Kisah Alam Misteri Diriku

Yo! Malam ni malam apa? Weehuu ~ Malam Jumaat. Ada apa dengan malam Jumaat? Selalunya cerita One Piece, Naruto, Bleach dan keluaran Jumps yang lain telahpun berada pada laman web yang menyediakan perkhidmatan membaca komik online. Tapi, itu tiada dalam list penceritaan malam ini, melainkan malam Jumaat sinonim dengan keangkerannya. Pelik juga aku, kenapa setiap kali malam Jumaat jadi malam yang lebih seram berbanding malam-malam biasa? Ada siapa dapat menjelaskannya? Bagi aku, setiap malam sama saja, tengok muka angker pun malam-malam lain boleh juga. Eh? Muka angker? Anda semua pernah melihat benda itu? Mahupun bercakap dengannya?

Mesti ada yang pernah nampak, bercakap pun selalunya hanya orang tertentu jak. Kali ni wa mahu cerita kisah beta, ada dua versi, versi pertama yang aku ingat mesti seram aku rasa. Aku jak la, korang lum tentu. Versi kedua, versi wa bercakap dengan jin. Semua cerita masa sekolah menengah, dan duduk di asrama. Ni cerita betul, bukan main-main. Apapapun, layan ~

Kisah 1

Malam ni tiada prep sebenarnya, tapi entah kenapa aku rajin nak pergi kelas. Kebanyakkan kawan aku pun pergi kelas, tapi aku lambat sikit dari mereka atas urusan yang tidak penting untuk diselesaikan. Sampai jak blok kelas aku, rasa segan nak lalu dekat depan. Banyak awek la pula, awek kelas lain yang aku tidak biasa langsung. Sekarang ni baru biasa, itupun pas tegur di facebook, haha. Sebagai jejaka yang menjaga pandangan, kali la, aku memutuskan untuk naik tangga di hujung berbanding depan ni. Ternyata keputusan itu menimbulkan sesalan ketika berada di tengah jalan, mana tidaknya, gelap dowh, seram eh.

Niat berpatah balik biarpun ada, tapi aku tetap terus jak nak naik tangga hujung belakang. Kelas aku pun memang hujung juga, dekat sikit kalau naik tangga hujung, tapi, gelap! Kelas aku terang la, ada orang juga sana. Masa naik tangga tu, aku buat cool saja. Masa naik dah menghadap hutan, sal tangga pertama kan, pastu tangga kedua baru menghadap bangunan. Secool diriku, terpaksa juga naik dalam keadaan tergesa-gesa. Mana tidaknya, tiba-tiba keluar kepala botak, mata merah, lidah terjelir tenung aku. Aku tidak berlari, tapi kaki tu jalan naik tangga dengan cepat. Direct aku pergi masuk kelas, terus aku cerita dengan kawan aku. 1st time aku kena macam tu, degupan jantung, yarabi, dup dap dup dap. Nasib kuat semangat, kalau tidak, korang pun dah dapat agak yang berlaku kan?

Kisah 2

Ini 1st pengalaman yang jarang-jarang aku dapat. Masa tu baru balik dari blok senior form 6 bersama dua orang kawanku. Dalam perjalanan balik, kami terserempak dengan sorang budak form 1 ni, mencari ustaz. Zaman tu sekolah kami memang teruk kena attack benda ni, tak kira malam, siang pun ada juga. Tapi kali ni malam punya cerita. Kami yang tahu cerita tu, terus bergegas pergi blok form 1. Terasa teruja pula, haha. Kami sampai di barisan kelas tingkatan 1. Kejadian itu berlaku di hujung barisan kelas mereka, dekat tandas. Kawan aku sorang ni tidak pula mahu pergi hujung. Jadi aku dengan kawan aku yang sorang lagi ni yang pergi sana.

Sekali kawan aku ni yang sorang ni pun stay di kelas hujung, aku yang jadi action kamen pergi dekat yang kena rasuk ni. Dua orang rupanya, satu lelaki, satu perempuan, yang kami kena maklum, yang lelaki tu jak, jadi aku tak endah sangat budak perempuan tu. Maka, berlakulah dialog aku dengan orang yang kena rasuk itu.

Zaer (bukan nama sebenar), relax, jangan lari. Jangan buat macam-macam”, aku cuba menenangkan budak lelaki itu.

“Kau jangan masuk campur urusan kami, kau tiada kaitan dengan hal kami”, perempuan itu yang bersuara, memberi amaran kepadaku, dengan suara garaunya. Aku tak peduli dengan budak perempuan itu, malah aku terus bercakap dengan budak lelaki tersebut.

“Zaer, stedy jak ko, tenang, tunggu ustaz okay. Sabar, relax”, sekali lagi cuba menenangkan budak lelaki. Serius, aku pun tidak tahu mahu cakap apa dengan mereka, tak boleh jadi hero langsung!

“Sekali lagi aku cakap, kau tiada kaitan dengan hal kami, jangan masuk campur, kalau tidak, aku poting lidah kau tu!”, makin marah pula budak perempuan tu. Aku pandang dia dengan pandangan tajam. Tapi aku tidak teruskan percakapan, sebab ustaz sudah datang, jadi aku dengan kawan aku pun balik kelas.

Nak tahu apa kes sebenarnya jin yang rasuk dalam badan mereka? Jin ni bersaudara, tapi mereka bergaduh. Sebab tu lah aku kena bagi amaran, supaya tak jaga tepi kain jin. Mereka ni dari jawa, masa perempuan tu cakap memang ada slang jawa. Dan hakikatnya, aku memang nak cari nahas, sebab budak perempuan tu memang ada pisau! Budak junior aku cakap, budak perempuan tu lari sampai dewan besar, dan kemudian dia bersembunyi dari kena kejar ustaz. Kebetulan, ada orang buat latihan nasyid di sana.

So, dia bersembunyi di belakang pintu, tunggu ustaz tu datang. Sebelum ustaz tu masuk, kawan aku teriak “ustaz, jaga-jaga, dia ada pisau”, pergh, nasib baik ustaz tu alert, terus keluar silat dia. Aku pula? Kalau masih lagi terjadi dialog di atas, konfom aku dah cerita berlawan dengan jin, haha. Apapapun, benda tu ada, dan kita wajib mempercayainya, cuma kita janganlah lemah semangat nak takut mereka, kerana dengan itulah mereka ambil kesempatan. Sampai ada yang buat benda karut-marut yang membawa kepada syirik, Nauzubillahi min zalik, hanya tuhan sahaja yang berkuasa.

Apapapun, ini hanya sedikit cerita alam angker aku, sal kalau diikut, macam-macam lagi pengalaman sebenarnya. Belum part aku nampak bola api, belum lagi aku kena kacau dengan macam-macam bunyi, padahal tiada orang. Uwah, cukuplah, terbayang aku cerita tiada orang tu, memang seram siot, sal aku dengan kawan aku yang mengalaminya. Thanx 4 layan cerita panjang ni, haha.


Cap Kaki : To Zaer, aku pinjam namamu sekejap ya bro, haha.


WriTe WhaT I WanT  ~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe


Ini juga ceriteranya
  • Great Teacher Aretikz 8
  • PenPal Not PayPal
  • Great Teacher Aretikz 7
  • Great Teacher Aretikz 6
  • Great Teacher Aretikz 5

Comments

Powered by Facebook Comments

About aretikz

~ 3 FebRuaRy ~ KeNiNgaU MaReH ~ LoW ProFiL ~ SiMpLe
This entry was posted in Ceritera Diriku and tagged , , , . Bookmark the permalink.

9 Responses to Kisah Alam Misteri Diriku

  1. keen~ says:

    perghhhh~~ betol2.. keen pon pernah kena.. hik3~
    tp, kita mesti percaya bhw bukn kita je yg idop atas muka bumi ni.. kita share ngan mende2 lain juga.. tp, benda tu xkn kaco kita klu kita xkaco diorg.. tp, klu kita takut kt diorg, mmg la diorg lg suke nyakat kita.. ^_^
    keen~ recently posted..- bodoh ke -

    [Reply]

    aretikz Reply:

    kena yg mcm mna? sebenarnya.. cite ni bukn pengalaman yg seram.. tp yang seram yang dengar sora tu.. cuma.. tidak boleh becerita secra public.. private only.. hehe..

    [Reply]

  2. ayu says:

    pergghhh..gler la yg cter no 1 tu..

    yg no 2 tu best jgk..
    tp klu best ble awk yg jd hero..
    salute lu la bro

    [Reply]

    aretikz Reply:

    ahakz.. dalam bnyk2 pengalaman.. yg sya ckp dgr sora orang tu lg seram bg sya.. tp tu xdpt reveal.. pvt jak.. hehe.. anyway.. thanx 4 read ^_^

    [Reply]

  3. Cik Eija says:

    mcm ku tau plak kisah ni…ek…..

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Erk? Part yg mana? haha,, eh.. rasanya ko bukn satu batch pun dgn mereka2 yg berkenaan.. ahakz,.

    [Reply]

  4. izalis says:

    bro…smakk memang damai..tp serammmm sket bah kan..hehehehe..
    paling seram d library..sapa tu nama penjaga d ctu? lupa suda aku..huhu.
    .
    apa2 hal..aku tabik..sbb ko kata ko seorang jejaka yg menjaga pandangan.. kaco d FB berani la kan.hahahaha…~

    [Reply]

    aretikz Reply:

    Hehe.. seram sikit jak.. ahakz.. tu lum lagi dewan besar lai.. tempat yg paling bisa aku kena kacau.. haha..
    Dalam fb muka katun yg banyak.. yg muka real kecik jak.. xjelas.. haha.. ko kc kantoi aku aa? haha..

    [Reply]

  5. Pingback: Hantu Itu Suruh Sembahyang | SeGaLa CeRiTeRa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: