Weehuu ~ Rancangan Tv memang cerita Deepavali jak ni, lum campur orang yang buka channel Zee dan yang sewaktu dengannya. Aku nak tengok Tv pun rasa malas, jadi mencarilah bahan bacaan kononnya lah, sekali terpandang aku satu buku milik arwah datuk aku. Tajuk dia “Soal Jawab Kemusykilan Agama” nukilan dari Ustaz Ismail Kamus. Buku lama dowh, cetakan ke-3 tahun 1989. Maka aku pun selak-selak la buku tu, lama dah tak baca kan. Sekali terpandang aku satu soalan menarik baik punya ~
Seorang perempuan telah memaki hamun, menyeranah dan menyumpah seorang pemuda yang bersikap kasar kepadanya. Kini pemuda tersebut malah menjadi tunangnya dan akan menjadi suaminya. Apakah perempuan tersebut mesti meminta ampun dan maaf kepada bakal suaminya tersebut?
Pergh, jadi apa jawapannya? Oh, aku timbulkan persoalan ini bukan bermaksud memberitahu jawapannya. Tapi penangan jodoh tu, mula-mula gaduh, after that, jadi suami isteri. Betul juga stigma masyarakat, mula-mula benci lama-lama jadi suami isteri. Kalau baca novel pun, kebanyakkan novelis akan buat watak hero dan heroin gaduh, and then lama-lama jatuh cinta, fuyoo, rasa-rasa, napa jadi macam tu ya?
“Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedangkan peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” [al-Baqarah 2: 216]
Sememangnya sebelum ini mata kita dikaburi dengan keburukan orang tersebut, tetapi kita tidak sedar akan sesuatu yang tersirat terhadap insan yang kita benci. Masa tu lah umpatan, cacian, hinaan jadi pujian, hakikatnya itulah yang membuatkan kita bahagia. Kalau masih ada yang hairan mengapa terjadi begini, kenapa kita tak hairan jika orang yang sayang lama-lama jadi gaduh? Benda normal ini yang menenggelamkan benci jadi sayang agaknya, kan?
Banyak sudah kes macam ni. Ni eksklusif wa cerita dengan semua, parents wa pun dulu bukan terus-terus sayang and then kahwin. Mum aku yang cerita, masa tu masih lagi satu tempat kerja, kira bapa aku ni bos la dari mum aku. “Kamu tahu, dulu abah kamu ni selalu panggil mama, ada saja kerja mama yang tidak ngam, bikin geram ni, tahu-tahu, rupanya mengurat”, fuh, hebat juga skill bapa ku yek, haha. Macam best juga mula-mula gaduh, lama-lama… pi pinang terus, jangan kapel-kapel, eh?
Apapapun, bersederhanalah dalam setiap perbuatan anda, janganlah kita membenci sesuatu secara melebih, dan jangan juga menyayangi sesuatu dengan berlebihan, kerana dikhuatiri meninggalkan kesan yang mendalam, yakni sesuatu yang kita tidak jangka dalam hidup kita. Mungkin yang bertukar dari benci kepada sayang itu manis, tetapi jika sebaliknya? Ouch, sakit wei. Yang penting, sekali lagi ditegaskan, nak kahwin, faham konsep betul-betul, kalau tidak, takut kita berputus asa akibat kebiasaan pengalaman orang dalam alam rumahtangga.
Cap Kaki : Sepa nak gaduh dengan aku? Har3x~
Comments
Powered by Facebook Comments

wa nk gado sama lu!! ha3~ opssss~ mrh la plak bintang 4 kang~~ lalalalala~ ^_^
keen~ recently posted..- kehidupan selamanya -
[Reply]
aretikz Reply:
November 6th, 2010 at 12:24 am
Memang kaki komen cap kaki.. ahakz.. memang nak cari gaduh dia ni.. eh? bintang 3 kua silat nanti.. haha..
[Reply]
erkkk..kita xpenah pulak gaduh..so xsesuai la ek..hehe.. ;p
cik tom recently posted..10 Pakar Politik Tentang Ilmu Politik
[Reply]
aretikz Reply:
November 6th, 2010 at 12:25 am
Nampaknya.. macam tu lah.. haha..
[Reply]
wohh..!! isu camnih dah jadi biasa…kebnyakan org berkahwin bile mula 2tu gaduh dan saling mmbnci…tapi ahh !! buleh bertukar jadi cinta……dan bahagia….(lupakan kisah lama yg benci2 tu yer…hehe)
izryn recently posted..For The Rest Of My Life – Maher Zain
[Reply]
aretikz Reply:
November 6th, 2010 at 10:05 am
Hehe. itu la tu.. makan kata2 sendiri akhirnya.. sal xnmpak sisi cerah seseorang tu kan.. ahakz..
[Reply]