Cerita Sebelum Ini
Aku Kassim Selamat, seorang lelaki yang berkeinginan memiliki sebuah iPhone 4 demi cintaku kepada Sabariah. Nyonya Mansur telah menetapkan ku harus mempunyai iPhone 4 jika ingin menyunting anaknya, Sabariah. Aku tercabar, biarpun aku ego untuk tidak tunduk permintaan itu, apakan daya, dalam hati seorang lelaki bernama Kassim penuh dengan taman larangan yang indah yang ku cipta khas buat Sabariah. Sedangkan Lisa Surihani pun tak ku bagi chance masuk ke taman larangan ini yang penuh disirami dengan cahaya aidilfitri, eh? Bukan, cahaya keikhlasan. Sabariah, sila tunggu aku, bak kata Anuar Zain, lelaki ini yang selalu mencintamu, selalu, tanpa ragu. Ouch! Bukan ouch kerna tiap bait-bait kataku, tapi…
“MasyaAllah, yarabi, apa sudah jadi sama ente ini Kassim, apa yang ente menungkan? Sampai luka itu zari ente?”, Syawal ~ Itulah majikanku di Syarikat Ahmad Albab Punya Bapa, sebuah syarikat yang merepair semua jenis benda, kecuali hati.
“Syawal, bukan zari, jari”, Mastura Masghul Al-Buaya ~ Bini bos aku yang cun, baru beranak satu, tapi maintain jaga badan khas untuk suaminya sahaja.
“Oh, itu macam ka? Itu jari ya, sampai 3 jari luka. Salmah, ke sini dulu anti, rawat itu si Kassim. Macam mana boleh luka repair teddy bear, ente tahuka itu aset jari ente, macam mana mahu kerja kalau luka?”, bebel Syawal, sambil berlalu dengan Mastura, tapi bebelan sekadar memperingati anak buahnya agar berhati-hati ketika bekerja.
“Err, mana yang luka encik?”, Salmah ~ Nurse cun yang ditugaskan merawat pekerja-pekerja di sana. Satu-satunya nurse yang aku tengok labuh jak pakaiannya, seumpama Sabariah, dan lagi kiut dari Sabariah, har3x~
“Erk, tak apa, sikit jak, mari saya balut sendiri”, senyum Kassim, seolah-olah faham dengan Salmah, yang segan memegang tangan insan yang bukan muhrim itu.
“Betul tak apa? Nanti balutan macam bungkus hadiah pula, apapapun, thanx sal faham saya, awak sahaja tau yang faham kehendak saya”, spontan Salmah melemparkan senyuman kepada Kassim. Terpana Kassim seketika, tapi dia tetap tidak tergoda dengan senyuman itu.
“Kassim, encik Syawal panggil”, pesanan setiausaha Syawal mematikan perbualan mereka. Kassim bergegas masuk ke bilik bosnya.
“Ya tuan, ada apa-apa yang saya boleh bantu?”, Terus sahaja Kassim bertanya kepada Syawal.
“Kassim, ente duduk dulu, ada ana mahu bicara sama ente”, serius muka Syawal. Kassim terus mengambil tempat duduk, sambil berdebar memandang muka bosnya. “Takkanlah sal luka tadi bos nak marah? siap aku”, kata hati Kassim.
“Syawal, sudah 3 bulan ente kerja sini, ana puas hati prestasi kerja ente, kira ana mahu promote ente ke position lebih tinggi. Tapi, ana hairan, sejak kebelakangan ini, ente banyak termenung. Apa kes?”, lancar bicara Syawal.
Kassim terpana, sungguh dia tak pernah nampak ada bos yang betul-betul concern dengan anak buahnya sebegitu rupa. Kassim mengeluh berat. Haruskah aku berterus-terang?
“Tuan, saya boleh cerita, tapi, janganlah dihebohkan sangat cerita ini, boleh?”, Kassim mencari kepastian.
“InsyaAllah, saya boleh jamin”, kata Syawal sambil tersenyum.
Berat untuk Kassim memulakannya, setakat ini, hanya Salmah yang mengetahui ceritanya. Akhirnya Kassim menceritakan segala-galanya kepada Syawal, dan Syawal mendengar penuh tekun.
“Jangan risau Kassim, ana akan bantu ente, nanti ana pesan dengan secret recipe ana untuk beli iPhone 4 untuk kamu”, kata Syawal setelah mendengar kisah Kassim.
“Err, bukan secret recipe tuan, secretary. Between, rasanya tidak apa tuan, saya ingin membeli iPhone dengan usaha saya sendiri tanpa dibantu orang lain. Saya harap tuan, mengerti”, balas Kassim.
“Oh, secretary, patutlah ana rasa lain, macam lapar sebut secret recipe. Kalau begitu ente mahukan, ana faham Kassim. Jika ada apa-apa, jangan segan untuk memberitahu saya”, Kassim nyata terharu dengan kebaikan bosnya itu. Bersyukur ke hadrat ilahi dia tidak menghadapi kerenah kebanyakkan bos yang suka mencari kesalahan pekerjanya. “Semoga tuan Syawal dimurahkan rezeki dan mendapat kebaikan dunia dan akhirat, amin”, doa Kassim dalam hati.
“Syawal, ini iPhone kamu berdering lagu Maher Zain dari tadi, kenapa tinggalkan di atas meja dinda tadi?”, tiba-tiba muncul Mastura sambil membawa iPhone yang mendendangkan lagu for the rest of my life nyanyian Maher Zain.
“MasyaAllah, macam mana ana boleh lupa? Assalammualaikum, hello. Hello? Eh, kenapa mati ni? Yarabi, memang line Isketambolasat selalu hilang. Perkhidmatan yang terteruk dari ladang”, Getus Syawal.
“Kalau macam tu tuan, baik tukar pelan, tukar iDigi Postpaid Plan. Memang terbaik dari ladang tuan”, Kassim cuba menenagkan Syawal.
“Ha? Apa itu? Ana tak pernah dengar? Cuba ente terangkan dulu”, Syawal mula tertarik dengan apa yang diperkatakan Kassim.
“Begini tuan, kita check internet di laptop tuan dulu, ha, ini dia”,
“Ini pelan iDiGi Postpaid Plan tuan. Saya dah Google masa decide nak beli ni, memang berbaloi la tuan. Puas hati. Apa yang saya suka tentang plan ni tuan, dengan hanya Rm 58 ringgit sahaja, saya boleh dapat iPhone 4 yang diidamkan itu. Tetapi tuan dah ada iPhone, so tak la pening kepala nak tengok part tu. Yang penting tuan, kalau orang yang seperti saya, jika saya pilih pelan termurah iaitu iDiGi 88, saya dapat free call 200 minit, sms sebanyak 200, mms sebanyak 20 dan internet sebanyak 1 Gb. Selain itu, bila dah guna benda free semua tu tuan, kadar cas yang dikenakan adalah rendah, dengan 15 sen seminit setiap panggilan, 10 sen bagi sms dan 20 sen bagi mms. Service digi pun tip-top tuan, kalah tu Isketambolasat. Internet dorang pun tidak ada cas apa-apa setelah penggunaan sebulan kuota. Banyak lagi kelebihannya. Lagipun tuan untung, pelan ni memang berbaloi punya“, panjang lebar penerangan Kassim.
“Hmm, menarik sungguh, ana tak sia-sia pilih ente jadi pekerja ana”, Kassim hanya tersenyum simpul mendengar pujian bosnya itu.
“Uish, semangat kamu menerangkan ya Kassim, tapi, macam mana kamu tahu semua ini?”, Mastura yang banyak berdiam memecahkan keheningan yang diciptanya.
“Oh, sebab saya ikut contest iPhone 4 DiGi tu, sal tu saya tahu semuanya”, terang Kassim.
“Oh, ada contest juga, patutlah kamu concern dengan iPhone 4 ni”, balas Mastura.
“Ada puan, ini dia contestnya”, sahut Kassim. Dan tiba-tiba, Kassim terpana, kenapa begini? Biar betul?
Pemahaman kata
Ana – Saya
Ente – Awak (Lelaki)
Anti – Awak (Perempuan)
Cap Kaki : Episod kemuncak iPhone 4, episod keempat bakal menerjah, yezza.
Comments
Powered by Facebook Comments



memang mantap la aretikz..best cerita ni..kira flashback cerita dulu2..ntah2 nati digi amik wat skrip cerita bersiri..kui3…
cik tom recently posted..Rahsia Terbesar Hidupku
[Reply]
aretikz Reply:
September 27th, 2010 at 12:04 am
Thanx Cik Tom.. Besa2 jak.. Takut2 tak penuhi kriteria Nuffnang.. hehe.. Kalau Digi amek skrip.. Kena minta Cik Tom jadi pelakon dorang ni.. haha..
[Reply]
bnyk nye blogger yg wat entry psl iphone…nak 1 blh?? =)
cik lover recently posted..BENARKAH MELAYU LAYU
[Reply]
aretikz Reply:
September 27th, 2010 at 12:19 am
Hehe.. sal join contest nuffnang kan.. nak? jom join.. hehe..
[Reply]
Panjang lebar betul post nie.. Harap2 awak menang.. Tinggalkan jejak nie..
Angah recently posted..DiGi iPhone 4 Real
[Reply]
aretikz Reply:
September 27th, 2010 at 6:50 am
hehe.. xda limit kan.. anyway.. good luck wat awak.. hehe..
[Reply]
fuh entri berdialog..
memang gempak la..
kreative3…
syahrilhafiz recently posted..WiFi Public Tak Selamat
[Reply]
aretikz Reply:
September 27th, 2010 at 12:30 pm
Tapi part 4 yang bisa ni bro.. huhu..
Anyway.. Thanx.. hehe..
[Reply]
syahrilhafiz Reply:
September 27th, 2010 at 6:06 pm
oh yeah!!
nantikan ye…
kabar kt aku…heeeee
syahrilhafiz recently posted..OMG! Picnic!
[Reply]
aretikz Reply:
September 27th, 2010 at 6:14 pm
wokeh.. set.. ahakz..
hik3~ ni versi arab skit laaa.. nnti post yg ke-4 versi jepun k?? ^_^
keen~ recently posted..- posto posto – -
[Reply]
aretikz Reply:
September 27th, 2010 at 12:32 pm
Uwaa.. Part 4 ni yang befikir skit.. mcm mna nak wat.. membunuh btul.. har3x~
[Reply]
gudluck yerr..
darkbatman recently posted..Ctr Bonus Hilang l Perbezaan Earning Yang Ketara
[Reply]
aretikz Reply:
September 27th, 2010 at 1:15 pm
Thanx bro.. Good luck 4 u 2.. hehe..
[Reply]
macam filem melayu lama plak.
ala-ala p.ramlee.:)
nice story
[Reply]
aretikz Reply:
September 27th, 2010 at 4:10 pm
Thanx bro.. Memang cilok P.Ramlee punya cerita.. Cuma kena edit keadaannya.. hehe..
[Reply]
hahaha..
bereh3.
nampak semangat tuh..=)
syahrilhafiz recently posted..OMG! Picnic!
[Reply]
aretikz Reply:
September 27th, 2010 at 6:53 pm
Hehe.. semangat habeh ni.. hehe.. Anyway.. Thanx again bro =)
[Reply]
hope u win!!!
gadis comel recently posted..GSTT-Guru Sandaran Tak Terlatih
[Reply]
aretikz Reply:
September 27th, 2010 at 8:37 pm
Thanx 4 da wish Cik Gadis Comel
[Reply]