Tak Update Pun Tak Apa

Yezza ~ Setelah menyelesaikan tugas yang di tag dari Cik Tomey, eh? Cik Tom, har3x~ Diriku mengupdatekan rumah ini. Nasib otak masih menjana fikiran, kalau tidak, tidur itu lebih baik kot? Ahakz. Serius, bak kata Ming-Ming, ini serius, apa yang penting, kerjasama. Eh, apa yang serius? Aku ngantuk nak tidur, ahakz. Malas mo update, yah, kebiasaan bagi kata-kata seorang blogger. Sebabnya? Sebab tiada air yang paling berharga. Ya, air itulah yang menentukan sesuatu blog itu update atau tidak. Tanpa air ini, memang keringlah kepala-kepala mereka yang bergelar blogger. Air apa pula? Air Zam-zam? Air Mineral? Air Sirap? Bukan, bukan dan bukan. Yakni Air-dea, kalau disebut secara saintifik, “idea”, hehe. Fuh, niat di hati memang nak update, paling kurang sekali sehari, tapi kalau tiada air ni, macam mana nak update, kan?

Tapi wahai kawan blogger sekalian, janganlah risau, kadangkala, tak update pun tak apa. Ada juga faedahnya kita tidak update ni. Biasalah, setiap benda ada pro dan kontranya masing-masing. Yup, kalau tak update, kadang-kadang orang yang berkunjung ni, kira pembaca tegar blog kita, pasti kecewa juga, sia-sia pergi cyber cafe, tahu-tahu, tiada update, cewah, macam lah aku tahu orang pergi sana pula, ahakz. Kebaikannya ada juga pada kita, kita merehatkan otak seketika, jangan dipaksa kalau tidak boleh keluar, nanti idea merapu yang keluar. Kita paksa juga menulis, nanti ayat tunggang-langgang tak tentu hala. Gaya penulisan akan turut ter”effect” kerana keterpaksaan kita itu. Lain lah kalau ikut contest, konfom itu simple punya update, hehe.

Selain itu, (uish, skema juga ayat aku, macam karangan Bahasa Melayu pula, haha) ini juga menggalakkan post kita yang “terlepas pandang” kebanyakkan blogger yang menjalankan aktiviti “blogngensot” untuk membaca. Kalau tajuk kita gempak, ditambah gaya penulisan yang menarik, insyaAllah, orang akan baca. Begitu juga hati, kalau kita ikhlas dalam menyampaikan sesuatu, penulisan kita pasti menyentuh para pembaca. Selalunya yang “blogngensot” ni, sekadar tinggal jejak jak, memang nak luangkan membaca post, hanya apabila terdetik dalam hati. Jadi, info kita yang nak disampaikan, yang pasti berguna, seumpama angin monsun timur laut jak. Sebab tu, bila keluar tips ber”blogngensot” dari kalangan blogger, mereka akan menekankan untuk meluangkan masa membaca post blog orang lain. Tahukah anda, kadangkala, dengan membaca post orang lain, kita juga boleh memperolehi idea disitu. Hanya perlu mengembangkan pemikiran kita sahaja. Tapi bukan idea kopi pasta, wa tak ajar benda tu, har3x~

Walaubagaimanapun (ayat skema lagi, ahakz), janganlah tak update tu sampai seminggu. Nanti mentaliti orang akan set bahawa blog ini belum update. Makin lama makin terlupa terus dengan blog kita. Melainkan kalau kita rajin “blogngensot”. Tapi, nanti akan jadi sekadar mengensot cuma, sal anggap blog tu lum update. Kalau kita anggap blog tu sekadar suka-suka, tak mengharap trafik, tidak hairanlah kalau tak nak update. Tapi bagi mereka yang kategori berblogging separuh masa dan ke atas, semestinya update itu diperlukan. Tanpa update, blog anda tidak bermakna. Kira itulah makanan blog kita, update post. Paling kurang pun, set nak update 2 hari sekali. Kalau susah nak update seperti mana yang dikatakan MHps tentang halangan berbloging, try buat auto publish, itu pun baik punya skill yo. Blogger yang memang popular, update 3 hari sekali tetap ada orang baca, sebab blog mereka antara top list dalam enjin carian. Yang baru macam aku ni, nak harap dalam enjin carian, mahu kena tulis nama jujur tu, segalaceritera.com, baru ada kali, haha.

Yezza, apapapun, update itu tetap penting, biarpun wa cakap tak update pun tak apa. Cuma kita perlu ada cuti rehat sekali-sekala, relaxkan minda tu. Seperti juga laptop kita, kalau selalu berpasang, tiada rehat, konfom, tak lama lagi, sila sediakan duit beli yang baru, ahakz. Mungkin yang lain ada pendapat masing-masing, siapa tahu, baik punya air kita dapat, kongsi-kongsi lah yek. Adios~

Cap Kaki : Sejak aku buat buku bank dari sekolah menengah, baru bulan ni terupdate, har3x~


WriTe WhaT I WanT  ~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe


Ini juga ceriteranya
  • Nescafe 3 In 1 : Shoutbox Terlampau, Rm 30 Dan Sekuntum Mawar
  • Nescafe 3 In 1 : Isu Kutuk, BPM 2010 Dan Hadiah Hari Jadi
  • Nama Dan Tagline Blog Pun Boleh Dapat Idea Entri?
  • Seberapa Jujurkah Tajuk Anda?
  • Tips Mencari Idea Penulisan Melalui Kaedah Pemerhatian Part 2

Comments

Powered by Facebook Comments

About aretikz

~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe
This entry was posted in Ceritera Blogging and tagged , , . Bookmark the permalink.

22 Responses to Tak Update Pun Tak Apa

  1. gnesop.com says:

    mmg kena update..
    pelawat biasa hendak sesuatu yg terkini..
    kecuali pelawat dr injin pencarian, dtg atas hasil pencarian
    :)

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Yup.. memang bro.. tapi itu la.. ada pro dan kontra juga.. hehe.. thanx 4 da opinion.. hehe..

    [Reply]

    Affan Reply:

    betul, ada pro dan kontra.
    kalau nak update selalu, pastikan seo pun mantap.
    at least kalau ada org search, boleh juga termasuk blog kita.

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Setuju.. Seo memainkan peranan yg paling ontg.. supya trafik menten.. hehe.. thanx bro.. :D

  2. cik tom says:

    hoho..horlicks…nama cik tom..tomey kah disitu??kih3 ;p
    sama la selalu takde air milo nak buat entry..nak copy paste entry kan tak best pulak..huhu..pe pun cik tom bukan kategori blogger tegar nak update entry hari-hari..harimau..miahaha~
    cik tom recently posted..Part Time Driver Yang Tak Reti Parking

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Hehe.. as same as me.. erk? ayat apakah ini.. haha.. Sebenarnya bergantung kepada jenis niche blog.. Kalau jenis berita.. memg sntiasa kna update la.. kalo peribadi.. kdg2 tak update pun.. its ok.. tiada salahnya juga.. tp.. update tetap penting.. hehe..

    [Reply]

    cik tom Reply:

    not same as u la..same as in the entry..takde air..idea nak buat entry…huhu..blogku blog peribadi :) cik tom recently posted..Part Time Driver Yang Tak Reti Parking

    [Reply]

    aretikz Reply:

    haha.. kalau as same sa samsons.. bole? ahakz.. uuh.. saya punya blog.. remix.. haha.. tak kira peribadi.. apaka.. msuk jak.. gaga~

    cik tom Reply:

    boleh jah..nak samsoms o asam masin..hehe..best blog remix..semua adaa..
    cik tom recently posted..Part Time Driver Yang Tak Reti Parking

    aretikz Reply:

    asam masin? asami kuyoki ada? ahakz.. xla semua ada.. kbnyakan buah fikiran yg gila2.. hehe..

  3. Wawa~* says:

    saya pn kadang2 x dtg air tu… tambah2 kalo time busy, mg x berupdatelah web, huhu…
    Wawa~* recently posted..Top 5 Commentators Bulan September

    [Reply]

    aretikz Reply:

    itula tu.. memg part paling payah nak kekalkan konsistensi tu.. hehe..

    [Reply]

  4. keen~ says:

    apekah..?? mcm terkena kt btg idung sendiri.. xpe2~ keen elak~~ dh xkena.. ha3~ *karut lg~* ^_^
    keen~ recently posted..- yezza USIM bagi 3 minggu study weeks sem ni!! – -

    [Reply]

    aretikz Reply:

    eh? lalalala.. saya tak bersalah dalam hal ini.. tidak.. haha..

    [Reply]

    keen~ Reply:

    btw, jgn menangis ye klu keen xupdate seminggu.. 3 minggu ni ialah minggu yg bz nk mam*** sgt-sgt-sgt.. haa.. amik tuh~ hiperbola terlebey.. ^_^
    keen~ recently posted..- yezza USIM bagi 3 minggu study weeks sem ni!! – -

    [Reply]

    aretikz Reply:

    uish.. tak nangis.. crying jak.. har3x~tp org len.. bukan saya.. haha..
    uish.. mcm begitu pula bz nya.. hebat2.. hehe.. mesti sal ujian mcm mitos kungfu cina ni.. haha.. xpun.. asement mcm gunung brapi.. ahakz,,

  5. MHps says:

    Terima kasih sudi link dgn entri MH ya..

    1. update
    2. bw
    3. komen
    4. link

    Ada 4 ni cantikkk… ni tengah test kuasa bw.. cepat2, sapa nak buat entri dl pasal ni?
    MHps recently posted..4 Halangan Berblogging

    [Reply]

    aretikz Reply:

    hehe.. its ok bro.. selagi bole letak backlink.. selagi tu try.. trutama entri yg berkaitan.. hehe.. yup.. tu bro boleh kali.. hehe..

    [Reply]

  6. zaer says:

    haha! ade lak cam2.xperlu hapdet?adess!.bro sental je ape yang ade.tulis mana yang dan je..haha.;-)
    zaer recently posted..Trafik 1 hala Aku Kena Tempiasnya!

    [Reply]

    aretikz Reply:

    hehe.. kadg2 je bro.. payah dipksa kuar idea ni. haha.. ni nak update pun.. xkuasa aku.. demam eh.. haha..

    [Reply]

  7. mysimplylife says:

    Anyway..finally this blog TER..update juga. hahaha~ no update was not anything, wait for the idea comes first. cayoo² peace love~ :D

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Clap clap (Tepuk tangan) hhe.. Yezza.. idea memg pntg.. ganbate-ne.. hehe..

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: