Kisah 1
Pada suatu hari, Sang Kancil sedang berjalan-jalan mencari makanan. Perutnya amat lapar ketika itu. Setelah puas berjalan, sampailah dia di sebatang sungai. Tatkala itu, terpandanglah dia akan sepohon epal renek (Kancil makan epal?) di seberang sungai. Maka terliurlah Kancil itu melihat buah yang ranum itu. Berfikirlah dia bagaimana hendak ke seberang sungai. Kalau berenang, dia belum masuk kelas berenang lagi. Ting! Terfikirlah dia idea yang baik punya.
“Wahai raja sekalian sungai, dengarlah seruanku wahai Sang Buaya”, teriak Kancil. Selang selepas itu, muncul Sang Buaya.
“Apa yang kau mahu wahai Sang Kancil? Aku tengah main PS3 ni, atau kau mahu korbankan dirimu untukku?”, kata Sang Buaya dengan suara yang garang.
“Maafkan saya kerana mengganggu wahai Sang Buaya. Tapi Raja Sulaiman menitahkan padaku untuk menjemputmu ke majlis keramaian,” balas Sang Kancil bermain kata.
“Wah, bila itu Sang Kancil?”, Sang Buaya teruja mendengarnya.
“Petang ini, tetapi..”, Sang Kancil sengaja tidak menyambung kata. “Tapi apa?”, Sang Buaya tertanya-tanya.
“Ramuan untuk majlis keramaian ada di seberang sana, saya tak tahu macam mana menyeberangi ke sana”, Sang Kancil buat muka sedih.
“Oh, itu mudah saja. Sebentar”, dan Sang Buaya menyelam ke dasar. Selang beberapa minit, banyak Buaya memunculkan diri.
“Sang Kancil, kau seberang jak dengan guna badan kami, kami jadi jambatan untuk kamu”, kata Sang Buaya bersungguh-sungguh.
Alangkah gembiranya Sang Kancil kerana hajatnya itu akan tercapai. “Baiklah Sang Buaya, saya hendak melintas ni”, jawab Sang Kancil dengan girangnya.
Maka melintaslah Sang Kancil dengan Sang Buaya menjadi jambatannya sambil berkata “Satu dua aku ketuk, empat lima kena sampuk”.
Selesai sahaja Sang Kancil melintas “Terima kasih Sang Buaya, jasamu sungguh ku kenang”.
“Itu tak apa Sang Kancil, bila lagi nak makan free kan?”, senyum Sang Buaya.
“Makan free? Oh, saya yang makan free Sang Buaya. Tujuan saya cuma cuma nak seberang jalan, nak makan buah ini, dan tentang Raja Sulaiman tu, lupakan sahaja. Dia tengah berjimat sekarang, tak cukup bajet nak wat kenduri”, akhirnya Sang Kancil menjelaskan yang tersirat.
“Apa? Berani kau mempermainkan aku Sang Kancil, satu hari nanti, kau akan rasa pembalasannya”, dengus Sang Buaya.
“Haha, lain kali guna otak”, kata Sang Kancil sambil meninggalkan Sang Buaya didalam kemarahan.
Kisah 2
Pada suatu hari, Sang Kancil berjalan-jalan di dalam hutan. Sedang dia berjalan, terpandanglah dia akan sarang lebah. Dia terliur untuk menikmati madu lebah itu. Tapi takut kena sengat pula. Ketika Sang Kancil sedang memikirkan cara untuk mendapatkan madu lebah itu, tiba-tiba, muncul Sang Harimau yang ketika itu dalam kelaparan.
“Sang Kancil, malang sungguh nasibmu hari ini, kau ada ketikaku begitu lapar sekali. Terima kasih kerana menjadi santapanku hari ini”, kata Sang Harimau sambil cuba merapati Sang Kancil. “Wahai Sang Harimau, kau tidak boleh memakan aku, kerana aku ditugaskan menunggumu”, balas Sang Kancil dengan tenang sekali.
“Ha? Kenapa kau menunggu aku? Untuk dimakan?”, Soal Sang Harimau dengan kehairanan.
“Aku ditugaskan menyampaikan amanah dari Gengis Khan, untuk memukul gong yang hanya engkau boleh memukulnya”, Sang Kancil bermain kata lagi.
“Gong? Dimanakah gong itu? Ini satu penghormatan buatku”, kata Sang Harimau dengan bangganya.
“Itu dia gongnya, dipersilakan untuk memukul”, balas Sang Kancil sambil menunjukkan sarang lebah tersebut. Tatkala itu juga, Sang Harimau mula pergi ke arah “gong” yang dimaksudkan, manakala Sang Kancil pula menjauhkan dirinya dari tempat itu. Dengan penuh konfidennya, Sang Harimau menghayunkan cakarnya memukul gong tersebut.
“Aduh, aduh, apa ini Sang Kancil”, teriak Sang Harimau dengan kesakitan.
“Larikan diri Sang Harimau, pergi ke sungai berdekatan untuk membuang sial dari gong tersebut”, teriak Sang Kancil dari jauh. Maka berlarilah Sang Harimau sambil diikuti oleh sekumpulan lebah yang berang kerana sarang mereka dimusnahkan. Dan Sang Kancil, mula memakan madu dengan lahapnya.
******************************************
Napa tetiba aku cite tentang Sang Kancil ni? Masa kecil kita selalu diperdengarkan cerita sebegini rupa. Ibu bapa selalu sahaja mengisahkan kehebatan Sang kancil. Tetapi, baguskah menipu?
Cap Kaki : Best juga cuti Mc ni, har3x~
Comments
Powered by Facebook Comments


oHoo~ sbnr nyer mOtif crita d atas adalah.. jeng3~
nda bagus menipu~ nnt ALLAH balas juga samada d dunia atau akhirat~
hohoho~ tapi kn…? ermmm..
siti nur kaxzmilah recently posted..kax oH kax
[Reply]
aretikz Reply:
October 5th, 2010 at 1:35 pm
Hehe.. yezza.. nda bgus mnipu.. tapi.. apa lai?
[Reply]
nothing~ juz making inquiry~ nda jdi trus kn ayt~
sht da? hOhO~
siti nur kaxzmilah recently posted..kax oH kax
[Reply]
aretikz Reply:
October 5th, 2010 at 1:45 pm
Uuh.. hehe.. tersekat di hujung jari ka tu ayat? hehe.. Alhamdulillah.. lagi baik dari sbelumnya.. hehe..
[Reply]
fuhhh~ mcm tau terstuck neh? oHoO~ sKodeng ka?
alhamdullah~ agak kerisauan sedikit sahaja smlm mdpt berita kawan beLog kax nda Sihat~ d AnggAr kn kerisauan berNilai [1piko percent syak]..
anduk.. nda pa sakit kn.. ALLAH ampun kn dOsa2 kecik.. UJIAN~ hehehe..
siti nur kaxzmilah recently posted..kax oH kax
[Reply]
aretikz Reply:
October 5th, 2010 at 1:56 pm
Ngensot jak… har3x~
Thanx.. yup.. sakit itu kan satu nikmat.. hehe..
[Reply]
aishk~ gud2~ gud bOi~ hOhO~
k la.. len kali ada masa kax kOmen lagi..
jaga diri mOlek~ jan Nakal2~ kui3~
adiOs.. mOga cPt semBuh~
assalamualaikum..
B-)
siti nur kaxzmilah recently posted..kax oH kax
[Reply]
aretikz Reply:
October 5th, 2010 at 2:11 pm
Part nakal tu yg payah.. har3x~ wassalam..
[Reply]
eh, sang kancil yang cerdik lagi cumil.
i loikeeeeee…hehehe
[Reply]
aretikz Reply:
October 5th, 2010 at 2:12 pm
Haha.. tp.. dia menyalahgunakan kcerdikannya itu.. huhu..
[Reply]
cakap sakit mc,..bukannya rehat tapi siap buat entry si kancil..hehe…so jangan la menipu ye..kadang2 ade gak orang cakap takpe bohong sunat…dalam islam tak pernah pun ade istilah bohong sunat ye..jangan diamalkan..lalalalala~
cik tom recently posted..Yana Samsudin aka Siti Kelembai Singgah Blog
[Reply]
aretikz Reply:
October 5th, 2010 at 2:46 pm
Hehe.. suda bertenaga balik.. balas dendam trus.. haha..
Haha.. Bohong sunat.. terpengaruh filem la tu.. hehe..
Jadilah insan jujur.. har3x~
[Reply]
itu la…mak bapak suke je bacakan kisah sang kancil yg cerdik tapi x sedar cter tu telah menanam sifat menipu secara halus dlm diri anak2… so, bila besar, anak tu pandai je menipu..hehe..sbb menipu itu cerdik macam sang kancil
parental advisory: jgn contohi statement aku kat atas ye?
dark_half recently posted..This is why you will never win over ISLAM
[Reply]
aretikz Reply:
October 5th, 2010 at 3:44 pm
haha.. betul2.. kalau nak cerdik.. msti lah mnipu.. mcm tu lah mind set budak2 nanti.. susah juga.. hehe..
[Reply]
haha..kancil licik+kejam+menipu..xbagus kot..
[Reply]
aretikz Reply:
October 5th, 2010 at 4:50 pm
eh? ada kot? jgn ragu2.. haha..
[Reply]
eyyy.. xsuke sang kancil.. sama cam jerry je dalam cite tom & jerry.. dua2 kuat menipu.. cian menatang lain..
sbnrnya, cite sang kancil ni nk warning kita supaya berhati2 nan sesiapa saje sbb manusia ni pndai menipu.. lg cerdik org tu, lg pnjg akal dia nk menipu.. ^_^
btw, sy suke bear dan penyu saje.. kih3~~ ^_^
keen~ recently posted..- roda-roda kehidupan -
[Reply]
aretikz Reply:
October 5th, 2010 at 6:58 pm
Yezza.. kesimpulan yg lain dari yg lain.. yang penting.. kecerdikan digunakan dengan sebaiknya.. jangan disalahgnakan..
Haha.. memang peminat tegar Bear dan Penyu.. kan anak penyu? hehe..
[Reply]
keen~ Reply:
October 5th, 2010 at 7:03 pm
mekasih~
yup2~ kecerdikan tu harus disalurkn ke jln yg sepatotnya.. lebey2 lg ia patot digunakan utk membangunkn kembali Islam!! yeahh~ ^_^
ha3~ mmg2~ mmg peminat tegar bear dan penyu ni.. kui3~ btw, dah lama xdgr org pnggil keen anak penyu.. rindu dowhhh nan pnggilan tu.. ^_^
keen~ recently posted..- roda-roda kehidupan -
[Reply]
aretikz Reply:
October 5th, 2010 at 7:19 pm
Yup.. itu yang seharusnya,, hehe.. yang mnyedihkan org mempergunakan agma utk kpntingan peribadi,,
Uuh.. lama xkena pangil yek? Hai anak penyu dari nganu kite.. hehe..
Saya pernah membuat kajian khusus mengenai moral disebalik cerita sang kancil ini, dan apa yang mengejutkan nilai negatif dalam cerita ini jauh lebih banyak berbanding kebaikannya. Tapi saya percaya yang saya memandangnya secara khusus dan mendalam. Sekiranya kita hanya membaca sekilas tanpa mengambil kira makna yang tersirat, cerita ini nampak sangat sempurna.
Mama Murai recently posted..6 kesilapan semasa menulis blog
[Reply]
aretikz Reply:
October 10th, 2010 at 10:06 pm
Yup.. Betul tu mama.. kita harus memandang dari segi pemikiran kumpulan sasaran.. impak yang pasti membimbangkan jika tidak dipandu sebaiknya.. huhu..
[Reply]