Tips Jimat Yang Orang Biasa Buat

Berita buruk buat yang kerja Goverment, minggu depan dah gaji. Eh? Napa berita buruk? Sal nak tunggu gaji seterusnya memang bisa. So, masa ni orang nak berjimat cermat kan? Kalau nak tahu tips jimat cermat yang orang biasa buat, senang saja. Hanya satu konklusi jak orang jimat masa tu, apapapun, abaikan kedai G-Mart kat atas, haha. Kita tengok dulu situasi awal bulan, dan bulan tua, jeng3x~

Situasi 1 (Kedai Reload)

Awal Bulan
Aku : (sora lantang) Dik, bagi topup Rm 50 ringgit dik. Ha, suda Rm ada lagi ringgit belakang. Kalau ada 100 ringgit pun bagi la apa yang ada. Cepat sikit la dik, aduh, ni important ni, apa ni.

Bulan Tua
Aku : (Sora slow) Dik, bagi topup Rm 5 ya, cepat sikit, nanti awek lalu, jatuh saham abang dik. Apa? Rm 5.5o? Apa ni? Nak aku adu dengan pengguna ka? Pandai-pandai tambah 50 sen. Dah la ku bawa semua syiling 5 ringgit.

Situasi 2 (Kedai Makan)

Awal Bulan
Mamak : Makan apa encik?
Aku : Bagi nasi beriani satu, ikan patin masak lemak, and then sayur bagi dua jenis asal bukan timun, jangan lupa buah durian sekali.
Mamak : Minum pula?
Aku : Minum bagi jus oren, dengan aiskrim sundae, dan abc jugalah. Eh, Zaer, sini bro, yarabi, lama dah tak jumpa, amacam bro? Duduklah, meh aku belanja makan. Ha, mamak, bagi double apa yang saya order tadi yek.

Bulan Tua
Mamak : Makan apa encik?
Aku : Bagi Nasi putih dengan Telur Mata Kerbau jak, air kosong jak yek. (Tiba-tiba)
Zaer : Eh, bro, amacam bro?
Aku : Eh, ko ni sepa? Tak kenal la, ni tetiba datang ni, hei mamak, u tiada security guard ka? Wa tak kenal dia la.

Situasi 3 (Pasar Malam)

Awal Bulan
Penjual Kasut : Bos, ni kasut baik punya bos, murah lagi.
Aku : Hei, apa branded la nak pakai kasut tu bro, aku lalu jak kat sini, gatal kaki aku nanti tau pakai kasut tu.

Bulan Tua
Penjual Kasut : Aikz bos, cakap hari tu lalu jak kat sini, ni pasal duduk dekat sebelah dah ni? Dah tiada kasut lain lagi kat shopping complex?
Aku : Ish, ko ni bro, ni la kasut aku beli dari sana, aku kering dah bro, pinjam tempat yek nak jual kasut ni balik?

Situasi 4 (Rumah)

Awal Bulan
Aku : Sayang, hari ni tak payah masak ya, kita makan kat luar, abang tahu sayang ni tahu masak maggi jak, so, baik kita makan kat luar jak okay, jom, candle light dinner kita ni malam. Wah~

Bulan Tua
Aku : Sayang, dah pukul 8 malam ni, tak reti-reti ke nak masak? Apa? Tahu masak maggi jak? Memang aku kahwin dengan sayang pun sal tahu sayang masak maggi jak, jimat belanja. itulah namanya Ekonomi Rumah Tangga. Jangan lupa favret abang Maggi Asam Laksa, letak ikan sekali ya. Ha? Ikan tak ada? Siapa cakap? Tu ikan bilis tu?

Situasi 5 (Outstation)

Awal Bulan
Pemandu : Bos, kita nak stay kat mana malam ni?
Aku : Aikz, apa lagi, ko carilah Hotel Shangri-La ka, Meridien Hotel ka, mana-mana jak la, asal title 5 bintang tu.

Bulan Tua
Pemandu : Bos, kita stay di Meridien kan?
Aku : Eh, pandai-pandai, Boring la duduk Meridien, cuba cari hotel yang bajet 60 ringgit ka, sekali sekala try la, jangan sombong nak stay hotel mewah jak.

*****************************************

Okay, jadi apa tips jimat orang selalu wat? Maknanya, orang selalu berjimat time bulan tua, bila dah kering gila. Menyimpan duit dengan berjimat ni lain okay, jadi korang fikirlah sendiri, jangan sampai hutang tak tentu hala, nanti Inalillah, tergantung gara-gara hutang, ahakz.

Cap Kaki : Sedang berusaha mengumpul deposit kereta, yezza.


WriTe WhaT I WanT  ~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe


Ini juga ceriteranya
  • Ceritera Doktor Yang?
  • Kisah Tauke Dan Si Perokok
  • Kutuk Panas? Kutuk Sejuk?
  • Antara Dua Darjat?
  • Warkah Seorang “Playboy”

Comments

Powered by Facebook Comments

About aretikz

~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe
This entry was posted in Ceritera Mengarut and tagged , . Bookmark the permalink.

11 Responses to Tips Jimat Yang Orang Biasa Buat

  1. keen~ says:

    erkkk..?? ke mengumpul utk kawen?? wakakakakaka~ ^_^
    keen~ recently posted..- kehidupan selamanya -

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Aikz? haha.. Nak kawin dengan kereta.. har3x~

    [Reply]

  2. izryn says:

    ahakss…..Keen !! nak makan nasi minyak sabah…hubu
    izryn recently posted..Politik 24 Jam

    [Reply]

    aretikz Reply:

    oh tidak.. akak ngidam makan nsi minyak.. adakah? jeng3x~ hehe..

    [Reply]

  3. Qistina says:

    hehe…
    nice!!
    klau student lak time awl sem n akhir sem….

    [Reply]

    aretikz Reply:

    hehe.. itulah kebiasaan kan.. ahakz..

    [Reply]

    Qistina Reply:

    agak r….
    huhu
    Qistina recently posted..Jangan lupa taw!

    [Reply]

  4. wansiti says:

    nak tanya, comluv tu hnya boleh diguna untuk WP sahaja ke?
    blogspot boleh tak?
    wansiti recently posted..GA Novel dari Mr Gidan E-Shop- best wooOooo! Nak novel!

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Blogspot pun boleh kalau tidak silap.. kalau wp senang sikit sal just psang plugin.. kurg pasti kalau blogspot.. tp memg sya ada pernah terjah blogspot yg pakai comment luv.. cuma xingt blog apa.. huhu..

    [Reply]

  5. Pingback: Edisi Selongkar : Budak Sekolah Makin Manja! | SeGaLa CeRiTeRa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: