Ouch ~ Agak kontroversi tajuk itu. Boleh menjatuhkan saham diriku di mata para wanita sekalian. Namun, ini tidak ada kaitan dengan gambar filem Madu 4 tu. Tengok pun lum pernah, tunggu Astro tayangkan jak la yek, har3x~ Anyway, kebanyakkan para wanita tidak bersetuju kalau bakal suami mereka memasang niat sebegini rupa. Baru bakal, lum jadi suami, lagi la terseksa jiwa batin mereka. Tapi, ni cerita untuk yang belum married-married lagi, yang sudah nikah, terniat benda ni, berfikir out of box. Aikz, so, yang belum nikah lagi patut fikir benda ni, bahawa amatlah jarang sekali bagi wanita untuk menerima istilah kahwin 4. Kalau 2 ok lagi kot, ni sampai 4 apa kes? Mesti ada yang berkata, malanglah bakal isteri saya lepas ni. Lum apa-apa lagi, dah terniat nak kahwin 4. Salahkah saya nak kahwin 4? Rasanya semua lelaki nak kahwin 4. Betul, tidak dinafikan langsung, saya boleh jamin 100% kebanyakkan lelaki mahu kahwin 4.
Kenapa saya mahu kahwin 4? Saya ada hujah saya tersendiri, kalau rasa-rasa nak bangkang, dipersilakan, tapi, lepas baca entri ini. Pancingan tu barulah, suruh orang baca ni, haha. Tapi kenyataannya memang sebegitu, saya tetap nak kahwin 4 sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud :
“Seseorang wanita itu dikahwini kerana empat perkara. Kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Utamakanlah yang mempunyai agama, nescaya kamu akan selamat“
Erk, apa kaitan hadis di atas dengan cita-cita murniku ini? Itulah yang ingin setiap lelaki idamkan, jika mempunyai seorang isteri, yang punya pakej lengkap, sebab itulah saya katakan, semua lelaki mahu kahwin 4, mereka inginkan seorang wanita punya agama, cantik, mulia keturunan dan berharta. Tapi dan tapi dan tapi, mana mungkin punya wanita perfect sedemikian rupa. Selalu orang cakap, kalau kita pilih beragama, kita akan dapat semuanya. Betul ka? Maybe yes, maybe no. Yang penting, dengan memilih yang beragama, kita dapat satu pakej menyejukkan hati juga. Tidak keterlaluan saya katakan, tidak kira lelaki mahupun wanita, amat sukar menjumpai yang punya agama tatkala akhir zaman ini. Ada memang ada, tapi tidak semua mengamalkannya.
Murnikan niat suci ini, nak kahwin 4. Ingat senang? Tapi fikirlah, saya mencari wanita yang punya agamanya, dengan penuh kesederhanaan, yang saya boleh bimbing sebaiknya. Mematuhi kata suami adalah asas bagi seorang isteri yang beragama selagi kata-kata suaminya itu tidak bercanggah dengan syariat. Bagaimana yang harta, keturunan dan kecantikan? Senang saja, kalau dari segi harta, dia hendaklah tahu menguruskan harta keluarganya juga, tidak semestinya isteri yang bekerja, kalau jodoh suri rumah pun, yang penting, tahu menguruskan ekonomi keluarga. Itu harta, yang lain?
Keturunan pula, adalah isteri yang menjaga maruahnya, keluarganya dan kasih sayang terhadap keluarga terutama dalam memberi didikan anak-anaknya. Oleh itu, dia menjadikan keluarganya sendiri keturunan orang yang mulia. Kecantikan pula selalunya seorang lelaki berkata tentang hati wanita tersebut. Teeet, tipulah, kalau nampak jak yang kiut-miut macam jepun, dup dap dup dap hatinya terus. Diakui kebanyakkan lelaki memandang rupa paras, tetapi, apabila dia tidak berkenan dengan sikap wanita tersebut, konfom kena reject, har3x~ Well, semua orang hensem dan cantik. Semuanya bergantung pada mata made by Allah. Lain orang, lain tastenya. Tapi yang dimaksudkan cantik wanita untuk dipilih adalah beliau menjaga penampilannya untuk suaminya. Penting tu, cantik, kiut, lawa, chubby, macam mana pun wanita tersebut, setelah dia anggap sudah laku, peduli apa sal jaga badan, pakaian men bantai jak, pun tiada makna, besalah, sudah laku kan, har3x~ Inilah punca ada kahwin 4 yang betul-betul, haha.
Cukup sudah kenapa saya mahu kahwin 4. Atau kenapa lelaki mahu kahwin 4, haha. Yang penting isteri 1, kan? Ini entri untuk lelaki kah wanita yek? Atau untuk aku sendiri? Ahakz. So, kepada yang mencari, pandai-pandailah anda nak cari 4 tu. Hadis tu pun cakap sal memilih wanita, tapi kalau nak kias kepada lelaki pun tiada masalah. Yang penting macam mana anda aplikasikan dalam pencarian. Kick juga entri ni, yang penting bukan effect dari cerita kahwin tu, haha. Apapapun, Selamat Hari Malaysia, eh?
Cap Kaki : Best ka cerita 4 Madu?
Comments
Powered by Facebook Comments

keen pon nk kawen 4 gk la klu cm2.. amcm?? hohoho~ ^_^
keen~ recently posted..- berapa kali nak kena bagitau mandi awal-awal!! -
[Reply]
aretikz Reply:
September 16th, 2010 at 5:09 pm
Hoho.. Boleh2.. Secara kiasannya memang boleh.. hehe..
[Reply]
erkk.. kawn 4? x kot..
setia pd yang satu.heee
darkbatman recently posted..Nuffnang di Kosmo l Tahniah buat Nuffnang
[Reply]
aretikz Reply:
September 16th, 2010 at 5:34 pm
Haha.. Betul2.. Bahagiakanlah isteri yang satu.. Tapi bro.. Ini bukan sal nak isteri 4.. Kahwin 4 jak.. hehe..
[Reply]
secara xkiasannya.. bleh x?? kuang3~ ^_^
[Reply]
aretikz Reply:
September 16th, 2010 at 5:38 pm
Erk.. Gaga Gugu Gege (Lidah kelu, jari terkesima, har3x~)
Setelah normal kembali ~
Boleh2.. Bolehkah jangan? Har3x~
[Reply]
mula2 lahir kat dunia nie mmg tfikir nak kawen sampai 4,tapi dah mula membesar nie fikir lik apsal nak kawen 4 lau kawen 1 pon aku lum mampu nak defend..kawen 4 senang beb nak jawab sal tggjwb nnt tue yg rase mulut terkunci mati.whteva,depend on u.
[Reply]
aretikz Reply:
September 16th, 2010 at 7:42 pm
Hehe.. Tak pernah terfikir beristeri 4.. Memang cukuplah 1.. Tapi kahwin 4 tu rasanya perlu.. Cuma isteri jak 1.. Dats y timbul entri ni.. Bukan cerita Isteri 4.. hehe..
[Reply]
ermm..slaam ziarah…jom ziatah i pulak..haha..nak komen sikit…tataw la ceritanya best atau tak..tapi yg paling konfem, saya tak minat saiful apekkkk..patut di blacklist dari berlakon..sekian terima kasih…huhu
feez recently posted..bunuh balas bunuh
[Reply]
aretikz Reply:
September 17th, 2010 at 12:02 am
erk.. hehe.. tp.. ni xda ketan cite 4 madu.. ini entri lain skit.. hehe..
[Reply]
percubaan.. percubaan.. ^_^
keen~ recently posted..- berapa kali nak kena bagitau mandi awal-awal!! -
[Reply]
aretikz Reply:
September 17th, 2010 at 1:52 pm
Cubaan.. Hai mambang tanah mambang angin mambang air mambang api..
[Reply]
~ share ilmu bole~
http://www.facebook.com/home.php?#!/note.php?note_id=152642518089997&id=1045220349..
ayat ne ada link ciket2 kot pasl entri kali ne.. heeee~
dalam ayat al-quran surah an-Nur ayat 26 menyatakan:
“Wanita baik untuk lelaki baik dan lelaki baik untuk wanita baik.”
jadi kalau nak khwen 4 ne, pasl agama, keturunan, harta n kecantikan, cuba kaitan diri anda ngn surah d atas ne.. renung2 kn n slamat beramal~
maaf alwaz bagi komen d entri awak~
kaxzmilah recently posted..kredit to mohd jiwa kamlani
[Reply]
aretikz Reply:
September 17th, 2010 at 1:29 am
Ilmu yg bek punya.. thanx 4 share.. yup.. memg bgitula sebeknya.. jadilah yg terbek untuk dptkan yg terbek.. memg kira mo wat entri sal ni.. hehe.. tp nnti jak dulu..
btw.. komen saja.. sya hargai komen anda.. cuma.. kat blog awak xbole komen la.. napa yek? hehe..
[Reply]
siti nur kaxzmilah Reply:
September 17th, 2010 at 4:40 pm
hehehe.. btul3.. xpe.. i will alwaz read ur entri..
ermmm.. maaf.. ritu set untuk kwn2 jer komen…
dah chnge setting td.. bole komen da.. maaf skali lgi..
siti nur kaxzmilah recently posted..kredit to mohd jiwa kamlani
[Reply]
aretikz Reply:
September 17th, 2010 at 4:58 pm
thanx 4 read.. hehe.. inda payah ba mo siou2 kio.. na.. laing2 suda bhasa ku ini.. hehe.. anyway.. truskan usaha kita.. hehe..
hehehe…saje je maa..nak komen pasal saiful apek sbb nampak muke die…tapi dah bace dah entri anda niy….saye nak jadi yg keempat leh??..hahahahaaa… (juz kidding)….arap2 saye pon jumpe la laki yang boleh bimbing ke arah agama…..and yg mampu jadi ketua keluarga yg adil lagi bijaksana….hehe
semoga kite junpe jodoh yg bebaik… amiinn
feez recently posted..bunuh balas bunuh
[Reply]
aretikz Reply:
September 17th, 2010 at 1:51 pm
Nak jd numb 4? Boleh2.. Haha. Tapi.. 1,2,3 pun lum ada.. Macam mana tu? hehe.. Amin.. Semoga dipertemukan yang baik-baik belaka.. Yang penting, mengikut cara sebaiknya.. hehe..
[Reply]
Kalau boleh berlaku adil and mampu dari semua segi, silakan la kawin 4 heehh kawin serentak 4 lagi bagus!!…hehehe
kuman recently posted..Pendapatan pertama KUMAN dari Nuffnang!!
[Reply]
aretikz Reply:
September 17th, 2010 at 4:10 pm
Hehe.. kahwin jak 4.. isteri biar satu.. Bukan nak isteri 4.. hehe..
[Reply]
insyaAllah tapi nak cari yang sempurna sangat mcm mustahil kot.tp cuba buat yang terbaek
ayinweeweet recently posted..Shopping- Alam Maya ke Alam Nyata
[Reply]
aretikz Reply:
September 17th, 2010 at 4:28 pm
Betul2.. Manusia ni sempurna kerana ketidaksempurnaan mereka.. InsyaAllah, tuhan ada perancangan yang lg baik.. Yang penting usaha.. hehe..
[Reply]
hehe..kita dah tengok da..
http://black-roses92.blogspot.com/2010/09/4-madu-ke-madu-4.html
tim92 recently posted..Hikmah PUASA 6 di bulan Syawal
[Reply]
aretikz Reply:
September 19th, 2010 at 11:26 am
Lum lagi tengok ni.. Haha.. Tapi xda kaitan nak isteri 4.. saya just nak kawin 4.. har3x~
[Reply]