Pengalaman Untuk Bertindak Bijak

“Apa salahku Seha, dah sepuluh kali aku putus cinta”, luah Ika kepada sahabatnya itu. Air mata bergenang menahan perasaan kecewa kepada insan yang bernama lelaki.

“Kau dengar tak ni Seha? Kenapa kau wat dek jak? Sedih aku tau”, rajuk Ika, setelah Seha langsung tidak memberi reaksi terhadap luahan Seha.

“Kau tahu tak napa aku tak bagi respon? Dah sembilan kali ko punya cerita ni sama jak. Terima lelaki macam tu, cinta-cinta, gaduh-gaduh, putus. Kalau dah tahu ending macam ni napa masih terima juga cinta lelaki ni?”, Seha mula melampiaskan kata-kata sinis kepada Ika, ni namanya konsep tambah masalah pula.

“Ish, kau ni, kau tu tak pernah kapel, mana kau tahu hati aku macam mana, aku cinta bukan suka-suka, hingga nak ke jinjang pelamin kau tahu tak? Tapi semua lelaki sama saja, tahu mainkan perasaan wanita saja, aku benci lah macam ni”, balas Ika sambil kegeraman dengan sikap sahabatnya itu.

“Kalau dah tahu cinta tu bukan tuk suka-suka, suruh jak lelaki yang betul-betul serius pinang kau, naik juga ke jinjang pelamin. Dah 10 kali kapel, tak juga ambil belajar dari pengalaman. Pengalaman sepatutnya buat otak ko tu berfikir bijak, bukan untuk mengharap benda tu tak berulang. Syaitan paling suka orang yang suka mengharap tanpa berfikir, apatah lagi berusaha. Ko kapel-kapel ni bukan dapat apa pun, dapat dosa adalah, nasib tuhan masih sayang kau, kalau tidak, agaknya tak tahulah apa nak jadi kalau syaitan sahaja yang sayang kau”, Ouch, pedas sungguh nasihat Seha. Ika mula termenung memikirkan kata-kata sahabatnya. Benar, dia sahaja yang tidak pernah berfikir disebalik kepahitan kisah silamnya itu.

“Dah, jangan buat muka monyok, sama-sama kita bermuhasabah diri, setiap kejadian ada hikmahnya, tidak kiralah yang baik mahupun yang buruk, yang penting, kita belajar dari pengalaman, kerana dengan belajar ia memmbuat kita untuk bertindak bijak. Ni, kau baca baik-baik buku aku baru beli, panduan baik punya untuk kau, best, harap-harap kau tak marah ya, aku cuma bertindak sebagai kawan yang baik, biarpun aku punya kekurangan juga, manatahu aku lain kali ada prob, ko pula yang bantu”, Seha tersenyum sambil menghulurkan buku Trilogi Aku Terima Nikahnya kepada Ika. Ika membalas senyuman Seha, dan dia bersyukur, punya kawan sepertinya.

********************************************

Saja jak reka cerita tu, bukan experience aku aa, gila putus cinta sepuluh kali? Mungkin ada kali yang pernah rasa, ahakz. Just mukadimah bagi kita, untuk meransang pemikiran kita, ibrah pada setiap kejadian silam kita sendiri. Kebanyakkan kita kalau bab pengalaman yang pahit, konfom cuba nak lupakan, tapi semakin dilupakan, semakin benda tu datang, dan semestinya, masa itu peneman setia dalam menghilangkan keperitan kita. Berlainan memori daun pisang, yang manis mesti tersenyum-senyum bila memikirkannya. Persoalannya, adakah masa silam ini kita sekadar kenang, atau kita ambil iktibar pada setiap yang berlaku?

Kesalahan Konsep Learn From Experience

Orang selalu berkata, pengalaman adalah guru terbaik kita. Benar, cuma dari pengalaman yang mengajar itu, apabila kita merasai sesuatu situasi yang sama cuma berlainan keadaan, selalunya, kita akan takut dan menyalahi masa silam kita. “Oh, kenapa benda ni berlaku lagi” “Aku dah malas nak mengajar student kalau macam ni juga fe’el mereka” “Asal berniaga ada saja orang dengki, baik tak payah nak berniaga kalau balik-balik orang tabur fitnah kat aku” dan macam-macam lagi ayat putus asa, hanya kerana pengalaman yang “mengajar” itu.

Sedarlah, pengalaman bukanlah benda untuk kita kenang dan berharap ada perubahan, tetapi untuk kita bertindak bijak menangani situasi tersebut. Tidak akan berubah walau satu hama pun jika pengalaman itu hanya sekadar “mengajar” kita erti trauma. Trauma terhadap pengalaman sendiri, menghalang perkembangan pemikiran hidup kita.  Kita hendaklah belajar dari pengalaman, bukannya pengalaman yang mengajar kita. Dua konsep yang berbeza, diantara mengajar, dan belajar. Kerana mengajar membuatkan kita terbiasa dengannya, berbanding kita yang belajar, akan membuka minda kita. Saya suka membaca artikel Ustaz Hasrizal dalam penulisannya, kerana banyak yang ditulis berdasarkan pengalaman, dan dari pengalaman beliau belajar. Dan dari pengalaman yang dipelajari, minda kita akan berfikir sesuatu diluar kotak, seperti mana ketika aku membaca pertama kali hasil tulisannya yang sold out, Aku Terima Nikahnya.

Bayangkan seorang guru mengajar anak muridnya, dan setiap kali dia mengajar, kerenah anak muridnya sama, tidak pernah mengambil perhatian. Pengalaman yang “mengajar” akan menjadikan seorang guru, tatkala dia berbicara tentang anak muridnya dia akan berkata “Murid-murid ni memang begitu, tak pernah pun ambil perhatian di kelas, biasalah tu, apa nak dihairankan”, berbanding guru yang belajar dari pengalaman “Aku rasa nak buat macam ni, kalau cara sebelum ni buat mereka kurang ambil perhatian”. Beza bukan? Kerana pengalaman yang mengajar membuatkan kita terbiasa, manakala kita belajar dari pengalaman untuk melakukan insiatif, yakni bertindak bijak dalam setiap perbuatan.

Sebab itu setiap kejadian ada hikmahnya, kerana pengalaman itu untuk kita belajar, bukan untuk mengajar kita. Diceritakan kisah-kisah para rasul terdahulu untuk kita belajar, kita kaji, kita selidiki, yang menyebabkan kita berfikir dengan bijak. Kalau hanya sekadar mengajar, kita hanya akan nampak bala-bala yang diturunkan kepada mereka yang ingkar, kerana itu jelas dalam Al-Quran. tetapi yang tersirat? Contoh, jika kisah Lut diambil iktibar, jika kisah itu memberi pengajaran, kita hanya akan cakap jangan nak lakukan benda ehem-ehem dengan sejenis, tuhan murka. Namun, kalau kita belajar lagi, banyak benda tidak elok akan berlaku, seperti Aids, tidak akan ada zuriat, dan pelbagai masalah yang akan timbul.

Apapapun, biarlah pengalaman itu untuk kita belajar, belajar untuk kita bertindak bijak, bukannya untuk membiasakan diri kita tentang istilah “Trauma pengalaman”. Wallahualam.

Cap Kaki : Trilogi Aku Terima Nikahnya dah ada, tapi limited edition.


WriTe WhaT I WanT  ~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe


Ini juga ceriteranya
  • Kebiasaan Wanita Pakai Tudung… Tapi…
  • Hilang Syarat Kerana Paksaan
  • Islamic Fashion Show Yang Menyeramkan
  • Cerita Panas Artis Bertudung!
  • Istighfar – Kelebihan Yang Tidak Dipandang

Comments

Powered by Facebook Comments

About aretikz

~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe
This entry was posted in Ceritera Ilmiah and tagged , , . Bookmark the permalink.

14 Responses to Pengalaman Untuk Bertindak Bijak

  1. nui says:

    ko tau..
    sy ada sorg kawan cmni..
    asal chat pasal cerita ni jak..
    adoii na..lama2 sy cakap..
    padan muka..
    kotoh! haha
    nui recently posted..Kisah Benar

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Erk? haha.. Ko ni memang.. haha..

    [Reply]

    nui Reply:

    yalah mau kasi nasihat bnyk2 pun
    nanti2 kapel lg putus lg..
    ulang lagi balik..
    xpndai insaf..aiyakkk

    [Reply]

    aretikz Reply:

    ko beli jak buku tu.. hadiah kat dia.. pastu suru dia byar balik.. eh? haha..

  2. keen~ says:

    ala.. wat la cap kaki yg best skit.. yg bleh kaurkn adrenalin… ha3~ ^_^
    keen~ recently posted..- korang add la mukabuku keen ye -

    [Reply]

    aretikz Reply:

    nah.. dihindustankan suda ayat kuar.. jadi anil kaur.. ahakz.. saja jak.. supaya orang tgk en3.. lalala..

    [Reply]

  3. cik tom says:

    xsihat ni..tp cik tom gagahkan jgk bc entry ni..alhamdulillah berinformasi..ciktom putus cinta sekali je..so xterasa…haha…yup kita kena belajar dr pengalaman supaya menda tue xberulang/cuba kita hindari..supaya yg terbaik..nk komen pjg lg tp otak blur….ni kes marathon bc egbb la..otak dah jd KO..hahahaha~
    cik tom recently posted..Ini Bukan Entry Lucah

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Ades.. xsihat bejaga malam.. bwa2 berehat cik tom.. hehe.. erk? haha.. saya pun xpernah yek.. har3x~ yup.. belajar spya bnda tu tak jd dua kali.. apapapun.. egbb tu last minit bru undi.. sal bz la pula.. ahakz..

    [Reply]

  4. Cik Eija says:

    Sy mcm terasa….mo pinjam bahu dulu….huwaaaaa….. T_T
    Cik Eija recently posted..Pagi tu buta!

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Erk? Terasa? errr.. haha.. ilek2 lai.. belajar dri pengalaman ye dik.. hehe..

    [Reply]

  5. Hikari says:

    Hai, lama tak singgah blog Aretikz :)

    Bagus tajuk perbincangan Aretiks kali ni. Buat saya berfikir…

    Memang kalau orang kata belajar dari pengalaman, maksudnya kalau buat kerja tak menjadi, kaji di mana salahnya. Kemudian ubahsuai tindakan, buat eksperimen dan tengok hasilnya. Ulang sampai berjaya.

    Tapi dalam tak sedar ada pula maksud lain iaitu trauma dengan pengalaman lampau ya.

    Saya tak ada pengalaman bercinta tapi saya rasa lah, salah satu sebab kenapa mereka termasuk dalam kategori yang kedua ni ialah kerana mereka sebenarnya tak cukup serik lagi dan enggan menerima kenyataan.

    Tapi lama-lama mesti penat kalau asyik trauma je kan. Jadi bila dah bosan, mereka akan mula cari jalan untuk atasi masalah ni dan mahu tak mahu mereka akhirnya akan termasuk juga dalam kategori mereka yang belajar dari pengalaman dalam konteks yang pertama.

    Saya cakap macam ni sebab saya pun pernah dan selalu juga trauma hahaha :D Harap-harap lepas ni saya menjadi manusia yang lebih bagus.

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Thanx, hehe. Saya setuju dengan komen Hikari, tetapi yang menakutkan bab bosan ni, kadang2 mereka ambil jalan mudah, yelah, mahu yang senang, dan bila mahu senang inilah yang boleh membahayakan tahap pemikiran mereka. Mereka akan lebih tenggelam dalam konsep kedua berbanding cuba memikir yang sepatutnya. Sama-sama kita menjadi manusia yang bagus.. hehe..

    [Reply]

  6. cunniey says:

    i like..hihihi,sguh comel watak tsbt..

    [Reply]

    aretikz Reply:

    trip tul.. haha..

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: