Weehuu ~ Tinggal dua hari lagi sebelum cuti hujung minggu, ahakz. Jangan tiru pekerja mithali macam aku ni, hoho. Lama sudah aku tak tengok cerita Jepun ni, makin hilang seri Jepun dalam muka aku, eh? Haha. So, bolehlah aku tengok cerita yang tertunggak masa cuti ni. Anyway, menyentuh sal cerita Jepun, teringat aku cerita ni. Yang macam tajuk kat atas tu lah. Densha Otoko, atau ditranslate jadi The Train Man. Fuh, translate english yo, bukan alang-alang, haha. Apa kaitan cerita di atas dengan edisi maya ini? Yang tahu cerita ni, opkoz tahu apa yang ingin disampaikan agaknya la, tapi, yang belum tahu, ini serba sedikit ceriteranya.
Densha Otoko ni cerita berdasarkan kisah benar di alam maya. Bukan sebab cerita cinta Romeo dan Juliet yang bertemu jodoh dari internet, tetapi ini lain dari yang lain. Ianya bermula dari satu forum, yang mana pada 14 March 2004, seseorang anon telah mempost kejadian yang menimpa dirinya. Ketika itu dia berada di dalam kereta api, ada seorang lelaki mabuk buat kacau, dia mengacau seorang gadis di samping beberapa penumpang yang lain. Jadi lelaki anon ni menyuruh lelaki mabuk ini untuk berhenti melakukan perbuatan tersebut. Mereka bergelut dalam masa yang singkat dan pada masa itu, penumpang lain menggunakan keadaan tersebut untuk memanggil konduktor kereta api bagi mengawal situasi tersebut.
Tidak pernah melakukan perbuatan sedemikian rupa, perlakuan tersebut menarik perhatian seorang wanita muda yang amat berterima kasih kepada pemuda tersebut. Wanita tersebut meminta alamat pemuda itu untuk memberi sesuatu bagi melahirkan rasa berterima kasih beliau. Setelah kejadian itu, dia pun memberitahu di forum tersebut dan digelar Densha Otoko.
Beberapa hari selepas itu, Densha telah mendapat satu bungkusan, yang mana bungkusan tersebut dari seorang wanita, dan di dalamnya terdapat satu set cawan mahal Hermes, yang dibuat dari satu syarikat Perancis. Dia kemudian meminta nasihat dari kawan maya 2channel, yang mana tempat yang dia post sebelum ini bercerita tentang kejadian menimpa dia sebelum ini. Kawan-kawan maya dia memberitahu bahawa cawan tersebut terlalu mahal untuk dianggap hadiah berterima kasih. Atas nasihat mereka, Densha pun menghubungi wanita tersebut.
Densha mengakui dia seorang yang skema Akihabara, tempat bagi peminat anime habis-habisan, serta tidak pernah dating seumur hidupnya dengan seorang wanita. Oleh sebab itu, dia meminta pandangan dengan kawan-kawan mayanya, dari pemilihan restoran, pakaian yang dipakai, hinggalah penampilannya sendiri turut berubah. Semua atas nasihat dari kawan maya beliau, dan dia akhirnya selalu bertemu dengan wania tersebut. Dan dalam masa beberapa bulan, dia berjaya meluahkan perasaan cintanya kepada wanita tersebut. Dan apabila dia memberitahu kejayaannya, semua kawan maya beliau meraikan kejayaan dengan memberi ucapan tahniah sehinggan seni tulisan yang dikenali Shift JIS art mewarnai post tersebut.
Densha meneruskan postnya sehingga 17 May, namun atas nasihat beberapa kawan mayanya itu, dia akhirnya meninggalkan forum tersebut untuk kebaikan 2channel. Disitulah semuanya bermula, dengan novel tentang kisah benar ini terjual dengan larisnya. Malah ianya dibawa ke layar perak selain dari drama yang mendapat rating tinggi tontonannya. Sehingga kini, identiti Densha tidak pernah diketahui, dan hanya bersandarkan post-post yang terdapat dalam 2channel, maka terhasillah penceritaan cinta yang menarik ini.
Hakikatnya, bukan ini yang hendak diterangkan, tetapi keterujaan aku yang mengetahui cerita ini apabila beliau meminta bantuan dari kawan-kawan yang tak pernah dikenalinya, yang tak pernah beliau bersua muka, tidak putus-putus mengetahui perkembangan beliau dan wanita yang mereka gelar Hermes itu. Sokongan yang tidak berbelah bagi, mengubah seorang yang skema, yang ingin melalui kehidupan normal setelah dipandang hina masyarakat sekelilingnya, untuk tampil berani mencari cinta buatnya. Pelbagai tips beliau dapat dari kawan mayanya untuk mengeluarkan beliau dari kepompong kehidupan skemanya.
Begitu juga pada kawan-kawan bloggerku, biarpun secara tidak langsung atau secara direct, andalah yang memberi nyawa kepada blog ini. Segala komen dan pandangan amatlah ku hargai, dan bukan hanya diriku, rasanya mereka yang lain pun turut sama merasai kehangatan kawan maya. Kita tidak kenal wajah, tetapi kita berkenalan melalui alam internet, penyambung silaturahim samada hanya meninggalkan jejak, dan yang lagi enak melalui komen yang membina. Banyak ilmu yang kita dapat melalui perkongsian sesama blogger. You All memang mantop, semoga kemeriahan dunia blog akan berterusan selamanya.
Oh, emo lah pula, hehe. Tapi cerita ni memang best, terutama dramanya. Movie mungkin tidak seberapa, tetapi kalau drama, memang ngetop. Biarpun terdapat penokok tambahan cerita ini, tetapi persahabatan kawan maya langsung tidak dapat hilang dari penceritaannya. Sedih aku lihat cerita ini, lebih-lebih lagi part dia graduate menjadi lelaki yang dah keluar dari “single”nya. Anyway, saya tetap tak sokong bab kapel or8, haha. Yang saya tahu, evolusi kawan maya sememangnya perkembangan positif, yang banyak meng”upgrade”kan diri kita. Apapapun, korang cari cerita ini, sure 5 star aku bagi, ahakz. Dan mamat Oguri Shun serta ex aku dulu, Horikita Maki pun berlakon dalam cerita ini, hoho.
Cap Kaki : Entri ini tiada kaitan sal aku nak cari isteri ya, har3x~
Comments
Powered by Facebook Comments


#ceh3~ kax pon lama x layan drama2 koreaan n jepunan neh~
#minah2 korea n jepun uma aku dah out.. [dsuh.. dush.. dush] bunyi bunga api~
#hak3~ akhir nya aku tidak membuang masa ku berkorea jepunan secara tegar~
#congrats 4 me~ kui3~
siti nur kaxzmilah recently posted.. Tahukah anda
[Reply]
aretikz Reply:
October 13th, 2010 at 10:08 pm
Hehe.. Korea? well.. kurang sikit.. ahakz.. sya lebih kepada kejepunan.. hoho..
[Reply]
tapi pengajaran tu best~ walaupon kax xkenal xtgk muka enchek aretikz tpi alam maya menemukan kita n merapatkan ukhwah fillah d antara sahabat2 maya neh~
best3x~ suka~
siti nur kaxzmilah recently posted.. Tahukah anda
[Reply]
aretikz Reply:
October 13th, 2010 at 10:26 pm
Yezza.. tepat sekali.. bgitu jg dgn blogger lain.. hehe.. cite kat bnda ni lebih mngharukan part sesama kwannya.. berbnding dia usha awek tu.. hehe..
[Reply]
ceh3~ urmmm~ ok la~ kax xdan nk on9 lama2 neh~ after cuti bnyk keje kena wat~ hak3~ tetiba jadi budak rajin~ kui3~ pdhal siap memonteng kelas lagi~ kepada student lain, jan contohi saya k~ hak3~ nunyte n assalamualaikum~
pssst~ pesan kat enchek aretikz~ kax kimslam~ jan lupa kasitau k~ ^_^
siti nur kaxzmilah recently posted.. Tahukah anda
[Reply]
aretikz Reply:
October 13th, 2010 at 10:42 pm
Haha.. Ni nak study ke studo? hehe.. or8.. nanti wa pesan dgn dia ya.. ahakz..
[Reply]
eh cik tom pun tgk cerita ni tapi yang filem punya..best..lucu tengok asyik tanya kawan-kawan chat dia macam mana nak ubah penampilan…nak ngorat girl tue..dr nerd kpd macho..huhu..love the story..byk gak pengajaran..
yup kalo pkir2..kita semua rakan blogger pun camtu..saling bagi semangat dan tolong menolong dengan bagi pendapat..thanks ye atik..terharu..sob3 T_T
cik tom recently posted..Yana Samsudin vs Ben Ashaari
[Reply]
aretikz Reply:
October 13th, 2010 at 10:59 pm
cuba try test tgk dramanya.. lg gempak siot.. hehe.. sya dah tgk both of them.. dan drma dia memg lg nmpk cool.. hehe..
erk? terharu part mna ni? jgnla nangis.. nak tisu? hehe,,
[Reply]
cik tom Reply:
October 13th, 2010 at 11:04 pm
nak cari kat mana plk drama tue..hehe..xpe la..rs lebih kurang je kot dgn muvi kan?huhu…
terharu part bg semangat…nak tisu sekotak..huhu
cik tom recently posted..Yana Samsudin vs Ben Ashaari
[Reply]
aretikz Reply:
October 13th, 2010 at 11:10 pm
Lebih kurang? Point memg sama part tolong kat train.. tp.. plot dia lg menarik.. seriesly.. jauh beza dri movie.. huhu..
Its ok.. hehe.. dats y Allah temukan kita kan? Ada sebabnya tersendiri.. hehe..
ehem… ehem.. ckp sal cite jepun.. minggu lepas, ken baru abes tngok cite Nodame Cantabile.. best~~ aretikz pernah tngok k?? ^_^
keen~ recently posted..- kecewa itu saya yang cipta sendiri -
[Reply]
aretikz Reply:
October 13th, 2010 at 11:07 pm
Erk? Serender.. cite muzikal tu lum lg tengok.. hehe..
[Reply]
keen~ Reply:
October 13th, 2010 at 11:12 pm
laaa.. asal xtengok lg?? best~~hero dia pon bleh thn~ ha3~ *gedix*
btw, hebat gk aretikz ye.. dlm pd xtengok tu, tau gk cite tu sal pe.. huk3~ ^_^
keen~ recently posted..- kecewa itu saya yang cipta sendiri -
[Reply]
aretikz Reply:
October 13th, 2010 at 11:22 pm
haha.. heroinnya pun apa kurang.. Ueno Juri.. kiut gak tu.. eh? ahakz..
Haha.. tahu sesikit jak.. kira nak amek dari kawan.. tau2 terlupa.. dah la kawan duk jauh.. huhu..
abg aku minat la cite ni..tergelak2 dia tgk..cite lawak ke..=p
Jejaka Terhangat recently posted..Biodata Maher Zain Dan Sejarah Hitamnya Download Link Full Album Disertakan
[Reply]
aretikz Reply:
October 14th, 2010 at 12:55 pm
Hehe.. Yup.. memang cite lawak.. gila2 watak dalam ni.. hehe..
[Reply]
Citer nie memang best weh !
Novel dia pun aku dah baca , translation untuk 2channel tu pun aku dah baca . Drma dia aku dah tengok , manga dia aku dah baca . Tinggal movie jer ….
touya recently posted..Seksi
[Reply]
aretikz Reply:
October 16th, 2010 at 8:03 am
Yup.. Memang terbaik.. hehe..
Fuyo.. sya manga dia satu jak di bca.. movie dan drama.. novel lum lg.. hehe.. tp crita dia memg mantop.. hehe..
[Reply]