wah xtau pulak aretikz suka jugak cerita ni..bestkan??mendalam giler..menusuk kalbu ayat2 yang digunakan..cinta pada manusia jgn melebihi pada Allah..kalo x camtulah jadinye..lupa akan kebesaran Allah..
    cik tom recently posted..Sinopsis dan Lirik Lagu Syurgamu Ramadhan Akan Ku Jumpa

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Best2.. memang best.. Nasib kawan tukar cenel msa epid 1st.. kalau tidak.. duk ngadap laptop jak la trus.. hehe.. Itula.. yang penting berpada2.. dan.. ikhlas.. hehe..

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: