Perlukah Kejar BE Nuffnang?

Nuffnang oh Nuffnang, keranamu begitu berharga. Bodek jap sebelum selami jiwa, rawat rohani, perkasa peribadi kata Dr Fadzilah Kamsah. Eh? Apa kaitan pula ayat Dr Fadzilah dengan tajuk entri tersebut? Tiada kaitan pun, cuma diri ini tertanya-tanya, perlukah kita kejar-kejar BE Nuffnang ni?

Tidak dinafikan kebanyakkan blogger selalu post apa-apa yang berkaitan sal Nuffnang, samada nak beritahu dapat BE, atau trafik UV yang masyuk, Keyword entri, dan macam-macam lagi. Tak salah pun, baik apa, kira cari trafik tu, siapa tak nak cari info sal Nuffnang, lagi-lagi yang newbie macam saya kan, cewah. Tapi kebanyakkan blogger habis-habisan nak kejar BE. Macam mana nak dapat BE, kenapa tak dapat BE, cari tips dapat BE, dan BE dan BE dan BE everything about BE. Tak salah, tapi ada tapinya.

Hakikatnya, dalam mencari BE, ada suatu kesimpulan yang harus kita berfikir. Kalau kita nak dapat income, sepatutnya kita patut maintain adalah trafik sebenarnya. Erk? Betul ka? Kalau tiada BE macam mana nak dapat income? Cool, tahukah anda, trafik lah yang menjana harga sebuah BE. Belum lagi yang klik tu iklan tu. Semakin sesak blog anda, semakin up lah income. Dan yang belum ada BE, kalau dapat upkan trafik, sudah tentulah advertiser berminat nak sewa blog anda.

Kalau banyak BE pun kita dapat, tetapi trafik tak seberapa memberansangkan, tak boleh pakai juga. Iklan berebut-rebut nak keluar, tetapi digunakan hanya seciput. Lain iklan lain kadar selalunya, tak semua sama. Jika keluar yang kurang sikit income, ouch, minta maaflah nak income lebih. Sebab tu selagi dapat tingkatkan trafik, teruskan usaha anda. Jangan kuantiti BE yang banyak, tetapi kualiti income drop. Last-last, nak dapat BE yang baru pun payah, kan3x?

Kalau nak orang banyak masuk tempat kita, pelbagaikanlah cara yang ada, blogngensot, update entri, ping entri, guna laman web sosial, komen bernas tempat orang serta pelbagai cara lagi. Perhalusi teknik yang ada, dengan niat yang betul. Nak kejar mana pun trafik anda, jika hanya ambil point, markah hanya sikit sahaja dapat, tapi kalau disertakan huraian, pasti markah lebih.

Tak faham? Contoh point nak tingkatkan trafik, opkoz blogngensot, eh, i mean, blogwalking. Kalau setakat tinggal jejak semata-mata, markah yang anda dapat hanya balasan jejak, tetapi, kalau kita baca entri, lepas tu komen, menjalinkan hubungan persahabatan sesama blogger, insyaAllah markah anda lebih. Biarpun hakikatnya aku ni pun jarang-jarang buat macam tu, har3x~

Mainan SEO paling penting untuk trafik, tapi aku bukan pakar benda ni, kurang kefahaman gitu. Mungkin boleh try google atau tanya pada mereka yang pakar. Belum cakap backlink lagi. Oh ya, komen itu amat berharga tahu, terutama jika anda komen pada blog yang Do Follow, meningkatkan lagi rating blog anda. Ehem-ehem, blog ni Do Follow, har3x~

Apapapun, nak income, nak trafik, semua terpulang kepada masing-masing, cuma, kalau dapat ikhlaskan hati kita untuk berblogging. Rasanya bagi aku, bloging adalah satu cara kita boleh share ilmu, selain daripada kita mencoretkan pengalaman kita, yang akan membuatkan orang mengambil iktibar darinya. Terlupa pula, salah satu teknik baik punya jika nak blog up, berdoalah kepadaNya, tak salah kan? Rezeki itu dariNya, sehebat mana BE yang ada, adv yang banyak, trafik yang tinggi, dengan kuasaNya, boleh hilang sekelip mata. Tanya dari hati, fikirkan guna akal, perluaskan minda kita, bahawa blogging bukan sekadar menulis, bukan sekadar trafik, bukan sekadar income, kerana yang tersirat itu selautan ilmu yang kita dapat. Pergh, yang penting, kalau ada silap, korang perbetulkan ya, ahakz.


Cap Kaki : Tolong ajarin SEO! Har3x~


WriTe WhaT I WanT  ~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe


Ini juga ceriteranya
  • Nama Dan Tagline Blog Pun Boleh Dapat Idea Entri?
  • Seberapa Jujurkah Tajuk Anda?
  • Tips Mencari Idea Penulisan Melalui Kaedah Pemerhatian Part 2
  • Tips Mencari Idea Penulisan Melalui Kaedah Pemerhatian Part 1
  • Laman Web Untuk Mengetahui Tahap SEO Anda

Comments

Powered by Facebook Comments

About aretikz

~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe
This entry was posted in Ceritera Blogging and tagged , . Bookmark the permalink.

29 Responses to Perlukah Kejar BE Nuffnang?

  1. keen~ says:

    blog keen pon do-follow~~ yeayyyy~ adil2~ ^_^
    owh~ tau xpe.. ramai bloggers nk kejar income ngan followers.. auwww~ keen hanya perlukan p’baca yg setia, yg bleh tukar2 pndpt!! huk3~ T____T
    keen~ recently posted..- tolong jangan diucapkan selamat tinggal -

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Sempat lagi promote.. haha.. Yup.. bertukar2 pendapat.. i like it too.. hehe..

    [Reply]

  2. sarahnajwan says:

    salam…

    niat mula2 nk berblog utk memenuhi hasrat minat..hihi..jika dpt BE ..anggap sbg bonus…SEO dan backlinks tu..akak mmg xtau ape aretikz..

    jika ada masa..traffics bole naik..jika kekangan kerja…nak buat mcmane..

    hepi2 blogging deh…
    sarahnajwan recently posted..- BARU BOLEH BUKA -

    [Reply]

    aretikz Reply:

    betul2.. memang satu bonus.. satu motibesi juga tu sbnrnya.. hehe..
    SEO pun saya kurg faham.. tp backlinks boleh la sikit2.. hehe..
    Yup.. as same as me.. part bila kerja tu yg payah kadang2..

    apapapun.. hepi bloging tuk akak juga.. hehe..

    [Reply]

  3. achik ezam says:

    dah 2 taon join nuffnang baru dapat RM4.25…

    ekekekkekekke

    tak harap sangat kot….

    layankan aje…
    achik ezam recently posted..grumpy old men

    [Reply]

    aretikz Reply:

    erk? hehe.. Layan.. zas.. xpa.. yang penting niat.. huhu..

    [Reply]

  4. Hanis Azla says:

    saya suka membaca.. so bila singgah blog org sy lbh suka baca n3 dr tinggalkan jejak saja.. itu yg membuatkan sy tak dpt bw ke byk blog lain sbb kusyuk membaca.. maka sebab itulah takde BE untuk saya.. hu..hu.. tp takpe, ilmu yg saya dpt itu lbh penting.. ceh.. ha..ha.. Salam Aidiladha..
    Hanis Azla recently posted..Mari berenang

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Itu yang sebaiknya.. membaca meningkat ilmu kita kan.. hehe.. BE tu insyaAllah ada.. rezeki tak ke mana.. Apapapun thanx.. Salam Aidiladha juga ^_^

    [Reply]

  5. padin says:

    baik artikel ni aretikz… memang aku perasan ramai blogger masakini terlalu kecewa kalau BE tak masuk ke blog.. ada pulak yang jeles tak bertempat.. sebenanrnya tu rezeki masing2..

    apa yang kita perlu buat, just ikhlaskan diri, teruskan menulis, menarik pembaca dan InsyaAllah benda yang kita tunggu tu akan hadir juga, cepat atau lambat, sikit atau banyak, bukan urusan kita.

    nice artikel. 5 bintang.
    padin recently posted..Pekerjaanku- Ibadahku

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Thanx bro.. Betul tu.. rezeki masing-masing.. kalau selalu sangat nak kejar BE.. kadang2 tu yg timbul isu palgirism ni.. atau mungkin artikel sekadar melepas batuk di tangga..
    Niat kena betul, hati kena ikhlas.. selagi kita buat keranaNya, insyaAllah Dia akan memberi lebih baik wat kita.. Yang penting bersyukur seadanya.. hehe..
    Erk? hehe.. besa2 jak ni bro.. sekadar renungan bersama.. anyway.. thanx again ^_^

    [Reply]

  6. gnesop says:

    pernah baca entry seorang blogger lama,
    dulu blogging untuk berkongsi ttp skrg blogging untuk kejar BE.. huhuhu
    ia membuatkan sop terpikir, jika kita blogging betul2, BE atau rezeki dtg dgn sendiri.. jika hanya utk kejar BE, mmg kecewa.. sop pernah kecewa.. huhuhu
    lepas tu baru sedar.. skrg x kesah sgt… BE bukan segala-galanya ttp kalau dapat.. rezeki jgn ditolak..
    gnesop recently posted..Amaran banjir besar di Pantai Timur- Sabah- Sarawak dan Johor

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Betul tu bro.. benda tu datang dgn sendiri.. yang penting usaha kita dalam bloging.. rezeki tu xkan kemana.. bonus buat kita.. hehe.. ^_^

    [Reply]

  7. belalang says:

    salam kawan,

    lain org lain pikirannya.belalang dulu selama 1 tahun tanpa BE.mula2 mmg x kisah sgt.yg penting blog update dan blog berjalan seperti biasa.namun apabila membaca bnyk blogger2 baru yg baru berblog 1 2 bulan dah leh dpt BE,tertanya-tanya juga mengapa blog belalang x dpt?tak cukup layakkah atau trafik x memuaskan?

    namun kini semua tue dah x pikir lagi sebab nuff dah baik hati kasi BE…ngee…
    belalang recently posted..First Contest Dari SBT

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Yup.. betul.. lain padang lain belalang kan.. hehe.. uuh.. mcm tu ka pula? pergh.. bisa2.. kalo sya lg bro.. dpt campaign pikir tu BE.. haha.. Mungkin ada samting la tu agaknya.. apapapun.. tahniah dapat BE.. hehe..

    [Reply]

  8. ha’ah betul…yg penting kene rajin buat blogngensot dan rajin update…gerenti traffic akan naik…

    aku pon sedang berusaha nie..
    intankuterpilih recently posted..Tak Salah Mengaku Kesilapan Diri

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Hehe.. Yezza.. teruskan usaha.. ahakz..

    [Reply]

  9. ajar aku macam mana nak dapat be? kesian betul kat aku (!)

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Erk? hehe.. cuba try link ni —-> Apa itu bufferd earning dan tips untuk mendapatkan BE

    [Reply]

  10. oke, aku dah try, kalau dah dapat nanti, aku gegar sini balik :D Shuff Samsuddin recently posted..Tutorial – Horizontal Navigation Bar

    [Reply]

    aretikz Reply:

    hehe.. try saja.. berdoa lepas usaha.. InsyaAllah dapat.. rezeki gitu.. hehe.. ^_^

    [Reply]

  11. nasique says:

    best gak kan kalau dapt BE~~tapi bukan BE objektif utama~~sekadar motivasi sampingan

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Yup.. memang best.. hehe.. Yezza.. motibesi penting untuk menjana semangat berbloging ^_^

    [Reply]

  12. titan says:

    dulu memang selalu dapat BE dan ME. Sekarang, memang jarang dah..
    titan recently posted..Komisen ke 5 dari Paid-to-Promotenet

    [Reply]

    aretikz Reply:

    hehe.. ada jua rezki tu nanti.. ahakz..

    [Reply]

  13. xtahu kenape dan mengape, i like this post so much…
    - xkisah sgt pasal be ataupun perkare2 yg berkaitan dgn nuff…
    menulis itu hobi..hehe
    khaiyisah husna recently posted..Aidiladha-mengajar erti pengorbanan

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Thanx 4 loike.. hehe.. yup.. kisahkan mereka bila dah ada duit nak kuar.. hehe..
    Menulis itu hobi.. gud.. keep it up.. minat itu penting.. itu yg wat kita upkan lg smngt nak berbloging.. duit itu untuk motibesi sampingan.. hehe.. ^_^

    [Reply]

  14. Pingback: Nuffnang Oh Nuffnang | SeGaLa CeRiTeRa

  15. caliph says:

    mmg kecewa klau asyik kejar BE..
    so, juz hepi blogging ok ^^
    caliph recently posted.. special rabbit

    [Reply]

  16. animous says:

    Entri berkualiti + blogngesot adalah resepinye
    animous recently posted..Macam mana nak tahu apa itu Rootkit

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: