Ouh ~ Kelmarin hari yang meletihkan, biarpun hakikat berjaga lagi sampai nak dekat jam 3 pagi, har3x~ Bukan apa, berjalan-jalan melihat alam kan, biarpun hakikatnya, uruskan urusan di Sandakan. Jauh jalan dari Beluran woo, kira sejam setengah perjalanan. Tapi singgah lagi Kinabatangan, amek kawan di sana. Secar keseluruhan, ada jugalah 2 jam lebih pergi Sandakan, rasain lo, ahakz. Selesai semua urusan yang diuruskan, barulah dapat berjola-joli, gaga. Dalam kesempatan ini, pergi tengok wayanglah, sal filem yang dinanti-nantikan telah keluar, macam gambar di atas tu. Legend of the fist : The return of Chen Zhen, itulah nama diberi. Trailernya, fuh, sempoi eh, semangat nak tengok. Lagipun mentaliti dah minat cite genre kungfu-kungfu ni, ahakz.
Kenapa aku tertunggu-tunggu filem ni? Sal Donnie Yen, itulah pelakon utamanya. Dia pelakon kungfu yang aku kagum selepas tengok cite Ip Man. Gaya berlawan, memang lain dari yang lain. Dulu dia tak seberapa terkenal, asyik-asyik watak sampingan. Sekali dia pegang watak Ip Man, sana aku rasa darah kungfu aku kembali mengalir, gaga~ Cite dia yang lain paling kick tu Flash Point, itu tengok ending, baru puas hati, ahakz. Lepas tu bekas kekasihku Shu Qi pun beraksi dalam filem ni, cuma dia punya part tak lincah dalam filem ni.
Sinopsisnya? Ini aku cerita ikut yang aku tengok la, sal kalau ikut sinopsis yang betul-betul, aku pun tak tahu, har3x~ Apapapun, cite ni yang ber”background” selepas perang dunia pertama mengisahkan Chen Zhen (Donnie Yen) baru kembali dari Perancis setelah menjadi buruh perang dengan menyamar menjadi rakan kongsi kepada Liu Yiutian (Anthony Wong), pemilik kelab malam Casablanca untuk memantau gerak-geri bangsa asing demi mencapai matlamat organisasinya membantu menyatukan orang China yang dipecahbelahkan oleh anasir luar seperti British dan Jepun. Namun musuh utamanya adalah orang Jepun, yang mana cuba merancang menawan China. Dia ni nanti bercinta dengan Kiki (Shu Qi), tapi dia tak tahu Kiki tu spy Jepun. Dia juga berusaha membanteras pembunuhan orang penting China dengan memakai identiti hero bertopeng. Dirinya makin kalut ketika satu demi satu rakan-rakannya dibunuh oleh orang Jepun serta adik perempuannya turut dirogol. Dia juga punya kisah silam tersendiri diantara konfliknya dengan orang Jepun. Adakah Chen Zhen akan mengetahui Kiki spy Jepun? Mampukah dia menjadi hero menewaskan Jeneral Jepun di Shanghai?
Na, amekmu, sinopsis hantami. Itu sinopsis, jadi kesimpulan yang aku tengok? Ouch, sakit-sakit. Tak seperti yang aku harapkan. Lebih banyak cakap-cakap dari aksi. Itulah target aku, Donnie Yen punya aksi, apakan daya, tak seberapa banyak. tapi pembukaan memang hebat, masa perang dekat Perancis tu, fuh, memang kagum gila la. Semangat terus ku lihat mula-mula. Aksi larian mengelak peluru tu, bukan alang-alang, kick woo. Pastu masa protect Jeneral Zheng, itu pun best. Ada lagi aksi lain, tapi tak seberapa thriller. Part ending la bikin sakit hati, mula-mula fikir, pas kalah sekejap lawan Jeneral Jepun tu, dia bangkit sambil Jeneral jepun tu pun tunjukkan skill dia. Sekali, bangkit terus tak bagi can sama Jeneral Jepun tu, adeh, macam ending Ip Man 1st juga, har3x~
Keseluruhannya, dari 5 bintang, wa bagi 3.5 jak la. Kalau ending macam Flash Point, puas hati juga. Memang tetap Ip Man 2 paling top bagiku dalam kebanyakkan filemnya. Harap-harap filem dia lepas ni tidaklah ending macam ni lagi, ahakz. Yang penting, memang penatlah, jam 12 malam baru sampai rumah, gara-gara tengok pesta tanglung lagi, ahakz. Stay up seketika lagi main Ym, haha. Anyway, adios.
Cap Kaki : Teruja tengok trailer Hikayat Merong Mahawangsa, ni rasa nak tengok ni, gaga~


Comments
Powered by Facebook Comments