“Ustaz, saya dan tunang saya sudah hampir ke tarikh pernikahan kami. Tetapi tunang saya telah secara mendadak memutuskan pertunangan kami. Beliau bermimpi melihat seorang perempuan lain dan setelah beristikharah, beliau yakin perempuan itu adalah pilihan sebenarnya kerana ia muncul dengan petunjuk Allah. Bagaimana pandangan ustaz? Saya dan keluarga saya serta keluarga tunang saya sangat terkilan. Apakah benar saya sudah dikeluarkan daripada petunjuk Allah? Di mana silap saya, ustaz?”
Ouh, jangan silap faham, aku bukan ustaz yang dimaksudkan. Tidak layak ku dipanggil ustaz, ahakz. Ini cebisan kisah dari artikel “Fitnah Petunjuk Istikharah” dari Ustaz Hasrizal. Istikharah dalam istilah lain dikalangan kita adalah meminta Allah memberi petanda terhadap sesuatu permasalahan, atau lebih menjurus kepada “Memaksa” Allah membuat pilihan untuk kita. Berdasarkan pengharapan sesuatu petanda tersebut, kita menganggap itulah pilihan yang telah Allah berikan pada kita. Semestinya petanda itu boleh memberi bahaya, kerana mungkin petanda itu menyebabkan kita terfikir tunang orang, suami orang dan yang lebih parah, isteri orang.
Istikharah Perlu Difahami
Maksud Istikharah ialah kita meminta bantuan Allah dalam membuat pilihan dalam pelbagai perkara dan urusan. Menurut hadith yang dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam Sahihnya dengan sanadnya daripada Jabir radhiyallaahu ‘anhuma, beliau berkata:
Daripada Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam Baginda bersabda:
Apabila sesiapa daripada kalangan kamu diberatkan oleh sesuatu maka hendaklah dia Rukuk dengan dua Rukuk (mengerjakan Solat dua rakaat) yang selain daripada Solat yang Fardhu (yakni mengerjakan Solat dua Rakaat dengan niat Istikharah).
Kemudian hendaklah dia berdoa: Ya Allah, aku beristikharahkan Engkau dengan ilmu-Mu dan aku juga memohon ketetapan dengan ketetapan yang bersandarkan kurniaan-Mu yang Maha Agung. Engkaulah yang Maha Menetapkan sedangkan aku tidak mampu untuk menetapkan. Engkau Maha Mengetahui dan aku pula tidak mengetahui. Engkaulah yang Maha Mengetahui akan perkara-perkara yang tersembunyi. Ya Allah, jika pada ilmu-Mu sesungguhnya urusan ini adalah baik untukku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan datang), maka tetapkanlah ia untukku dan mudahkanlah ia bagiku. Kemudian berkatilah bagiku di dalam pilihan ini. Dan andaikata pada ilmu-Mu sesungguhnya hal ini adalah buruk bagiku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan akan datang), maka hindarkanlah ia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya. Tetapkanlah bagiku kebaikan dan jadikanlah aku redha dengannya.
Ketenangan Membuat Keputusan
Berdasarkan hadis di atas, kita memohon Allah memberikan kita yang terbaik semasa kita membuat pilihan terhadap sesuatu perkara. Kerana Allah mengetahui apa yang tersirat di dalam setiap sesuatu kejadian. Yang berlaku pasti ada hikmahnya. Tatkala kita masih ragu-ragu dengan pilihan yang ingin dibuat, laksanakanlah lagi solat tersebut. Tidak ada masalah untuk melakukannya berulang kali, sehingga kita beroleh ketenangan ketika membuat keputusan. Menurut al-Imam al-Nawawi, seseorang yang melakukan istikharah, maka dadanya akan terbuka luas untuk sesuatu urusan, malah dia akan terlihat kebaikan pada perkara yang akan dilakukan atau sebaliknya.
Secara amnya, kita timbang tara setiap keputusan yang dibuat, dan untuk memudahkan kita menyakini keputusan yang ingin dilaksanakan, seelok-eloknya mintalah pandangan kepada mereka yang kita percaya dan mampu memberi pendapat dengan baik terhadap perkara tersebut. InsyaAllah, keputusan mana yang kita rasa terbaik, itulah yang kita ambil. Bukannya menanti petanda dan berkata “Allah telah menunjukkan bahawa itu yang perlu dilakukan”. Dikhuatiri syaitan yang memberi petanda yang kita harapkan, kerana pilihan yang kita inginkan selalunya yang menyalahi tuntutan iman kita.
Satu petikan dari artikel tersebut ialah Tambahan pula dalam keadaan jiwa anak muda yang selalu lemah untuk menolak kehendak diri dan sering terdorong mengikut kemahuan. Jiwanya tidak bulat meminta kepada Allah, sebaliknya bermain helah untuk mengharapkan Allah menyokong kecenderungan dirinya sendiri. Tatkala mana kita mengharapkan petanda adalah berharap Allah menunjukkan petanda yang sesuai dengan kemahuan kita. Bukannya berdasarkan timbang tara akal fikiran dalam melaksanakan sesuatu keputusan.
Istikharah Memohon Keredhannya
Setelah Solat Istikharah dilakukan, kita berharap keyakinan untuk melakukan keputusan tanpa perlu menanti petanda dariNya. Apa yang terjadi selepas itu pasti ada hikmah, samada berbentuk nikmat atau ujian. Bersangka baik sesuatu pilihan, selagi pilihan itu berada di jalanNya, dengan berlandaskan iman, bukan nafsu yang membuak-buak. Ubah mentaliti tentang mengharap mimpi datang, atau petanda berdasarkan keadaan, kerana kita yang membuat keputusan, dan tuhan yang menampakkan hasil di sebalik pilihan. Petunjuk itu memang ada, cuma jangan menantinya serta mengharapkannya, hindarinya, kerana syaitan berusaha mengambil kesempatan pada dalam kesempitan. Berhati-hati dengan pilihan kita, jika memudaratkan, penuh keburukan, jelas sekali, bukan dariNya, melainkan syaitan yang berusaha menyesatkan kita.
Apa sahaja pilihan yang dibuat, redha dengan ketentuannya. Kerana ketentuan itu adalah petunjuk dariNya juga. Firman Allah “..Mungkin kamu benci pada sesuatu, sedangkan ia lebih baik bagimu, mungkin juga kamu cintai sesuatu, sedangkan ia mudarat bagimu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak” (Al-Baqarah : 216). Untuk memahami dengan lebih mendalam, klik sahaja Fitnah Petunjuk Istikharah.
Cap Kaki : Saya yakin dengan keputusan saya, saya kunci lirik ini!
Comments
Powered by Facebook Comments


mudah2an Allah swt sentiasa memberi petunjuk kepada kita semua..
aYaz recently posted..Si Kembang
[Reply]
aretikz Reply:
October 28th, 2010 at 7:03 am
Amin
[Reply]
Mudah-mudahan Allah swt memberi petunjuk atas masalah ku ini.. huhuhu… Uiii… Sy boring…
[Reply]
aretikz Reply:
October 28th, 2010 at 8:57 am
Amin.. ahakz.. erk? jadi? Ym bilang? gaga~ Line kena blok cik adikku.. ahakz..
[Reply]
Cik Eija Reply:
October 28th, 2010 at 9:48 am
kami pn Ym kena blok juga…adoiii… Tapi…fesbuk x pulg kena blok 2 ari ni… hehehe
[Reply]
aretikz Reply:
October 28th, 2010 at 10:16 am
Bagusnya mu lai.. aku kemarin petang tiba2 xdpt tembus Fb.. Nasib aku pekerja yg cemerlang.. kerja2.. haha..
salam..
semoga allah memberi petunjuk kepada kita amin,
amysyaquena recently posted..KUDA PUTIH DAN SPEAKER MASJID
[Reply]
aretikz Reply:
October 28th, 2010 at 11:37 am
InsyaAllah.. amin =)
[Reply]
kunci lirik?? ktne?? bintang 4 ke?? hohoho~ ^_^
keen~ recently posted...: hari ini dalam sejarah.. :.
[Reply]
aretikz Reply:
October 28th, 2010 at 5:33 pm
Suka tul dia part Cap Kaki.. Tapi bila en3 sebut nama dia. takpula komen apa2. ahakz.. Yang ada bintang 3 jak.. jgn tmbh bintang 4.. haha..
[Reply]
keen~ Reply:
October 28th, 2010 at 9:47 pm
ha3~ ow ea?? jgn mrh~ xpasan la plak.. btw, sape start men komen tapak kaki dulu?? kamu kn?? hohoho~~ opsss~ bintang 4 pon ada ye.. jgn xngaku plak.. kang keen teriak nama sbnr dia kt sini.. ha3~ ni ugutan ye! ^_^
keen~ recently posted...: hari ini dalam sejarah.. :.
[Reply]
aretikz Reply:
October 28th, 2010 at 10:15 pm
Aikz2, haha. Pembalasan si pitung ka pula? haha. Opkoz xngaku, jatuh saham saya nanti, jangan. Har3x~ Ehem2, bintang 4 tu pun sama bilangan dengan Keen tau, har3x~
mendalamnya entry kali nie..
hurm..semoga kt semua dipermudahkan utk membuat keputusan yg terbaik dlm hidup..amin..
cik tom recently posted..Ini Bukan Entry Lucah
[Reply]
aretikz Reply:
October 28th, 2010 at 10:16 pm
Erk? Mendalam ka pula? hehe.. Yup, semoga mendapat yang terbaik dariNya. amin..
[Reply]
Pingback: Entri Dalam Entri | SeGaLa CeRiTeRa