Sesat Di Kampung Sendiri
Hari ini tak pula terfikir nak update, tapi tiba-tiba timbul pula idea. Masa mandi petang lagi tu. Balik-balik idea datang masa mandi, asal mandi keluar idea, asal mandi kuar idea, asal kuar idea jak mandi, ahakz. Syukurlah, masih dikurniakan idea untuk menulis, kan? Yang ini teringat masa kecil-kecil. Umur masa tu 3 tahun mungkin, sal masa tu lum pergi taski lagi, emak aku hantar pegi taski masa umur 4 tahun, berperap dua tahun dalam taski, sebelum masuk darjah satu umur 6 tahun, awal sekolah wei, ahakz. Ni cerita kat kampung sebelah mak, nama kampung tu, Kampung Bayangan, kalau ada yang ambil perhatian masa 2002, kampung aku dinobatkan kampung tercantik GDW 2002, fuh, bangga seh. Nui, jangan ko jeles sana aa, har3x~
Berbalik kepada penceritaan asal, masa kecil, aku ni suka sangat berkunjung rumah sepupu aku sorang ni. Nama dia Anuar. Banyak aktiviti kami buat, yalah, dah nama kampung, macam-macam boleh dibuat, tapi paling selalu bermain jak kerja, ahakz. Tapi selalunya kami main sekitar rumah dia saja, tidak pun rumah nenek aku, beberapa puluh meter dari rumah sepupu aku ni. Tak pernah kami main jauh-jauh, masih kecil lagi kan, sekitar di sana jak lah. Sekali satu hari ni, lepas main jadi-jadi atau nama lainnya main kejar-kejar, terasa nak jadi adventurer la pula. Apa lagi, jalan-jalan lah kami sekitar kampung dengan beraninya. Tapi kami tak jalan ikut jalan raya, kami ikut jalan sendiri, tembus rumah orang, masuk belukar, best woo.
Sekali dah lewat petang, na, bingung sudah, mana tidaknya, tak tahu jalan balik ni, ades. Kami pun tidak tahu mana sudah kami masa tu, haha. Nasib lelaki eh, kalau perempuan, opkoz nangis, haha. Masa tercari-cari jalan pulang ni, nasib ada makcik entah siapa tu. Rasanya macam pangkat nenek juga kali, haha. Tahu apa kami buat? Na, menanya kami makcik tu, macam mana mahu balik rumah, haha. Nasib makcik tu kenal bapa sepupu aku ni, merangkap pakcik aku, kalau tidak, habis. Tahu-tahu, mana dia tidak kenal, bukan jauh pun rumah sepupu aku dari tempat kami tu, ingatkan jauh berjalan, rupanya masih dekat, bikin malu eh, gaga~ Tapi masih budak lagi, cool, haha.
Susah juga kan kalau sesat di kampung sendiri ni? Tapi lagi bisa kalau sesat dalam agama sendiri. Biasa berlaku sekarang ni, masih tersesat dalam kekalutan yang dicipta dirinya. Padahal agama yang kita ada hendaklah kita tahu selok beloknya. Kalau tidak tahu, kita bertanya kepada yang tahu, jadi dia akan bawa kita ke tempat kita berada sebelum sesat. Dan kepada kita pula yang setakat ini masih belum berada kesesatan yang nyata, kita bantulah mereka yang memerlukan bantuan. Jika rasanya tidak mampu, kita doakan lah mereka agar dikurniakan hidayah, amin.
Aku pun nak improvemize diri ini, supaya tak sesat yang nyata. Yang tidak nyata, sememangnya berlaku dalam keadaan tidak sedar, yang penting, sentiasa berdoa memohon keredhaannya, dan banyak-banyak kita beristigfar. Apapapun, ni cerita bukan rekaan, betul-betul punya, dan aku bangga aku sesat di kampung, har3x~
“Apakah kamu tidak memerhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang telah diturunkan kepada kamu dan apa yang diturunkan sebelum kamu? Mereka hendak berhakim kepada Taghut, pada hal mereka telah diperintahkan agar mengingkari taghut itu. Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka sejauh-jauhnya.”- Surah an-Nisa’: ayat 60
Cap Kaki : Bestnya zaman budak-budak kat kampung, ahakz.
Comments
Powered by Facebook Comments


haha.. sesat kat kampung? standard la klu umo cam gitu.. main je tahu..
well sesat agama ada U-Turn.. kita yang tak sesat ni.. kena beringat la dan cuba tarik orang yang sesat tu buat U-turn
[Reply]
aretikz Reply:
October 21st, 2010 at 9:38 pm
Itula.. jadi adventurer yg sesat.. hehe..
Yup.. yang menyimpang kita patut tarik balik.. dan semoga kita tidak tersesat dalam sesat yg nyata..
[Reply]
hehe..xsangka tersesat kampung sendiri..tp ni punye cerpen cam versi sabah je.haha..
cik tom recently posted..Rakyat Kelantan Yang Panas dan Ganas
[Reply]
aretikz Reply:
October 21st, 2010 at 9:57 pm
Hehe.. bru perasan.. kuar gaya sabahan.. hehe.. bginila cerpen sabahan.. ahakz..
[Reply]
kg ko mimang..
bnyk simpang sana sini.
sodara sy pnya umah sna pn sy x ingt sda d mana..
tlmpau padat..hohoh..buleh silap umah ooo..hek4
alahh fb mobile kan ada..bila2 buleh update status…
miuhahaha
nui recently posted..EXam is Around the corner-
[Reply]
aretikz Reply:
October 21st, 2010 at 10:01 pm
uikz.. itu ikut jln rya ko pun bole xingat? ni org adventurer mna ikut jln rya.. ahakz..
[Reply]
nui Reply:
October 21st, 2010 at 10:53 pm
ohh lupa.
itu cerita ya btahun2 dhulu..
tulah pasal x ingt..hekhekhek
nui recently posted..EXam is Around the corner-
[Reply]
aretikz Reply:
October 21st, 2010 at 10:57 pm
ades.. ahakz.. ko memg.. ingatkan yg bru2.. gaga~
biar sesat jalan.. jgn sesat akidah!! bhy2~ ^_^
keen~ recently posted..- mari bercerita tentang sahabat -
[Reply]
aretikz Reply:
October 22nd, 2010 at 10:02 am
Macam kenal jak ayat tu? ahakz.. lalalala..
[Reply]
keen~ Reply:
October 22nd, 2010 at 10:09 am
ha3~ mana kenal?? =.=”
keen~ recently posted..- mari bercerita tentang sahabat -
[Reply]
aretikz Reply:
October 22nd, 2010 at 10:14 am
Ececeh.. saja tak nak sbut.. nnti kwn Keen terbatuk2.. ahakz..
TK sesat dalam ilusi sendiri..
toyol recently posted..BILA LELAKI MULUT BERGULA
[Reply]
aretikz Reply:
October 22nd, 2010 at 11:51 am
Jika ilusi peuh kebaikan.. apa salahnya.. hehe..
[Reply]
aku sesaT pai sekarang tak balik2 lagi
miahahahaa
[Reply]
aretikz Reply:
October 22nd, 2010 at 1:24 pm
Hehe.. nak mnta tnjuk arah jalan ker? ahakz..
[Reply]
haha..sesat dijalan yang benarkah?
ade ke kt kg pun sesat..heeeee
echah mashuri recently posted..gila tergila digilakan mengilai
[Reply]
aretikz Reply:
October 22nd, 2010 at 1:26 pm
Hehe.. Nasib ada yg sudi tunjukkan jalan yg benar.. hehe…
Lum expert kan kat kampung tu.. budak2 msih.. hehe..
[Reply]