Hujan lebat tidak menunjukkan tanda berhenti. Syuhada berpeluk tubuh sambil merenung di luar jendela. Gelap, itu sahaja yang mampu dilihatnya di luar. Hakikatnya, fikiran Syuhada melayang, memikirkan dirinya, perjalanan hidup yang penuh keperitan. “Mengapakah diriku menjadi sebegini rupa? Mengapakah hatiku tidak tenang biarpun ini keputusan yang ku inginkan? Bukankah keputusan ini pasti mententeramkan hatiku yang selama ini sentiasa kacau?”, Syuhada bermonolog sendiri.
“Dua bulan yang lalu, ya, tidak akan ku lupa semuanya, segalanya bermula tatkala dua bulan yang lalu”, fikiran Syuhada kini melayang memikirkan masa lalu.
******************************************
“Ayah, jaga mak baik-baik ya, terpaksa juga Syu outstation ni, bos baru Syu tak faham lah, dah orang cakap mak sakit, masih lagi nak bawa Syu outstation”, bebel Syuhada. Pak Ali cuma tersenyum melihat keletah anak tunggal perempuannya ini.
“Ala, bukan lama pun, esok balik sudah kan? Lagipun, dah memang Syu punya kerja, bos baru tu belum faham lagi selok-belok syarikat Syu tu, mak pun sakit sikit jak, demam biasa, insyaAllah, sembuhlah tak lama lagi tu”, Mak Kiah meredakan perasaan anaknya, sejuk hatinya apabila anak perempuannya itu mengambil berat dengan dirinya. Yalah, sudah anak, takkan nak derhaka pula.
“Bos tu sengaja lah tu, pergi pun nak juga banyak orang ikut, yang lain pun boleh handle urusan kerja Syu, baiklah ayah, mak, Syu pergi dulu, bas syarikat pun dah sampai, Assalammualaikum”, kata Syuhada sambil mencium tangan ayah dan emaknya. Berlalunya bas meninggalkan perkarangan rumah Syuhada, meninggalkan kesayuan di hati Syuhada, sedangkan itu bukanlah kali pertama dia outstation.
******************************************
“Syu, saya nak minta maaf, saya harap awak bersabar”, tegur Syahirul, bos baru Syuhada.
“Puas lah hati awak kan? Saya dah kata mak saya sakit, awak tak faham ke? Sekarang, awak mampu ke nak kembalikan mak saya? Awak memang tak berhati perut langsung”, esak Syuhada, sambil ditenangkan oleh rakan sekerjanya yang lain. Berita yang diterimanya amat meluluhkan hati Syuhada. Panggilan telefon dari ayahnya, memaklumkan emaknya telah kembali ke rahmatullah.
“Sabar Syu, semua ini qada dan qadar darinya, doa dari anak yang solehah amat diperlukan oleh ibumu tatkala ini. Sabar ya, nanti saya minta Pak Hassan hantar Syu balik dengan segera. Kemaskanlah pakaian Syu sekarang ya?”, serba salah Syahirul, sememangnya niat dia membawa kebanyakkan pekerja bawahannya kerana belum kurang mahir lagi hal syarikat. Tidak sangka begini pula jadinya.
“Awak tak payahlah nak tunjuk baik, awak tak suruh pun, saya boleh balik sendirilah”, pedas kata-kata Syuhada, sambil berlalu meninggalkan Syahirul yang terkedu disitu. “Maafkan saya Syu, semoga roh ibumu dicucuri rahmat”, bisik hati Syahirul.
*****************************************
Saat itulah yang menyebabkan dia tidak ada semangat bekerja di syarikat itu lagi. Sememangnya dia tak pernah senang dengan Syahirul, biarpun lelaki itu tidak bersalah sebenarnya. Namun kebencian yang telah syaitan tanamkan dalam hatinya, menyebabkan segala arahan mahupun perbuatan yang dilakukan Syahirul, menyebabkan kejengkelan dalam hatinya. Sehinggalah hari ini, kemuncak segalanya, menyebabkan dirinya mengambil keputusan sebegitu rupa.
******************************************
“Tuan, ini surat perletakan jawatan saya”, terus sahaja Syuhada menyerahkan sampul surat berwarna kuning kepada Syahirul.
“Syuhada, kenapa awak nak berhenti ni? Awak merupakan antara pekerja terbaik di sini, satu kerugian jika syarikat kehilangan awak. Syu, jika ada masalah, just tell me okay? Mungkin saya boleh bantu awak”, Syahirul cuba memujuk Syuhada.
“Sejak bila awak jadi baik ni? Oh lupa, seorang bos syarikat tampan dan beperwatakan warak yang diminati oleh kebanyakan pekerja di pejabat. Awak kan bos yang berkaliber, mesti awak boleh handle semua ni, lagipun, saya antara terbaik, so, thats mean, ada lagi yang terbaik kan? Awak tahu tak, saya dah tak tahan nak kerja dengan awak. Hati saya sentiasa sakit tahu, tak pernah tenang sebaik sahaja awak muncul di syarikat ni. Saya memang dah tak tahan lagi, tahu tak?”, Syuhada melepaskan segala yang terbuku di dada, biarpun ada lagi yang ingin diperkatakan.
“Syu, takkan awak masih berdendam dengan perkara dua bulan lepas? Terimalah qada dan qadar Syu, itu semua ketentuannya”, Syahirul cuba meredakan perasaan Syuhada.
“Awak, bukan setakat itu sahaja, saya tak tahu nak cakap macam mana lagi, pasal awak la saya dan Arif berpisah, awak tahu tak?”, inilah yang ingin disampaikan oleh Syuhada sebenarnya.
“Syu, saya rasa saya dah terangkan segalanya pada dia kan? Kita hanya bos dan pekerja sahaja, lagipun kita tak pernah pun keluar berdua, kenapa boyfriend awak tu nak jeles tak tentu pasal? And one more, boleh tak awak profesional sikit, perlukah urusan peribadi dicampurkan dalam hal kerja?”, kali ini Syahirul tidak ingin mengalah.
“Rasanya bagus juga awak berpisah dengannya, paling kurang, dapat juga kamu dua elak dosa, dari berpegang tangan, memeluk pinggang, bukan ada eloknya kapel ni”, sambung Syahirul, kini diselitkan ceramah agama lagi. Nyata hanya menambah api kemarahan Syuhada. Lantas dia keluar dari bilik Syahirul. Sebelum dia menutup pintu, Syahirul sempat berpesan sesuatu.
*****************************************
Syuhada memandang ke dalam ruang biliknya, masih terngiang lagi pesanan dari Syahirul, entah, kenapa kali ini dia tertarik dengan kata-katanya itu. Selama ini, pertuturan dari Syahirul umpama minyak menyimbah ke dalam hatinya yang membara. Yang hanya menyalakan api sahaja. Terpandangnya akan tafsir Al-Quran, milik arwah ibunya, elok tersusun di atas meja. Betapa bersalahnya Syuhada ketika itu, menjadikan Al-Quran sebagai perhiasan cuma. Terdetik untuk dia mengambil tafsir tersebut, namun sebelum itu dia mengambil wuduk terlebih dahulu. Dia kemudian mengambil tafsir itu, tapi dia masih termenung, dia tak tahu dari mana dia hendak mula. Kemudian dia mengambil keputusan, untuk membaca secara rawak. Maka dia pun membuka tafsir tersebut, dan sebaik sahaja terbuka, secara spontannya mata Syuhada terpandang sepotong ayat :
Dan apa sahaja nikmat yang ada pada kamu, maka dari Allah (datangnya) dan bila kamu ditimpa oleh kemudharatan, maka hanya kepadaNyalah kamu meminta pertolongan (An Nahl : 53)
Tergamam seketika Syuhada, lantas ditutupnya tafsir tersebut. Timbul rasa gerun di hatinya, Ya Allah, adakah ini petunjuk darimu, tatkala hatiku teramat kusut ketika ini. Apakah yang harus ku lakukan ketika ini Ya Allah? Syuhada pun lantas sekali lagi membuka tafsir secara rawak.
Dan tuhanmu berfirman : Berdoalah kepadaku, nescaya akan ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahku, akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina (Gharir : 60)
Sekali lagi Syuhada menutup tafsir itu, adakah tuhan memahami isi hatinya? Ya Allah, aku berdoa padamu, semoga aku berjaya merubah diri ini Ya Allah, agar tenang hati ini Ya Allah. Seperti biasa, Syuhada membuka lagi tafsir tersebut.
.. Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri… (Ar Raad : 11)
Tersentap Syuhada, kini dia betul-betul bertaubat. Terima kasih Ya Allah, aku bersyukur padamu yang memberikan hidayah kepadaku. Syuhada menangis semahu-mahunya, kerana dia gembira, hatinya benar-benar tenang ketika ini. Terima kasih padamu Syahirul, kerana pesanan terakhir mu itu amat bermakna kepadaku. Ya, benar katamu, Al-Quran itu pengubat hati jika kita cuba faham dan memahami maksud yang terkandung di dalamnya. Dan pada malam itu juga, dia bertekad, untuk bertaubat dan cuba mengubah dirinya itu. “Mak, semoga dirimu gembira ketika ini”, bisik Syuhada.
******************************************
Merah muka Syuhada. Semua mata tertumpu kearahnya ketika ini. “Aduh, takkanlah aku jadi macam ni pun dorang nak tengok”, ngomel Syuhada. Yang penting, dia ingin berjumpa Syahirul, menarik balik perletakan jawatannya itu.
Tok tok, Syuhada mengetuk pintu. “Masuk”, suara dari dalam mengalukan kedatangan insan yang mengetuk pintu itu.
“Syuhada? Betul ka ini Syuhada”, Syahirul terpana seketika, kemudian tersenyum. Merah padam muka Syuhada dipandang sebegitu rupa.
“Ehem-ehem, jaga pandangan tu, tak baik tau”, Syuhada cuba meredakan gelodak perasaannya yang malu ketika itu.
“Cantik Syuhada hari ini, kan elok bertudung litup, berbaju kurung, berbanding free hair, berpakaian ketat sebelum ini”, balas Syahirul, sambil tersenyum.
“Well, saya datang bukan nak dengar pujian awak ya, saya cuma nak tarik balik perletakan jawatan saya sebelum ini. Tuan, terima kasih atas pesanan tuan sebelum ini, saya tak dapat nak ungkapkan lagi, betapa gembiranya saya sekarang ini. terima kasih tuan”, ada getar di sebalik suara Syuhada. Pesanan dari Syahirul, terngiang di mindanya. “Syuhada, ingatlah, pengubat hatimu tatkala ini adalah Al-Quran, cuba fahaminya, InsyaAllah, tuhan akan membantumu”, itulah pesanan Syahirul kepada Syuhada sebelum ini.
“Kan saya dah kata dari dulu, tak payah panggil tuan, cukuplah dengan Syah, denagn pekerja lain pun begitu juga kan? Anyway, saya pun dah tak tahu mana surat tu, sebab saya yakin, Syu pasti membatalkan niat Syu untuk berhenti. Thanks Syu, welcome back”, Syahirul membalas dengan senyuman yang tak lekang di bibir. Kini dia yakin, apa yang perlu dilakukan selepas ini.
“Sepatutnya saya yang harus ucapkan terima kasih pada awak Syah, memang benar apa yang awak kata selama ini. Terima kasih kerana tidak jemu memberi nasihat kepada saya yang degil ini. Harap awak tak simpan dalam hati sangat, Kalau macam tu, boleh tak saya mulakan kerja saya semula? Atau, saya perlu menghadiri sesi temuduga lagi?”, balas Syuhada dengan senyuman. Tergamam seketika Syahirul, sungguh cantik, desis hatinya.
“Syuhada, sebelum awak pergi, izinkan saya bertanya sesuatu, boleh? Ayah awak sihat? Ada kat rumah tak esok?”, Syahirul terus bertanya, biarpun meminta izin pada mulanya. Baik tak payah minta izin kalau dah tanya terus, bisik Syuhada.
“Opkoz sihat, dan memang kat rumah sajalah, takkan nak hantar ke rumah orang tua pula? Awak nak suruh saya jadi anak derhaka ka pula? Ish, dah baik-baik nasihat orang, ni nak bagi ajaran Ayah Pin versi mana pula?”, bebel Syuhada. Syahirul tersenyum, lazer juga mulut dia ni ya.
“Syuhada, esok saya nak ke rumah awak, saya nak hantar rombongan meminang, harap awak sudi terima lamaran saya, saya nak jadikan awak sebagai isteri saya, InsyaAllah, saya akan jadi suami yang membimbing awak sebaiknya”, tenang Syahirul melafazkan kata-katanya itu.
Syuhada tergamam. Ya Allah, adakah ini hikmah yang kau tunjukkan padaku? Aku bersyukur!
Cap Kaki : (Iaitu) Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram (Ar Raad : 28)
Comments
Powered by Facebook Comments


wah sweetnye cerita ni…alhamdulillah syuhada berubah dan berjumpa calon yg terbaik utk membimbingnya…
cik tom recently posted..Rakyat Kelantan Yang Panas dan Ganas
[Reply]
aretikz Reply:
October 18th, 2010 at 10:38 pm
Haha.. Ni lah percubaan pertama wat cerpen sendiri.. anyway.. thanx.. hehe..
[Reply]
best~ tp cam kurang feeling skit.. maybe aretikz xfeeling sgt kot time wat.. xpe2.. percubaan pertama.. ok la tu.. cuba buat yg lebey baik lg ye?? chaiyookkk~ ^_^
keen~ recently posted..- keterharuan melanda -
[Reply]
aretikz Reply:
October 19th, 2010 at 12:07 am
yup.. saya akui.. kurang feeling.. weehuu.. Keen dapt rsa feeling saya yek? lalalala.. ahakz.. apapapun.. InsyaAllah.. akan wat yg terbaik.. hehe..
[Reply]
keen~ Reply:
October 19th, 2010 at 12:17 am
ha3~ mmg la dpt rasa.. keen kn peminat tegar novel.. so, keen dh bleh dpt detect feeling novelist tu ada ke x.. he3~
xpe2~ aretikz bleh je.. sila letakkn sepenuh feeling kt cerpen akan dtg ye?? gambatte~ ^_^
keen~ recently posted..- keterharuan melanda -
[Reply]
aretikz Reply:
October 19th, 2010 at 12:19 am
as same as me.. ni la kalo wat nak siap jak.. xpa2.. pas ni.. memg try yg terbaik punya.. InsyaAllah.. hehe..
good monink~~ ^_^
xpe2~ pasni pentingkn kualiti drp kuantiti.. chaiiyyoookkk~ ^_^
keen akan tetap jd pengkritik tegar blog vvip keen ni.. kui3~ ^_^
keen~ recently posted..- keterharuan melanda -
[Reply]
aretikz Reply:
October 19th, 2010 at 7:10 am
Monink too.. InsyaAllah Keen.. yup.. kualiti itu lg pntg.. sal tu la tak update pun tak apa.. hehe.. anyway.. thanx..
[Reply]
keen~ Reply:
October 19th, 2010 at 4:34 pm
ha3~ ni ada unsur2 perli dowhhh~ xpe2~ keen elak~ yipppeee~ dah xkena kata2 perlian yg pedas itu.. kui3~ ^_^
keen~ recently posted..- keterharuan melanda -
[Reply]
aretikz Reply:
October 19th, 2010 at 4:36 pm
Ades.. hehe.. xdanya perli dowhhh~ huhu.. xyah la nak elak.. xda perli lgsung.. uhuk2..