Pergh ~ Jauh perjalananku, dari hometown kembali ke worktown. Terpaksa turun Kota Kinabalu lagi sebab lambat bergerak nak ambil bas direct Keningau-Sandakan. Sudahlah dari Kota Kinabalu ambil 6 jam pergi worktown, campur lagi sebelum tu 2 jam dari Hometown ke Kota Kinabalu, fuh, letih dowh. Tapi tidak mematahkan semangatku untuk mengupdate entri, yezza. Kali ni bab keterpaksaan, tapi yang macam mana? Apa kaitan dengan gambar terminal bas di atas? Ini berkaitan keterpaksaan antara penjual dan pembeli!
Memang bisa betul wa rasakan tadi, biarpun sebelum ni, memang tidak dapat dinafikan, dah banyak kali kena, cuma kali ni yang membuatkan ku terfikir seketika, tentang keterpaksaan itu. Apakah yang berlaku sebenarnya? Ni cerita masa sampai dekat stesen bas, mencecah jak kaki kuar dari perut teksi, berebut-rebut pekerja bas dari syarikat yang berlainan mempromote syarikat bas mereka. Itu ok lagi, ini sampai mengambil beg ditangan semata-mata supaya ikut dimana mereka mahu. Kalau sorang tu jak menarik, tidak apa, ni dua-dua menarik, aduh, kalau ikut naluri lelaki aku, dah aku Kamehameha sorang satu, baru mereka rasa, har3x~
Mula-mula beg yang berisi laptop dorang tarik, tapi aku berkeras nak bawa beg tu, barang berhargalah katakan. Tapi beg pakaian yang baru kuar dari bonet, tarik-menarik lah dorang. Macam aku jadi anak gadis pula, har3x~ Aww~ Gaga~ Okay, abaikan, demi meredakan ketegangan, direct ku cakap bas mana nak ikut. Settle satu perkara. Cool terus, muka kecewa yang satu, tidak apa, ada lain lagi penumpang mareh, jangan jak anak dara dorang wat macam tu, aku ni pantang sikit, erk? Ahakz.
Kira aku punya part tu tidaklah teruk sangat, sal, masa tunggu bas tu derpature, ada lagi insan yang bisa kena. Kalau aku, setakat dua orang saja, ni, ada yang sampai kena hurung, macam lalat pula, sampai pelanggan nak pilih bas mereka sendiri pun payah. Sampai ada yang hampir naik tangan gara-gara keadaan tersebut. Apa kes main paksa-paksa ni? Ikut suka oranglah nak pilih. Kalau setakat promot tak payahlah nak bawa customer sampai menarik. Kalaulah mereka tahu, bahawa hilang syarat sah jika pelanggan tersebut terpaksa membeli tiket tempat mereka, yakni rukun jual beli.
Antara syarat penjual dan pembeli adalah, penjual dan pembeli hendaklah bebas daripada sebarang ikatan dan bebas bertindak atau memilih. Sebagaimana firman Allah dalam surah an-Nisa ayat 29 yang bermaksud :
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya) kecuali jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu..”
Selalunya kalau pembeli yang rasa terpaksa ikut terutama perempuan, memang dibiar jak macam tu. Kalau ada bas lain yang jalan awal, bila mereka ingin segera, dan terpaksa ikut bas lain akibat tekanan dari mereka-mereka yang giat “mempromosi” bas, maknanya jual beli itu tak sah la. Mungkin bukan setakat bas, benda lain pun, kalau diaplikasi, sama juga. Kepada mereka yang nak menceburi bidang perniagaan, ingatlah, serta kaji hukum jual beli, sebelum anda memakan duit yang tak sepatutnya menjadi darah daging kamu. Adios~
Cap Kaki : Belajar serba sedikit dari penjual ubat, manis mulut orang pun nak rapat, ahakz.
Comments
Powered by Facebook Comments


p keje la!! ha3~
oh~ oh~ betol2. keen pernah kena kt kedai mkn.. suke suki ati diorg je pksa2 kita nk duk ktne.. suh p kedai sana la.. suh p kedai sini la.. bila time amik order, semua hurung.. dh tatau nk order mana 1.. isk3~ last2 bla je la.. pening~ smpai ilang lpr~ hik3~ ^_^
keen~ recently posted..- kehidupan selamanya -
[Reply]
aretikz Reply:
November 7th, 2010 at 9:57 pm
Dah Keen comey.. mesti la kena hurung.. ahakz.. Bab makan pun selalu macam ni.. ish3x~ bek datang jak kat sana.. biar kena hurung.. hilang lapar.. jimat trus.. ahakz..
[Reply]
xpernah pulak cik tom kena..rsnya sebab garang kot..hehe..
cik tom recently posted..Siapa Tahu Tips Persediaan Terbaik Untuk MTEST
[Reply]
aretikz Reply:
November 8th, 2010 at 9:36 pm
Haha.. garang ka pula? hehe.. Rasanya terpegun kot.. ahakz..
[Reply]