Kebiasaan Wanita Pakai Tudung… Tapi…

Hangat, hangat dan hangat. Bukan entri ni yang nak dihangatkan, sal tulis entri tatkala tengahari. Boleh-boleh tiada air kat rumah, aduh, tambah lagi hangat. So, sambil surfing kat pantai, eh? surfing internet, layan melodi juga la. Tak juga layan sangat, tapi, wa tertarik dengan seorang artis berhijrah woo, dari tak bertudung, hijrah bertudung. Yang Farah Fauzana tu macam nampak sentap jak bila Wahid cakap kewajipan menutup aurat ni. Macam jak la, kalau ya pun, no komen, ahakz. Tapi, apa yang wat wa tertarik? Ada dalam ceritera ini, kebiasaan wanita pakai tudung, but? Jeng3x~ Korang layan la sendiri, gaga~

1. Kebiasaan wanita pakai tudung dah anggap pakai tudung tu tutup aurat, Tapi masih nampak lengan, baju ketat-ketat, gaun belah-belah, nampak dada dan macam-macam lagi. Mereka ni faham konsep aurat ka?

2. Kebiasaan wanita pakai tudung penuh dengan fesyen, Tapi fesyen nampak rambut, sanggul tinggi, bentuk rambut jelas, tak tutup dada. Sekali lagi, mereka faham konsep aurat ka?

3. Kebiasaan wanita pakai tudung ni satu tuntutan kewajipan, Tapi tak pula solat. Sebab tu agaknya timbul ayat “Aku tak pakai tudung pun solat apa, dari orang pakai tudung”. Err, kita boleh pilih-pilih hukum yang nak ikut ya?

4. Kebiasaan wanita pakai tudung ni kena cakap bersopan santun, Tapi ada juga yang liar. Sebab tu timbul ayat”Perempuan pakai tudung bukannya baik juga”. Err, baik ni ditentukan dengan tudung ka?

5. Kebiasaan wanita pakai tudung dah mak suruh, sekolah wajibkan, Tapi tiada yang ambil tahu kenapa kena suruh pakai tudung. Sebab tu ramai buka tudung tempat yang tidak “dinampak”. Tuhan tak nampak agaknya kan?

6. Kebiasaan wanita pakai tudung sal dia Islam, Tapi kenapa perkara Islam yang lain Wajib tidak dibuat? Sekali lagi, kita boleh pilih-pilih hukum ka?

7. Kebiasaan wanita pakai tudung ni sal terpaksa, Tapi kenapa bila orang paksa buat benda tak elok dia ok jak, tapi kena paksa benda baik dia komplen?

8. Kebiasaan wanita pakai tudung selalu orang cakap dituntut, Tapi yang tukang cakap ni free hair. Ades, no komen =.=”

9. Kebiasaan wanita pakai tudung ni cakap mereka dah terima hidayah, Tapi yang cakap tunggu hidayah ni, nak tanya rahsialah, macam mana nak tahu rahsia ajal yek?

10.Kebiasaan wanita pakai tudung ni bila ada event, macam turun naik mahkamah syariah, bila ada kematian, Tapi, kenapa tak ambil iktibar musibah yang melanda ni?

11.Kebiasaan wanita pakai tudung ni memang dah perfect, cantik, aurat tutup habis, Tapi, bila part naik motor, atau kepanasan, atau nak buat apa-apa benda extreme (kali la), banyak yang menampakkan betis, menyinsing baju sampai lengan. Sekali lagi tapi lain keadaan, itu keadaan darurat yang membolehkan buka aurat ka?

12.Kebiasaan wanita pakai tudung memang ayu, suara lemah lembut, sejuk hati lelaki, Tapi ada yang suara lemah lembut yang bahaya, manja seyh, pergaulan dengan lelaki macam dia tu pun lelaki, belum cakap yang dating-dating berdua lebih baik lagi.

13. Kebiasaan wanita pakai tudung bila buat benda tak elok, kena cakap macam-macamla sampai orang cakap pakai tudung atau tak pakai tudung sama saja, Tapi, kenapa yang bercakap tak ambil inisiatif untuk perbaiki diri, atau menasihati mereka berkenaan daripada mengumpat menambah dosa bertangki-tangki benda buruk yang dah berlaku?

Dahsyat 13 sudah, macam bisa-bisa aku cakap ni, ahakz. Bukan semua macam ni, InsyaAllah yang membaca ini tergolong dalam orang-orang yang baik. Apapapun, ini sekadar renungan bersama, bukan nak mengata, tapi berkata-kata, untuk memperingati sesama kita. Kalau nak cari lelaki yang boleh membimbing, kena jadi baik, sal lelaki yang baik ni demand selalu, nak perempuan yang bertudung. Tak kisah fesyen tudung macam mana pun, yang penting tudung tersebut tudung yang disyariatkan, bukan untuk kesenangan atau fesyen semata-mata. Korang pun pernah dengar cerita pasal tudung labuh lagi kan, sama-sama kita menilai baik buruknya. Diri ini tinggalkan sedikit renungan dari maksud ayat Al-Quran ini :

“Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir.” (an-Nur: 31)

Cap Kaki : Buzzer Beat Best!


WriTe WhaT I WanT  ~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe


Ini juga ceriteranya
  • Hilang Syarat Kerana Paksaan
  • Pengalaman Untuk Bertindak Bijak
  • Islamic Fashion Show Yang Menyeramkan
  • Cerita Panas Artis Bertudung!
  • Istighfar – Kelebihan Yang Tidak Dipandang

Comments

Powered by Facebook Comments

About aretikz

~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe
This entry was posted in Ceritera Pendapat and tagged , , . Bookmark the permalink.

15 Responses to Kebiasaan Wanita Pakai Tudung… Tapi…

  1. igfirli zunubii..
    itu hakikat pada akhir zaman…
    same2 kite memperbaiki diri..(”,)
    menutup aurat sebaiknye selari dengan berakhlak mulia..
    huu…..moga Allah sentiasa mentarbiyah hambanya ini yang sering leka…
    Amin…
    NadyaSyakila90 recently posted..SEKEJAP!!!!!!

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Sama2 kita bermuhasabah diri selalu.. InsyaAllah.. Kita dapat rahmat dariNya.. Yang lelaki pun patut ambil perhatian juga.. huhu..

    [Reply]

  2. hazwan says:

    at least kalau pakai tudung nmpk la 1st impression…
    pasal ibadat tu soal dorg dgn Allah la nanti huhu

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Hehe.. sekadar tuk kita berfikir.. supaya dapat muhasabah diri.. ^_^

    [Reply]

  3. pN.rOs says:

    kadang2 kita tak perasan kita buat salah..
    tetapi menuding jari kepada yang lain…
    apapun nak buat biar dengan ikhlas..
    kenyataan ni yg ramai umat islam salah faham……
    bila dah peluk islam… apa yang ada dalam islam yang diwajibkan itu adalah tetap wajib

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Betul tu, kebiasaan macam tu.. Sebab itu kita dianjurkan supaya sentiasa beristighfar.. Supaya dapat memperingtkan kita agar tidak lalai dalam menghadapi tipu daya dunia.. Yup, setuju.. Islam itu menyeluruh.. yang wajib tetap wajib.. ^_^

    [Reply]

  4. keen~ says:

    walaweyhhh~ xde air ke? tahniah~~~ semoga air tu berlama-lama mogoknya.. ha3~ ni sesi bls dendam.. ^_^
    itu dia.. sy kenal sape artis tu sbb sy pon tertengok gk melodi smlm.. he3~
    yup2~ bersyukur sbb dia dh tutup rmbut, tp sedey bila tengok baju dia xcukop.. knp jd cm2?? T_____T
    keen~ recently posted..- tolong jangan diucapkan selamat tinggal -

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Ala.. dah terlambat.. jam 2 masa tu dah ada balik.. har3x~
    Ouch.. entahlah.. xfaham konsep aurat kot? ahakz..

    [Reply]

  5. terima kasih untuk perkongsian ini…
    zahidah dihaz recently posted..Hadiah saguhati

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Its ok.. Sharing is Caring.. hehe..

    [Reply]

  6. titan says:

    huhu..bisa..bisa..
    titan recently posted..Komisen ke 5 dari Paid-to-Promotenet

    [Reply]

    aretikz Reply:

    erk? hehe.. xjuga bisa sangat kot.. xtaula kalo sbnrnya bisa bangat deh.. huhu.. ^_^

    [Reply]

  7. nice..=)
    Balqees Amanda recently posted..Faktor Kenapa Manusia Itu Semakin Kurus

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Thanx Balqees ^_^

    [Reply]

  8. aulia says:

    astaqfirullah =(

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: