Ini adalah episod terakhir tentang cerita iPhone 4. Nak tahu cerita sebelumnya klik dibawah ini.
“Sabariah, ketahuilah, bahawa aku amat mencintaimu”
“Sabariah, ketahuilah, bahawa aku amat mencintaimu”
“Sabariah, ketahuilah, bahawa aku amat mencintaimu”
Ayat itu sentiasa terngiang-ngiang di minda Kassim. Dia tahu, saat pertama kali dilafazkan ayat itu, adalah untuk menjadikannya isteri, jauh niat untuk berkapel. Kini dia datang, untuk merungkaikan segala kepastian, agar tiada lagi yang kecewa selepas ini.
“Kassim, betul ka ini rumah Sabariah?”, soal Salmah, isteri majikan Kassim, Syawal, nyata mematikan lamunan Kassim.
“Betul puan, kenapa?”, Kassim hairan dengan pertanyaan tersebut.
“Kassim, ana bukan apa, tapi cuba ente lihat betul-betul, kenapa ada khemah depan rumah ini?”, giliran Syawal pula yang bertanya.
Hati Kassim mula resah, apakah yang berlaku sebenarnya? Sebaik sahaja driver Syawal mem”parking”kan keretanya, Kassim lantas turun dari kereta sambil dituruti majikannya dan juga, Salmah, teman baiknya yang juga nurse peribadi majikannya.
“Assalammualaikum”, Kassim memberi salam, namun tiada balasan.
“Masya Allah, rumah dia punya besar la Mastura, kalah rumah kita, ini buat ana tidak puas hati la, lepas ini kita buat rumah kita macam istana Disneyland, ya Mastura?” bisik Syawal kepada Mastura.
“Ish, abang ni, bersyukurlah dengan apa yang ada, lagipun kita datang bukan tengok rumah orang la, tu, Kassim, prihatin la sikit”, Mastura cuba mengingatkan kembali tujuan kedatangan mereka.
“Assalammualaikum”, Kassim sekali lagi memberi salam, tanpa langsung memperdulikan apa yang dibualkan majikannya itu.
“Waalaikumsalam”, suara halus yang menggetarkan jiwa Kassim. Ya, dia kenal siapa empunya suara itu.
“Sabariah, apa khabar? Sihat?”, sapa Kassim sambil tersenyum. Tiada jawapan dari Sabariah, melainkan tergamam kerana kedatangan Kassim secara tiba-tiba.
“Sabariah? Are you okay? Ni kenapa ada khemah pula ni, siap ada pelamin lagi kat depan tu?”, Kassim bertanya sekali lagi. Sabariah tetap mendiamkan diri, cuma air mata yang kelihatan mengalir keluar.
“Sabariah? kenapa menangis ni? What happen?”
“Sabariah akan bernikah hari ini Kassim”, Nyonya Mansur tiba-tiba sahaja muncul, menjawab segala pertanyaan Kassim ketika itu.
“Makcik? Why makcik? Adakah makcik cuba memungkiri syarat yang diletakkan?”
“Kassim, Kassim, Kassim, siapa yang mungkiri janji Kassim? Apa yang telah ku katakan padamu sebelum ini?”, Tajam renungan Nyonya Mansur.
“Makcik katakan saya harus mendapatkan iPhone 4, kan itu yang diinginkan makcik? Dan kini, saya datang mengkhabarkan makcik, bahawa saya telah memenangi iPhone 4 itu makcik. Tapi, kenapa pula tiba-tiba menjadi sebegini rupa?”, Kassim mempersoalkan tindakan Nyonya Mansur.
“Adakah syarat saya hanya iPhone 4 Kassim? Adakah itu sahaja syarat yang diletakkan?”
“Makcik, saya juga telah melakukan seperti yang makcik katakan, saya setiap bulan menghantar perkhabaran kepada Sabariah, siap letak FnF lagi nama dia, kan Sabariah?”, Kassim memandang muka Sabariah. Sabariah berpaling dari pandangan Kassim.
“Oh, tapi, kenapa Sabariah tidak memberitahu saya apa-apa pun?”, sinis pertanyaan Nyonya Mansur.
Secara serentak, Kassim dan Sabariah berpandangan. “Sabariah, dirimu tidak memberitahu ibumu tentang perkhabaranku?”, Kassim menanti kepastian.
“Saya tak tahu apa-apa bang, yang saya tahu syaratnya hanya mendapatkan iPhone 4 itu, tidak lebih dari itu. Kenapa abang tidak memberitahu saya sebelum ini?”, kini giliran Sabariah mempersoalkan Kassim.
“Ya Allah, sebelum tu, kenapa Sabariah tidak reply mesej abang? Abang seksa menanti tahu”
“Abang, Sabariah tiada kredit bang, mahu minta advance kredit pun, abang guna postpaid, macam mana nak reply? Cuma Sabariah kesal, kenapa abang tidak memberitahu perkara ini terlebih dahulu? Dan, kalau tidak pun, kenapa tidak memberitahu abang telah memenangi iPhone 4 itu?”, esakan Sabariah bertambah kuat. Nyonya Mansur tersenyum di dalam hati, rancangannya memisahkan mereka berdua telah berjaya. Kassim tak mampu membalas segala pertanyaan Sabariah. Kesal dalam hati, kini tidak berguna lagi. Dia benar-benar patah hati. Dia tahu, dirinya yang bersalah dalam hal ini. Dek kerana ghairah ingin mendapatkan iPhone 4, dia lupa memberitahu Sabariah tentang syarat kedua Nyonya Mansur, yakni Nyonya Mansur mesti juga tahu perkhabaran tentang dirinnya dari Sabariah. Ketika semua membisu seribu bahasa, tiba-tiba, Kassim melakukan sesuatu di luar jangkaan. Dia mengambil garpu yang ada di atas meja di sana.
“Mengapakah terjadi perkara sebegini rupa? Apalah gunanya mataku jika beginilah penglihatan ku terhadap dunia. Biarkan sahaja aku membutakan mataku ini”, kata Kassim, dan lantas cuba mencucuk matanya dengan garpu.
Pang! Satu tamparan singgah di muka Kassim.
“Salmah? Sampai hatimu menamparku… menggunakan pemukul lalat”, Kassim terkejut tindakan Salmah tersebut.
“Opkoz pakai pemukul lalat. Kita bukannya muhrim nak guna tanganku ini menyentuh kulit mukamu. Kassim, sedarlah, jika dirimu membutakan matamu sekali, yang kau hanya dapat adalah dosa. Matamu itu hanya pinjaman dariNya, dirimu tiada hak untuk merosakkannya melainkan kehendaknya. Kau ingat matamu itu Made in China? Matamu itu Made by Allah, ngerti?”, Kassim terpana seketika. Kemudian dia beristighfar, dia sedar kesilapannya itu. Dia bersyukur, jika bukan kerana Salmah yang menghentikan perbuatannya itu, konfom dia buta menilai keadaan ketika ini.
“Sudahlah Kassim, balik sahajalah dirimu itu. Kau tidak mampu membahagiakan Sabariah. Dia telah ku pilihkan calon yang mampu membahagiakannya. Yakni seorang doktor. Dari dirimu? Apa yang kau ada Kassim?”, kata Nyonya Mansur sambil tersenyum sinis.
Pang! Kini satu tamparan hinggap di muka Nyonya Mansur pula.
“Awak ni siapa? Tiba-tiba menampar saya.. guna sudip kuali? Dari mana kau dapat ni? Sakit ko tau tak?”, Nyonya Mansur menahan sakitnya dalam geram.
“Apa maksud anti kebahgiaan? Melihat anak sendiri berendam air mata? Ana malas nak ulang ayat ana yang ana cakap pada bapa ana. Kebahgiaan, kekayaan, bukan terletak ditangan emak atau bapa, tapi ditangan Allah! Sedarkah anti, sudip kuali mampu menyakitkan wajah tua anti itu, sedangkan sudip kuali itu murah, berbanding harga diri anti itu yang busuk, lagilah murah dari sudip itu. Itu tidak kakal selamanya, fahimti?”
“Kekal Syawal, bukan kakal”, Mastura seperti biasa, membetulkan grammar suaminya.
“Eh, itu macam ka? Ha, kekal, tidak kekal selamanya, fahimti? Pospurus singakangon kelewon tul”, marah Syawal tidak terperi.
“Eh, itu bahasa apa tu Syawal?”, Mastura pelik mendengar bahasa Syawal.
“Itu bahasa Jerman Jepun la, ana belajar masa bujang dulu”, jelas Syawal.
Nyonya Mansur yang pada mulanya marah, tiba-tiba menangis. Dia tidak tahu kenapa dia tersentuh dengan kata-kata Syawal, sedangkan hatinya itu sukar dilembutkan. Kuasa tuhan, siapa yang tahu. Bila-bila masa sahaja tuhan boleh memberi hidayah kepada orang yang dikehendakiNya. Betapa sombong dirinya dahulu tentang apa yang dia ada. Disaat itu juga dia sedar, dia telah melukakan hati satu-satunya anak beliau. “Ya Allah, betapa besarnya dosaku kepadamu selama ini”, hati Nyonya Mansur merintih.
“Ampunkan makcik Kassim, ampunkan makcik”, spontan keluar dari mulut Nyonya Mansur, mengejutkan semua yang berada disitu. Tiada siapa yang menyangka, Nyonya Mansur yang dilimpahi dengan keegoan, mampu berlembut dengan hanya satu peringatan. “Tapi Kassim, pernikahan mereka terpaksa diteruskan, nanti apa kata pihak lelaki?”, sambung Nyonya Mansur, dan Kassim yang mendengar kini sedar, tiada apa yang boleh dilakukan. Dia faham, membatalkan majlis di saat akhir, hanya akan membawa malu besar kepada kedua-dua belah pihak.
Saat mereka semua membisu seribu bahasa, tiba-tiba sebuah kereta Isuzu Dmax berhenti di depan pagar rumah Nyonya Mansur. Seorang lelaki muda seperti wajah Lee Min Hoo keluar dari kereta tersebut.
“Kassim, itulah dia bakal suami Sabariah”, tersekat-sekat suara Nyonya Mansur memberitahu Kassim tentang sebuah kebenaran. Sebaik sahaja lelaki itu masuk ke perkarangan rumah, tiba-tiba sahaja dia tergamam. Kini mata mereka semua bukan sahaja tertumpu ke arah lelaki itu, tetapi…
“Salmah?”, lelaki itu memecahkan kesunyian.
“Ismadi, adakah benar insan yang di depan ku ini? Ya Allah”, Salmah memejamkan mata, seolah-olah memikirkan sesuatu.
“Salmah, dimana kau menghilang selama ini Salmah? Mengapa kau mengelakkan diri dariku? Apa salahku padamu?”, Ismadi merenung Salmah.
“Ismadi, antara kita berdua tiada ikatan. Bukankah kita bersetuju untuk berpisah? Kapel itu tak baik Ismadi, dirimu juga yang setuju akan perpisahan itu”, kata Salmah, sambil cuba melarikan pandangannya dari Ismadi.
“Ya, benar katamu, tapi, mengapa perlu menjauhkan diri padaku? Aku menantimu dari dulu lagi, hinggalah kini ku diminta bernikah dengan pilihan orang tuaku. Hakikatnya aku tak rela wahai Salmah. Setelah 3 tahun dirimu menyepi, kini baru kau ku temui”, Ismadi terdiam seketika. Cukup perit dia rasakan ketika ini. Kenangan mereka dahulu masih tersimpan kemas di dalam memori ingatannya, yang hanya membuatkan dirinya cukup sayu.
“Maaf Ismadi, aku keliru dengan hatiku sendiri tatkala ini. Seolah-olah, kosong, aku tidak tahu Ismadi, aku sendiri tidak mengerti diriku sendiri”, Salmah tertunduk, tidak tahu untuk bicara apa lagi.
“Apa makna semua ini Salmah? Adakah kau hanya ingin mempermainkan hatiku? Salmah, apa dosaku Salmah? Katamu kita berpisah kerana tidak ingin berkapel sahaja, tapi sekarang? Ya Allah, kepadamu ku berserah”, keluh Ismadi, dia tidak mampu meneruskan kata-katanya, tidak ingin terjebak di dalam emosi yang melanda.
“Uskut, kenapa pagi-pagi antum semua jadi kalut? Jiwa kacau betul. Mahu ana tampar satu-satu guna sudip kuali? Itu cinta lupakan sahaja, kalau niat dalam hati antum semua sekadar menyakitkan hati. Antum kan tahu, menyakitkan hati manusia itu satu dosa. Kalau betul-betul ana suka sama suka, jangan tangguh-tangguh, nikah terus. Sabariah dengan Kassim, Ismadi dengan Salmah, jangan bikin fining itu kepala”,
“Bukan fining, pening Syawal”, sekali lagi Mastura membetulkan pelat Syawal itu.
“Ha, tengok, ana punya kepala pun banyak pening sampai sebut fining. Kalau Sabariah dengan Kassim, Nyonya Mansur pasti setuju, tapi, Ismadi pula kena yakinkan parents Ismadi untuk meminang Salmah. Salmah pula kalau nak bantah, boleh, tapi pastikan anti tolak Ismadi kerana tidak yakin Ismadi mampu membimbingmu menjadi seorang isteri yang baik. Tapi kalau anti tahu Ismadi seorang yang berakhlak baik, punya agama, lebih baik anti terima, sebab susah mahu cari lelaki bagus di akhir zaman ini. Kalau semua sudah ok, kira settle la, tak payah fining-fining lagi, eh, pening-pening”, panjang lebar penerangan Syawal.
“Aku setuju kata encik ini, janganlah kita merumitkan keadaan yang sudah sedia rumit, syaitan paling suka akan mereka yang suka merumitkan keadaan tanpa sebab. Aku tak kisah jika Sabariah dengan Kassim, cuma khuatir dengan Ismadi dan Salmah, bagaimana dengan parent’s Ismadi nanti. Belum lagi penerimaan Salmah terhadap Ismadi”, Nyonya Mansur menyokong bicara Syawal.
“Makcik, tuan puan sekalian, biarlah majlis kali ini diantara Kassim dan Sabariah sahaja, dan saya akan tanggung semua kos perbelanjaannya. InsyaAllah, ibu bapa saya akan faham dengan keputusan saya. Mereka pun tidak memaksa saya untuk menikahi Sabariah sebelum ini, jadi biarlah majlis ini diteruskan dengan pernikahan Kassim dan Sabariah”, bicara Ismadi dengan senyuman.
“Eh, jadi, Ismadi dengan Salmah macam mana?”, soal Mastura, kehairanan.
“Maaf, rasanya saya tak layak untuk dia, Salmah seorang gadis yang baik, mungkin ada lagi lelaki yang lebih sesuai dari saya. Salmah, terima kasih atas segalanya. Saya berharap awak berjumpa dengan lelaki yang lebih baik lagi. Kalau tak baik, saya sendiri yang hentikan pernikahan kamu, jaga, hehe. Apa yang penting, saya tetap cintakan awak, saya tak dapat hilangkannya selama 3 tahun ini, mungkin tuhan belum tarik lagi perasaan diriku ini, kerana perasaan itu datang dariNya, jadi biarkanlah Dia yang memberi saya cinta yang baru. Jika tidak, saya bersyukur jika perasaan itu masih ada. Saya minta diri dulu, Kassim, Sabariah, selamat menempuh alam baru, Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair. Assalammualaikum”, dengan perasaan sebak, Ismadi mula mengatur langkah meninggalkan mereka.
“Ismadi, tunggu. Salmah, Ismadi tu orang yang baik, kenapa kamu tak terima dia? Nanti kamu akan menyesal tak sudah”, Sabariah cuba memujuk Salmah. Namun Salmah membisu seribu bahasa, hanya air mata mengalir di pipinya.
“Sabariah, biarkanlah Salmah, janganlah dipaksa, jika dia bahagia, saya bersyukur ke hadrat ilahi, saya minta diri dulu”, sahut Ismadi, kini pantas berlalu tanpa menoleh ke belakang lagi. Semua terdiam, hanya angin sahaja berdesir, mengiringi pemergian Ismadi.
*****************************************
“Assalammualaikum”, Pintu bilik terbuka, dan Kassim memasuki “bilik pengantin” dia dan Sabariah.
“Waalaikumsalam, jemput masuk, tambah-tambah nasi”, Kassim tersenyum melihat telatah isterinya.
“Ingat abang ni lori tangki nak makan lagi? Cukup-cukuplah sayangku, nanti abang yang mengandung pula”, gurau Kassim.
“Mula la tu, nak nakal-nakal yek?”, Sabariah cuba melarikan pandangannya dari Kassim, malu.
Tiba-tiba Kassim memegang tangan Sabariah. “Sayang, cuba pandang muka abang dulu”, dengan teragak-agak, Sabariah mula merenung muka suaminya itu.
“Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim, saya Kassim bin Selamat, akan menjaga anda sebagai seorang suami hingga ke akhir hayatku ini. Aku amat mencintaimu Sabariah, kerana dirimulah isteriku, yang telah Allah jadikan sebagai jodohku, yang dipertanggungjawabkan terhadapku. Taatlah perintahku selagi tidak melanggar batas syarak, dan tegurlah aku dengan didikan dari seorang isteri jika ada silap dan salah diriku. Terima kasih kerana menerimaku sebagai suamimu, thanks a lot”, bicara Kassim sambil tersenyum. Sabariah terharu, hingga terdiam seketika.
“Takkan diam sahaja? Tengah period yek?”, usik Kassim.
“Ish abang ni, sampai ke situ pula, nak kena tumbuk ni”, Sabariah menunjuk-nunjuk buku limanya.
“Seramnya abang, ni yang nak kena ada madu macam ni”, balas Kassim.
“Ha? Cubalah kalau berani, kalau berani, sila jadikan saya paling banyak hari dalam penggiliran yek?”, giliran Sabariah pula mengusik Kassim.
“Haha, jangan risau, abang bukan nak madukan dengan orang. Abang nak madukan Sabariah dengan kasih, cinta dan sayang abang terhadap Sabariah. Cukup sudah kuota madu sayang kan? Sekali lagi, thanks Sabariah, kerana menerima diri ini”, sekali lagi Kassim memaniskan bicaranya.
“Wajib Sabariah terima abang, kan nabi ada kata, bila mana ada seorang yang kita redha akan agamanya, kenalah terima. Sabariah tahu, pilihan Sabariah ini pasti boleh membimbing untuk menjadi wanita yang baik terutama ketika berada disamping isterinya”, kali ini, Sabariah yang memanis kata.
“Pandai juga dia ni berbicara ya, haha. Syukurlah semau berjalan dengan lancar. terima kasih la kepada Ismadi, tanpanya, abang pun tak tahu nak cakap apa”, Kassim mula terkenang peristiwa pagi tadi.
“Ya bang, Alhamdulillah, Salmah akhirnya terbuka hati menerima Ismadi, biarpun mereka mengikat tali pertunangan terlebih dahulu. Rugi jika Salmah lepaskan dia”, Kassim tersenyum mendengar bicara isterinya. Dia lantas memeluk isterinya.
“Abang nak mandi dulu ni, nanti ada yang pengsan di sebelah abang, bukannya tidur. Tapi, takkan mahu tidur awal? lalalala”, seloroh Kassim sambil perlahan-lahan melepaskan pelukannya itu.
“Mula la tu nak nakal lagi, sudah, pergi mandi”, Sabariah menolak suaminya dengan lembut. Malam ini bermulalah kehidupan sebagai suami isteri, semoga kerajaan kecil ini diberkati olehNya, monolog Sabariah dalam hati.
****************************************
“Belalang, betul kah ni rumahnya Miss M tu?”, Pak Belalang bertanya anaknya.
“Betul lah pak, tengok ni peta yang diberi, memang sinilah tempatnya tu pak”, jawab Belalang, meleraikan kekusutan bapanya.
“Uish, berdebar bapa nak jumpa. Memang berguna betul iPhone 4 kau tu Belalang. Tengok gambarnya di Facebook, punya kiut. Sekali jumpa rumah, besar pula tu. Memang orang kaya kita dapat ni Belalang”, Pak Belalang mula tersenyum sendiri.
“Yela tu, sekarang, tugas Belalang dah selesai, bapa pergilah bagi salam, takkan Belalang juga yang starting. Nanti Belalang yang dapat pula pak”.
“Ish budak ni, ada yang nak kena ni, ni bapa nak pegi la ni”, Pak Belalang memasuki perkarangan rumah besar itu.
“Assalammualaikum”, Pak Belalang memberi salam. Berdebar juga hatinya dikala itu.
“Waalaikumsalam”, seorang wanita tua menjawab salam itu. “Ya, mahu cari siapa?”, sambung beliau lagi.
“Begini, saya nak cari seorang perempuan, dia tinggal di sini. Panggilannnya Miss M, dia cakap sebut jak nama tu, orang konfom kenal”, kata Pak Belalang sambil tersenyum.
“Oh, Miss M ya? Sayalah Miss M, salam perkenalan, nama betul saya, Nyonya Mansur”,
“Ha?”.
_____________________________________________________________
Yezza, tamat sudah part 4, kini lengkaplah story 4 episod. Panjangkan? Sorulah sal panjang, hehe. Harap-harap Digi nilailah dengan sebaiknya, dan Kassim tu anggap akulah orangnya, cuma, tiada kaitan dengan kisah hidup aku yek, sal lum kahwin, har3x~ Trimas kepada yang membaca dari epid 1 sampai habis, kalau rajin, wa buat cerpen lagi, har3x~
Pemahaman kata ~
ana – Saya
ente – awak (lelaki)
anti – awak (perempuan)
uskut – diam!
fahimti – faham
Cap Kaki : Syukur selesai, tinggal tunggu result, tak harap, tapi mahu, ahakz.
Comments
Powered by Facebook Comments

memang panjang giler!!tapi tak tahu kenapa hati sabariah opsss cik tom tertarik untuk membaca hingga ke akhir entry…suka bangat2 entry ni..sweettt part yang kassim pandang sabariah dan mengucapkan kata2 yang sweet sgt kat isteri dia..entry ni memang padat ngan info pasal i phone dan juga siap masuk bab agama lagi…soal bukan muhrim dan kahwin 4 lagi,,,hehe,,,atik ni memang bercita2 kahwin 4 ker??miahahhaa~~
nota tomato: good luck!semoga berjaya dapat i phone tue
cik tom recently posted..Rahsia Terbesar Hidupku
[Reply]
aretikz Reply:
September 29th, 2010 at 11:05 pm
Memang panjang.. sal cite jepun kalau ending dorang panjangkan sikit masanya.. hehe..
Haha.. kahwin 4 masuk penafsiran yg mcm mna yek? kena tnya dulu ni.. har3x~ Kalau penafsiran saya.. memg itu yg diinginkan.. hehe..
Apapapun.. thanx cik tom.. just try my best.. hehe..
[Reply]
~ha3~
~wat a funny ending~
~fb is everywhere~
~hadOi~
~canggih tOL org tua Lo nih ek~
~ha3~
siti nur kaxzmilah recently posted..away 4 raya seAson
[Reply]
aretikz Reply:
September 29th, 2010 at 11:06 pm
Haha.. takut serius sangat cite ni dari awal.. sal tu selit part ending.. apapapun.. thanx 4 read it.. hehe..
[Reply]
nice entry.. good luck
gnesop.com recently posted..Creative – Semua boleh diselesaikan
[Reply]
aretikz Reply:
September 29th, 2010 at 11:12 pm
thanx bro.. good luck 4 u too.. hehe..
[Reply]
good luck ye…~~
[Reply]
aretikz Reply:
September 30th, 2010 at 7:29 am
thanx mira
[Reply]
bestttttttttttttt nak mammmmmmmmmm.. ha3~
bila nk wat entry part Miss M kawen nk pak belalang?? kikiki~ ^_^
keen~ recently posted..- dholal mubin T- T -
[Reply]
aretikz Reply:
September 30th, 2010 at 7:32 am
Har3x~ mam jak? yg belakang tu? ahakz.. Thanx keen.. Part Miss M tu dengan Pak Belalang.. hanya akan disambung kalau diminta oleh kebnyakan bloger lain.. haha..
[Reply]
keen~ Reply:
September 30th, 2010 at 7:45 am
ha3~ yg blkg 2 xbleh sebut.. kang jd betol2~ kih3~
alaaa.. special dedicated utk keen xbleh k smbungan tu?? org len mesti tamau tau.. hohohoho~ ^_^
keen~ recently posted..- dholal mubin T- T -
[Reply]
aretikz Reply:
September 30th, 2010 at 8:30 am
Kalu sebut, mesti Keen nangis nanti kan? har3x~ Uuh.. kalo special.. tepaksalah time Keen sambut bday.. tp bukn wat entri.. sal special kan.. Keen jak yg bole baca.. haha..
kenapa macam…macam,,,, hehe
best2 entry nih,,
panjang tapi gagahkan juga mata ni baca..
mira_nas recently posted..BE ketiga menjelma
[Reply]
aretikz Reply:
September 30th, 2010 at 4:47 pm
macam apa? hehe.. besa2 jak mira.. thanx 4 reading.. tu mata minum super power ka tu? hehe..
[Reply]
wahaa! kreatif gile~ ngeh3… esok tarikh tutup peraduan kan? (ayat macam bahasa melayu buku teks~ wakaka)
Ngeh3… gud luck 4 both of us~ wahaa!
kaizen recently posted..MaFia WaRS !!! eDiSi TeRKeNaNG KeMBaLi
[Reply]
aretikz Reply:
September 30th, 2010 at 8:43 pm
Haha.. besa2 jak bro.. drimu pun apa kurangnya pok.. mantap jua tu.. yup.. dah tutup.. kesimpulannya.. sama mcm ayat lastmu geng.. Good luck both of us.. hehe..
[Reply]
mula2 ingat bace skit jek..tp teruskan gak..smpi tgh dh best..terus bace smpi ending..walau panjang berjela tp cite syok..haha
rizuanismail recently posted..Sokong Kempen Block blog porno-lucah Malaysia
[Reply]
aretikz Reply:
October 1st, 2010 at 8:06 am
thanx bro.. simple jak.. hehe..
[Reply]
pehh.panjang.buat buku 1 boleh?haha.
+fobia+ recently posted..jawab
[Reply]
aretikz Reply:
October 1st, 2010 at 2:25 pm
Haha.. Ebook ka bro? boleh juga.. har3x~
[Reply]