Ceritera ini merupakan cerita sambungan diantara blogger yang lain. Ini siri 8 dari cik tom, dan jika nak jenguk cerita sebelumnya lagi, klik sini
____________________________________________________________
Balqis yang pada mulanya bermasam muka seperti baru lepas makan tomato terus memaniskan mukanya,” Eh2..ye ker awak ada BMW 5 series kat rumah? Wah kayanya awak.”
Hehe.. Aku tersenyum bangga sebab taktik aku dah mengena. Alah perempuan sekeras mana pun bila dipujuk sikit je cair jugak. Lebih-lebih lagi perempuan yang jenis materialistik ni. Tapi tiba-tiba je masa aku tengah syok bersembang dengan balqis tu. Tup..tup…
“Arghh!!”, aku tersungkur di tanah. Kurang ajar, siapa yang tendang aku ni, bisik aku dalam hati.
“Abang, kenapa abang tendang dia?”. Abang? Tak kan abang Balqis?
“Biar budak kampung ni rasa, ada hati nak urat awek wa, wei Kimie, lu takda pempuan lain ka nak ayat ha? Dah ketandusan nak cari sampai awek wa pun lu rembat?”. Aku seperti kenal empunya suara ini. Saat ku pandang wajah lelaki itu.
“Dani?’, adeh, budak kampung aku juga. Siap bawa geng motor lagi. Dani ni anak orang kaya kat kampung aku. Siap, kantoi aku depan Balqis.
“Ya, aku Dani satu kampung dengan lu, macam sial jak nak satu kampung dengan lu ni, bikin malu wa saja”, rengus Dani, melepaskan geramnya.
“Abang kenal dengan dia ka? Kawan abang ke ni? Tapi setahu Qis, keluarga abang yang paling kaya di kampung abang, bila lagi di kampung abang ada orang kaya lain?”, Balqis menimbulkan persoalan.
“Apa? Lu dah kena kencing dengan sial ni la Qis, haram dia anak orang kaya kat kampung wa. Bapa dia ni miskin, tukang amek kelapa jak, macam monyet. Hei sial, lu baik balik la, tolong bapa lu lagi baik, sama-sama jadi monyet”, gelak Dani bersama rakan-rakannya.
“Wei, ko jangan hina aku Dani, pantang aku kena sampai orang hina macam ni, ko memang nak kena ni”, aku dah tak kira lagi, darah muda aku dah menggelegak, memang nak meletup. Mulut cabul Dani harus ku ajar, lantaklah dia ada geng atau tidak. Yang penting, satu tumbukan ni mesti hinggap kat mukanya.
*****************************************
“Please check the blood pressure”
“Kita kena segerakan pembedahan dia”
“Ini result X-ray lelaki ini, doktor”
Itu kisah selepas aku kena belasah dengan geng Dani, 5 hari aku koma dekat hospital. Sekarang baru sedar, nurse kat sana yang beritahu detik-detik cemas. teruk aku kena masa tu. Satu lawan tujuh, mana tak aku sikit lagi jadi arwah sal kena belasah, lepas tu satu inci pun tumbukan aku tak sampai kat Dani, orang lain ada la. Sekarang Dani dan kawan-kawannya kena tahan, tapi tak lama lagi lepas lah tu, bapanya orang berpengaruh, orang kaya la katakan.
“Kimie”, satu suara tiba-tiba menerjah keruang telinga aku. Suara yang amat ku benci mendengarnya.
“Nak, syukurlah dah sedar, risau ayah dan mak Kimie”, ayah meghela nafas lega.
“Tak payah nak buat-buat baik, kan dah cakap tak nak lihat muka aku lagi? Buat apa nak datang, buang masa”, sakit hati aku masih membara.
“Kimie, tak baik cakap macam tu nak, sudahlah, mak tak nak, kita sekeluarga berpecah-belah”, ibuku mula bersuara.
“Kimie, ayah minta maaf ya nak, maafkan ayah ya, ayah tiada niat nak cakap macam tu, semua tu untuk kebaikan Kimie juga”, sayu suara ayah, mengharap maaf dari seorang anak pula. Seharusnya, seorang anak yang patut memohon maaf dari ibu bapanya. Seorang anak yang patut menjaga hati mereka. Namun syaitan sudah membisikkan ayat-ayat iblisnya, membuatkan aku bertindak di luar kawalan ketika itu.
“Hei, orang tua miskin, tak payahlah nak cakap minta maaf ke, nak buat baik ke. Sebenarnya korang gembira kan? Aku dah terlantar dekat sini, dan sebab koranglah aku di sini tau. Kenapa lah tuhan lahirkan aku di tempat korang aa? Just get lost la, i dont even think to see both of you right now. Hari ni aku isytihar, aku tak pernah ada ibu bapa macam kamu dua ni. Jijik ko tau tak? Puih”, siap aku ludah lagi depan mereka. Terkejut mereka melihat tindakan aku itu, sehingga mengalir air mata mereka berdua.
“Tak payahlah nak bagi simpati air mata korang tu. Hey, get lost, atau tak faham bahasa orang putih? Berambus la. Doktor, nurse, please send this strangers out of my sight, now!”, teriakku, hingga semua yang berada di sana berasa hairan apa yang berlaku.
“Kimie, tak payahlah suruh doktor nak keluarkan ayah. Kalau nurse, boleh juga hantar bapa seorang, tapi, biarlah kami keluar sendiri. Harap Kimie sedar apa yang Kimie lakukan. Ayah sentiasa harap Kimie kembali kepada kami, balik ya nanti? Bila masa Kimie dah tenang”, sahut ayah, lembut, sambil berlalu meninggalkan ku yang ketika itu telah dikuasai syaitan.
“Ceh, jangan harap aku nak balik kat sana, none of my business”, dengusku geram.
Selepas dua minggu aku berada di hospital, akhirnya aku dibenarkan keluar. Bil semua telah pun dibayar, entah siapa, mungkin ayahku. Memang patut mereka bayar pun, desis hati aku tatkala itu.
Sebaik sahaja kaki ini melangkah keluar kat hospital, aku tergamam apabila melihat…….
__________________________________________________________
Yezza, selesai part wa, kali ni nak tag Belalang Hijau, sudi-sudikan amek cerpen berantai ni, hehe.
Cap Kaki : Macam serius bangat pula, har3x~ Dan penggunaan kata-kata yang kasar harap dimaafkan, gaga~
Comments
Powered by Facebook Comments


~yezza~ akhir nyer pict Comel enchEK aretikz tidak kelihtn lgi..
~kax singgah jap baca en3 bru smbl mkn salad buah~
he3~ punya Canggih ne ayt enChek aretikz~ eNglish sub in cerpen~
reti gak ek anak dia keCek supO mat saleh~ ha3~
siti nur kaxzmilah recently posted..ahlan wa sahlan OctOber
[Reply]
aretikz Reply:
October 2nd, 2010 at 5:21 pm
Haha.. ni memang fobia habis dengan si comel tu.. ahakz.. English sub? well.. aku ajar dia ckp mat salleh sikit sblum msuk cite aku ni.. ahakz..
[Reply]
siti nur kaxzmilah Reply:
October 2nd, 2010 at 6:05 pm
huk alOh~ kax trus pakai sPek mata tebal purak2 rabun bca Komen~
~nmpk nyer aDa aYat sEksi d ctu~ ha3~
~”English sub? well.. aku ajar dia ckp mat salleh sikit sblum msuk cite aku ni..”~
~seKsi sgt2~ terBaik la.. terbaik d ladang~ ha3~
siti nur kaxzmilah recently posted..ahlan wa sahlan OctOber
[Reply]
aretikz Reply:
October 2nd, 2010 at 6:21 pm
Haha.. jgn.. nnti betul2.. gaga~ Erk.. seksi ka tu? pewiit la mcm tu.. haha..
amik ko…
x pasal2 belalang lak kene tag…kuikuikui…
terima kasih sebab sudi serahkan tugas seterusnya ini
pada belalang…
insyaallah belalang akan buat sambungannya nanti…
belalang recently posted..Bercakap Dengan Hantu Raya-Bhg3
[Reply]
aretikz Reply:
October 2nd, 2010 at 5:25 pm
Yezza.. Thanx sal sudi terima jawatan itu bro.. hehe.. Apapapun.. pasti dinantikan.. hehe..
[Reply]
wah tahniah..siap cepat siap!tahniah2…cerita best..yang lucu siap speaking london ngan mak ayah..huhu..tak sabar nantikan belalang pulak sambung..hehe..
amaran:jangan amalan nilai2 buruk kimie diatas..jadilah anak yang mengenang budi
cik tom recently posted..Part Time Driver Yang Tak Reti Parking
[Reply]
aretikz Reply:
October 2nd, 2010 at 5:27 pm
Haha.. dah memang siap sedia kan.. sal tu ada idea nak tulis mcm mna.. kalau tetiba kena tag.. siap.. baru nak pikir smbung mcm mna.. hehe.. apapapun.. thanx.. lagi2 ini dibuat setlah cite sal lipas.. memg xheran cept siap.. haha..
[Reply]
cik tom Reply:
October 2nd, 2010 at 7:50 pm
erk cite 1 set ngan cite lipas??haha…lipas ko memang berjasa..hihi
cik tom recently posted..Part Time Driver Yang Tak Reti Parking
[Reply]
aretikz Reply:
October 2nd, 2010 at 9:35 pm
Lipas.. sememangnya.. jasamu dikenang.. baktimu disanjung.. ahakz..
wah..cepat nye sambungan dia siap..!
kalau saye tahun depan baru siap kot..
bukan jiwa mengarang saye ni..
tahniah!
diana recently posted..kepada penggemar sinetron!!
[Reply]
aretikz Reply:
October 2nd, 2010 at 5:28 pm
Hehe.. sal ada idea kan.. kalau xda idea.. belum tntu dah siap.. lgpun entri seblum ni ada kaitan dgn story-mory ni.. sal tu xeran ada idea.. hehe..
[Reply]
ehem… ehem.. pasni blog ni naik taraf jadi blog cerpen2 ye.. tahniah~~ ^_^
keen~ recently posted..- yezza USIM bagi 3 minggu study weeks sem ni!! – -
[Reply]
aretikz Reply:
October 2nd, 2010 at 5:44 pm
oh.. tidak.. haha.. yg tu.. opkoz buat buku.. hehe..
[Reply]
keen~ Reply:
October 2nd, 2010 at 5:57 pm
oh ya~~ ha3~ klu dh publishkn buku tu, jgn lupa bgtau keen.. bleh keen nk berebut jd org pertama yg beli buku tu.. kih3~~ ^_^
keen~ recently posted..- yezza USIM bagi 3 minggu study weeks sem ni!! – -
[Reply]
aretikz Reply:
October 2nd, 2010 at 6:00 pm
Kalau kuar buku.. Keen tak payah berebut.. terus direct kena bagi.. har3x~ siap ada tandatngan lg.. na.. mna mo cri.. ahakz..
wah… menarik, tahniah…
memang saspen nak tunggu sambungan cerita nih,
dah start da si kimie ni mula menderhaka ye? nice post, bro
padin recently posted..Perjumpaan Pengopi
[Reply]
aretikz Reply:
October 2nd, 2010 at 9:36 pm
Thanx bro.. dah start dah.. jangan dilamakan derhakanya itu.. hehe.. bila lg.. yup.. kita nantikan dari bro belalang.. hehe..
[Reply]
padin Reply:
October 2nd, 2010 at 11:34 pm
haha tu la, kalau di lambatkan, bila lagi nak derhaka ye tak ekekee
padin recently posted..Perjumpaan Pengopi
[Reply]
aretikz Reply:
October 2nd, 2010 at 11:39 pm
haha.. kalau mc lum ada derhaka tu.. agaknya bor sop kena tukar tjuk kot.. hehe..
setuju dgn padin.. story dah kembali kepada kederhakaan kimie.. huhuh
memang best! sayu juga dgr kimie tu derhaka.. bayangkan ibu bapa jika dilakukan begitu.. iks iks iks..
well done, mmg berbakat!
harap sambungan terus menarik..!
gnesop.com recently posted..Tips blogger – blog baru VS blog lama
[Reply]
aretikz Reply:
October 3rd, 2010 at 9:12 pm
Just kembalikan kepada yg asal.. hehe..
Betul3x~ Tidak seharusnya ibu bapa diperlakukan sebegitu rupa..
Apapapun thanx bro.. just kita nantikan dari belalang jak.. hehe..
[Reply]
perghh!! mantap la.. best baca.. dah boleh jadi pengarang novel lak pasni… well done… best3..
anna recently posted..Lebaran 1 Malaysia Jamuan Hari Raya KTF 2010
[Reply]
aretikz Reply:
October 5th, 2010 at 1:16 pm
hehe.. thanx kak.. besa jak ni.. blogger lain yg wat cite ni rsanya lg mantap.. hehe.. apapapun.. thanx
[Reply]