Everytime, you feel like you cannot go on
You feel so lost, That you’re so alone
All you is see is night, And darkness all around
You feel so helpless, You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah… Insya Allah… Insya Allah..
Insya Allah you`ll find your way
Bait-bait lirik sebegitu rupa pasti korang dapat tangkap lagu siapa ni kan? Fenomena Mahermania, itulah yang terjadi di seluruh Malaysia ketika ini. Eh? Mahermania? Apa tu? Oh, itu fenomena Maher Zain diungkapkan oleh Ustaz Hasrizal yang menjadi kegilaan terutama wanita-wanita sekalian, well, orang hensem kan, suara lagi, pergh, jangan cakaplah, cair perempuan. Biarpun sudah beristeri, namun, status bukan penghalang untuk beliau menjadi kegilaan untuk menyampaikan dakwah menerusi lagu-lagu beliau yang penuh soul. Jujur wa cakap, wa pun memang minat lagu-lagu yang disampaikan, penuh dengan makna mendalam.
Beliau hadir dan bangkit dari sisi gelapnya, pengaruh rakan sebaya kan masa darah muda dia dulu. Syukur, Tuhan memberikannya hidayah untuk menjadi seorang pejuang di dalam lagu. Banyak kita boleh ambil positif apa yang berlaku kepada beliau, dan lagu-lagunya juga punya lirik yang power aku cakap. Sekurang-kurangnya ada juga sebilangan anak muda yang dengar bukan sekadar dengar, tetapi melihat intipati lirik yang diberikan. Manatahu, hati yang mula-mula keras, terdetik keinsafan yang mencelah dalam kegelapan, kan?
Tapi, tapi dan tapi, kedatangannya ke Malaysia, sememangnya kita harus membuka minda seketika. Kenapa pula? Ok apa dia datang, kan nak sampaikan dakwah? Yup, itu memang betul, cuma, rasanya Mahermania ini lebih terikat kepada personaliti beliau, terutama golongan wanita. Waaah!! Aaah!! Beteriak kamu sana, teruja tengok Maher Zain, silap-silap, ada lagi cakap, “Oh, hensemnya”, ahakz. Sadis tul, bukan lagu yang diambil positif, atau kebangkitan beliau dari sisi gelap diambil iktibar, tetapi teruja dengan seorang insan yang ikhlas dalam menyampaikan urusan dakwahnya hingga menampilkan sisi gelap sendiri pula.
Anyway, janganlah kita terleka dengan lagu-lagunya. Bersederhanalah dalam mendengar lagu-lagu yang disampaikan. Bukan setakat beliau, penyanyi nasyid yang lain pun sama juga. Kerana hiburan yang menenangkan, atau lirik-lirik yang power, yang kebanyakkan dari kita selalu abaikan, opkoz Al-Quran. Perbanyakkan yang patut, sebab itu hanya sampingan, khuatir sampingan menjadi kelekaan.
Apapapun, Maher Zain ni memang mantop la, wa saspek sama dia juga. Yang positif kita ambil, yang negatif itu kita hindarkan. Cubalah dia datang pergi Sabah, kan best, ahakz. Semoga beliau berjaya dalam menyampaikan dakwahnya ke seluruh dunia. Ikon moden yang baik, biarpun tidak setanding ikon sejati, yakni Muhammad s.a.w.
Cap Kaki : Don’t despair and never loose hope, Cause Allah is always by your side.
Comments
Powered by Facebook Comments


betol tu.. kdg2 org dengar lagu, bukn nk hayati pon.. tp sbb penyanyi tu encem.. adesss..
mcm org tengok cite la.. sbb pelakon dia comel.. *cam kenal je sape.. jgn mrh~ :P* ^_^
keen~ recently posted..- kecewa itu saya yang cipta sendiri -
[Reply]
aretikz Reply:
October 17th, 2010 at 1:27 pm
Yup.. Teriak2 lg.. sadis tul.. ahakz..
Sepa la tu.. ptut amek apa yg ptut dri drama.. ish3x~ *uhuk2 :P *
[Reply]
betul…nak minat biar la bersederhana…huhu
[Reply]
aretikz Reply:
October 17th, 2010 at 1:28 pm
Yezza.. Kesederhanaan itu penting.. hehe..
[Reply]
setuju tu… cari hiburan yang mendidik jiwa…
mira_nas recently posted..Pameran lagi dan jumpa kembar si adik!
[Reply]
aretikz Reply:
October 17th, 2010 at 1:43 pm
Yup.. Hiburan itu seharusnya berpada2.. hehe..
[Reply]
dulu ingtkan sape la maher zain ni…semua org duk bizi ckp pasal dia ja…
lepas dgr lagu dia terus terikat….eceh
Azmi recently posted..Buffered Earning- Metered Earnings dan Semunya Tentang Nuffnang
[Reply]
aretikz Reply:
October 17th, 2010 at 7:36 pm
Sama la juga.. Dulu masa lagu open your eyes hot.. dengar mcm gitu jak.. tapi.. lama2.. terpikat trus.. hehe..
[Reply]
dia mmg hensem pun..hak3..:D
lirik2 lagu pon mantap..
:D:D:D
nunui joe recently posted..Insya Allah-
[Reply]
aretikz Reply:
October 17th, 2010 at 8:45 pm
Kau memang.. hehe.. Itu memang tidak dinafikan.. Yang penting.. Kita amek yang positif.. huhu..
[Reply]
nunui joe Reply:
October 17th, 2010 at 9:32 pm
ayat ko :” Cubalah dia datang pergi Sabah, kan best, ahakz”
ayat saya : “Cubalah dia kawen sy, kan best, ahakz”
nunui joe recently posted..Insya Allah-
[Reply]
aretikz Reply:
October 17th, 2010 at 9:47 pm
Jadi bini numb 2 ko trus.. haha.. apa ko rsa? hehe..
Selamat sejahtera tuan tanah, saya juga bersetuju dengan tulisan saudara. Berhibur boleh, tapi jangan sampai niat dakwah itu terpesong oleh ketaksuban muzik. Jangan sampai lagu nasyid hanya dijadikan bahan hiburan semata-mata. Paling penting fahami dan selami maksud lagu nasyid.
Pasal sisi gelap itu pula, saya tak berani nak komen lebih-lebih, itu urusan antara dia dan Allah. Mana yang baik saya jadikan tauladan. Yang aib saya buat tak dengar.
salam manis dari saya untuk penulis blog Sabah
Mama Murai recently posted..Menulis blog itu boleh disamakan dengan menulis diari ke
[Reply]
aretikz Reply:
October 17th, 2010 at 9:50 pm
Salam sejahtera juga Mama.. Yup, memahami itu lg pntg.. kadang2 kebanyakan terleka dgnnya.. Yang baik jadikan teladan.. Yang buruk kita hindarkan.. hehe.. Anyway Thanx Mama Murai
[Reply]