Kisah Cinta Agung Bersenikan Diam

Entri ini panjang, tapi penuh makna mendalam, InsyaAllah

Saban hari diri ini terlihat banyak rakan-rakan facebook berkongsi pautan tentang cinta. dari kisah jurutera, tentang seseorang yang tak menghargai kekasihnya, cinta kerana syaitan, dan bermacam-macam lagi cerita yang menjurus kepada cinta Adam dan Hawa. Ku titipkan sebuah kisah, perkara realiti, tentang kehebatan cinta yang bersenikan diam.

Mungkin ada yang pernah mendengarnya, atau membacanya, tetapi, ibrah di sebaliknya di abaikan, rasanya kerana cinta ini sukar diterima masa sekarang. Hakikatnya, bukan sukar untuk melaksanakannya, semua dari keteguhan hati kita, bagaimana untuk menepis bisikan-bisikan iblis yang cuba menyelinap di jiwa insan yang bercinta. Terpulang kepada pemikiran kita, untuk menafsirkan sebuah kisah, kisah cinta yang bersenikan diam.

*******************************************

Dipendamkan di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada sesiapa tentang perasaan hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah S.A.W. Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia. Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa, untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat merealisasikan cintanya.

Itulah Ali, sepupu baginda sendiri. Sehingga beliau tersentap, mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi, Abu Bakar As-Siddiq, melamar Fatimah.

”Allah mengujiku rupanya.” begitu batin Ali. Ia merasa diuji kerana merasa apalah dia dibandingkan dengan Abu Bakar. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakar lebih utama, mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi seperti Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan Rasul-Nya tak tertandingi.

Lihatlah bagaimana Abu Bakar menjadi teman perjalanan Nabi dalam hijrah sementara Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya. Lihatlah juga bagaimana Abu Bakar berdakwah, hingga banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam kerana sentuhan Abu Bakar. Uthman, Abdurrahman ibn Auf, Thalhah, Zubair, Sa’ad ibn Abi Waqqash, Mush’ab semuanya hasil dakwah dari Abu Bakar. Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti Ali.

Lihatlah berapa banyak hamba muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakar. Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud, semuanya berhutang budi dengan Abu Bakar. Dan siapa budak yang dibebaskan Ali? Dari segi kewangan, Abu Bakar seorang saudagar, insyaAllah lebih mampu membahagiakan Fathimah. Sedangkan Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin.

”Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam Ali.
”Aku mengutamakan Abu Bakar atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fatimah atas cintaku.”

Namun, sinar masih ada buatnya. Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakar ditolak baik oleh Nabi. Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha mempersiapkan diri.

Tapi, ujian itu bukan setakat disitu, kali ini perkhabaran lain diterima olehnya. Umar Al-Khatab, seorang sahabat gagah perkasa, menggerunkan musuh islam, kini dia pula cuba meminang Fatimah. Seorang lelaki yang terang-terangan mengisytiharkan keislamannya, yang nyata membuatkan muslimin dan muslimat ketika itu yang dilanda ketakutan oleh tentangan kafir quraisy mula berani mendongak muka, seorang lelaki yang membuatkan syaitan berlari ketakutan.

Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar Fathimah. Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, ”Aku datang bersama Abu Bakar dan Umar, aku keluar bersama Abu Bakar dan Umar, aku masuk bersama Abu Bakar dan Umar”. Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fatimah. Ali redha kerana dia tahu Umar lagi layak darinya.

Tetapi, sekali lagi peluang terbuka, tatkala perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Umar juga ditolak. Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan nabi, sedangkan dua sahabat baginda turut ditolak peminangannya?

Pada suatu hari Abu Bakar As-Shiddiq r.a. Umar Ibnul Khatab r.a. dan Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama Rasul Allah s.a.w. duduk dalam masjid. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah s.a.w. Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakar “Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?”

Abu Bakar menyatakan kesediaanya. Ia beranjak untuk menghubungi Ali. Sewaktu Ali melihat datangnya Abu Bakar dengan tergopoh-gopoh dan terperanjat ia menyambutnya kemudian bertanya: “Anda datang membawa berita apa?”

Setelah duduk beristirehat sejenak Abu Bakar dengan segera menjelaskan kedatangannya. “Hai Ali, engkau adalah orang pertama yg beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah kerabat Rasulullah s.a.w.

Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting puteri beliau. Lamaran itu telah beliau semua tolak. Beliau mengemukakan bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi, hai Ali apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan Rasul-Nya akan menahan puteri itu untukmu.”

Mendengar perkataan Abu Bakar itu, Saidina Ali mula mengalirkan air mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali berkata: “Hai Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah mengingatkan diriku sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah aku memang mengkehendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”

Abu Bakar menjadi terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Imam Ali, Abu Bakar berkata: “Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”

Setelah berlangsung dialog seperlunya, Abu Bakar berhasil mendorong keberanian Ali untuk melamar puteri Rasulullah s.a.w.

Beberapa waktu kemudian, Saidina Ali datang menghadap Rasulullah s.a.w. yang ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salamah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salamah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Siapakah yg mengetuk pintu?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!”

Jawapan Nabi Muhammad s.a.w. itu belum memuaskan Ummu Salamah Ia bertanya lagi: “Ya tetapi siapakah dia itu?”

“Dia saudaraku orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad s.a.w.

Tercantum dalam banyak riwayat bahawa Ummu Salamah di kemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Saidina Ali kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu: “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu sampai kakiku terantuk-antuk. Setelah pintu kubuka ternyata orang yang datang itu ialah Ali bin Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempat semula. Ia masuk kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasul Allah s.a.w. Ia dipersilakan duduk di depan beliau. Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya.

Rasulullah mendahului berkata: “Hai Ali, nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan akan kau peroleh dariku!”

Mendengar kata-kata Rasulullah s.a.w. yang demikian itu lahirlah keberanian Ali bin Abi Thalib untuk berkata: “Maafkanlah ya Rasul Allah. Anda tentu ingat bahawa anda telah mengambil aku dari pakcikmu Abu Thalib dan makcikmu Fatimah binti Asad di kala aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa.

Sesungguhnya Allah telah memberi hidayat kepadaku melalui anda juga. Dan anda ya Rasul Allah adalah tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga, yakni hidup bersama dengan seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah. Ya Rasul Allah apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah?”

Ummu Salamah melanjutkan kisahnya: “Saat itu kulihat wajah Rasulullah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin Abi Thalib: “Hai Ali, apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?” .

“Demi Allah” jawab Ali bin Abi Thalib dengan terus terang “Anda sendiri mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yang tidak anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi, sebilah pedang dan seekor unta.”

“Tentang pedangmu itu” kata Rasulullah s.a.w. menanggapi jawapan Ali bin Abi Thalib “Engkau tetap memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu buat keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja. Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah ‘Azza wa­jalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!”

Demikian riwayat yang diceritakan Ummu Salmah r.a.

Setelah segala-galanya siap dengan perasaan puas dan hati gembira dengan disaksikan oleh para sahabat Rasulullah mengucapkan kata-kata ijabkabul pernikahan puterinya: “Bahawasanya Allah s.w.t. memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham. Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”

“Ya Rasul Allah, itu kuterima dengan baik” jawab Ali bin Abi Thalib r.a. dalam pernikahan itu.

Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab.

Cinta tak pernah meminta untuk menanti.
Seperti Ali.
Ia mempersilakan.
Atau mengambil kesempatan.
Yang pertama adalah pengorbanan.
Yang kedua adalah keberanian.

Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Puteri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan, bahawa suatu hari, Fatimah berkata kepada Ali:

“Maafkan aku, karena sebelum menikah denganmu, aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda”

Ali terpana. Kemudian dia berkata, “Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah denganku? Dan Siapakah pemuda itu”

Sambil tersenyum Fatimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu”

*********************************************

Begitulah cinta yang bersenikan diam. Mereka saling mencintai, tetapi memendam perasaan itu kerana tidak ingin cinta mereka melebihi cinta kepadaNya. Memang sukar menjadi mereka, tetapi untuk meneladani mereka tidaklah sukar.

Wahai lelaki, jadilah sejantan Ali, melamar gadis pilihanmu dengan jalan yang diredhai-Nya, yakni pernikahan, bukannya couple, kerana bercouple itu banyak keburukan berbanding kebaikan. Para wanita pula, teladanilah Fatimah, menjaga peribadinya biarpun hatinya meruntun cintakan pemuda sehebat Ali r.a.

Titipkan cintamu kepada jodoh yang belum diketahui siapa, dan untuk mendapat yang terbaik, jadilah yang terbaik. Jika dirimu jatuh cinta, diamkanlah, kerana syaitan cuba menyelinap masuk untuk jadikannya cinta bernafsu. Jika dirinya bukan untukmu, redhailah, kerana tuhan ada perancangan yang lebih baik lagi buat kita.

Berusahalah ke arahnya, kerana jika kamu ingin memiliki cinta, pasti kamu akan berusaha ke arahnya. Kerana usaha itu pasti akan menambah keyakinanmu, dan menghilangkan keraguanmu. Yang penting dengan jalan yang diredhai-Nya.

Buat diriku juga, saat ku jatuh cinta denganmu, akan ku diam dan dirimu pasti tak ketahui, melainkan setelah diriku datang kepada keluargamu, untuk menzahirkan yang terbuku, wahai jodoh yang tak diketahui.

Cinta tak pernah meminta untuk menanti.
Ia mengambil kesempatan atau mempersilakan.
Ia adalah keberanian, atau pengorbanan.

Ini juga ceriteranya

  • Gerenti Beres!Gerenti Beres! Weehuu ~ Apa yang beres woo? Entri ni beres? Kerjaku beres? Ka beres pilihan bernas? Eh, itu beras, har3x~ Time wat entri sal "Award Dan Award Lagi" and "Anna Birthday GA", aku buka […]
  • Bahana Putus CintaBahana Putus Cinta Bila cinta kini Tak lagi bermakna Yang ku rasa kini Hanyalah nestapa Ditinggalkan cinta masa lalu Fuh, terjiwang seketika, memang yang tengah frust sal kena tinggal kekasih hati, […]
  • Bukan Girlfriend, Tapi IsteriBukan Girlfriend, Tapi Isteri Saat mana seorang insan jatuh cinta, benda yang 1st difikirkan, macam mana nak tekel si dia. Nanti-nanti kad merah, sedih la pula. Disana keberanian akan memainkan peranan, bagaimana […]
  • Yang Dicari Dan Yang MencariYang Dicari Dan Yang Mencari "Orang yang senang dapat selalunya susah menjaga pasangannya manakala orang yang sentiasa mencari biarpun tidak dapat pada mulanya, bila sudah dapat, dia akan jaga sepenuh […]
  • Pilihan Mak Vs Pilihan SendiriPilihan Mak Vs Pilihan Sendiri "Ish, kamu ni, macam ni kamu kata nak buat bini?" "Mak lebih berkenan dengan Farid Kamil dari Fahrin Ahmad kalau buat menantu" "Cubalah cari perempuan yang ada kerja, senang juga hidup […]

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Profil


Seorang penjawat awam muslim yang menjadikan dunia bloging medium berkomunikasi di dunia maya. Berasal dari negeri di bawah bayu, Sabah dan merupakan blogger separuh masa.

Comments

  1. walaweyhhhh~ bunga2 gitu.. good2.. suke~~
    klu keen ade FB, dh lama klik button like.. tp, syg~~ ha3~ ^_^
    keen~ recently posted..– hidup dia- kamu- dan kita –

  2. nice2!suka baca nie..

    neway sori xtgl jejak..smix xkuar nie..tenet ifa lembab kot..huhu
    tiefazatie recently posted..ciktom jadi model!

  3. aiseh…aku selalu fikir banner contest kat atas tuh ko punya entry…ayoo..sudah silap ma..
    bisk recently posted..miskin jiwa

  4. suka cerita ni.. dari dulu lagi baca, x boring.. cari2 dlm internet x jumpa.. huhuhu..
    thanks..
    NZC recently posted..Budak Kecik Berani Lari Rumah

  5. dasat nieh….

    nice entry :))

  6. nice 1 even panjang…cik tom suka quote last…huhu..

    Cinta tak pernah meminta untuk menanti.
    Ia mengambil kesempatan atau mempersilakan.
    Ia adalah keberanian, atau pengorbanan.
    cik tom recently posted..Siapa Tahu Tips Persediaan Terbaik Untuk MTEST

    • Thanx 4 read it.. I like it too.. penuh makna yang mendalam kan.. yakni cinta itu tak pernah menanti kita.. samada kita mengambil peluang yang ada atau mempersilakan kepada yang berhak.. samada kita berani untuk ke arahnya, atau mengorbankannya kepada yang lebih baik.. seperti kata Saidina Ali diatas.. tatkala Abu Bakar cuba meminang Fatimah.. Ali berkata ” Aku mengutamakan Abu Bakar atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fatimah atas cintaku” ^_^

  7. subhanaAllah…
    panjang tapi penuh dgn penghayatan..
    Cintailah Allah dan insya’allah anda akn dipertemukan dengan orang yg mencintaiNya juga..=)
    nia recently posted..Kuasa Cinta

    • Yup.. sudah termaktub yang baik untuk yang baik.. yang buruk untuk yang buruk.. hiasi peribadi sebaiknya.. InsyaAllah.. akan datang kepada kita yang terbaik.. amin.. ^_^

  8. – suka
    – ayat pun cantik
    – harap2 cinta sa pun g2 jg..
    – mcm ayat2 cinta pla kan..

  9. “dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”
    kisah yang menarik untuk di kongsikan bersama…saya ada ikuti kisah ini dalam `jejak rasul serikandi’ bulan ramadhan yang lalu dan disampaikan oleh ustazah Nor bahyah….sayu masa dgr cerita tentang kisah Saidatina Fatimah…semoga mnjadi tauladan buat wanita2…pengukuran cinta yang semakin hilang nilainya….

    • Perkongsian ilmu untuk kebaikan :D
      Jadikannya tauladan buat kita semua.. norma cinta ketika ini adalah cinta kerana syaitan.. biarpun mulut kata keranaNya.. tetapi hati xmungkon boleh menipu.. sentiasa bermuhasabah diri.. amin.. ^_^

  10. lama x singgah cnie~ ^_^

    nak jadikan diri kita macam imam Ali. r.a dan Fatimah Az-zahrah agak berat~ kalo ayat teladani tu kaxz sokOng~ contohi cara dOrang tu lagi kaxz sokOng~

    kaxz dOa untuk kamu juga enchek aretikz~ moGa2 apa yang kita sampaikan kita laksanakan~ amar makruf nahi mungkar~ yang penting niat kita tu~ sentiasa muhasabah diri~

    biar pon hati keranaNYA tapi hati xmungkin boleh~ urm~ dats ryt~ kalo ada vote d cnie banyak kali, kaxz vote pai pnt~ heeee ^_^ penyampaian yang baik~ susun atur ayat pOn wat pembaca tertarik~ trima kasih ya coz share~ caring juga eh~
    siti nur kaxzmilah recently posted..aGaKz kOntRoVesi

    • Welcome Back, hehe..
      Erk? Teladan dengan contohi xsma yek? hehe.. Thanx.. i pray 4 u too kaxz.. Sentiasa kita bermuhasabah diri.. InsyaAllah.. tuhan akan membantu kita.. Memang mulut selalu berkata keranaNya, tetapi syaitan akan berusaha membuatkan jiwa kita lari dari landasanNya.. tidak mustahil juga hati kita memang cintakan keranaNya.. cuma sejauh mana kita dapat menahan rasa itu supaya tidak terpesong dari jalanNya. Ni cerita godek abis dari tenet.. pening dowh.. sejujurnya kalau penyampaian cerita ni not 100% from me.. sebab kisah ni xboleh sembarang men ubah2 kan.. tapi ada edit2 jg.. cuma sikit.. xbnyk.. kalau yang ayat seblum dan slepas crita.. memg ori la.. haha.. kredit utk blog2 yang diterjah.. ^_^

  11. memang best kisah sirah nie,
    pesanan yang terakhir pun sungguh mengena
    wansiti recently posted..GA Novel dari Mr Gidan E-Shop- best wooOooo! Nak novel!

  12. subhanallah! kagumnya dengan kisah mereka ni.. T.T
    Mawar recently posted..Kaedah congak cari mukasurat setiap juzuk dalam Al-Quran

  13. madusemalu says:

    mohon share ye…syukran…=)

  14. okkehh! menusuk.
    PecahKata recently posted..Kosong

  15. mohon share ya abang ku .. kehkeh :P

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: