Kita Semakin Muda

Jam 7.30 malam hari Selasa ini, Juara Imam Muda sudah ada rancangan baru, Soal Asyraf. Pergh, episod 1st bicara dakwah dalam laman sosial. Tapi cerita Imam Muda ni tiada kaitan tajuk entri di atas ya. Satu perkara yang saya nak cakap, dengan penuh sopan santun dan tegasnya, kita ni kan, umur semakin muda. Umur kita bukan semakin tua, betul, tak tipu. Nak aku nyanyi lagu Datuk Siti Nurhaliza yang percayalah, hati mula merasakan, eh?

Wokey, napa aku cakap kita semakin muda. Sebab umur kita makin pendek. Dah nak mencapai status expired. Kan masa muda kita masih lagi baru umur-umur yang baru kenal dunia. Bila dah tua umur kita orang cakap panjang. Hakikatnya, masa muda umur kita masih panjang, masa kita tua umur dah makin pendek. Setakat ni pening tak? Opkoz ada yang pening, tapi itulah hakikat, kita semakin muda. Sebab itu bila makin kenal dunia, kita makin demand lebih, sebab kita tahu, umur kita dah makin pendek, dan orang “muda” yang selalu begini.

Allah berfirman, “Demi masa! Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka berpesan-pesanan dengan kebenaran serta berpesan-pesanan dengan kesabaran”. (Surah Al-Asr 1-3). Anda boleh nampak sendiri, Allah sendiri mengingatkan kita tentang masa. Bagaimanakah pengisian kita terhadap masa yang ada? Ingat, umur kita bukan makin panjang.

Sedangkan Imam Syafie ketika mengulas mengenai surah ini, beliau berkata, “Andaikata tidak diturunkan apa-apa surah kecuali surah ini, ia sudah cukup bagi manusia kerana isinya merangkumi ilmu-ilmu yang terdapat dalam al-Quran”. (al-Asas fit Tafsir,  jil. 11, ms 6667). Tambahan daripada itu, Imam Tabrani meriwayatkan dalam al-Awsath dan Baihaqi dalam asy-Sya’ab, jika dua orang sahabat Nabi bertemu mereka tidak akan berpisah tanpa membaca surah ini disusuli dengan memberi salam.

Dipesan di dalam surah itu sesuatu bentuk yang nyata, yakni kita sentiasa di dalam kerugian, melainkan kita mengisi masa dengan sebaiknya. Selain itu kita hendaklah berpesan-pesan mengenai kebenaran, sebagai peringatan sesama kita. Umur kita semakin muda, bukan semakin tua yek, seram juga sebenarnya aku tulis ni, apapapun, semoga kita sentiasa dirahmatinya dalam apa jua yang kita lakukan, kerana segala perlakuan kita itu menggunakan masa.

Ingat 5 perkara Sebelum 5 perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua,
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati

Cap Kaki : Selamat Hari Lahir Buat Keen, dan Selamat Hari Lahir juga wat adik aku, Nurfadhillah Sahmain, 27/10.


WriTe WhaT I WanT  ~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe


Ini juga ceriteranya
  • Dia Antara Tokoh Terulung
  • Doakanlah Aku Dapat Hidayah Ya?
  • Cerita Agama? Not My Taste Ok!
  • Damba Cintamu
  • Tatkala Istikharah Mengharap Petanda

Comments

Powered by Facebook Comments

About aretikz

~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe
This entry was posted in Ceritera Ilmiah and tagged , . Bookmark the permalink.

6 Responses to Kita Semakin Muda

  1. oh my adik tersayang befday nya 26 oct 1991~ my pren mira pon dis day 26 oct 1990~

    wish my my adik, mira n keen~

    ” selamat menyambut hari tym d lahir kan”~ dengan bertambah nya umur, bertambah juga amalan maka berkurang la umur kita hidup d dunia ne~ semoga sentiasa bahagia d bawah lembayung kasih syg ALLAH~ amin~ moga ALLAH redha~ :-) siti nur kaxzmilah recently posted..bOy-coLour

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Amin.. yang terbaik buat mereka.. hehe..

    [Reply]

  2. cik tom says:

    thanks for sharing..kadang2 kita manusia mudah terlupa..happy besday keen n fadillah ;) cik tom recently posted..Rakyat Kelantan Yang Panas dan Ganas

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Berpesan-pesan sesama kita.. hehe.. Thanx 4 my sister.. hehe..

    [Reply]

  3. keen~ says:

    ehhh..?? xbc rupanya en3 ni.. ekekekeke~ patot la encik aretikz marah.. huk3~ sorry ye.. penat2 wat en3, tp keen xbc.. bz lorh~~ ni baru lega~ wahhhh~ mekasih ye sbb glamor keen kt blog ni.. makin glamor la keen yg dh sedia glamor ni pasni.. ha3~ ^_^
    keen~ recently posted...: hari ini dalam sejarah.. :.

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Haha, tiada marah la Keen. Its okay :) Bila lagi nak glamourkan Keen. Manatahu bintang 3 muncul. ahakz.

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: