10.10.10

“Uish, Joe Cole pakai jersi number 10 la, nak beli ni”

“Alamak bang, duit saya tak cukup sepuluh sen la, huhu. (Sambil wat muka sepuluh sen)”

“Ala, kau pun sama, 2×5 memang sepuluh juga”

“Eleh, setakat di sana, di sini petik jari, sepuluh yang datang tau”

10.10.10, apakah yang aku ingin cerita tentang sepuluh ini? Apa yang best dengan sepuluh? Sepuluh kali korang fikirpun rasanya cukup sekali dah terlintas apa yang wa nak ucapkan ini. Tipulah kalau anda semua tak terlintas mengapa ada cerita tentang sepuluh. Tahulah number favret anda sebelas, mungkin 7 atau mengikut kesesuaian baju yang dipakai oleh Cristiano Ronaldo. Tapi number sepuluh itu cukup bermakna tahu tak. Kenapa?

Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim, entri ini saya tujukan khas kepada sesiapa sahaja yang melangsungkan pernikahan mereka pada tarikh ini, dengan ucapan Selamat Pengantin Baru, semoga kekal abadi hendaknya, hingga ke akhir hayat. Dan Sabda Rasulullah Sallallahualaihi Wasalallam : “Apabila seorang hamba Allah telah beristeri/bersuami, ia telah menyempurnakan separuh agamanya. Pada separuh yang lainnya hendaklah ia bertaqwa kepada Allah. Oleh itu, sebahagian agama anda telah pun sempurna dari segi seru, kini perlu meningkatkan takwa lagi agar yang terbina akan kukuh selamanya.

Ingatlah mereka yang bergelar pengantin baru, dirimu telah membina kerajaan kecil, maka pada si suami, bertindaklah sebagai pemimpin yang membimbing kerajaanmu, kerana dengan bimbinganmu lah menjadi aras penunjuk kepada orang yang dipimpin olehmu. Jangan sekadar nombor cantik di pandangan mata, biarlah nombor itu pemangkin kepada sesuatu yang baik. Perkahwinan itu umum, bukan hanya ada I dan U jak, jika ada rezeki, pasti jadi 3, 4, dan seterusnya.

Komitmen, tanggungjawab, cinta dan kasih sayang, itu baru asas semata-mata. Tetapi dalam erti perkahwinan, banyak lagi yang kita boleh gali sebenarnya. Jika itu yang kita temui, dan kita faham konsep perkahwinan sebenar, erti “Jemu” pada pasangan pasti dapat disingkirkan. “Jemu” itu perkataan paling dahsyat 13 dalam erti perkahwinan, jika konsep itu tidak difahami, hanya sekadar menghalalkan cintan cintun sebelum ini, konfom akan timbul dalam hati tanpa kita sedari, yang pasti menghambarkan erti manis sebuah perkahwinan.

Apapapun, Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fee khair, itu doa diri ini titipkan bagi mereka yang mengharungi hari bertuah pada nombor yang cantik itu. Selamat Pengantin Baru, dan semoga selamat segala-galanya.

Cap Kaki : Kepada sahabatku Norhadijah dan Mohd Fazri, semoga penyatuan kamu berdua berkekalan hingga ke akhir hayat. Entri special kes untuk korang after diz, haha.


WriTe WhaT I WanT  ~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe


Ini juga ceriteranya
  • Jodoh Tertulis Di Langit Tapi Bukan Turun Dari Langit
  • Oh Isteri ~ Thumb Down
  • Mari Berpacaran Dan Wali Band
  • Bila Isu Memasak Dan Imam Timbul
  • Yang Dicari Dan Yang Mencari

Comments

Powered by Facebook Comments

About aretikz

~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe
This entry was posted in Ceritera Pendapat and tagged , , . Bookmark the permalink.

8 Responses to 10.10.10

  1. keen~ says:

    kawan anda sudah smpai seru.. anda bila lg?? ha3~
    *kompem di cop cam mak cik-mak cik itu..* ^_^
    keen~ recently posted..- izinkan ku kembali ke dunia itu sekali lagi -

    [Reply]

    aretikz Reply:

    haha.. itu akan dilihat pada hujung tahun.. tapi xtahu tahun bila.. ahakz..

    [Reply]

  2. cik tom says:

    tahniah pada kawan aretikz..nape semua berlumba2 nak kahwin pada tarikh ni??ada apa pada tarikh??yang penting kebahagiaan sebuah perkahwinan..
    cik tom recently posted..I don’t want to fall in love again

    [Reply]

    aretikz Reply:

    well.. bg mereka keunikan satu kemanisan.. hehe.. apapapun.. smoga yg kawin pda tarikh ni.. berkekalan smpai ke akhirnya.. hehe..

    [Reply]

  3. mira_nas says:

    terbaca dalam buku yg baru beli tu…
    doa si suami sepatutnya..

    ” Ya Allah jadikanlah kami imam kepada orang yang bertaqwa…”
    =) sambung mimpi sebelum hari ini menjelang pagi~~

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Hehe.. InsyaAllah doa tu tuju kat Mira.. eh? bukan2.. kat isteri.. cuma lum tahu sepa.. ahakz.. Sambung2.. xlama ada la nak smpai seru ni.. haha..

    [Reply]

  4. has says:

    wahhh..ramai btol yang kahwin tarikh ni kan..memang spesel pon tarikh ni..kata en.suami senang nak ingat nanti..
    has recently posted..Perfumes by Fperfumes The Contest

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Betul tu kak.. Senang nak ingat tarikh.. datz y ramai pilih numba unik.. hehe..

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: