Jangan Bermusuh Dengan Nyamuk Kerana Denggi

Oh yeah ~ Tidak sangka, cerita aku nak kahwin 4 banyak juga orang view yek, haha. Ceh, view bukan sampai seribu pun, yang penting, janganlah salah tafsir sal kahwin 4. Bukannya aku nak beristerikan 4, lain makna disebalik kisah kahwin 4. Tapi abaikan dulu ceritera tersebut. Sal aku nak declare sini bahawa janganlah anda membenci nyamuk. Sayangilah mereka. Gila ka apa aku ni? Sudahlah bikin jatuh saham sendiri cakap kahwin 4, ni suruh sayang nyamuk pula. Nanti tidak sia-sia dapat Denggi ka, Chikugunya ka, Malaria ka, sudahlah kerja bahagian kesihatan, har3x~ Tapi aku cakap betul, tiada makna kamu nak beli ridsect habis-habisan, pasang shieldtox berbundle-bundle, sembur fumakilla seribu botol. Boleh memang boleh, takkanlah nak protect diri sendiri pun tak boleh kan, nanti ada yang kena penyakit macam aku cakap di atas, har3x~ Cuma aku fokus sal Denggi kali ni, penyakit yang telah menyebabkan Din Beramboi dijemput tuhan. Err, dan juga si kecil makhluk itu, ahakz.

Apa yang nak difokus? Apa cerita sampai banyak jenama pembunuh nyamuk ni aku sebut? Oh, easy saja, sebenarnya bukan nyamuk tu punca kebanyakkan orang kena Denggi. Gila punya statement, siap aku dengan Kementerian Kesihatan pecat aku terus, macam mana nak teruskan niat suci murni sal kahwin 4 ni? Ahakz. Manusia lah punca sebenar benda ni wei. Nyamuk ni pembawa jak, bukan hos asal. Tapi, kalau tiada nyamuk, tiadalah Denggi kena transfer kredit kan? Tetap juga manusia punca, sal dorang sendiri tak jaga tempat dorang, sal tu lah banyak sangat kes Denggi.

Bermacam-macam kempen yang dibuat, sampai bawa artis lagi turut serta. Siapa lagi kalau bukan Pak Nil, pengacara popular Malaysia. Aznil pun join woo. Tapi, kalau banyak sudah kempen dibuat. Orang wat dek juga, tiada maknanya wei. Kadang-kadang, kita sudah buat apa yang patut, macam bersihkan halaman rumah, buang air bertakung, tapi jiran sebelah stedy jak, rilex-rilex gitu, har3x~ Dapat risiko penyakit free kita ni kan? Secara amnya, kes Denggi paling tinggi di kawasan bandar berbanding luar bandar. Sebab? Tempat pembiakan nyamuk Aedes berbeza dengan keluarganya yang sama spesis yang lain. Asal namanya air bertakung, siaplah, seminggu macam tu, ada sudah kenduri cukur rambut dorang, har3x~

Sedarlah, Denggi ni lagi bahaya dari penyakit Anak Iblis Dan Setan ~ AIDS ~. Kalau Aids korang cuma perlu elak dari buat benda tidak senonoh jak, dan waspada semasa pemindahan darah (kredit for Touya bagi mengelakkan salah faham.. hehe) kalau Denggi? Setiap nyamuk betina yang hisap darah kita tu bukannya kita tahu bawa Denggi ka tidak. Kesedaran tu penting, kalau sembur sana sini, pasang racun nyamuk pun, hanya setakat bunuh nyamuk saja tu. Yang zuriat dia masih bernyawa untuk melihat dunia. Denggi akan berlaku setiap masa di mana-mana, malah effectnya jangka masa pendek, samada boleh knock out ataupun safe. Kalau Aids, jangka masa panjang, tahu jak kena HIV, bertaubatlah banyak-banyak. Yang kena Denggi, bukan tahu tu demam biasa ato demam yang terbaik dari ladang.

Jadi, semua tu dari kita juga, macam mana nak bertindak dengan berfikir. Takkanlah harap dari Kesihatan jak kan, kalau tiada kesedaran dari orang awam pun payah juga. Ingat, nyamuk kecil ini bukan pembunuh, dorang just cari makan dengan hisap darah jak, bukan sengaja nak transfer benda tu dengan manusia. Dan kalo masuk court, konfom disabitkan kesalahan membunuh tanpa niat. Inilah tentera yang lagi hebat berbanding tentera Zionis Israel tu. Sedangkan Namrud, musuh Nabi Ibrahim a.s pun mati kerana nyamuk. Kenalah kita berfikir, bahawa itu peringatan besar Allah kepada manusia tentang kekuasaannya. So, sebelum kena sakit, pandai-pandailah bertindak yek, har3x~

“Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya). Adapun orang yang beriman, maka mereka akan mengetahui (dengan yakin) bahawa perbandingan itu benar daripada Tuhan mereka. Manakala orang kafir pula, maka mereka akan berkata, “Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?” Allah akan menyesatkan ramai orang dengan sebab perbandingan itu dan perumpamaan itu juga, banyak pula orang yang diberi-Nya petunjuk. Tetapi yang disesatkan-Nya itu hanyalah orang yang fasik. (Al-Baqarah : 26)

Cap Kaki : Paling malas kalau orang punya nset bunyi nyamuk, har3x~


WriTe WhaT I WanT  ~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe


Ini juga ceriteranya
  • Bagusnya Timun ~ Tapi…
  • Awasi Keracunan Makanan!
  • Cerita Panas Artis Bertudung!
  • Tips Untuk Berjaya Dari Penjenayah
  • Cerita Tentang Tidur

Comments

Powered by Facebook Comments

About aretikz

~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe
This entry was posted in Ceritera Kesihatan and tagged , . Bookmark the permalink.

27 Responses to Jangan Bermusuh Dengan Nyamuk Kerana Denggi

  1. cik tom says:

    betul2..cik tom sokong 100%…denggi berlaku sebab salah manusia gak..pemalas…huhu…hanya perlu amik masa 10minit je untuk cek persekitaran rumah dan pastikan tiada tempat pembiakan nyamuk aedes..tiada aedes tiada denggi..hehe ;) cik tom recently posted..rindunye blogdah bersawang punhuhu

    [Reply]

    aretikz Reply:

    yezza.. cik tom boleh jadi duta kesihatan ni.. hehe.. sal tu la.. kebanyakkan program gagal.. atas sikap manusia tu sendiri.. tahu takut pnyakit.. tp usaha xda.. huhu..

    [Reply]

  2. keen~ says:

    lagi suke tengok kesan merah2 sbb digigit nyamuk drpp tengok jerawat.. wakakakakaka~ ^_^
    keen~ recently posted..- kenapa la cuti tak lama ea T-T -

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Erk.. Keen kena serang jerawat ka sekarang? har3x~

    [Reply]

  3. muahahahahahahaa~ lucu ne baca ayat ko.. AIDS a.k.a anak iblis dan setan.. yarkkk! lawak.. terbaik dari ladang ne…~

    penyampaian yg baik.. aishhk~ truly la.. aq xsuka nyamuk.. geram sgt2 ngn nyamuk coz kalo menggigit meninggalkan kesan d kulit ku.. adei.. berbintik2 merah.. dah tu xpe kalo gatal akibt ggtn tu kejap jak.. ne semggu pon blom tentu akn hilng gatal nye~ huhu..

    aku mula menerima mu wahai nyamuk… ngeee~

    foot note: aku suka dgr ringtOne nyamuk wlupon aku membenci nyamuk.. wakakakakakakaka~
    siti nur kaxzmilah recently posted.. perempuan tu

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Hehe.. Lawak lama tu sebenrnya.. hehe..
    Aikz.. Tanda cinta dari nyamuk tu.. yg hebat ni.. sampe semingu gatalnya? Ish3x~ Kick juanya lai? Memang sandilah tanganmu cam atu.. hehe..
    Sila pasang ringtone di nset nokia 3310.. har3x~

    [Reply]

    siti nur kaxzmilah Reply:

    nokia 3310 lempaq nyamuk pon xmati.. ne kn pulak nk wat ringtone nyamuk kat hp 2.. punya klasik~ muahahahahahahahaha..
    siti nur kaxzmilah recently posted.. perempuan tu

    [Reply]

    aretikz Reply:

    memangla xmati.. sal nokia 3310 mna pandai lempaq nyamuk.. haha.. tp best tu bunyi monofonik nyamuk.. kalo ada yg pndai buat.. hoho..

    siti nur kaxzmilah Reply:

    ngeh3.. aq xpnh try n xpnh ada hp mcm 2.. bez ke? mcm xcitd pulak nak dgr~
    aku biasa kaco hp sony kwn aku.. suka adjst ringtone dia.. dia mgamuk gilak2 bila dgr ringtone dia bunyi nyamuk.. muahahahahahaha~
    siti nur kaxzmilah recently posted.. perempuan tu

    aretikz Reply:

    haha.. satu keajaiban kalau ada rington monofonik bunyi nyamuk.. hehe.. itulah hp paling tahan skali dlm sejrah nokia.. brapa kali jatuh still standing lg. hehe.. na.. kwnmu pun sma mcm aku.. nda sebrapa bunyi nyamuk.. kim slam yek (kuar tanduk)

    siti nur kaxzmilah Reply:

    kawan ku bilang.. “waalaikumsalam”..
    muahahahahahahahah~ meh cnie aq cut tanduk 2..
    korang dua memg sama.. tp len jantina la ek..
    dia ckp ringtone 2 m’gangu tym tdo dia..
    wakakakakakakakkakakakka~
    siti nur kaxzmilah recently posted.. perempuan tu

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Oh terharunya bila salam di jawab.. har3x~ Jngan potong.. cabut terus.. hoho..
    Yang aku malas bukan apa.. frekuensinya terlalu tinggi hingga membingitkan telinga.. wah.. ayat saintifik pula kena guna.. ahakz..

    siti nur kaxzmilah Reply:

    muahahahahahaha~ jan ko..
    kalo aq cabut takut short circuit jak sana..
    trus buzzer berbunyi kasi warning~
    ngeh3.. wei2.. ko nda buat shoutbox ka?
    siti nur kaxzmilah recently posted.. perempuan tu

    aretikz Reply:

    Yarabi.. ani la ni.. Shoutbox aku bekurun suda di atas seblah kanan.. tersembunyi skit.. ahakz.. yg men hide shoutbox tu.. gaga~

    siti nur kaxzmilah Reply:

    mana? tidak nmpk pon… ???
    siti nur kaxzmilah recently posted.. perempuan tu

  4. jalanjatuh says:

    kat kampung aku nyamuk die gile kental.. x cukup satu ubat nyamuk.. kene pasang 2 baru leh nyaman tdo.. jgn memain ngan nyamuk.. jeng.. jeng.. jengg

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Fuh.. Nyamuk tu pakai ilmu kali.. har3x~ Memang nyamuk tu bukan sebarangan.. hehe..

    [Reply]

  5. touya says:

    Ada dua info yang salah kat sini

    1. “Kalau Aids korang cuma perlu elak dari buat benda tidak senonoh jak”

    saya anggap benda tak senonoh tu berzina , Aids bukan sahaja merebak melalui air mani dengan cecair faraj , ia juga merebak melalui darah . Jadi ada banyak cara aids membiak . Salah satunya berkongsi pencukur pun berkemungkinan . Begitu juga jika menderma atau menerima darah . Walaubagaimanapun kemungkinan untuk berjangkit disebabkan menderma atau menerima darah adalah kecil atau hampir mustahil kerana di Malaysia ada langkah pencegahan yang ketat . Dua contoh terbaik adalah tidak menggunakan jarum untuk kali kedua dan darah yang diderma tu ada dimasukkan sejenis ubat khas .

    2. “dorang just cari makan dengan hisap darah jak,”

    Nyamuk tidak menghisap darah untuk makan , nyamuk sejenis serangga bukan haiwan karnivor . Nyamuk menghisap darah kerana perlukan protein untuk membiak . Di dalam kata lain nyamuk yang menghisap darah adalah nyamuk bertina .
    touya recently posted..Adam Qaiser Ep 5

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Point 1. Benda xsenonoh tu meluas.. Termasuklah perkongsian jarum penagih dadah.. Dan saya cuma nasihatkan untuk elak benda xsenonoh itu.. hehe.. Yup.. Memang kecil.. dan pernah terjadi kesUstazah terkena jangkitan HIV semasa menerima darah.. Maaf kerana menimbulkan salah faham.. huhu..

    Point 2. Darah merupakan sumber makanan mereka juga.. Sama seperti kita makan-makanan untuk mendapatkan protein, kabohidrat dan lain2.. Dan semestinya nyamuk betina jak yang suka sangat darah.. Yang jantan menghisap sumber cairan tumbuhan.. nyum2.. hehe..

    Anyway.. Thanx 4 your concern Touya.. perlu kena ubah sikit ni.. hehe..

    [Reply]

    touya Reply:

    info tambahan

    nyamuk boleh terbang sehingga 30KM dalam masa sehari . Jadi kalau nak selamat kena pastikan sekitar 30km persegi takder air bertakung . Jadi kalau kita jer yang buang air bertakung tak guna gak .
    touya recently posted..Adam Qaiser Ep 5

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Erk.. Ni info tidak secar spesifik.. Sebab kalau nyamuk aedes.. Radiusnya diantara 200-400 meter.. Sebab tu kami selalu foging dalam jarak tersebut kerana ke”urban”an nyamuk tersebut juga.. tetapi kalau spesis nyamuk lain.. memang ada yang boleh mencecah 100 batu.. dan dalam purata sehari bagi nyamuk lain adalah 20-40 batu.. dan ada lebih kurang 3500 spesis ekor nyamuk.. jadi xtau spesis mna satu.. hehe..

    touya Reply:

    owrrrr take note about that . 3500 spesis nyamuk ? Giler banyak .
    touya recently posted..Adam Qaiser Ep 5

    aretikz Reply:

    itula.. nsib bek bukn smua nyamuk bwa pnyakit.. kalo xdak.. naya orang.. hehe..

  6. terbaek r…. I tweet2 ye.. hehe
    Masturah Idrus recently posted..AKU DAH MULA BERPANTANG WAYANGMENGAPA

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Thanx cik mas.. Dipersilakan.. saya memang xdak tahu menahu ilmu tweet.. haha..

    [Reply]

  7. kerang says:

    i penah kene dmam denggi awal tahun ari tu..iskh~~ -_-
    kerang recently posted..awak panggil rumah terbuka-saya tidak

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Erk.. Xpa.. Peringatan untuk kita bersama :) Memang epidemik yang paling meluas di seluruh dunia ni.. huhu..

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: