Antara Sabar Dan Mengeluh

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.

“Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati.”

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, “Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini.”

Abu Hassan bertanya, “Bagaimana hal yang merisaukanmu?”

Wanita itu menjawab, “Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, “Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?”

Jawab adiknya, “Baiklah kalau begitu ?”

Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua.”

Lalu Abul Hassan bertanya, “Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?”

Wanita itu menjawab, “Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeza. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka.”

*****************************************

Yezza, sememangnya kita seharusnya bersabar dalam apa ujian yang melanda. Itulah dituntut, tidak kiralah macam mana berat ujian yang melanda, hendaklah kita redha apa yang mendatang. Tidak kiralah ketika itu kehilangan orang yang tersayang, dibuang kerja, putus cinta, ditimpa sakit, kerana kita tidak tahu diluar sana, ada lagi orang yang lebih hebat dilanda ujian berbanding yang kita terima. Bersedih itu boleh, tapi biar berpada, jangan sampai kita mengeluh dengan keadaan yang melanda.

Bersabda Rasulullah pula, ” Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka.” (Riwayat oleh Imam Majah).

Dan Rasulullah s.a.w juga pernah bersabda, “Sungguh, besarnya pahala adalah setimpal dengan besarnya cubaan; Dan sungguh, Allah Ta’ala apabila mencintai sesuatu kaum, diujiNya mereka itu dengan cubaan. Untuk itu, barang siapa yang redha maka baginya keredhaan dari Allah, sedang barangsiapa yang marah maka baginya kemarahan dari Allah”, Hadis Riwayat Tirmidzi.

Semoga kita tergolong dalam orang-orang yang bersabar, kerana kesabaran itu sebahagian dari iman.


Cap Kaki : Sabariah, Oh Sabariah. Eh?


WriTe WhaT I WanT  ~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe


Ini juga ceriteranya
  • Kebiasaan Wanita Pakai Tudung… Tapi…
  • Istighfar – Kelebihan Yang Tidak Dipandang
  • Hilang Syarat Kerana Paksaan
  • Pengalaman Untuk Bertindak Bijak
  • Tatkala Istikharah Mengharap Petanda

Comments

Powered by Facebook Comments

About aretikz

~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe
This entry was posted in Ceritera Ilmiah and tagged , , . Bookmark the permalink.

13 Responses to Antara Sabar Dan Mengeluh

  1. keen~ says:

    bersabarlah.. kerana Allah xkn menguji sesuatu kaum itu kecuali yg termampu olehnya.. ayat biasa, ada hikmah di sebaliknya~ ^_^
    keen~ recently posted..- keterharuan melanda -

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Yup.. Jelas terang dan nyata pada pengakhiran surah Al-Baqarah itu.. Hehe.. Setiap kejadian ada hikmah kan.. bersabarlah yg terbaik.. hehe,,

    [Reply]

  2. cik tom says:

    berusaha menjadi orang yang sabar ;) cik tom recently posted..Rakyat Kelantan Yang Panas dan Ganas

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Yup.. Sabar kan separuh dari iman.. :D

    [Reply]

  3. ~kax menyonteng komen d en3 echek aretikz peagi buta neh sambil stdy~

    teguran untuk reply komen enchek aretikz dri cik tom:
    “sabar itu sebahagian sahaja dari iman”.. kalau separuh dari iman kita d laksanakan adalah dgn berkahwen, separuh lagi tgl kita cari sendiri~
    but b4 kita nak capai separuh dri iman tu, banyak sangat ujian yg ALLAH beri~ mcm ayat familiar yg keen komen.. bersabar lah~ ALLAH xkan uji sesuatu kaum itu melainkan yang termampu oleh nya~ jangan d ingat jalan lurus tiada onak n ranjau yg berduri~ so, jalan strght, dun belok2~ eh salah~ jalan strght, no turning bck wif millions preparation to face de test~ moga ALLAH permudahkan segala urusan~ komen yang agak sederhana pendek nya~ ngeeee~ ^^, maaf~
    siti nur kaxzmilah recently posted..AL-QURAN PALING LAMA

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Sebenarnya.. mana part teguran tu lai? hehe.. Tapi. napa part kawen jg yg mncul? hehe.. Iman kita.. sesuatu yang kompleks dan hanya tuhan yg tahu pasang surutnya ketika itu.. dan sememangnya kita akan sentiasa diuji tak kira ujian itu kesenangan ataupun kesusahan.. xkiralah separuh ka, sesuku ka, sebulat ka. sntiasa kita diberi ujian.. yg pntg.. kita sntiasa ingat dganNya.. kerana dariNya ujian itu dan kepadaNya kita memohon keredhaan.. ades.. ada lg maaf.. haha.. ilek2 lok.. ahakz..

    [Reply]

  4. nia_oii says:

    hoho..sabar itu separuh dr iman

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Yup.. hehe.. dlm iman ada sabar.. hehe..

    [Reply]

  5. urmmm~ ok~ kax balas balik ek~

    hari ne kax ngn budak2 uma kax g mkn d luar ngn family agkt kax~ tym tggu mknn nk smpai tu, kax tnya la abah kax pasal sabar ne~ kih3~ nk minta jawpn pasti lgi la~ sabar tu sbnr nya bukan sebahgian dlam iman ok~ ngeee~ tapi dgn b’sabar tu masuk dalam kalangan orang beriman gak sbb nya sabar ne kire ujian yg ALLAH beri ngan kita n nk tgk kita ne bole bersabar ke x ngn ujian ALLAH~

    pasal khwen lak~ ada dalam hadith ok~ hak3~ dalam hadith Nabi SAW mengatakan bahawa, jika kita berkahwin maka terlaksana la separuh daripada iman kita~ ne abah kax la yang kasitau~ sblom terlaksana nya khwin tu, byk dugaan n cbrn la~ termasuk dalam sabar juga~ kira b’link juga la~ ~_^
    siti nur kaxzmilah recently posted..AL-QURAN PALING LAMA

    [Reply]

    aretikz Reply:

    sma la juga kan? dalam hadis sabar itu separuh dari iman..sama jg dgn part kedua yg kazx tergkan.. hehe.. so xda beza pun.. dats mean bila kita brsabar.. kita ni trmsuk golongn briman.. jd.. ngamla sabar itu sparuh dari iman.. kan3x? hehe..

    [Reply]

    siti nur kaxzmilah Reply:

    tapi abah kax bilang sabar tu tidak pon separuh dari iman pon~ :P sbb nya iman ne merangkumi banyak aspek dalam kehidupan kita~
    siti nur kaxzmilah recently posted..AL-QURAN PALING LAMA

    [Reply]

    aretikz Reply:

    hehe.. terpulang pada penafisran kita juga.. lgpun.. hadis yg ckp mcm tu.. bukn sya.. hehe.. memg iman ni bnyk mergkumi.. sdgkan nak buang duri tgh jalan pun kira sbhagian dri iman.. kan? hehe..

  6. Pingback: Beza Bercinta Sebelum Kahwin Dan Couple | SeGaLa CeRiTeRa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: